Wednesday, July 31, 2013

Entry tak berfaedah: Lorrrrrrrrrrrrrrrr??? ok alohhhh!


Balik dari terawih... 

suami: "suami mcm nak blanje isteri jer" 


isteri: "knape nak blanje isteri?" 

suami: "sebab isteri kerja kuat. balik kerja, masak sedap2 utk suami lagi. sebab tu suami nak blanje isteri" 


isteri: "suami nak blanje apa?" 


suami: "tutti frutti. tapi pinjam duit isteri dulu tau, suami x bawak duit" 


isteri: lorrrrrrrr?????#$%^&@!!!



# tapi tetap terharu! ;)





di hari kejadian lain...

suami: "abang jeles dgn isteri!"

isteri: "kenapa pulak?"

suami: "yerla... isteri dapat banyak pahala. balik kerja, masak... dapat pahala puasa suami lagi. tak boleh jadi ni... suami kena speed lebih lagi. mana boleh isteri masuk syurga sorang tinggal suami. nanti suami sedih..."

isteri: "ok alohhhhhh..."





sekian entry tiada faedah. tapi kalau nak, carilah faedah yg tersembunyi... selamat beramal dan terus jadi pemburu Lailatul Qadar... bukan lailatul kedai. ;)


Tuesday, July 30, 2013

Surat cinta dari sahabat: Tentang wanita itu...

ingin ku kongsi sepucuk surat cinta...
sudah lama ku simpan...
surat cinta dari sahabatku di bulan puasa setahun lalu...
tapi biar lama... ingin juga ku abadikan di sini...
mana tahu, ada manafaatnya untuk kesayangan yang lain...

ini surat cinta itu:

--------------------------------------------------------------------------------

Assalammualaikum wbt.

Sayangku ina,

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah di atas penghijrahan mu. Dah lama nak antar surat cinta ni padamu, tp masa x mengizinkan. X tau nak ckp camane, Aku betul2 gembira dengan penghijrahan mu. Sungguh berseri-seri wajahmu kamu sekarang. Semoga kamu sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNYA.

Na,
Aku gembira menjadi kawan kamu, aku turut mendapat tempias penghijrahan kamu itu..syukur alhamdulillah, dengan menjadi silent reader blog cik kaki, sedikit sebnyak memberi aku ilmu yang da lama tak dicari.

Na,
Semalam, aku ade baca tentang wanita itu,. Ape yang kau ckp itu betul, walaupun ade anak kecik, kite masih punye ruang untuk beramal, cume kite je kekadang selalu bnyak alasan.  Da lama aku x solat sunat dan x berterawih. Kekadang solat pun kelam kabut sebab ade anak kecik. Anak dijadikan alas an, betapa jahilnya aku, padahal kite masih punye banyak masa iaitu ketika dorang tengah tdo. Selepas baca tentang wanita itu yang kau tulis, aku nekad tuk mulakan kembali ape yang da lama ditinggalkan. Semalam, aku tetido, terlupa nak set alarm tuk bgn. Tp tiba2 dlm pukul 2 aku terbangun dengar bateri hanset da penuh. Sedangkan bunyi bateri penuh tu x la kuat sangat. Sebelum ini kekadang bunyi alarm pun x sedar sbb da penat sgt.

Na,
Bile aku tetiba terjaga semlm, aku dapat rasa seperti yang kau ckp tentang wanita itu. Aku amik wuduk, tp blur nak buat solat ape. Lepas tu, aku amik keputusan solat hajat. Dalam solat tetiba aku jd sebak sgt. Aku menangis dalam solat.  X penah ku rasakan perasaan tersebut. Tuhan punya kuasa, si kecik sedikit pun tidak sedar dr tdo seperti selalu, kekadang nak bangun kencing pun susah sbb si raeef asik nak menghimpit jek. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertaubat kepadanya. Selama ni selalu alpa dengan duniawi.  Masuk opis ari ni mata bengkak, malu sgt, tkt org tegur kenapa mata bengkak, nasib baik xde sesape tegur..hehe. Allah itu maha penyayang. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai perasaan itu.

