Wednesday, February 27, 2013

Bukan pilihan... tapi kewajipan.




pagi yg segar bugar sebelum memulakan tugas harian. 
terap dlm diri bahawa setiap org adalah daie. 
menjadi tugas setiap dari kita menyampaikan walau sepotong ayat.

yer, aku bukan ustazah. 
hanya hamba sahaya yang hina. 
punya khilaf menggunung. 
bila mana aku berpesan, itu juga nasihat berkesan utk diriku sendiri.

wahai wanita kesayangan...
benarkan dalam diri; 
menutup aurat dgn sempurna itu bukan pilihan, tapi kewajipan. 
tidak ada susahnya. 
jika tidak dimula, manakan ketemu nikmatnya. 
percayalah... tak sepayah yang disangka...





OUTFIT:

#tudung:
1st time pakai tudung express awning lembut berdagu (ape jenis nama tudung da...). macam selesa la pulok. pasni mesti ada yang tanya, mana beli? oke, saya jawab sebelum ditanya. beli dengan AJK Masjid Al-Khairiyah Gombak. membeli sambil menabung untuk tabung masjid.

#jubah:
beli di gerai2 kecil di Care4 Wangsa Maju. princess cut. pakai automatic feeling princess. :p
harga rm 145 after sesi tawar menawar. katanya batu sworski (tgk, eja pon saya tak tahu). entah ler... yg pasti, berkilau.  kain lembuuuutttttttttt giler. antara yang menjadi kesayangan. :)

#stongan dan stokin: kedai Muslimah MENTARI, Taman Melwati.






Tuesday, February 26, 2013

TERUK!





Rasa ingin jerit kuat-kuat!

rasa ingin makan banyak-banyak!

rasa diri adalah teruk!


lari-lari anak ke bilik kecil di kantor yang nama sopannya wash room
menangis depan cermin.
menangis sampai muka pun buruk.
oh, teruk lagi!
dah lama tak buat kerja bodoh begini!
kenang balik, rasa ingin ketawakan diri sendiri.
hahahhaaa... jom gelak berjemaah.

pernah rasa begini...
masa buat thesis untuk segulung ijazah hampir 7 tahun lalu
kenangkan itu, sumpah taknak sambung belajar lagi! :p

jumpa suami di tengah hari...
mengadu domba sambil lap air mata sendiri.
oh, sumpah dia pendengar setia!
kalau aku? bernanah telinga.
hahahhaa... gelak lagi.

masa makan, kita makan.
masalah tadi?! tolak tepi.
makan dengan lahap sekali. :)

lepas makan, suami ajak solat Zuhur berjemaah di Masjid.
katanya, itulah terapi terhebat.
wanita otak kusut ikutkan tanpa bantahan.

di sujud itu ku lepas tangis sedu. (sangat drama!)
kenapa air mata ni banyak sangat?!


di saat kaki melangkah keluar...
terasa beban di bahu semakin ringan.
oh sungguh, 'rumah Allah' itu punya keajaiban...
dan kekuatan saktinya pada DIA...
yang punya rahsia terbaik untuk ummatNYA.

kesusahan dan ujian datang dalam pelbagai bentuk.
diutus sebagai tanda rasa kecintaanNYA.


insan teruk beransur pulih...

:)


alangkah indah kalau saat ini boleh bercanda ria di tepian pantai...
#Krabi, May 2007



anda pernah rasa teruk begini? lebih teruk barangkali?






Sebentuk Cincin VS Sebiji Mangga


Ah, tak perlu diajar cara apabila sudah cinta.

mungkin si kaya pulang bersama cincin permata utk menghargai isteri...
atau petani hanya membawa sebiji mangga utk dimakan bersama sang permaisuri...

InsyaAllah, 

buruh yg pulang bersama keringat disambut dgn senyuman dan dihadiahkan seteguk air sejuk oleh isteri, tentunya lebih bahagia drp sang jutawan yg hanya disambut di muka pintu vilanya oleh org gaji.

