Wednesday, January 18, 2012

Pengalaman pertama BerBULATAN GEMBIRA. Yer, sumpah sangat OSEM!


Ingatkah lagi entry ini:

Tentang keinginan ingin punya BULATAN GEMBIRA yg osem...

Kat mana nak dapat? Camana?
Aku sekarang bukan lagi di zaman U yang mana BULATAN GEMBIRA datang ketuk bilik carik kita... tapi masa tu, lagi mengelak lagi adalah! oke, biarkan. usah dikenang kejahilan lama...

Dalam mencari...
Tetiba ada kawan inchik suami tanya nak join dia usrah tak? oh, ibarat manusia kebulur di padang pasir yang diberi set NANDOS yang sungguh yummyyyy~~~ pantas kata NAK NAK NAKKK!!!
See, bila kamu berkehendakkan sesuatu yang baik, Allah akan permudahkan urusanmu... tinggal MAHU @ TIDAK MAHU... yer, aku mahu!!!

Sebelum majlis bermula, aku risau... segan.. dan tak dapat menggambarkan bagaimana akan situasinya... bolehkah aku sesuaikan diri?

Dan di malam itu...
buat pertama kalinya aku berada di dalam BULATAN yang sumpah osem itu, air mataku cam waterfall... laju dan mencurah curah. tidak terbayang suatu hari aku diberi peluang oleh Allah untuk berada dalam bulatan seperti itu... bukan kerana terpaksa... tapi aku mencari kelompok2 itu... sukar digambar dengan kata2... sumpah emosi yang amat. malu bila kenangkan memperkenalkan diri dengan tangis esak dan hingus meleleh... dan bila melihat mata mereka-mereka yang berkaca dan memberi sokongan, ohhhhhhhhhh~~~ azlina semakin beremosi! :p

Dalam BULATAN itu...
ada USTAZAH sebagai ketua... tuturnya lembut... bicaranya manis... aduh, sejuk hatiku... 
ada datin yang baik yang bermurah hati jadikan butiknya sbg tempat perjumpaan... naik juling bijik mata aku jeling2 jubah yang cantik2 dalam butik tu. ngeheee...
juga ada politician... ada doktor pakar... ada cikgu... ada mahasiswa... ada jurutera... ada ibu muda...
berbeza latar belakang dengan satu tujuan... 
mencari ilmu demi redha Allah...
ohhhh~~~ hati hiba lagi...

Dalam BULATAN itu...
berbicara secara santai tapi bermakna...
pasal Kota Mekah... pasal isu semasa...
masing2 diberi kebebasan utarakan pendapat... 
masing2 diberi peluang utarakan persoalan...
dan aku belajar satu perkara baru:
ISTIDRAJ - kenikmatan yang diberi dalam kemurkaan oleh ALLAH...
ohhhhh~~~ mintak dijauhkan...

aku gembira dalam bulatan itu...
aku tenang dalam bulatan itu...
biar pertama kali berjumpa mereka, ku rasa kasih itu... 
kasih kerana Allah... 
dalam kembara menuju JANNAH...
#hiba lagi untuk kesekian kali ~~~





# Terima kasih Ustazah... terasa sangat cool bila ustazah peluk saya dan memberi kata2 semangat buat saya... Terima kasih juga Kak Mel yang bawak saya ke bulatan itu... tak lupa buat kakak2 dan adik2 usrah yang baik... semoga redha Allah milik kalian...



USRAH bukan untuk orang BAIK-BAIK...
USRAH adalah untuk orang yang ingin jadi LEBIH BAIK...


18 comments:

  1. insyaallah satu hari nanti saya nak jugak cari bulatan gembira.. betol.. bila hati berkehendak.. Allah akan permudahkan..

    ReplyDelete
  2. kt mana usrah tu ina???
    malam ke siang ke wkend?

    ReplyDelete
  3. insyaallah............moga ALLAH merahmati kamu syg

    ReplyDelete
  4. salam ina..hampir setiap hari sy baca blog kamu..dan sy tetunggu2 cerita-cerita begini..bukan sekadar seronok membaca..tp sy rasa tenang dan cerita kamu buat sy berfikir2...di mana letaknya diri sy kini di sisi DIA YANG MAHA KUASA...rasa bagai satu semangat datang menusuk dalam hati untuk turut melangkah lebih dekat kepada DIA seperti kamu...terima kasih..tulisan-tulisan kamu membuka pintu hati sy..semoga sy tidak berpaling dari NUR yang sedang dilimpahiNYA...doakan sy wlpn kita tidak saling mengenali..

    ReplyDelete
  5. saye nangis bile bace post ni..:'(
    sebak bile bace ade org pelok dan nasihatkan kasik kate semangat kat kite......:'(

    ReplyDelete
  6. seronoknyer..bile ada lg kak?kat mana?

    ReplyDelete
  7. rindu masa ngajar kat sekolah swasta islam dulu..tiap2 bulan ada usrah.
    dah dok serawak ni..hmmmmmm

    saya sentiasa berdoa dapat pindah ke sekolah yg suasananya baik,dan saya ada can nak join usrah lagi.kalau bukan kat sekolah,mungkin dapat duduk didalam lingkungan mereka2 ini. serius rindu suasana tu.

    ReplyDelete
  8. bestnye kamoo! alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  9. saya last usrah form 5.lama dah tgglkan usrah..sangat suka usrah!

    ReplyDelete
  10. ain nazri:
    saya doakan impian kamu terrealisasi ngan gembiranya...

    ameris:
    kat setiawangsa, hari khamis malam jumaat.

    op_ida:
    thanks syg...

    ReplyDelete
  11. anonymous:
    salam awk...
    terharu saya baca komen awk ni.
    dan saya doa yg terbaik utk awk. hidup bersyariat itu sgt indah... tak pernah saya rasa setenang skrg...

    shu sinju:
    :)

    hani syahani:
    kite yg alami, terus esak2. heheee

    ReplyDelete
  12. hani syahani:
    mlm jumaat ni ade lagi... kat setiawangsa...

    puteri rimba:
    insyaallah, akan diberi peluang jika bendar2 mahu dear...

    axa nixa:
    ha ah, bestttttttttttt sgt!

    ReplyDelete
  13. norinaomar:
    saya doakan awk dipermudahkan segala urusan. yer, tak nafi... faktor sekeliling mempengaruhi kita juga sebenarnya. kengdang mahu tapi peluang itu takde...

    lifesaver hamzah:
    saya zaman sekolah mmg langsung tak lah... hehehe...

    ReplyDelete
  14. Ina Achik,,
    Bulatan gembira ni,leh sesape join ke?
    Cik lia berminat nak g bulatan gembira ni..
    boleh join ke?
    ke ade limit dia..

    ReplyDelete
  15. ina... kat setiawangsa belah mana? nak carik bahagian PJ laa..

    ReplyDelete