Na,
Terima kasih diatas segala perkongsianmu tentang kisahmu. Semoga kite sentiasa mendapat petunjuk dariNya. Amin. Doakan daku agar dapat istiqamah dalam melakukan kepada yang lebih baik ye kwnku.

X tau nak ckp ape lg, sayang kamu Lillahitaala. Maafkan segala silap dan salah aku terhadapmu sepanjang persahabatan kite.

Selamat Berpuasa dan Beribadat di bulan yang mulia ini.


Assalammualaikumm..


--------------------------------------------------------------------------------

surat cinta kesinambungan dari ENTRY ini.
untuk tidak merosakkan mood, ku repost di sini...


Tentang WANITA itu...
jiwa kosong minta diisi...
ingin sekali kakinya melangkah ke Masjid...
berterawih...  berqiamullai...
berzikir munajat memuji kebesaran Allah...
sujud memohon keampunan atas dosa2 lalu...
arghhhhhh~ sungguh wanita itu mahu!

tapi wanita itu punya kekangan masa...
juga bagaimana dengan anak2 kecil di kiri kanannya?
jangan bersedih wahai wanita itu...
kamu mampu lakukannya sendirian di ruang kecil di teratak syurga milikmu...
di sunyi malam di kala anak suamimu sdg tidur...
perlahan kau susunkan langkahmu...
capai telekung juga sejadahmu...
SUJUDLAH!!!
kamu pasti temu satu ketenangan yg tak pernah kamu rasa...
kamu pasti merasa air mata sejuk mengalir di pipi gebu mu...
menangis kerana sebuah taubat... segalanya kerana ALLAH...
lagi indah rasanya dari terima hadiah berupa handbang GUCCI mahupun PRADA...

"di kala aku bangun sepertiga malam, tidak tahu apa yg harus dilakukan!
yer, aku mahu!!! tapi aku tidak tahu!!!" 
wanita itu merintih sedih kerana kejahilannya...
jangan sedih wahai wanita... aku juga seperti kamu.
juga pernah menangis kerana kejahilanku...
dan harusnya aku mengerti rasa itu... dan tidak ku mahu kau rasa apa yg aku rasa...
lalu kukongsi satu rahsia...
aku pernah sujud dengan bantuan sebuah buku...
pernah bantu aku... mungkin juga kamu...
InsyaAllah kau akan rasa apa yg aku rasa...
rasa yang tak terungkap dengan kata...
yang pasti kamu akan rasa... cinta ALLAH tiada syaratnya...
cinta ALLAH itu agung buat kamu... aku... dan mereka yg ikhlas mencari cintaNYA...

rebut setiap peluang yang masih bersisa... 
siapa tahu kamu temu Lailatul Qadar... 
di malam yang doa sangat makbul. 
Semua malaikat ditugaskan mengaminkan doa. 
Marilah kita habiskan dengan menangis di depan ALLAH. 
Apalah gunanya mata yang tidak menangis di depan ALLAH.


buku ini mungkin hanya akan membantumu mulakan langkah...
kemudian bila kau sudah pandai menyusun tapak... carilah GURU...
memperbetulkan yang mana silap yg tak kita tahu...
InsyaAllah... kita mampu jadi ketua bidadari buat suami di Syurga Allah nanti...
ohhhhh~ tetiba tak cukup tisu nak lap air mata dan hingus. :(


--------------------------------------------------------------------------------

sama-sama kita azamkan...
akan bangun meraba dalam samar cahaya sepertiga malam...
masa 'peribadi' bersama TUHAN...
mengadu lelah... meminta hajat... memohon ampun...
menghidupkan malam di sisa-sisa hari yang tinggal.

sedihnya Ramadhan dah nak labuh tirai maghfirahnya!
takde mood nak raya!
tiada persiapan raya!



Wednesday, July 24, 2013

Di lema balik raya seorang TTC...