 

#CintaKeranaALLAH



sekdar gambar hiasan



 

Friday, February 22, 2013

Bulatan Gembira #Siapa PENDOMINASI?





Alhamdulillah, malam tadi diberi kesempatan dan ruang waktu lagi untuk sama2 bersimpuh ayu #eh tak... bersila bila lenguh, lepas tu, tukar posisi kepada bersimpuh semula dalam BULATAN GEMBIRA saya yang super osem.

malam tadi, bulatan gembira itu di-up kan lagi tahap gembira dan osemnya bila sahabat gergaji saya (gergaji stand for SAW - civil engineering course @ UTM Skudai) bila beliau ingin sama2 di taman syurga itu. siapa sangka, perkenalan dan persahabatan kami di UTM akhirnya dieratkan dalam bulatan yang sumpah osem ini. semoga Allah terus meng-istiqamahkan kami di jalan mujahadah ini...


Perkongsian Bulatan Gembira malam tadi:
 

Kata Murabbiah kami...


Dalam diri manusia ada 2 potensi 
antara kecenderungan IMAN dan KUFUR. 
IMAN akan menjadikan seorang muslim memperoleh ketajaman BASHIRAH (matahati). 
Sementara kekufuran didokong oleh NAFSU. 
Kedua-duanya akan berterusan bertarung dalam diri. 
Mana yang dominan, 
itulah yang akan mempengaruhi sudut pandang seseorang terhadap segala persoalan hidup. 
Jika diri didominasikan oleh NAFSU, maka jadilah kita orang yang KUFUR.
Jika diri didominasikan oleh BASHIRAH, maka jadilah kita orang yang BERIMAN.

Justeru sangat penting untuk kita pastikan persoalan2 besar dalam kehidupan seperti hakikat KETUHANAN, KERASULAN, IBADAH, ALAM, MANUSIA dan hakikat kehidupan difahami secara benar dan lurus berpandukan al-Quran dan As-Sunnah.



# syukur yang tak terucap bila semakin ramai yang berminat dengan bulatan gembira. setakat ini, sudah 4 silaturrahim dipanjang dan dieratkan bila bersama-sama di bulatan gembira. Dan sangat2 happy juga bila boleh tolong kesayangan2 saya yang di luar daerah dan negeri dapatkan bulatan gembira masing2. semoga kita semua terus diberi kelapangan dan kesempatan waktu untuk terus bergembira di bulatan gembira! :)



Salam SAYYIDUL AYYAM (penghulu hari) buat kesayangan...
dengan pesanan:
hari minggu bukan untuk ber-enjoy katak. 
inilah masa untuk mencari pengisian setelah 5 hari mengejar dunia dari pagi sampai senja...
tiba hari minggu, apa ada hal kita curi masa sejam dua cuma...
untuk saham yang tak ternilai harganya.


bahagikanlah masa sebaiknya...





Thursday, February 21, 2013

Dialog peribadi eklusif penuh dengan scene air mata antara saya dan seorang sahabat.


Ini dialog antara saya dan seorang teman rapat yang kala itu sedang bersedih hati. saya sedih melihat dia sedih. kalau boleh, saya nak sangat melihat dia bahagia macam orang lain... tapi siapa saya untuk melawan takdir. Allah uji orang2 yang dia sayang... dan kawan saya adalah org2 yg Allah sayang... saya hanya mampu doakan yg terbaik untuk sahabat saya...
#tulisan baru seciput, telan air liur cam telan pasir dah... T_T

Dialog peribadi yang saya rasa punya nilai tersendiri. saya sangat2 sayang akan diskusi itu... seolah menyuntik satu motivasi untuk diri saya sendiri. yer, kekadang kita bisa menasihat, sedang ada masanya kita sendiri perlukan nasihat. dan dialog ini mampu menasihati diri saya sendiri.lalu saya memilih untuk mengabadikan perbualan kami di sini... mungkin ada perkongsian yang sama2 dapat membantu kesayangan saya di sini...

