Wednesday, August 29, 2012

Salam Aidilfitri di 11 Syawal


Assalamualaikum buat kesayangan sekalian...

Di kesempatan masa yg masih ada, saya nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua...
#raya ke-11 baru nak wish??? ....ehhhhh! better late than never tau! ngeheee...

Minal Aidin Wal Faizin
semoga anda termasuk dalam golongan orang2 yg kembali (ke jalan Allah) dan orang2 yg menang.

Ampun dipinta setulus jiwa...
Maaf diberi selapang dada. 


Sebenarnya dari hari Isnin masuk kerja tapi masuk2 kerja jer boss sambut dengan kerja meng-everest. terkojut semangat lemang dan ketupat palas! tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kerja dan hari ni dah boleh senyum tayang gusi kaler pink! dah boleh khatamkan gambar raya sendiri.lepas ni jgn muntah bersepah la yer tgk gambar raya menyerang blog secara berduyun duyun. :p


 
********

Telah berlalu bulan Ramadhan,
kini kita menyambut Aidilfitri,
Mari kita muhasabah diri; 
adakah puasa yg telah dijalani selama sebulan mencapai maqasidnya atau sebaliknya???






Wednesday, August 15, 2012

Sayu hati nak say BYE BYE...



Air mataku bergenang...
sayu... sebak... arghhh, aku sedih!
berat hatiku nak melepaskanmu...
sungguh... datangmu ku nanti... pergimu tak kurelai...
pasti aku rinduimu... menunggu dan terus menanti...

Semoga Allah bagiku kesempatan ruang waktu...
agar dapat ku bertemu lagi...
agar dapat ku rasa lagi ketenanganmu...
agar dapat kuraih lagi keberkatanmu...

Ya Allah...
pertemukan lagi aku dengan RAMADAN mendatang...
kerana Ramadan beriku momentum baru...
untuk kuteruskan perjalananku...
menjadi ummatMU yg lebih baik...
dalam mencari redhaMU...
mencari tempat di sisi Rasulku...
di JANNAHMU...

Ameen...







Tuesday, August 14, 2012

Ada apa dengan berBAJU BARU di Hari Raya?


"Tahun ni aku nak beraya secara bersederhana. say no to baju raya!!! kitar semula sahaja..."
 #dialog di atas adalah rekaan sendiri semata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Tak salah bersederhana... malahan itulah yang dituntut. 
tapi jika mampu, belilah baju raya. tak boleh sepasang, berpasang-pasang! :p
biar murah asal baru sebab adalah SUNAT berbaju baru di hari raya puasa dan haji.

Tak percaya ka? cer kabo (baca bagitahu) sket bigbohhhh... ;)


- Ustaz Azhar Idrus -

 Tapi apa guna berbaju raya tapi tak solat dan tak puasa?!
ibarat kejar yg sunat... yg WAJIB dipandang sepi...



Alhamdulillah... masih mampu berbaju baru di hari raya. tapi bila tengok balik, hampir semua baju raya saya adalah hitam melegam. tapi ape kesah kan? hitam itukan menawan! lemak pon boleh menari riang tanpa pandangan sinis manusia2 keding! :p





Monday, August 13, 2012

Hard Disk VS Iman dan Taqwa


Apa guna ada HARD-DISK kalau takde SOFTWARE?
dah ada software, upgrade-kan RAM-nya.
juga jgn lupa install-kan ANTIVIRUSnya.
itulah hakikat tentang HATI, IMAN, TAQWA dan MUJAHADAH dalam Islam!
Hati tanpa iman tiada fungsinya...
sudah ada iman jangan lupa tamba taqwanya...
dan tanamkan mujahadah dalam diri agar tak terpengeruh dengan perkara2 mungkar...
InsyaAllah, selamat dunia akhirat. 

-Kakikusukaberjalan-




Apa kaitan PUASA... IMAN... dan TAQWA?


