Saturday, March 31, 2012

Rehatkan Hati

...Googled..


Patah sayap, terbanglah jua.
Jika jatuh, jangan rebah…
biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu.
Marilah kita berpegang pada janji bahawa kita akan selamanya bersatu dalam munajat dan nasihat.
Kerana apa yang kita harap daripada seorang manusia hanyalah dua… munajatnya dan nasihatnya...
Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya kita REHATKAN HATI...
terapkan RASA KEHAMBAAN...
iaitu rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain sifat kekurangan seorang manusia...
Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji.
Hatinya berbisik, “bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini." 

#Diinspirasikan oleh Genta Rasa


Musibah Ujian dari Allah SWT:
Kita perlu ingat, setiap apa ujian yang Allah SWT bagi kepada hamba-NYA, tentunya ada hikmah tertentu. Lagi banyak kita diuji, lagi itulah banyak peringatan ALLAH SWT kepada hamba-NYA.


Barangsiapa yang sabar, tabah dengan ujian ALLAH turunkan kepadanya, maka ALLAH SWT akan tingkatkan darjatnya. SUBHANALLAH...




Thursday, March 29, 2012

Macam Mana Nak Jadi BAIK?

aku... eh saya... eh aku... eh apa2 ajerla...
saya atau aku, tetap merujuk pada seorang wanita bernama Azlina Hasan :)
usah didebatkan aku atau saya... itu hanya ganti nama...
saya macam lembut dan formal... aku pun bukan kasar mana kan? :)

k teruskan pada saje pada tujuan asal. 
saya tertarik nak share something yang saya baca dari buku BEDUK DIKETUK.

***********************

#Beduk 3: Macam mana nak jadi baik?

"saya nak baiki diri. daripada mana saya nak mula"

"mulakan dgn memperbaiki solat"

"mengapa solat?"

"kalau nak jadi baik perlu solat..."

"bukan sebaliknya?"

"maksud awak?"

"maksud saya, org yg baik itu ialah org yg solat."

"ya betul juga, tapi saya lebih cenderung mengatakan orang kalau nak jadi baikperlu solat."

"agaknya kenapa awak kata begitu?"

saya pun menceritakan kepadanya bagaimana satu ketika diriwayatkan bahawa Abu Hurairah telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang orang yg mengerjakan solat tapi masih mencuri. Abu Hurairah bertanya bagaimana keadaan org yg sedemikian. Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri.

"tapi kalau org itu masih jahat setelah menegerjakan solat, bagaimana?"

"itu yg saya katakan, dia perlu memperbaiki mutu solatnya. perbaiki solatnya... bila solat dah baik, insya-Allah org itu akan jadi baik."


***********************

Bila baca ni... saya setuju dengan penulis, Encik Pahrol Mohd Juoi (Encik atau Ustaz... tak jadi hal kan? itu hanya gelaran semata kan?). bak kata seorang penceramah kegemaran saya, Ustaz Abdul Lutfi Al-Fatani: "setuju atau tak setuju... kena setuju jugak!" :)

Lalu teringat saya tentang sms seorang kawan... tanya saya macam mana dia nak mula berubah... saya yang cetek ilmu tak tahu nasihat berasaskan nas dan dalil... saya hanya hamba-NYA yang masih mencari... tapi saya taknak menafikan tanggungjawab yang setiap daripada kita adalah dai'e (pendakwah). lalu saya katakan padanya, mulakan dengan SOLAT! jaga solat... insyaallah, solat itu akan mendorong kita untuk membuat perkara2 kebaikan yang lain... cukupkan solat 5 waktu itu... dan buatlah solat sunat taubat, minta Allah ampunkan dosa2 kita... dan berprasangka baik pada Allah... Tiada kesalahan sebesar pintu pengampunan dari Allah... Wallahuallam...



Wednesday, March 28, 2012

WordlessWednesday 28.March.12 ~ Abaya dari Mekah




kawan saya belikan di Mekah. 
sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!
senyum sampai gigi geraham bongsu!


mekasih kamu sudi belikan kite abaya2 gojes vesgedevaas tu...

saaaaaaaaaaaaaaaayang kammo ketat2!!!

nak kirim lagi 5 pasang boleh? :p




BEDUK DIKETUK




Buku yang dihadiahkan oleh Wardina Safiyyah...