DIA
SAYA



ina... hati nurani sedih mcmane nk buat bg gembira semula .. 
nk cerita mcm xde kata2.. cuma hati je terasa.. 
pujuk dgn brg, duit pun tetap xleh tipu yg hati still gak lg rs terpencil.. 
atau aku je yg xsabar dlm berdoa..?


mungkin hati tak redha
bila redha dgn apa yg Allah aturkan utk kita... segalanya rasa dipermudahkan

erm. bibir aku je kot yg kata redha kan. mcmane redha tu?

yer mungkin...
aku tak tahu cmne nak describe REDHA tu. cuma kalau dulu... mulut kata redha, tapi hati aku x pasti... bila teruji, aku rasa sakit. skrg bila benar2 mengakui ALLAH MAHA TAHU dlm mengatur yg terbaik utk ummatnya, aku sgt lapang


rs mcm dah cukup redha, mampu terima, teruskan hidup
saat ni airmata teman setia, xtahu mengalir tuk ape

carilah pengisian... mungkin hatimu masih perlu diisi. tak cukup dgn solat 5 waktu
byk lg yg kita kena penuhkan. kadang2 air mata itu murah bila hati lembut. bykkan bersabar dan belajar utk redha... baca quran... bykkn solat sunat taubat


byk dosa yg buatkn aku tak tenang skrg

jgn smp kita bersangka buruk pada Allah...
Allah tu maha pengampun. jika dtg seorang hamba membawa dosa sebesar langit, akan dibuka pintu pengampunan sebesar langit.

kadang2 aku tak sabar dlm berdoa. nk sakit ni hilang cpt

itulah kita... tamak kan. usaha tak seberapa, tapi kita mintak Allah bg byk lebih dr apa yg kita buat utk DIA. aku xtak kata ko... aku pon...

tp betulkn. aku mcm tu. 
ni je tanda Dia nk aku tahu yg Dia igt aku

tp ko tahu x...
bila kita menangis krn kenangkan dosa2 kita... Allah sdg memberi kita HIDAYAH

cuma kenapa usaha aku tak kekal? kadang sekerat jln
bersungguh yg sementara

tahu tak kenapa... sebab HIDAYAH tu tiupan rasa yg sepintas. anugerah Allah
tapi kerja kita byk... byk benda utk buat istiqamah.
jaga mkn... jaga pergaulan.
bagaimana kita dikelilingi, itulah jd nya kita.
walau kita kata kita dah berubah... kuat manalah sgt kita sdg kita dr keadaan jahil
cara terbaik, pilihlah kwn yg mendorong kita ke arah kebaikan
yg boleh ingatkan kita tentang halal haram...
satu.. MAJLIS ILMU. pentinggggggggggggggggg sgt
walopon ilmu kita dpt seciput, keberkatan majlis ilmu adalah pada seluruh penghuni langit mendoakan kita. mungkin apa yg aku ckpkan ini mungkin berat... tp inilah hakikat sebuah MUJAHADAH. jujur aku kata, aku memilih utk berubah di kala aku terlalu jauhhhhhhhhhhhh dgn Allah. sgt2!!! aku x mahu membuka pekung di dada.. jadi, aku kena bekerja keras. tapi percayalah, ko akan temu ketenangan yg x pernah kau rasa
*lap air mata kejap*

sebesar tu berkatnye majlis ilmu ?
besarnya...

yer.......... besar sgt khasiat majlis ilmu.
even dah rasa kita dh berubah, tinggal majlis ilmu seminggu pon dah rasa kesannya

dah berjurai2 dlm kete.. xjd msk opis dulu dah ni
sini aku ade kawan.. tapi kawan yg x seperti tu.. xkata semua jht cuma xde yg dpt igtkn aku..