 



#Diari 24 Ramadhan. 
Teruskan memburu Lailatul Qadar... itulah skim pencen 1000 bulan kita!




Friday, August 10, 2012

Perkongsian 'setahun' yang indah...

Assalamualaikum wahai kesayangan...
semoga redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita...

Sudah di 21 Ramadhan kita...
Dalam kesibukan orang buat persiapan raya... hati saya seperti dibelenggu rasa sedih... sayu...
Ramadhan akan tinggalkan kita... pasti saya rindukan ketenangan bulan Ramadhan yg tidak saya dapat di bulan2 lain. pasti tidak lagi mampu saya melihat masjid penuh dgn jemaah...

mood untuk buat persiapan raya pun tak semenggah mana... tak seperti tahun2 sudah. kali pertama saya tak teruja nak dengar lagu2 raya. kalau dulu2, sekarang ni ring tone henpon pon dah lagu raya ni... ;)


Dan 21 Ramadhan adalah tarikh keramat yg akan saya kenang hingga jasad kembali ke tempat asal kejadian. hari ini genap setahun 'perjalanan' baru saya mengikut kalendar Islam. masih segar di ingatan... di kala ALLAH memberi 'rasa' itu saya dalam kejahilan tentang banyak hal. saya sangat takut untuk memulakan langkah. takut (sangat takut sebenarnya) tak mampu nak istiqamah dan bimbang hati berbolak balik. tapi dalam masa yg sama... saya taknak persia 'hadiah' yang ALLAH bagi. bimbang takkan ada lagi hidayah dan petunjuk dari Allah dan akhirnya saya berterusan 'merasa baik' walau hakikatnya terlalu jauh dengan syurga... nauzubillah... 
akhirnya saya nekad... nekad mulakan langkah. nekad untuk tidak mengaku kalah sebelum berperang!

Tapi Alhamdulillah... ALLAH bantu saya. hadirkan insan2 hebat untuk membimbing saya...
Suami, kamu yang paksaku gagahkan kaki ke masjid walau keterpaksaan waktu itu. kerana paksaan itu, aku melalui satu detik yg tak pernah aku bayangkan. suami, kau imamku yang mencintaiku setulus hatimu dan aku tidak mahu cita2 mu ke syurga terhalang kerana dosa2ku... aku isteri yang harusnya mendorongmu ke syurga bukan memberi saham dosa untukmu setiap hari. atas kesedaran dan cinta yg mendalam buatmu, aku mula mengerti yang cinta kepada ALLAH akan meraih cinta sesama manusia. terima kasih suami kerana cintamu membawa aku dekat dengan ALLAH... *menaip sambil lap hingus T__T

dan Boss di tempat saya mencari rezeki juga adalah merupakan insan penting dalam perjalanan saya. di kala saya jahil tentang aurat, dialah yg fahamkan saya. masih ingat tragedi pagi yg emosi, di kala saya perlukan teman untuk luahkan apa yg saya rasa... perlukan tunjuk ajar cemana nak bermula, boss adalah 'teman' itu. terngiang pesanannya: "azlina pakailah stokin... ramai orang terlepas pandang. dan stokin tangan pun perlu sebab nanti baju kurung (saya pakai baju kurung masa tu) ni senang tersenteng." dan dia tidak pernah lelah berkongsi ilmunya. printkan doa, zikir, ilmu2 lain... juga copy-kan ceramah2 dan letak dalam folder pc saya... hadiahkan buku... cd... oh, banyaknya jasa boss! terima kasih boss atas rezeki dunia dan bekalan akhirat. *terima kasih juga utk cuti raya yg panjang tanpa dipotong cuti tahunan. boss sgt osem! :)

bila saya mula pandai menyusun tapak walaupun langkah masih pincang... saya ditemukan dengan bulatan gembira. Ustazah usrah pula menjadi tempat rujukan. mengajar tentang bersahabat dan menyayangi kerana Allah. terima kasih Ustazah Zaimah Yaha... juga rakan2 usrah yg lain... tak lupa buat sahabat2 saya juga... 