BEDUK DIKETUK ni terbitan Telaga Biru.
Penulisnya Pahrol Mohamad Juoi, ketua editor majalah SOLUSI.
beliau juga penulis blog www.genta-rasa.com


buku ni dah jadi buku feveret buat masa sekarang.
ke hulu ke hilir kelek buku ni. sampai achik kata, 
"uih, ke mana2 jer bawak buku BEDUK DIKETUK dia tu!" 
sekali dengan dia2 sekali dah tangkap cintan ngan BEDUK DIKETUK ni... heheeeeeee...

Kenapa buku ni berjaya meungguli carta hati?
dengan bahasa yang ringkas dan santai yang berbentuk ala2 cerpen gitu... 
memang sangat dekat dengan hati. penjelasannya sangat ringkas tapi mampu mengocak hati.
yang bestnya lagi, buku ni diselang selikan dengan ilustrasi yang mencuit hati .

Insyaallah, aku akan share kat sini nanti.
memang banyak sebenarnya nak share. 
specially ada satu chapter tu: #Beduk 3 - macam mana nak jadi baik. 
memang interesting sangat!
rajin ngan malas jer nak taip balik! hehehee...

kamu-kamu harus punya satu!!! :)

#Ketukan beduk mampu membangunkan dirimu dan orang lain




Tuesday, March 27, 2012

Hadiah dari Wardina Safiyyah

Saya pernah join Contest  'Menangi tudung Ariani & Sebuah Buku Pilihan Wardina' dan tak sangka saya dipilih sebagai pemenangnya... dan semalam, sampailah hadiah-hadiahnya. oh, gembira dan rasa cam nak lompat bintang! azlina kan selalu hover dlm mengekpresi rasa! :p
behave azlina... behave! saya cuba membendung ekspresi gembira saya yang tah hape2 kepada lebih cool... cukup mengucap syukur pada Allah dengan lafaz ALHAMDULILLAH... Sesungguhnya rezeki ini dariMU...  :)

Hadiah-hadiahnya:
2 tudung ARIANI, buku pilihan (BEDUK DIKETUK) dan majalah Muslimah.
GEMBIRA!


BEDUK DIKETUK
Truly and honest se'honest' nya (cikgu BI, jgn marah saya! :p), sumpah i love this book so much! sangat2 awesome! nanti saya buat review pasal buku ni yer.

Thank you Kak Dina! I LOVE YOU LILLAH... Barakallah...


Sebenarnya, saya join Contest tu bukan kerana hadiah semata. tapi saya menulis tentang pengalaman saya... apa yang saya lalu... apa yang saya rasa... dan hanya perkongsian rasa yang cuba diungkap dengan kata... tapi hakikatnya, rasa itu tak terungkap dengan bahasa... tak terluah dengan kata...
di sini saya sertakan 'tulisan' saya untuk contest itu.



Kenapa anda berhijab?

Assalamualaikum w.b.t


Saya akui... saya lalui fasa yang banyak dalam berhijab... dari bertudung kerana menjaga kredibiliti di mata-mata 'mereka'... kemudian punya kebebasan lalu tudung pun terbang ntah ke mana... kemudian bertudung lagi sebab boyfriend paksa… terbang lagi sebab jiwa rasa terseksa dan hati kata aku taknak bertudung hanya paksaan semata! oh NONSENSE semuanya!

Tapi sampai satu masa... saya bertudung sepenuhnya kerana hati ikhlas bkn kerana siapa2... mula 'faham' akan tuntutan saya sbg khalifah DIA... saya sangka saya sudah 'baik' dengan bertudung... sedangkan bajuku jarang, tudungku singkat, kainku ketat...  mula keluar tanduk macam hellboy dan berkata: "bertudung bukan penghalang untuk aku terus tampil berfesyen dan bergaya..." yer, saya hanyut dengan perasaan perasan 'baik' kerana hanya bertudung sahaja...