Dulu tiap kali dekat nak raya, mesti saya gundah gulana. di lema normal geng TTC kot kan...
(TTC = trying to conceive)
malas nak jumpa sedara2 dan jiran2 kat kampung.
pastinya telinga pedih dgn soalan2 cepucemas.
hati luka dgn tohmahan dan cerca.
kata kita gile kerja kejar harta. kata kita tak puas enjoy... rugi kahwin tapi takde anak.
luka plg dalam: kata kita mandul.

itu dulu... dulu yer... kala emosi mengatasi kewarasan minda dan iman.
kini... di usia 30 tahun, di tahun  ke-6 perkahwinan, insyaAllah tak jadi kudis pun.
katalah apa... insyaAllah saya tenang menerimanya.
Allah anugerahkan nikmat SYUKUR yg tak terhingga dgn apa yg saya ada.
terlalu banyak nikmatNYA yg tidak dapat ku dustakan.
syukur itu dtg pakej dgn REDHA.
bila redha, kita akan berlapang dada terima segala ujianNYA.
DIA maha tahu apa yg terbaik utk ummatNYA.

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. [Surah AlAnfaal. Ayat 28.]

lalu... jika masih diaju seoalan cepucemas begitu;
jawapan paling manis: "doakan saya..." seraya meleparkan senyuman semanis kurma. :)


raya 2012 (thn lepas ler tu)
syukur punya suami yg sentiasa menemani sdg masih ada sahabat yg belum punya teman sehidup semati...
jadi, kenapa harus tamak???
mulut senyum... hati redha... 
:)

# buat sahabat TTC... jangan sedih... Allah sedang merencanakan yg terbaik utk kita. usaha perlu... tapi hati redha. Allah tak menjanjikan setiap yg berkahwin itu punya anak... tapi janji Allah itu pasti. 





Friday, July 19, 2013

Kepada siapa nak kuluah cerita lara ini???


Ketika hati patah bila ditimpa masalah... 
ketika jiwa sakit bila teruji...
ke mana harus ku bawa lara ini?
facebook?! berbicara biar semua org tahu?
kawan?! biar bila dah x suka menjaja aib sesama kawan?
hati semakin sakit... jiwa makin lara...
kita lupa kita ada surat cinta penenang jiwa... 

semuanya dah ada, cuma kita taknak hayatinya.


1) Manusia : Bolehkah aku kecewa ?

Qur’an : Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. 
Ali Imraan : 139


2) Manusia : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Qur’an : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 
Al-Baqarah : 286


3) Manusia : Kenapa aku tidak diuji saja dengan hal-hal yang baik ?

Qur’an : …boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
Al-Baqarah : 216


4) Manusia : Kenapa aku diuji ?

Qur’an : Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? 
Al-Ankabuut : 2 

Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. 
Al-Ankabuut : 3


5) Manusia : Bolehkah aku berputus asa ?

Qur’an : ...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. 
Yusuf : 87


6) Manusia : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Qur’an : Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. 
Ali Imraan : 200


7) Manusia : Bagaimana menguatkan hatiku?

Qur’an : …cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
At-Taubah : 129


8) Manusia : Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?

Qur’an : Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.
At-Taubah : 111


arghhhh aku... kamu... dan kamu-kamu lara!!! 
Allah dah jelaskan semuanya tapi kenapa kita tak pernah kisah?!


oh aku sedar, Allah uji tanda kecintaanNYA.
syukur ya Allah utk rasa cinta yg tak berbelah bahagi.
dgn sisa waktu yg tersisa, izinkan kami terus mencari cintaMU yg hakiki...


aku... kamu dan kamu-kamu...
berhenti menyoal apa, kenapa dan bagaimana...
hadapi dengan tenang dan bertindak dengan iman...
senyum...
Allah sentiasa ada di sisimu...
:)



ujian hidup bukan utk disesali mahupun ditangisi...
ia proses pembelajaran utk teruskan kehidupan ini...
belajar bila tersilap...
bertaubat bila berdosa...

semoga Jumaat dan berkat Ramadhan bln maghfirah ini jadi titik tolak utk kita terus perbaiki diri. Assalamualaikum...

sekian...