Inilah setahun yang paling hebat dalam hidup saya! tak pernah saya bayangkan indahnya hidup bersyariat. dan memang benar, bila kita mengejar akhirat, kita akan dapat dunia nya. urusan hidup saya semakin dipermudahkan. ya ALLAH syukur atas segala nikmat rasa yg KAU bagi ini...

Dan saya kongsi perjalanan saya bukan sebab saya berbangga... jauh lagi untuk riak atau tunjuk baik. saya akui, masih banyak lagi yang perlu saya perbaiki...
tapi saya kongsi sebab saya ingin semua sahabat2 saya rasa keindahan dan ketenangan yang saya rasa.. dan impian saya besar... saya nak sahabat2 saya hari ni jadi jiran saya di syurga jika diizinkan Allah... atas impian besar itu, saya ingin bersama2 berjalan bersama teman2 di dunia ini mencari jalan redha ILAHI.

Di kerendahan hati...
jika sudi, doakanlah semoga saya terus istiqamah, terus diberi kekuatan untuk bermujahadah mempertahankan hidayah yg Allah bagi dan terus diberi kesedaran jihad utk berkongsi ilmu yg seciput. 

akhir kata untuk rasa yang tak terungkap dengan kata,
segala pujian dan sujud syukurku hanya padaMU ya ALLAH...




aku mengenal cinta ILAHI dari cinta seorang ADAM.
 Di hujung doa...
"ya ALLAH, izinkan aku menjadi ketua bidadari buat suamiku di JannahMU..."



Cinta itu sumber kekuatan untuk memperjuangkan iman dan Islam dalam diri, keluarga dan masyarakat bahkan ke seluruh dunia. Cinta itu kuasa kerana ia terletak di dalam hati – raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri. - Pahrol Mohd Juoi.

Thursday, August 9, 2012

Tentang WANITA itu - Aku mahu tapi aku tak tahu! :(

Tentang WANITA itu...
jiwa kosong minta diisi...
ingin sekali kakinya melangkah ke Masjid...
berterawih...  berqiamullai...
berzikir munajat memuji kebesaran Allah...
sujud memohon keampunan atas dosa2 lalu...
arghhhhhh~ sungguh wanita itu mahu!

tapi wanita itu punya kekangan masa...
juga bagaimana dengan anak2 kecil di kiri kanannya?
jangan bersedih wahai wanita itu...
kamu mampu lakukannya sendirian di ruang kecil di teratak syurga milikmu...
di sunyi malam di kala anak suamimu sdg tidur...
perlahan kau susunkan langkahmu...
capai telekung juga sejadahmu...
SUJUDLAH!!!
kamu pasti temu satu ketenangan yg tak pernah kamu rasa...
kamu pasti merasa air mata sejuk mengalir di pipi gebu mu...
menangis kerana sebuah taubat... segalanya kerana ALLAH...
lagi indah rasanya dari terima hadiah berupa handbang GUCCI mahupun PRADA...

"di kala aku bangun sepertiga malam, tidak tahu apa yg harus dilakukan!
yer, aku mahu!!! tapi aku tidak tahu!!!" wanita itu merintih sedih kerana kejahilannya...
jangan sedih wahai wanita... aku juga seperti kamu. juga pernah menangis kerana kejahilanku...
dan harusnya aku mengerti rasa itu... dan tidak ku mahu kau rasa apa yg aku rasa...
lalu kukongsi satu rahsia...
aku pernah sujud dengan bantuan sebuah buku...
pernah bantu aku... mungkin juga kamu...
InsyaAllah kau akan rasa apa yg aku rasa...
rasa yang tak terungkap dengan kata...
yang pasti kamu akan rasa... cinta ALLAH tiada syaratnya...
cinta ALLAH itu agung buat kamu... aku... dan mereka yg ikhlas mencari cintaNYA...