Yer... saya NAIF... saya JAHIL!
saya mula mencari... yer ILMU! fahamkan mana AURATku... siapa MAHRAMku... siapa AJNABIku... dan sesungguhnya saya mula faham maksud sepenuhnya tentang BERHIJAB… HIJAB bukan tentang tudung kepala… HIJAB adalah tentang menjaga seluruh AURAT kita berlandaskan syariat demi mencari redha ALLAH…

Dalam penghijarahan HIJABku... ku temu sesuatu... sesuatu yang tak pernah aku rasa...  tak terungkap dengan kata... saudaraku... sahabatku... carilah rahsia itu... kau pasti rasa apa yang aku rasa... dan pasti kau gembira dgn apa yang kau rasa.. yang pastinya, mengikut SYARIAT itu terlalu indah sebenarnya…

Ya Allah...
kau istiqamahkan aku dalam perjalananku...
juga untuk saudaraku... serta sahabat-sahabatku...



Rasa yang tak terungkap dengan kata ~ Azlina Hasan ~



Monday, March 26, 2012

Pesanan Murabbiah...

Murabbiah saya kata...
kita kena sentiasa mendengar suara fitrah kerana suara itu sentiasa mengajak kepada kebenaran...

Murabbiah saya kata lagi...
dan hati akan ketemu KETENANGAN kita bila kembali kepada fitrah...

dan Murabbiah saya kata lagi...
Hati yang suci bersih sering terkesan dengan kalimat-kalimat nan indah langsung relung hati mengikat dengan rantai iman yang lebih kuat dan teguh. Teruskan perjalanan menuju jalan yang lurus.

air mata saya bertakung...
hati saya menangis...
tapi saya kena control macho!
sesungguhnya fitrah diri membenarkan kata2 Murabbiah saya menyucuk segenap rongga...
menghunus dan memadam sedikit demi sedikit titik2 hitam di hati...
Terima kasih Ustazah...







Sesungguhnya saya bahagia dalam BULATAN GEMBIRA itu...

Ukhwah Fillah...

Sunday, March 25, 2012

Make Up Muslimah


Anda ingin lebih cantik dan menarik?


Jadikanlah 'Gadhdhul Bashar' (menundukan pandangan) sebagai 'hiasan mata' anda, niscaya akan semakin bening dan jernih.


Oleskan 'Lipstik Kejujuran' pada bibir anda, niscaya akan semakin manis.


Gunakanlah 'Pemerah Pipi' anda dengan kosmetika yang terbuat dari rasa malu yang dibuat pada salon iman.

Pakailah 'Sabun Istighfar' yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.


Rawatlah rambut anda dengan 'Jilbab Islami' yang akan menghilangkan ketombe pandangan laki-laki yang membahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwah.

Sebaik-baiknya kalung adalah kalung ' Kesucian '.

Bedakilah wajah anda dengan 'Air Wudlu' niscaya akan bercahaya di akhirat.




Friday, March 23, 2012

Tentang MASA

Khamis berlalu...
Jumaat tiba...
Sabtu esok menjelma...
Ahad sudah sedia...
Isnin tunggu gilirannya...
Selasa dan Rabu tak sabar untuk tampil mendabik dada...
OH! pantasnya hari berlalu...
benarkah hari-hari itu berlalu pantas jika tanpa pengisian?
dan benarkah juga...
masa itu dikatakan berlalu pantas di akhir zaman???
jika benar,
Barakah kan hari-hariku ya Allah...

 ~InaAchik~

Dari Tuan Guru Nik Aziz:
Letak akhirat depan mata dan dunia bawah dagu . . .



Thursday, March 22, 2012

Lantaklah! eh bukan... MELANTAKlah...