Wednesday, July 17, 2013

Repost: Hukum pamer makanan lazat di bulan puasa (part 2)

Assalamualaikum kesayangan...
seminggu sudah Ramadhan berlalu. masih tak terlewat kita nak kejar peluang2 yg terbentang. :)

tadi pagi2 ada kawan tanya pasal entry hukum pamer makanan ni. saya sendiri pun dah lupa. sekali dia pulak yg bagi link blog sendiri kat saya. hehee...

ok, saya copy n paste entry sebelumnya yg ditulis pada 25.Julai.2012 di sini:


**********************************************


dari Ustaz Azhar Idrus:
MAKRUH kempen makan sedap2 dan lazat di bulan puasa.

ooooooooooo... baru tahu.


dan dari Ustazah Bulatan Gembira saya:
Bulan puasa sepatutnya bulan tahan/kurang makan dan banyak mengingatkan penderitaan orang-orang yang kelaparan tp dah jadi bulan pesta makanan pulak kerana mereka masih kurang faham apa makna puasa dan hikmahnya.


MAKRUH tu maksud dia: buat tak dosa.. kalau tak buat, dapat pahala.
dgn erti kata lain: perkara yg tak disukai. so, pilihan di tangan masing2.

cuma saya (ini memang hanya merujuk apa yg saya rasa dan pendapat saya semata yer) terbuka mata yg inikan bulan puasa, bulan puasa sepatutnya bulan tahan/kurang makan dan banyak mengingatkan penderitaan orang-orang yang kelaparan. tapi kita buat cam pesta makanan pulak. so saya amik keputusan untuk tak menjaja makanan2 yg saya makan like: oh, semalam makan ikan steam, daging bakar, sayur goreng. ade onde2 jugak! pastu slurp air bandung cincau satu jug! perghhhhhhh~ terbongkam jap! then jaja lah gambar2 food kite yg super delicious tu  << - contoh jer ni yer.
kalau setakat pamer gambar food seketul untuk share resipi tu saya rasa tak ade masalah la kot. 
kalo aderpon, lagi sekali hukumnya makruh... 

so, takyah nak persoal kan mana la isu ni. kamu rasa bermanfaat utk org lain specially isteri2 gojes dptkan saham berganda dgn msk utk anak n laki, teruskan... kalo setakat nak menjaja kasik tahu mkn tu mkn ni semata-mata, bagi saya, saya memilih utk kata tidak sbg tanda penghormatan bln puasa yg bkn bln pesta makanan. ok, sekian... ;)


**********************************************

**************************
UPDATE - 17.Julai.2013
**************************

baru ni (puasa thn ni la... Julai2013), saya tanya Ustazah Usrah saya bila saya tanya bagaimana upload gambar makanan (takder la lazat mana pun) dengan niat nak berkongsi dgn sahabat bibik2 gojes kesayangan saya? sumpah tak tipu yer... kengkawan bibik gojes saya ni siap pm suruh share menu setiap hari sebab nak tiru menu. katanya kadang2 ketandusan idea nak masak. korang... ai kan dah ckp... AKU BUKAN CHEF! :p

ini jawapan ustazah: tak ada masalah kerana sekadar perkongsian ilmu. Di samping itu Ina selitkanlah peringatan agar tidak berlebihan, tidak membuang masa dan tidak membazir dan lain2 yang bersangkutan.


sekarang kan, teknologi makin canggih. masing2 ada instagram pulak. so, saya kongsi menu/resipi berbuka dgn bibik gojes di Instagram jer. sebab?! dah sah2 semua yg ade IG tu berkemampuan kan... kalo tak mampu, takkan pakai smart phone yer?! heheheee...

lagi sekali la... pada saya tak perlu nak kecoh sangat pun pasal ni. masing2 ada pendapat tersendiri dan pilihan masing2. org upload kita tak yah nak cerca2 sangat mcm dia buat dosa besar padahal banyak lagi perkara besar yg kita pandang sepi dan sipi.