buku ini mungkin hanya akan membantumu mulakan langkah...
kemudian bila kau sudah pandai menyusun tapak... carilah GURU...
memperbetulkan yang mana silap yg tak kita tahu...
InsyaAllah... kita mampu jadi ketua bidadari buat suami di Syurga Allah nanti...
ohhhhh~ tetiba tak cukup tisu nak lap air mata dan hingus. :(



#rebut setiap peluang yang masih bersisa... siapa tahu kamu temu Lailatul Qadar... di malam yang doa sangat makbul. Semua malaikat ditugaskan mengaminkan doa. Marilah kita habiskan dengan menangis di depan ALLAH. Apalah gunanya mata yang tidak menangis di depan ALLAH.


Wednesday, August 8, 2012

WordlessWednesday 19 Ramadhan - Islamic Fashion


"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
 
 

Tuesday, August 7, 2012

IBADAT vs ADAT.

 *thank u pakcik gugel!


Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan masjid semakin meriah dgn jemaah yg dtg solat terawih walaupun makin hari makin susut pula bilangannya. walhal, makin di akhir Ramadhan makin tinggi nilai 'saham' malam itu... mungkin kita tidak pandai 'menghitung' barangkali... :(
ok takpe... sbg positif thinking, mungkin setengah dari kita bercuti rehat nak kejar malam Lailatul Qadar di 10 mlm terakhir kan? #kalau sempat... kalau tak sempat?!

Tapi ada ramai yg terlepas pandang tentang byk hal iaitu adab2 di masjid. Dan ini hasil pemerhatian saya yg kesnya lebih menjerumus kpd muslimat sebab takkan nak perhati muslimin plak kan... kang ader kena sekeh kepala ngan toklaki den kang! ;)


Lalu depan org yg bersolat & org yg bersolat tidak bertindak untuk menghalang:
nampak cam takder apa tapi tahukah kita itu adalah satu dosa yg amat besar. tapi yang jadi masalahnya juga yg pen-solat tu tak pandai memilih tempat untuk solat (solat sunat la biasa ni). contoh: Tok Imam buat terawih 20 rakaat, tapi biasala... yg mana tak larat, lps 8 rakaat cabut lah... dan ada yg sambung solat sunat witir di lokasi yg bersepah. ada ker sembahyang depan pintu org keluar masuk?! weiiiii, cemana nak lalu... dah kot yer takde ruang kosong dah... dan kamu tahu tempat yg sdg kamu solat laluan orang, letaklah benda kat depan like bag ker... kain ker... pepandai lah! kesimpulannya: Jika lalu di hadapan orang yang sedang solat adalah kesilapan, maka ia juga satu kesalahan bagi bagi orang yang sedang solat itu sekiranya ia tidak bertindak menghalang.


Datang Terawih dengan pakaian yg tidak menutup aurat dgn sempurna:
Ni masalah besar jugak neh. Pakai baby T ngan seluar trek tudung selempang tak tutup dada tu biasa... tapi yg kronik lagi ni dan ini cerita benar bukan rekaan: saya terserempak dgn jemaah wanita ala retis pakai legging tudung ala tokti. ;) ala2 KL style: "wa stylo tapi wa pergi terawih oke!" - pergi terawih tu dah bagus dah tapi pleaseeeeeeeeee pakailah pakaian yg proper dan tutup aurat. saper kata tak menyusahkan org lain, kesian pak2 sheikh dan ustaz2 yg terpaksa jalan menunduk tenung lantai sampai retak!
Jemaah muslimat dtg dgn pakaian yg tidak menutup auratnya 