Mulakan entry dengan baca doa makan... :)
Allahummabariklana ... *sambung sendiri


Malam tadi terjah Fiske Steak House, Keramat AU2. [utk ENTRY detail, klik SINI]
Bukan ngidam... cuma dah tak tahu nak makan aper. dah bosan makan kedai siam! so, sajer ubah selera dari siam ke los angeles! :p

grill chicken utk kamu... grill beef utk saya pencinta lembu! :)


 SPECIAL BEEF STEAK (Grill) - RM 16 
*konon diet ler order grill kan... tapi kalo dah melantak sepinggan rabung diet pobondo cik kaki oi! eh tak tak, saya x makan habis... saya bagi achik sepotong kecik! :p


setiap set tu ada semangkuk carbonara spaghetti. oh, saya bukan pencinta carbonara spaghetti.

komen aku atas dasar tekak yang merasa dgn selera tersendiri, steak dia cam ade kureng sket malam tadi... x sesedap sebelum ni (sebelum ni dah banyak kali mkn situ). tak tahulah kalo masterchef dia MC ker aper mlm tadi lalu diganti ngan chef amatur... tapi sidelines dia memang best! mashed potato sedap... baked potato sedap... coslow pon sedap. gravy jer cam ader kureng dari biasa...



 malam tadi makan kat dalam... sajer berlagak nak mkn dlm aircond. biasa open air duk kat meja2 kat luar jer.

 achik tanya: "bie... cuba teka apa hobi kite?"

bini: "kamu mana ade hobi!"

jawapan samseng achik: "ehhhh... hobi kite ternak bini jadi boolat!" 

kite jawab mencik tapi dgn nada gembira! :p


 so, dah tahu rahsia kenapa muka saya boolat cam bola?! 


balik dari makan steak, achik offer: "bie, nak eskrem TUTTI FRUITTI tak?"

oh cukup cukup cukuppppppp!!! mekasih suami! tangguh hobi anda kepada esok malam yer! :)







My Pinky Moments


Dah lama tak join mengontest...
hari ni saya nak mengontest...
sebab: contestnya senang sekali!
upload 2 keping gambar PINK = SIAP!!!
oyeahhhhhhhh!!!


gambar yang ditaruhkan:

1 - Bridemaids versi jejantanz jambu. ko ader?! xder kan??? biasa bridemaids harus pompuan2 gojes... ni... dah ler jejantanz... bapak orang pon tercalon sekali! ni lah kesan dan akibat gents lelaki mengungguli carta bilangan adik beradik!




2 -  Jejantanz jambu kaki buli! walopon baju pink ala2 lelaki jambu gi keje pakai bedak baby johnson... kalo dah samseng, samseng jugak! pantang bagi peluang... nak meng'samseng' ajer!




Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com dan Madammondoq.com ditaja bersama

Tarikh tutup 31 March 2012

Hadiah adalah LUMAYAN! jom reramai join! ;)




Wednesday, March 21, 2012

WordlessWednesday | 21Mar12 ~ KONON yang sgt BENGANG! Culik diri sendiri pon ada ka?!!!




FATIHAH DISAHKAN LARI IKUT KEKASIH!
baca tajuk pon dah menggelegak hati...
KONON diculik... sekali hamekkkkk ko!
aduhhhh dik manis...
ko sedar tak ko secara langsung dan tak langsung dah menyusahkan banyak pihak!
penat ahkak simpati dan fikir apalah nasib ko...
hmmmm... BENGANG la jugak kot!



 Ya Allah... permudahkan urusan ibubapa dalam mendidik anak2 di akhir zaman ini...



nota kaki 1: 
ok, tahu... tak jadi WORDLESS WEDNESDAY dah pun! :p


k, dah alang2 tak jadi entry wordless, kita sambung entry kasik berjela.
bukan kena karang pun... just copy n paste jer... hehehehe...

____________________________________________________________

Fatihah ditemui selepas polis menahan seorang pemuda berusia 20-an dikawasan Merchong pada pukul 4.30 petang. Jarak lokasi mangsa hilang diTaman Tas, Kuantan dengan tempat mangsa diselamatkan kira-kira 100 kilometer.

Sumber memberitahu selepas ditahan, lelaki yang dipercayai kekasih mangsa membawa polis kesebuah rumah yang menempatkan Fatihah. Rumah tersebut adalah milik keluarga lelaki itu.

"Mangsa mengaku dia keluar dari rumahnya untuk mengikut lelaki itu dengan rela hati", kata sumber itu ketika dihubungi disini malam tadi.

Siasatan mendapati lelaki yang ditahan itu merupakan kakitangan kerajaan yang bekerja di Alor Setar, Kedah dan pulang ke Pekan untuk bercuti.