ikhlaskanlah hati... bila kita benar2 ikhlaskan hati... Allah akan bantu
Allah akan hadirkan org2 yg baik utk menemani kita
dan lg satu... kadang2 penghijrahan yg benar2 ter-hijrah menuntut sebuah penghijrahan tempat dan keadaan sekeliling

aku dpt rs hijrah tmpt dan keliling Dia dh bg..
skrg usaha aku yg still ciput

skrg masa utk gandakan usaha
Allah dah tunjuk jln... DIA nak kita pulak usaha

aku harap usaha aku tak sementara

kau kena terus bermujahadah
jihad dgn nafsu sendiri
itu yg aku takut dulu... x mampu utk istiqamah
cuba buat 40 hr berturut turut... dr keterpaksaan akan dtg keihhlasan
doakan aku ina ...
aku jauh dr memahami ape yg ko sampaikan
tapi aku harap 1 hari aku faham
harap aku mengalami sendiri

insyaAllah, aku akan terus doakan utk ko...
dan insyaAllah, ko akan rasa sebuah NIKMAT hidup bersyariat

kalau dpt peluk ko kan bgs...
makin laju airmata...

yer, mmg bagus... sebab aku sgt hug-gable skrg ni :p

ina aku msk msjd dulu

ok. nak masuk masjid baca ALLAHUMMAFTAHLI ABWABA RAHMATIK
hugsssssssssssssssssssssssssssssss
semoga Allah memberikanmu sebuah ketenangan
ya Allah, lajunya air mata aku
aku doakanmu sahabat

hugsss +
time kasih ina..sbb ada utk aku walau ko jauh tapi ko sudi jd penunjuk arah tuk aku... 
doakan yg terbaik utk aku yer..tenkiu love you
LOVE U LILLAHI TAALA...





dialog penuh emosi terhenti bila sahabat saya  membuat pilihan bijak; berhenti di sebuah masjid untuk solat sunat, bersujud melepas segala lelah tangis pada yang maha ESA. itulah yang terbaik... saya, manusia yang serba kurang yang hanya mampu mendengar dan berkongsi ilmu seciput dan berdasarkan pengalaman sendiri... tapi ALLAH jualah yang MAHA MENDENGAR yang bisa membantu... 

sahabat...
tiada dayaku untuk buatmu bahagia... hanya doa yang mampu ku utus dari kejauhan...



dulu2 suka wak ayat: 'mulut tersenyum, hati menangis tak siapa tahu' 
hakikatnya: 'mulut tersenyum, hati menangis, Allah tahu'

jangan biar hati derita. 

senyum luar dalam. setiap kesukaran akan ada penyelesaian. 
setiap kesulitan ada hikmah yg terbentang. 
SENYUM.



Wednesday, February 20, 2013

Rabu is Bisu #Tindakan refleksi bila....





... bila terkejut tengok berat sendiri!!!

:: my dinner ::

2 hari jer insaf nyer... hahahhaaa...




Monday, February 18, 2013

Saya ke Hospital Swasta bukan sebab saya kaya!!!


Assalamualaikum kesayangan...

Ingin saya kongsikan suatu pengalaman yg amat MENGECEWAKAN saya:

nak jadi cerita, saya suami isteri perlu membuat satu suntikan di bahu. saya pergi ke satu klinik swasta, doktor perempuan tapi tiada vaksin yg saya perlukan. saya tanya; boleh tak kalau saya dptkan vaksin di mana2 klinik dan buat suntikan di klinik tersebut. jawapannya boleh. k, setel.