Budaya bersembang
Alahaiiiiiiiiiiiiiiiii... ni lagi satu kes. baru jer pak imam bagi salam kiri kanan, terus start enjin bersembang. ya Ampon... org tgh berwirid kat depan nun, kita buat 'wirid' sendiri pulak. time imam berdoa, kita kat blakang tangan tadah tapi buat 'doa' sendiri jugak... Sama juga masa org bagi tazkirah. kalau taknak dengar, bleh cari tiang - bersandar dan mimpi sampai ke bulan jauh lebih baik dr duk bergebang dan mengganggu jemaah lain. tapi kengkadang yg problemo de amore ini dari kalangan muslimat 'core' masjid. dah jadi geng monopoli wak masjid cam rumah sendiri. patutnya gang core masjid ni bagi teladan yg baik untuk tarik jemaah yg baru berjinak ni...


last sekali; park kereta double. dah tahu kamu block kereta org, laju2 keluar masjid yer... walau solat terawih 20, org yg keretanya kamu block tu mungkin solat 8 rakaat jer! sila jadi sensitif: jangan sampai nak gi beribadat tapi kita dah susahkan orang. jgn park ikut main dan jer sampai selamba park dpn gate masjid. adoyaiiiiiii kuasa dua~~~~



#Sekian laporan Diari 18 Ramadhan.

Nota kaki Cik Kaki: Islam itu bukan tentang IBADAT semata... tapi juga tentang ADAB. Jangan kita jadi golongan yg mencemarkan keindahan ISLAM hanya kerana kita tak tahu menjaga ADAB.





Saturday, August 4, 2012

Baik yang tersia sebab gagal bezakan ibadat dengan adat!


SOLAT: 
Benteng yang semakin dipandang enteng! 
masih ramai yang tega berpuasa tanpa solat. ibadat dijadikan adat. 

Ketahuilah...
ibadat dan amal baik itu terawangan tanpa dihisab selagi mana tidak solat... arghhhhhh~ rugi!!!
maka; solatlah... solatlah... solatlah!


Kata Murabbiah Bulatan Gembira saya:
"Solat adalah pembeza di antara orang yang beriman dan orang yang kufur.
Orang beriman menjadikan solat sebagai tanda syukur.
Orang yang kufur meninggalkan solat sebab takbur dan tak tahu bersyukur."




Friday, August 3, 2012

Niat dalam hati ketika Berwudhu'

Ketika berwudhu', niatkanlah dalam hati...

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, 

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". 


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,   

"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

 
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
 
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

 
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
 
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

 
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
 
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

 
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
 
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

 
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
 
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

 
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
 
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat 

maksiat".



Ramadhan semakin dekat untuk melabuh tirai...
Ya Allah, terus bagi aku kesempatan ruang masa supaya tidak terlepas satu pun nikmat yang ada pada Ramadhan... Amin...





Thursday, August 2, 2012

Shawl keluaran INACHIC HIJAB - You are chic in a modest way...

Alhamdulillah...

Ingat lagi kah kesayangan dengan entry ini: Shawl brand CikKaki's Hijab ~ ada sesiapa mahu?

Dari niat asalnya saya tempah shawl ni utk keperluan diri yg mana susah sangat nak dapat shawl yg lebar, panjang dan tak nipis untuk saya cover my aurat... tak sangka ramai plak yg teruja nak jugak then mintak saya jual.

shawl yg baru siap, terus pakai kat office. nak plak boss xder... terus dera officemate suruh snap2 picture pakai shawl baru. pastu laju2 update kat fesbuk. bila share jer, ramai kawan2 bagi support dan cakap nak tempah jugak.