Difahamkan, kehilangan mangsa telah dirancang oleh pasangan tersebut dan tindakan Fatihah keluar ke kedai merupakan satu helah mangsa.

Sehingga malam tadi, suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut manakala mangsa pula akan dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan.

Dalam pada itu, Nor Mala berkata, dia tidak percaya Fatihah dilarikan diri dari rumah kerana anak sulung daripada tiga beradik itu seorang yang taat kepada keluarga.

Sumber: Gugel


nota kaki 2: 
ada kawan kata: "Alhamdulillah...ni tandanya DOA kita d makbulkan...spttnya bersyukur dia pulang dgn selamat. Betul x? ;)"

~> hmmmm... betul la jugak kot.... ntah, malas lah nak komen. janji ko selamat wahai budak. tapi  sian mak bapak...

kawan kata lagi:
"Alhamdulillah...kes mcm ni kat mana kita nk tgk? Sbnrnya tanpa kita SEDAR, Allah nak uji IMAN kita...mula2 kita dgr berita dia kena culik, kita simpati. Bila kita dgr pulak cerita dia lari ikut laki, kita maki. Sdgkan perkara sebenar kita x tahu pn dlm dua2 situasi tu. Kita cuma ada sedikit info (maklumat berdasarkan paper), yg selebihnya kita cuma ber-SANGKA-an. Asas sangkaan kita tu hanya pada paper..."
 
~> akhirnya saya kena akui... saya membenarkan emosi menguasai jemari menulis. tanpa membenarkan minda berfikir dari sudut berbeza... terima kasih atas peringatan sahabat... ingatkan saya di kala saya alpa... 






Yang MUDAH yang Berganjaran Berganda!


MAHMUDAH!
Jika status kita banyak orang like, apa kata kita ?
Alhamdulillah, banyak yang like status saya. 
Mungkin semua yang like ni suka apa yang saya post. 
Moga semua yang membacanya dan mengambil iktibar daripadanya mendapat manfaat. 
Allahumma amin!


MAZMUMAH!
Jika status kita banyak orang like, apa kata kita?
Wah , banyaknya orang like status aku! 
Bangganya aku, rasa macam famous pulak. 
Lepas ni aku nak buat banyak-banyak status best-best la. Biar banyak orang like ! 


Dan sahabat (diri sendiri jugak), 
ikutilah yang MAHMUDAH kerana itu akhlak Rasulullah, 
jauhi yang MAZMUMAH kerana ia mampu mendatangkan fitnah. 
Naudzubillah min zalik! 


Tulislah sesuatu yg boleh menjadi saham akhirat. Jika tak mmpu menulis sebuah kitab yg boleh menjadi panduan seluruh umat, sekurang-kurangnya tulis sesuatu kebaikan yg boleh diamalkan setiap hari kerana saham amalan yg diamalkan oleh mereka akan sampai kepada kita walaupun kita telah meninggal dunia bertahun-tahun.


Tuesday, March 20, 2012

IVF di sisi ISLAM. HALAL @ HARAM?

Mari Belajar BIOLOGY di suatu pagi yg sangap...

Sebagai seorang engineer cabuk yg pernah ambil subjek Biology yg sekadar lulus atas pagar (C5), tetap nak bicara hal2 kedoktoran bukan sebab feeling like professor serba tahu tapi nak ambil sikap ambil tahu... dan untuk mengetahui bagaimana ia dilihat di sisi ISLAM.
# Cuba utk tidak mengenepikan HUKUM ISLAM dalam setiap aspek kehidupan...

Apakah perbezaan antara IUI dan IVF?

IUI ~ prosedur yang ringkas dan mengambil masa yang sekejap untuk di buat. Semasa IUI, satu kateter (tiub) berupa alat plastik kecil yang mengandungi sperma akan dimasukkan kedalam rahim melalui serviks. Ia selalunya mengambil masa kurang dari 3 minit.