ke klinik ke-2, doktor lelaki. suami saya buat suntikan di sini. dan saya minta beli vaksin sahaja (harga sama jer sama ada buat suntikan atau tidak tapi tak ape, saya tak kisah bayar extra janji aurat saya terjaga). bila ke kaunter; pembantu doktor tu tanya kenapa tak buat suntikan kat sini jer. saya cakaplah, saya taknak sebab doktor laki. pastu pembantu tu cakap: "doktor pakai glove la" - suami: "kalau cucuk kat tapak tangan boleh la kot" - pembantu tadi: "selak sikit jer" ... gulppppp

malas nak panjang cerita, saya beli vaksin itu dan terus ke klinik pertama tadi.
bila jumpa doktor (seorang HAJAH) utk buat suntikan dgn berbekalkan vaksin saya bawa tu. doktor tu tanya: "kenapa tak cucuk kat klinik bla2 tu jer?" - saya: "doktor tu laki jer ada. taknak ah!" - doktor hajah: "ala... cucuk kat bahu jer pun"

again, tersentak saya!!!
knape semua org ambil mudah tentang aurat dan sentuhan segala ni?!  apatah lagi dengan title hajah itu saya ingat doktor perempuan itu faham kenapa saya taknak cucuk di klinik doktor lelaki tadi. dan paling tidak pun, hormat keputusan saya dan bukan persoalkan kenapa!
 
ini bukan darurat, kita masih punya pilihan!!! 

dan ini bukan kes pertama... hal yang sama berlaku masa saya buat treatment to get pregnant sebelum ini. begitu juga bila saya terpaksa buat D&C bila keguguran. dipersoalkan kenapa sanggup berhabis beribu-ribu sedang ada klinik kerajaan yang jauh lebih menjimatkan. org fikir kita ni berduit... high class.. PLEASE... ini bukan pasal berduit atau jaga standard segala... ini tentang AURAT! semua ini adalah untuk memastikan doktor yang merawat adalah perempuan yang mana bila ke klinik kerajaan, kita tiada pilihan. kalau dapat doktor perempuan, bonuslah! tapi jika ditakdirkan doktor yang bertugas, pilihan apa yang kita ada? ya mungkin jika bernasib baik, kita masih boleh request nak doktor perempuan. tu pun kalau permintaan dilayan. jika tidak, terpaksalah tadah. oh NOOOOOOO!!! jika terpaksa bergolok gadai atau berkorban hal lain untuk ini, tak ape... saya rela! insyaAllah... ALLAH melihat dan akan membalasnya. 
 
wahai WANITA... buka mata dan hati... jangan MEMANDANG REMEH hal ini. 
AURAT kita MARUAH kita. MAHKOTA yang hanya milik suami.

 kita berhak untuk pertahankan HAK dan hal2 yg menjadi HAK MUTLAK kita!


sekian...






Friday, February 15, 2013

Sebuah hakikat tentang sepasang sayap



Pasangan kita hakikatnya adalah sebelah sayap yang perlu digandingkan untuk terbang mencari keredhaan ILAHI...

#Cinta Kerana Allah


entry pendek2 dulu... tuan tanah di tahap lemau akibat banyak makan sepanjang coti2 menjadikan otaknya bergerak pada kelajuan yang sangat tidak memberangsangkan. jemari2 juga sudah montok akibat prinsip "diet ketika bercuti ibarat sebuah percutian yang gagal" dan ini menyukarkan taipan di papan kekunci... semoga kesayangan berbahagia sentiasa bersama2 insan tersayang... belajar menyayangi untuk disayangi...






Friday, February 8, 2013

Tentang org punya raya gua pun nak raya... tentang tudung labuh ker tudung bulat ntah nya... tentang limau juga.

sekali sekala meroyan letak tajuk entry berjela cam best jugak. ;)


sebelum pergi kerja tadi, heret beg segala masuk boot kereta sesiap. 
habis kerja terus shoot balik kampung. giler gelabah sotong kan... 
cina yang nak raya tu pun relax2 jer kot. hahahaha...
 
kawan kata; 
raya aper jer ko tak semangat?! semua raya ko rembat. cina india raya 2 hari, ko berhari-hari!