Actually, pada asalnya saya tidaklah serius untuk berniaga disebabkan oleh kekangan masa. tapi Achik bagi support. achik kata: "bie, ni one of jihad jugak. kamoo boleh bantu org2 yg nak bertudung dgn sempurna pada harga yg tak membebankan. kamoo pun tahu kammo susah nak beli tudung mcm kamoo nak, so mereka pun sama... abg support bie... TAKBIRRRR! ALLAHUAKBAR" sambil wak gaya demostrasi jalanan.

vunguk laki den nih! dlm serius ade jugak lawak badul di situ. hahahahhaa...
tapi apa dia cakap tu btol jugak... terus semangat. oke azlina, anda mampu! ;)

sbg langkah selamat utk test market, saya buat 24 helai shawl dulu. kunun nak iklan kat blog kesayangan ni lah... sekali shawl tak sempat siap, dah sold out uols! ade 4 org kawan brani mati tempah sampai 3 helai sorang tanpa tgk kaler. yg lain pakat order selai dua sorang. pownnn.... tanpa tgk kaler. percaya jer saya kate kaler sekian2... mmg giler yg best dorang ni... muah muah my preng!

so, tak sempatlah saya nak jaja kat blog ni...

 Banyak lagi tempahan yg tak dapat saya penuhi. Tapi buat masa skrg saya stopkan dulu tempahan shawl ni dan akan dibuka semula selepas raya. saya nak marginkan lebih masa dan tenaga yg ada untuk fokus pada puasa dan ibadah2 lain. saya taknak terlepas satu pon keisimewaan yg Allah bagi di Bulan Ramadhan Kareem ini. saya nak grab setiap peluang yg diberi. harap anda juga...


Di sini saya share shawl2 yg dah sold out tu...





perasan tak... ada brand sendiri oke!!!
dengan ini diumumkan, shawl saya ni diberi nama inAchic Hijab.
sekali pandang cam InaAchik Hijab kan... tapi tu pandangan kasar... 
pandangan halus berseninya, ada makna lain... 
inAchic = in a chic, chic = fashionable. 
maksudnya... apa yg cuba disampaikan adalah:
U ARE CHIC IN A SYARIAH WAY... 
InsyaAllah... sape setuju angkat kaki tangan!!! ;)


Ni few styles yg boleh digayakan dgn Shawl inAchic Hijab ni...
#kesemua shawl tersebut adalah hak milik kekal tauke nya, bukan utk dijual! :p







Kepada sesiapa berminat dgn Shawl inAchic Hijab
atau email saya di azlinahasan@yahoo.com
Harga? PM dan anda pasti terkejut dgn harganya... :)


Sifat kejadian shawl inAchic Hijab:

material: lycra
tiada awning, dipakai begitu sahaja...
saiz: 0.3m x 2m++
takperlu digosok! yeaaaaaaa~ :)
#diingatkan lagi sekali, stock baru hanya akan dikeluarkan selepas raya. ;)







Wednesday, August 1, 2012

Entry bertaut kening tanda serius: ada apa dengan word MUSLIMAH?

Assalamualaikum and happy Ramadhan to all my kesayangangan...
hari ke-12 sudah... rasa nak nangis sebab Ramadhan lari dgn kencangnya... :(

Ok, hari ni ai (wahhhh~~~ cam gedix plak nak ber ai yu segala kan... xper, sekali duakala...) hari ni nak cakap hal yg sedikit serius... eh tak, serius banyak (sambil rapatkan kening kiri dan kanan).


ai dapat komen dari seorang pembaca blog:

"salam kak... blh x buat 1 entry ttg the word 'muslimah'. skrg ni byk sgt dengar ttg muslimah sejati, busana muslimah, menutup aurat. tp adakah benar2 menutup aurat andai pakaian tu tidak ketat tp menampakkan bentuk badan seseorg perempuan. tudung plk tidak menutupi bahagian dada.contohnya dalam program Safiyya... perkara2 mcm ni blh buat kita keliru kan. harap2 akk dpt membantu saya yg jahil ni. tq kak" 

sorry dik, akak ambil masa yg agak lama utk menjawab soalan adik ni. bukan akak x amik cakna, tapi akak tak cukup kekuatan untuk membicara hal yg agak senkutip ni. akak pernah berbicara hal ini dan ada yg terasa dan cakap: "takde topik lain dah ker nak ckp selain hal aurat?". atas kelemahan iman dan skill dakwah yg tak seberapa, akak amik jalan 'play save'. dan alhamdulillah, hari ini Allah bagi kekuatan untuk agak tarikan jemari gebu akak ni untuk berkongsi ilmu, fakta dan diserikan dgn auta... ;) eh tak! entry serius yg xder auta kali ni...