IVF ~ satu kaedah reproduksi kompleks dimana persenyawaan telur dan sperma dibuat diluar rahim dan kemudiannya dimasukkan kedalam rahim. Ia selalunya disarankan untuk wanita yang mengalami salur fallopian tersumbat


Persoalannya di sini, saya macam pernah terdengar saya macam pernah terdengar/terbaca, IVF itu HARAM di sisi ISLAM? yer ker tidak? atau saya tersalah dengar?! 

jadi jangan biarkan kita terus dibelenggu dengan sesuatu yang tidak kita yakin kesahihannya... bak kata: TAK TAHU, TANYA! jangan wak budget bijak pandai... hehehee... (oke sedar diri!)

So, saya utarakan soalan@kekonfiusan ini kat sahabat2 yg dikasihi kat page Ustaz Azhar Idrus.




JAWAPAN:

HARUS hukumnya jika dan hanya jika ovum itu dari isterinya yg sah dan sperma itu dari suaminya yg sah.Dan disenyawakan di dlm uterus isterinya yg sah td.

HARAM hukumnya jika sama ada ovum/sperma bukan berasal dari suami isteri tersebut.Milik prg laen.Dan HARAM juga disenyawakan pd uterus org laen @ ibu tumpang.

Wallahu a'lam:)



# Soalan @ kes di atas tiada kena mengena dengan kehidupan peribadi tuan tanah... :p



Monday, March 19, 2012

MATTA FAIR March2012 - Berbaloi kah???


 

Menyebok kat MATTA FAIR adalah wajib! 
Naik kematu tapak kaki tawaf tiap2 booth kutip2 brochure sumbat dlm bag merah yg diberi bkn percuma sebab nak masuk kena bayar 3 hengget! ngan terpaksa nyelit2 bawah ketiak orang nyer lagi... sronok... cam amazing race u!!! :p

Lepas kutip brochure, duk bersila atas simen tepi dinding cam peminta sedekah...
wak meeting tergempar ngan laki utk decide mana hotel2 kite nak grab neh...
semua pon mahu... selepas undian secara osom, kami capai kata sepakat! jalan2 laju2 cari booth-booth yg berkenaan untuk belian tunai. credit card pon bolehhhhh... pilihan di tangan anda...


Full payment by cash. sekali boss bekukan cuti baru padan muka! menangislah dengan lagu sekalipon... hotel tak bagi duit ko balik! hehehee... kalo boss bekukan cuti, ai carik MC haram! :p


Ada hotel yang mintak kita bayar penuh... dan ada yang bayar booking jer. biasa booking fee tu dalam RM50 cenggitu la. nanti, tiba masa karang, tolaklah harga pakej ngan booking yg kite dah bayar tu...

Best tak promotionnya???
ginila... ada pakej tu memang berbaloi abes! memang tawaran super duper cantik menarik ko memang suka kopakkan duit orang! ada jugak sama jer ngan publish rate kat internet. so, jadilah pengguna yg bijak. kalo ko amik pakej ngan harga kat tenet tu, baik takyah dtg matta fair kan..

macam aku... kali ni, aku grab hotel2 yg dekat2 yg boleh bercuti over the weekend yang tak menuntut masa yg agak lama untuk travel. grab hotel2 best yg 4 5 stars (yer ker?!) dengan harga 2 3 stars jer! sangat sesuai untuk relaxkan minda a.k.a fantasia bulan madu secara kilat! :p 

yang pakej bercuti oversea, aku tak tengok pon... oh tipu! tertengok jugak. tapi laju2 benam dalam hati dalam2... tak mahu tergoda selagi tak dapat jejak kaki ke destinasi percutian oversea yang diidam-idamkan... mesti jejak kaki ke destinasi utama dulu baru boleh jeling2 pandang2 cuti2 oversea yg lain... sekarang, kita cuti2 budget dlm Malaysia jer... takper, asal bersama chenta hati, percutian budget itu kurasakan mewah sekali! pui pui puiiiiiiiii~~~~ hahahahahaaa...


Dari PWTC, kami ke SOGO sebab ada orang tak bunting mengidam. 

 manusia yg baru baik dari sakit mulut lebih dari seminggu nak makan ayam nandos setengah ekor!

 
aku tumpang posing jer ngan ayam achik ni... 
betulllllllllllllll... aku punyer quarter jer. percayalahhhhhhh...


lupa nak bukak 'gelang' matta fair ni. bikin malu tol la!