ok, sekian laporan dari makcik yg mcm dah nak bersara memasak di bulan puasa ni sebab laki ajak buat kembara iftar dari masjid ke masjid. hahahahaha... yg penting, projek 'katakan tidak pada bazar ramadhan' dan misi 'tidak memBAZIR dgn memBAZAR tetap diteruskan. kalau malas masak sangat, kita terjah kedai siam. kak, tomyam satu! ayam goreng kunyit 1! nasi putih 2, air suam 2! makan laju2, gi masjid solat maghrib berjemaah, ngaji tunggu isya' dan terawih. balik rumah zzzzz. :)



please jgn offer penyepak atau pelempang free hanya krn sekeping gambar ini. 
ini gambar hiasan entry semata! :p

**semalam percubaan pertama kali masak udang tempoyak dgn bantuan bibik gojes dan macho (kaum laki pon ambik port pasal resipi ni oke! kagum jap saya!). terima kasih uols!**


Tuesday, July 16, 2013

Kalau gembira mesti pakai hijau ker? :p

Assalamualaikum kesayangan...
semoga graf ibadah di bulan Ramadhan dengan meningkat mencanak. 
kaut semua peluang yg ada!
Ramadhan kan projek mega mampu milik! :)

hari ni Ramadhan paling gembira utk saya.
sebab gembira lebih, hari ni saya pakai baju kaler hijau, warna syurga! :)
eh, pakailah warna apa yg kammo kammooo suka.
ini pilihan peribadi saya semata! :p




ayuh, mulakan pagi dgn sedekah. 
Rasulullah saw bersabda: 

"Setiap org menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang memerlukan sedekah. tiap2 tasbih itu sedekah. tiap2 tahmid itu sedekah. menyeru makruf itu sedekah. mencegah mungkar itu sedekah. semuanya itu sama nilainya dgn 2 rakaat solat sunat Dhuha." 
(hadis riwayat Abu Dzar)


dan buat kesayangan hamba...


jangan takut memulakan langkah keluar dari zon selesa...
mulakan dengan langkah kecil dan maju dari ke hari...
perbaiki diri hari demi hari...
InsyaAllah, jalan lurus akan ditemui.

love you Lillahi Taala kesayangan hati...






Friday, July 12, 2013

Adab bila berIFTAR bersama keluarga, rakan dan taulan. Eh, oke apa adat berziarah di bulan raya bawak ke bulan puasa! :)

# wah tajuk kemain berjela... ;)

Bila bulan puasa, haruslah nk berbuka dgn keluarga dan rakan2 tersayang. baguslah! lagi bagus dari open house kot! bulan puasa ni lah nak buat amal  specially bagi makan utk orang berbuka tu kan besar pahalanya. bayangkan sekali berbuka, jamu 2 orang tetamu berbuka. dah berganda dah pahala puasa,. yeaaaaa!!!


Sabda Rasulullah saw: 
"Barang siapa yg memberi makan org yg berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya dan ia tidak mengurangkan pahala org yg berpuasa sedikit pun. " [HR At-Tarmizi]

sebagai manusia tamak dan haloba, saya rasa kita patut grab peluang ni! saya nak ubah tradisi tahun ni, saya taknak jemput datang beraya... tapi nak ajak berbuka puasa kat rumah! kita pecahkan tradisi menziarah dari bulan raya ke bulan puasa. tapi... tapi ada rules and regulation-nya atau bahasa sopannya adab ;)


1- sebelum azan, kita ambil masa untuk doa (macam saya dan suami baca doa lazim lepas solat tu jer) sebab masa dekat nak berbuka tu adalah antara waktu mustajab berdoa.
2- lepas tu kita sambung dengan doa berbuka dan doa makan bila azan maghrib dilaungkan. bila beriftar dengan kawan ni, mesti makan sambil borak2 dan of course akan ambik masa. so kita berbuka dengan kurma dan secangkir air jer dulu
3- so rule/adab yg ke-3 nya adalah kita solat maghrib berjemaah dulu. so, bolehlah berwudhu' sesiap sementara menanti waktu berbuka tu.
4- lepas solat, tiba masa menjamu selera. lauk-pauk takyahlah hover meriah sangat... kita makan sederhana jer. kuih tu takyahlah sampai 2 3 jenis... ntah2 kuih langsung tak berjenis pun sebab saya laki bini berbuka nasik ngan lauk pauk mcm dinner hari2 kebanyakan (bukan bulan puasa) jer.
5- lepas berbuka, lepak2 talk2 jap... tapi maaf kalau terpaksa halau tetamu sebelum Isya'. tak pun, kita sama2 ke masjid untuk tunaikan solat Isya' dan terawih. bukan kata tak boleh solat di rumah... boleh lah untuk kaum wanita... tapi lelaki kena ke masjid. bukan setakat afdal jer yer kalau lelaki. dan even wanita boleh solat di rumah, untuk saya yg takde kekangan daripada anak ke aper ni, tetap memilih masjid. pahala solat berjemaah berganda... dan yg penting, kat masjid saya (baca dekat rumah saya) ada tazkirah. so majlis ilmu tu penting bagi saya. kalau esok tak kerja, boleh la kalau nak sambung moreh kat rumah semula... kalau esoknya kerja, mintak maaf la yer. hehehee... 