eh kawan... india raya, gaya kerja lorrr... :p


1 masalah saya bila nak balik kampung atau ke mana2 jerlah... 
mesti segala benda nak bawak. ni nak balik 4 - 5 hari jer kot tapi 2 beg jugak.
ni pun puas termenung puas tapis ler ni...
end up, achik kata: takper, kita balik naik kereta.. bukan motor. 
oke! selesai masalah. :)





sekarang ni saya dah mula selesa pakai tudung labuh ker tudung bulat ntah orang panggil ni...
suami panggil tudung budak sekolah.
jujur cakap memula pakai, saya tak selesa. mungkin sebab bukan ikut saiz yang betul2 buat saya selesa. kawan bagi. *thank you siti aisya mzm! :)
yang saya pakai ni saya beli sendiri masa gi Majlis Ilmu kat Masjid Shah Alam. memula pakai saya rasa berdengung bila bercakap. hahhaa... 1st time kekdahnya kannn... 2 3 kali pakai... saya mula selesa. eh bukan, sangat selesa. InsyaAllah, saya berhasrat untuk tambah koleksi untuk 2 3 helai lagi. 



 berbalik tentang orang punya raya...
apa yang saya suka tentang raya cina adalah buah limau.
kegemaran! makan sampai lupa diri.
lepas tu boleh cuci usus tanpa bantuan teh orang kampung. hahahaa...

eh memang betul... saya suka limau ni.
cuma tahun ni saya tak boleh bantai kaw2 sebab demam+sakit tekak. :(

to my chinese friends:
GONG XI FA CHAI!!!


kepada yang x raya pon, confirm ramai menyebok nyer jugak (macam saya). hehehee...
yg balik kampung, semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamatnya... 


 





Bulatan Gembira & repekan random di Hari Jumaat

Assalamualaikum kesayangan2 hati hamba...
semoga Jumaat yang indah ini buat kalian tersenyum tayang gusi mensyukuri segala apa yg Allah beri... dan semoga sentiasa dalam lindungan Ilahi...

Seperti biasa, Malam Jumaat saya ada Usrah atau nama kiutnya Bulatan Gembira.
semalam blk kerja dah dkt pukul 8 mlm. mmg badan penat tahap tak larat nak bercakap dah... so ingatnya memang dah tak larat lah nak gi ✿ Usrati Jannati ✿ tapi bila baca status dari Murobbiah kesayangan; Ustazah Zaimah yang bergegas bertolak dari kursus di Genting Highland semata-mata utk sesi tarbiyah bersama anak2 usrahnya... terus rasa macam: orang yg nak bagi ilmu begitu sekali 'beria'nya... kita yg nak disuap ilmu ni pulak, penat sikit jer dah taknak pergi. masa takde usrah, ko beria nak usrah. dah ada usrah yg osem, ko nak monteng pulak. dushhhhhhhh!!!

lepas tu terus teringat satu petikan dlm buku tulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi; dunia ini memang untuk berlelah... tempat rehat kita adalah di akhirat. duppp! hati bagai terkena tumbukan padu kuasa halilintar satria perkasa baja hitam! dapat rasa segala bapak setan dalam diri lari lintang pukang cari tempat sembunyi. niat nak landing2 manja di tilam empuk di katil gojes ku buang jauh! terus terjun katil dan bersiap sepantas kelajuan awan kandung air tunggu masa nak hujan lebat (orang gemuk mana boleh lari laju2 :p) 

suami baik hati nak hantar dan tunggu bininya berbulatan gembira. katanya; orang tunggu anak tusyen... suami tunggu isteri usrah. comel jugak aper... ololooooooo~~~ terima kasih suami!

berada di bulatan itu, rasa lelah penat beransur hilang...saat memeluk ustazah, tetiba hati sebak sangat... oh, wajah ini sentiasa mengingatkan saya tentang indahnya SYURGA (alamak, ada air mata bertakung di kala menaip entry ini). gembira juga bila peluk sahabat2 bulatan yg lain; akma yg suka carik pasal dgn saya... kak lily yg awet muda... my dear zatie... ada kak mel yg tertinggal keretapi... hiks~ oh sayang rakan2 bulatan gembira saya...

dan semalam Ustazah bagi penghormatan kalau2 saya nak request untuk 'tadabbur' surah2 mana yg saya suka. memandangkan saya baru membaca tentang surah 'kembar'; surah Al-Muzzammil dan Muddathir dan surah itu bagai memberi suntikan yang halus dalam hati saya... saya request untuk Tadabbur Surah Al-Muzzammil.