Pastu cam biasalah... dah alang2 sampai ke sana, takkan nak makan terus balik der... tak berbaloi bayar duit train tau. per kata kita bersenam di hujung minggu bang! kasik tawaf itu JLN TAR! hehehee...

waduhhhhhh... kok capek bangat dong!!!





Sunday, March 18, 2012

BENTENG yang dipandang ENTENG...

SOLAT itu tiang agama...
benteng terakhir sebagai ISLAM...
jika benteng itu runtuh... apa lagi perisai yang kita ada sebagai ISLAM???

Rasulullah S.A.W bersabda...
"... dan tiada agama bagi orang yang tidak menunaikan solat. Sesungguhnya kedudukan solat dalam agama Islam diibaratkan seperti kepala kepada tubuh badan " - [Hadis riwayat at-Tabrani daripada Ibnu Umar r.a]



Selagi tidak hadir diri mu (iaitu bersolat),
maka ganjaran perbuatan baik mu itu terawang-awang,
tiada dia naik ke langit dan tidak pula gugur ke bumi sehinggalah sempurna kewajipanmu itu.


Sabda lain dari Rasulullah...
" Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak necaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak Allah) " - [Hadis riwayat at-Tabrani]


Tunaikanlah solat...
walau di mana bumi kita pijak... walau di mana langit kita junjung...
solat itu bukan ADAT tapi IBADAT!


If your legs cannot take you to PRAYERS,
then how do you expect them to carry you to PARADISE?








Friday, March 16, 2012

Terengganu Jan2012 ~ Part 3 (paling mengujakan!)

selain beriang gumbira bergegak gumpita bersama ahli keluarga, aku juga suka merayap kopakkan duit sendiri dan laki ke PASAR PAYANG tiap kali balik Kuala Terengganu. tapi balik hari tu tak berapa best sangat sebab pasar payang jammed ngalahkan KL bila smart tunnel ditutup jer...raya cina kan masa tu... semua orang pun cuti...

 beli baju tido yg wajib dimiliki oleh setiap wanita: baju kelawar... 


Dah guhepe makcik2 kan beli periuk gabak tu. hellllooooo~ perlu oke! selama ni punyer gigih ke balakong gi meminjam cik esah punyer tiap kali nak wak makan2. tu tepon cik esah tanya nak beli periuk saiz berapa... jenama aper... cik esah kata, beli periuk bertelinga cap boye. baik ma! menurut perintah!

sebab orang dah macam ulat gonggok dalam batang sagu, cecepat keluar. x sanggup nak cium bau ketiak orang!


 air cendol tepi jamban yg sgt sedap! memula beli satu. dua kali sedut dah abes. ulang gi beli lagi skali! 

bergambar di tengah panas yg angin sepoi3 reti yg bahasa taklah nampak vangang sangat kot...



Selain itu (tetiba cam ayat karangan sekolah rendah), part paling aku suka adalah: enjoy da journey! apa celop?! tak kematu montot ker berejam duk dalam kereta??? nehi babuji... ko mesti bijak create xtvt di sepanjang perjalanan supaya ko gembira.
how how how??? 
bak kata remaja purba: perut kenyang, hati senang. so, kite makan lorrrrrrrrr... alah, setakat naik sekilo dua aper heran... detox kan ader! :p

jadi marilah kite menyusuri perjalanan dari KT ke KL dengan singgah seberapa banyak tempat untuk mentekedarah meriangkan lemak semampu perut sendiri...