ok, ada 5 rules/adab yg perlu dijaga. tak susah pun... best aper! silaturrahim sesama manusia dan Allah terjaga dalam masa yg sama! oh, indahnya hidup bersyariat!!!


ok, sesiapa nak datang ziarah raya ke rumah saya, meh datang masa bulan puasa meh... saya sangat2 mengalu alukan tapi maaf kalau saya tegas dalam 5 adab di atas. :)


Alhamdulillah... tetamu pembawa berkat ke InaAchik Baiti Jannati di RAMADHAN pertama...
yeaaa!!! berjaya bolot 3 pahala puasa 'gemok'! i loike!!!
dan lepas berbuka, dapatlah tazkirah free dari ustaz tentang perkara2 yg membatalkan puasa.
double suka! dahla bagi saya peluang kaut pahala puasa mereka, lps tu bagi ilmu pula!
***bulatan gembira ada di mana2... biar pun di meja makan! ;) ***
pukul 8:30 mlm, tetamu saya mintak beransur pulang.
mereka ke masjid mereka... suami (knape tidak kami? jeng jeng jengggg) ke masjid  dia..

InsyaAllah hari ni ada tetamu seterusnya...
datang berkongsi juadah berbuka apa yg kami makan...
Alhamdulillah... syukur ya Allah atas rezeki yg dapat dikongsi ini...

#tak sabar tunggu weekend nak berbuka dgn family pula!


# 5 adab ini tiada dalam mana2 buku Adab mahupun Fiqah atau kat mana2. ini berdasarkan pendapat, kesesuaian dan kehendak kami sbg tuan rumah sahaja. nanti jangan claim saya sesat buat hukum sendiri pula! :p


Kembara Umrah March2013 [Part 6] - Perjalanan dari Kota Madinah ke Kota Mekah

Catatan Kembara Penyucian Jiwa terhenti dengan Ziarah Luar Madinah. Ok, sambung balik.
memang ambik masa, sebab untuk tulis cerita kembara ini, jiwa saya harus dlm tempoh bertenang. kalo menulis sekadar curik2 masa yg semput, memang tak dapat menulis dgn jiwa. wahhhh~~~ gitu kan. ini semua poyo! ;)

ok, sedut nafas dalam... buang segala kepoyoan. otak ligat berpusing terkenang segala memori di sana. masih segar!

Hari ke-5 kami di Madinah merupakan hari terakhir kami di Bumi Rasulullah...
kami berangkat ke Mekah petang, lepas Zuhur. pagi tu saya dan suami menziarah makam Rasulullah buat kali terakhir (untuk trip kali ini. harapnya ada lagi rezeki berkunjung ke sini. azamnya tinggi!).



Lepas Zuhur, makan laju-laju... naik ke bilik persiapkan diri. mandi sunat ihram dan solat sunat musafir. masa ni, hati kecut sampai masuk toilet 2 3 kali. tengok suami siap berihram pun nangis. rasa macam... rasa yg sgt macam2 lah! 