Surah 73, Surah al-Muzzammil (Yang Berselimut) : 
 
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
73-1:  Wahai orang yang berselimut!
73-2:  Bangunlah di malam hari, kecuali sedikit.
73-3:  Satu perduanya atau kurangilah daripadanya sedikit.
73-4:  Atau lebih daripadanya. Dan bacalah al-Qur’an itu dengan perlahan-lahan. 
73-5:  Sesungguhnya Kami (Allah) akan menurunkan kepada engkau perkataan yang berat.
73-6:  Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih mantap dan bacaan lebih berkesan.
73-7:  Sesungguhnya bagi engkau pada siang hari, urusan yang panjang.
73-8:  Sebutlah nama Rab (Tuhan) engkau, dan beribadahlah kepada-Nya (kepada Allah) dengan sebenar-benar ibadah. 
73-9:  Rab (Tuhan) masyrik dan maghrib, tiada Ilah (Tuhan) melainkan Dia (Allah), maka ambillah Dia (Allah) sebagai pelindung.
73-10:  Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. 
73-11:  Dan biarkanlah Aku (Allah) bertindak terhadap orang yang mendustakan itu, orang yang mempunyai kemewahan, dan berilah mereka tangguh  sebentar.
73-12:  Sesungguhnya pada sisi Kami (Allah) ada belenggu-belenggu yang berat dan api yang menyala-nyala. 
73-13:  Dan makanan yang menyumbat kerongkong dan azab yang pedih.
73-14:  Pada hari bergoncangan bumi dan gunung-gunung, dan jadilah gunung-gunung itu tumpukan-tumpukan pasir yang berterbangan. 
73-15:  Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengutuskan kepada kamu seorang rasul, yang menjadi saksi terhadap kamu, sebagaimana Kami (Allah) telah mengutuskan seorang rasul kepada Fir’awn. 
73-16:  Maka Fir’awn menderhakai rasul itu, lalu Kami (Allah) seksakannya dengan seksaan yang berat. 
73-17:  Maka bagaimanakah kamu akan memeliharakan diri kamu jika kamu tetap kafir kepada hari yang menjadikan anak-anak beruban.
73-18:  Langit menjadi pecah belah kerananya, adalah janji-Nya (janji Allah) itu pasti terlaksana.
73-19:  Sesungguhnya ini adalah suatu peringatan. Maka sesiapa yang menghendaki nescaya dia menempuh jalan kepada Rab (Tuhan)nya.
73-20:  Sesungguhnya Rab (Tuhan) engkau mengetahui bahawa engkau berdiri kurang daripada dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan daripada orang yang bersama engkau. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Dia (Allah) mengetahui bahawa engkau tidak dapat menentukannya, maka Dia (Allah) menerima taubat engkau, kerana itu bacalah apa yang mudah daripada al-Qur’an. Dia (Allah) mengetahui bahawa akan ada antara kamu orang yang sakit dan orang yang berjalan di bumi mencari sebahagian daripada kurnia Allah, dan yang lain berperang pada jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah daripadanya, dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa sahaja yang kamu perbuat untuk diri kamu nescaya kamu memperolehi di sisi Allah yang baik dan lebih besar pahalanya. Dan mohonkanlah keampunan kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah al-Ghafur (Maha Pengampun), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani).

cuba kammo2 kesayangan hati hamba baca terjemahan surah ini... saya baca berulang-ulang... terasa ssesuatu yg istimewa... seakan serasi dengan jiwa... memberi sentuhan yang berbeza. tidakkah kamu rasa apa yg saya rasa? rasa yg tak terucap dengan kata... yg pastu menjentik lubuk rasa.  ya Tuhan... sungguh Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang! 

