Wednesday, May 28, 2014

WordlessWednesday: Rahsia kenapa blog Kakikusukaberjalan ber'hibernasi'...



kembali bersiaran di kantor berhawa dingin setelah lebih 2 minggu MC...
tapi sekarang otak bergerak pada kelajuan yg sangat men-siput cadbury... 


Wednesday, May 7, 2014

Jika benar kita bertegas dalam menutup aurat...

Jika benar kita BERTEGAS DALAM MENUTUP AURAT...

kita pasti akan ambil berat hal TUDUNG; 
berjayakah menutup apa yg harus ditutup dgn sepenuhnya; 
ia tak cukup sekadar labuh tapi tidak dijaga pandangan sisi juga pandangan belakang.

kita pasti tak akan berkompromi dengan STOKIN. 
takde istilah terlupa pakai stokin atau lupa mana dicampak stokin.
tak kisah ke mana pun kita pergi...
ke laut ke pantai... biar basah.

kita juga pasti takkan bertolak ansur dgn STONGAN (baca hand socks). 
labuh pun lengan baju, jika masih terselak bila melakukan sesuatu walaupun sekadar bercakap (ni jenis mulut bercakap, tangan pun bergerak), pakailah handsocks... 
malas sangat, pakai baju/blouse/jubah yg ketat di pergelangan tangan.

kita juga pasti tak kemaruk nak berfesyen dgn dress getah di pinggang walopon baju tu longgar, 
tak kemaruk fesyen blouse di-tuck-in ke dalam skirt kembang. 
tujuan kita berbaju longgar adalah untuk menutup susuk badan, 
jadi apa tujuan lagi diikat diketat di bahagian pinggang. 
kan?!

ramai yang rasa sempurna menutup aurat hanya dgn berstokin walaupun baju ketat bertudung singkat... 
ramai yang rasa sempurna menutup aurat hanya kerana berjubah dan bertudung labuh walaupun tak pakai stokin, lengan baju tersingkap.

ini bukan mengkritik...
jauh lagi menunding jari...
ini peringatan bersama...
ada mungkin kita terlepas pandang...
ada mungkin kita mengharap ada yg sudi mengingatkan.
sama2 kita perbaiki...
jika benar kita bertegas hidup berTUHAN.

moga Allah istiqamahkan kita wanita2 akhir zaman menjadi wanita cantik di sisi TUHAN...


berfesyen sekadar Syariat membenarkannya...



Monday, May 5, 2014

Ina+Achik di darjah 7. :)

Assalamualaikum wbt...
lamanya tak menarikan jemari montok di sini...
hari ni masuk kerja, otak lemau setelah bercuti 10 hari.
syorga sungguh!!! ;)

biasala... awal May cuti lama sikit...
bulan meraikan cinta katanya. :)



 1.May.2014…
13 tahun mengenali kamu… dan
7 thn menjadi isteri kamu adalah perjalanan yg terindah.
tak pernah aku bayangkan yg Allah sayangi aku sebanyak ini dgn memberi suami yg melengkapi keseluruhan ketidaksempurnaanku. 
Di saat isteri menjadi madu, kamu teguk manisnya. 
Di kala isteri menjadi racun, kamu penawar bisanya.

Pernikahan ini menginsafkan kita tentang perlunya iman dan taqwa dlm hidup ... 
belajar meniti sabar dan redha. setiap kekurangan dan ujian dlm rumahtangga menguatkan lagi cinta kita.

Suami, 
teruslah jadi mursyidku krn aku hanyalah wanita akhir zaman yg dahagakan solehah dan punya cita menggunung mahu menjadi ketua bidadari utk kamu di syurga.

Moga cinta ini terus utuh dan teguh kerana cinta yg Maha Memberi Cinta.



destinasi cinta...

tengoklah... kalau rajin saya share.
teringat zaman awal2 blogging dulu, tujuan blogging dulu sebab nak share travelogue cik puan kakikusukaberjalan. tapi masa berubah... keadaan berubah... cik puan kakikusukaberjalan tetap suka berjalan tapi tak sekencang dulu... cumanya, cik puan kaki dah kurengggg minat nak buat entry berantai pasal cuti2 ni.  tapi kali ni mmg ada simpan azam kecil nk update pasal cuti2 ni sebab ia best! ;)
kot2 boleh membantu pasangan2 halal mencari destinasi merai cinta menghangat kasih demi cinta Ilahi...