firstttttttttt skali, fahamkan aurat kita sbg wanita:

Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

di sini, kita faham bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. maksudnya WAJIBlah ditutup bukan dibalut aurat itu selain muka dan pergelangan tangan. jadi stokin pon mesti pakai krn kaki juga aurat!


berbalik pada soalan adik tadi:
pakaian tu tidak ketat tapi menampakkan bentuk badan seorang perempuan.

kalau ketat memang sah2lah tak boleh kan... tapi skrg persoalannya tidak ketat tapi menampakkan bentuk badan. oke, kita guna contoh la yer senang.

  • pakai jubah kain lycra... dah longgar tapi sebab kain ni jenis melekat, nampaklah susuk badan kita. so, misi menutup aurat gagal di situ...
  • let say, pakai baju loose tapi nipis, kat dalam tu kita pakai inner dan inner tu adalah melekat di badan dan terzahir susuk tubuh kita... misi gagal lagi.
  • dannnnnnnn... hal yg terlepas pandang: pakai jubah besar, hitam, kain x nipis... tapi bersifat flowing dan bila angin datang, terzahirlah tiang bendera 2 batang. bagaimana tu? ai pon tertanya ni... tapi for me, ai jatuhkan hukum wajib ke atas diri sendiri untuk pakai kain/skirt kat dalam bila berjubah. so, bila ditiup angin sepoi2 x berape reti bahasa tu, tidaklah kelihatan tiang bendera yg 2 batang itu....


soalan kedua:
tudung tidak menutup bahagian dada.

ini lagi satu salah faham tentang aurat. kita fikir bila dah bertudung dah menutup aurat. belum lagi... itu just a step closer utk menutup aurat. bertudung ini ada syaratnya: mesti labuh dan MENUTUP bahagian dada.


"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


terkadang kan... ai juga marah dengan sesetengah butik pakaian yg menggunakan word 'busana muslimah' tapi jual pakaian yg mereka claim as 'busana muslimah' tu ketat mengening! nipis! sedih la ai yu...


"Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak." 
(Hr. Bukhari dan Muslim)
mungkin AURAT lah yg menjadi penyumbang terbesar saham kita ke neraka. oleh kerana nafsu wanita yg sembilan itu, ramai antara kita tak mampu menahan nafsu berhias dan ingin tampil cantik. percayalah, kita masih mampu cantik dan berhias dengan berlandaskan apa yg disyariatkan...


ai rasa... tu jerla kot yg ai nak kongsi... nak lebih2 pun, ai masih di fasa belajar tentang banyak hal lagi. kalau tak setuju @ tak suka, jgn bom blog ai! or jgn mark as spam. tekan tanda X di sebelah kanan paling atas tu jer tau. then pergila layan mana2 online blogshop. ;)
sesungguhnya yg baik dari Allah... yg lemah dari kelemahan ai sendiri... wallahuallam...


ai akhiri dengan video osem ini yg mungkin dapat membantu kita fahamkan how to dress up in tht right way specially dlm persiapan menjelang hari raya ni...

 




Nota Kaki Cik Kaki:
Proses menjadi solehah tu bukan dengan menukar pakaian sahaja tetapi hati perlu diisi dengan ilmu. Bila hati kita terisi dengan ilmu, insha Allah ianya akan menambah iman dalam diri kita. Bila iman bertambah, jiwa kita akan selalu tergerak untuk berbuat kebaikan - Haruman Mawar


WordlessWednesday 12 Ramadhan 1433H - Hanya kerana...

... ALLAH!


Rasulullah bersabda: 
"Man la yarham, la yurham"
Barang siapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi [HR Muslim]