Lepas tadabbur surah ini, banyak perkongsian2 lain yang kami bincangkan. tentang situasi Islam yang semakin meruncing hinggalah perkongsian peribadi. 


kesayangan2 hati hamba...
bersimpuh sopan dari kiri ke kanan: 
Zatie, Kak Lily, Ustazah Zaimah murobbiah disayangi, saya (perlu ker nak diperkenalkan lagi :p), Nissa, Akma n Kak Mel.




Di kegelapan malam... 
ku sujud padaMU Tuhan. 
Ya Allah, damai dan tenang!
KAU buang segala resahku... 
KAU padam segala lelahku... 
KAU permudahkan urusanku...

di hujung sujud, satu pintaku...
Tetapkan aku di jalanMU.




Thursday, February 7, 2013

Bacaan Surah tertentu mengikut usia kandungan


Dah lama nak share hal ini tapi bila bergoblog jer lupa... bila lupa jer bergoblog... 
sudahnya, dalam keadaan sedikit tegang dengan hal2 kerja yang tak sudah2 ni, saya dengan teganya mencuri sedikit masa untuk menaip entry khusus untuk panduan amalan2 ibu mengandung memandangkan ramai kawan2 tengah ber-status mak buyung skrg ni. kira ni sebagai 'hadiah' dari saya untuk sahabat dekat mahu jauh... mesra atau meminggir... jika kamu memilih untuk meminggir sekalipun, aku tetap memilih untuk tidak meminggir biarpun dipinggir. eh?! (ayat dgn suntikan nilai2 drama melayu :p)

oke, forget it... 

kembali ke tujuan utama . #eh, rasa skema pulak lately ni. tekanan kerja telah mengubah cara saya berkata-kata dan berkarya kah??? :p

melalut lagi...

oke oke... kembali ke tujuan utama. biasakan ibu2 mengandung ni ada surah2 amalan sepanjang mengandung kan... dulu saya tertanya (masa mengandung sekejap tu...), bila nak baca surah Maryam? bila nak baca surah Yusuf? bila nak baca surah Luqman? dah lepas fasa 'ibu sementara' tu, saya pergilah melawat kakak kezen saya yg baru bersalin. lalu dia berkongsi dan memberi pencerahan pada persoalan yg membelenggu kepala otak saya yg x berapa nak genius mana ni...

mengikut beliau (kakak kezen):

  • Kandungan 1-3 bulan ; baca Surah Yasin, Surah An-Nahl (untuk elak gangguan syaitan)
  • Kandungan Minggu ke-16 ; baca Surah Yusuf
  • Kandungan Minggu ke-24 ; baca Surah Luqman
  • Kandungan Minggu ke-36 ; baca  Surah Maryam

#wallahuallam...

semoga ALLAH permudahkan segalanya wahai kesayangan...





Cinta dan kasih sayang itu menjadikan setiap ruang dan peluang adalah untuk dikongsi. :)



Wednesday, February 6, 2013

Rabu is Bisu ~ Mana mahu lari hahhhhhhh!!!



ooooo... nak buat lari henbeg saya yer... 
jgn notti please!
makcik ni walau domok2 manja, kuat lari lagi tau! :p



Tuesday, February 5, 2013

InaAchikBaitiJannati ~ Di satu sudut kecil yang memberi kesan besar



Bila terpandang... hati berdegup...
lantas lidahku BERTASBIH memuji kebesaranNYA...



REMINDING seisi rumah...
love love love!!! :)

x kisahlah rumah konsep moden ka... 
moden kontemporari ka... 
minimalis ka... 
saya tetap mahukan sesuatu yang punya sentuhan ISLAMIC.