1st point:
PANTAI KELULUT

~ biasa aku singgah pantai kelulut ni untuk makan binatang laut celup tepung. tapi memandangkan kami bertolak dari KT tu dlm kul 11 pagi, kedai2 untuk mencelop dan menggoreng makanan tu tak buka lagi. so, tukar plan kepada makan SATA.


jumpa kedai SATA yg best yg diperkenalkan oleh adik achik.
gerai ni kalau dari KT, dia sebelum ada batu tulis Taman Esplanade.


sata dia menepati citarasa aku sebab cili dia blend sekali ngan ikan tu. so, pedas dia lebih terasa dan xderla sata tu pucat lesi warnanya. biasa aku makan kat Pantai Geliga, Kemaman dia potong jer cili tu.

orang yg sombong kunun beli sikit jer bie... tak abis karang. sekali ko yg makan menambah kan chik! :p

pas makan, sila tapau untuk bekalan di bawa pulang.

sempat lagi ke pantai jap... wellllllllllll~ my name is Cik Kaki ;)



2nd point:
PANTAI KEMASIK

~ ni memang tempat feveret aku dan jadi destinasi wajibul ghunnah untuk disinggahi setiap kali balik ganu. makan binatang laut celup tepung sambil menghayati keindahan alam ditiup angin tak berapa reti bahasa sikit hari tu sebab sedikit kuat angin nya... 






dah kenyang makan, boleh hancurkan 20% kalori (yer ker?) dengan berjalan di tepian pantai yg indah itu...






3rd point:
KIJAL, KEMAMAN

~ memandangkan masa kami balik hari tu adalah musim durian walopon musimnya dah ala2 di hujung tanduk... masih banyak kedai/pondok2 jual durian di sepanjang jalan. oh, jangan tak tahu... durian Kijal memang sodap lemak berkrim disukai ramai.









dah kenyang makan, boleh zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz ngan lenanya. dengan alasan: "abang, mata kite takleh bukak la... SILAU!" dasar! hehehheheee...


Thursday, March 15, 2012

Inspired by Oki Setiana Dewi


Aku masih jauh dengan SEMPURNA...
Masih jauh dengan SYURGA...
Tapi impianku tinggi... 
Ingin jadi BIDADARI buat suamiku di SYURGA...

Lantas...
Aku tidak akan berputus asa...
Menimba ILMU mencari redhaNYA...
Perbaiki IBADAHku yang tak seberapa...
Mantapkan IMANku yang terkadang alpa dengan dunia...
Semoga ALLAH permudahkan urusanku menuju JANNAH-NYA...

Tiap kali menyebut namaMU...
Menilik segala kekhilafanku...
Aku hiba...

~InaAchik~
March 2012

Kini aku diinspirasikan oleh seseorang...
seorang yang tidak kukenal...
hanya melihat di alam maya...
tapi ku lihat dia sungguh jelita...
jelita dengan jilbabnya...


OKI SETIANA DEWI
Heroin Filem Ketika Cinta Bertasbih.

Mendengar puisi OKI yang bertajuk NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMA MU buat jiwaku bergetar... lunak yang menusuk kalbu...  


Oh~~~ tetiba rindu negeri Kelantan tanah tumpahnya darahku...





Wednesday, March 14, 2012

Terengganu Jan.2012 ~ Part 2


ah oh eh ehhhh... entry coti2 teganu tak abes lagi la...
memandangkan hari ni rabu, leh wak entry longgok gambar secara berlonggok longgok tanpa cerita panjang berjela! oh, azlina memang bijak! :p

 Terengganu Jan.2012 ~ Part 1 di SINI

Piknik sesi ke-3 berlangsung dgn gemilangnya sehari sebelum tamatnya riwayat percutian kami. masih di lokasi Lagon, Pantai Chendering (dekat2 dengan Pantai Masjid Terapung)


Sebab angin adalah spesis sepoi2 reti bahasa... sangat sesuai untuk main layang2.
layang2 pelangi tu bukan aku punye.

Ben10 pon Ben10 lah... itu her yg ade. 5 hengget jer pown...


see, ramai plak peminat layang2 ben10! :)









Hari yang gembira!
kami enjoy bersama... :)

Pulang di hari senja...
sebelum hantu air keluar cari mangsa... :p


************************************************************

SELINGAN:
Best sangat tgk deme2 tu mandi laut...
aku rendam2 kaki lari anak kijang di gigian pantai cukup...
sebab?
teringat pesanan UAI:

HARAM wanita mandi manda di tempat terbuka bersama lelaki kerana pakaian basah akan menampakkan bentuk badan.

jadi...
Jangan ketepikan yang benar untuk membenarkan cara untuk mencapai keghairahan kita...