Di kala bas melewati Masjid Nabawi untuk meninggalkan Bumi Madinah, rasa sedih yang tak terbendung. sungguh, perasaan meninggalkan Bumi Rasulullah ini begitu mengayat hati. di sini jasad kekasih Allah disemadikan. air mata bercucuran...  suami yg di sebelah cuba memujuk: "insyaAllah... nanti kita datang lagi yer bie..." 


di Lobby hotel sebelum berangkat meninggalkan Bumi Madinah.
yer, saya memilih hitam utk umrah pertama saya. saya hanya mahu pastikan aurat saya benar2 terjaga. saya diberi pencerahan yg tiada sunat bagi wanita memakai putih. ianya sunat bagi lelaki sahaja. dan pesan saya, jika pilih putih, pastikan ia tidak jarang. segan saya bila melihat jemaah wanita yg pakai putih tapi 'garisan lintang' di tengah belakang jelas kelihatan. 


 semakin jauh meninggalkan Kota Madinah... Kota yg memberi seribu satu kisah yg manis...
ya Allah, izinkan kami berkunjung dan berziarah ke sini lagi...


Kota Madinah ke Kota Mekah jaraknya lebih kurang 420km dan tempoh perjalanannya mengambil masa lebih kurang 6 jam.

Lebih kurang 10+- km perjalanan dari Kota Madinah, kami ke BIR ALI yang mana inilah miqat bagi jemaah haji/umrah yang datang dari Madinah. di sinilah kami berniat ihram dan solat sunat ihram. diiringi dengan solat sunat minta Allah permudahkan ibadah umrah saya dan suami. masa ni, dah tertunai rukun umrah yang pertama. azlina, awk dalam ihram skrg... dlm proses tunaikan umrah! ya Allah... berdegup kencang jantung ni.

Miqatmerupakan sempadan bagi ibadah haji/umrah seseorang itu dikira bermula (batas-batas yang telah ditetapkan). Apabila melintasi miqat, seseorang yang ingin mengerjakan haji/umrah perlu mengenakan kain ihram mereka dan memasang niat. Miqat digunapakai bagi haji dan umrah


Bir Ali dari lensa galaxy tab jer. snap dari dalam bas jer sebab keadaan sedikit kelam kelibut krn masa yg terhad. lagi pun masa ni dah takde hati nak ambik gambar dah.


Bila naik ke bas, jemaah semua berlafaz niat lagi sekali bersama mutawwif. dan bila bas bergerak menyambung perjalanan dan kami semua mula bertalbiah dgn pimpinan mutawwif.

Labbaikallahumma Labbaik. Labbaika Laa Syarika Laka Labbaik. Innal Hamda, Wan Ni’mata, Laka Wal Mulk, Laa Syarikalak.
"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu".

talbiah ni benar2 menyentuh hati saya. biasa tgk dalam tv bila musim haji. skrg saya bertalbiah dan dalam perjalanan menjadi tetamuNYA. satu perasaan yg sukar diceritakan. dalam hati, doa tak henti2... semoga Allah terima kami sbg tetamuNYA.


sepanjang jalan saya memilih untuk bertalbiah dan berzikir. takut tertidur. nak jaga wudhu' untuk solat maghrib dan isya' dulu. pandangan ku lontar ke luar tingkap. pandangan padang pasir dan batuan batuan itu sangat mendamaikan. 


Kemudian, kami berhenti di hentian macam R&R iaitu di WADI QUDAID. ada sebab kenapa pihak Andalusia memilih Wadi Qudaid sbg tempat persinggahan. ia adalah utk mengingati perjalanan hijrah Rasulullah dari Kota Mekah ke Madinah tanpa bekalan yg memadai dan ianya perjalanan yg tidak mudah dan tidak juga ringan. di sini berlakunya 1 peristiwa tentang mukjizat yg Allah bagi pada Rasulullah. kambing kurus milik Ummu Ma'bad yg tidak lagi mampu mengeluarkan susu tetiba mengeluarkan susu yg banyak setelah Rasulullah mengusap kantung susu kambing tersebut dgn menyebut nama Allah. Allahuakbar!
[untuk cerita terperinci tentang peristiwa ini, boleh rujuk di SINI]

Di sini kami ada restoran, toilet dan surau. di sinilah kami solat Maghrib dan Isya'. cuma pada pendapat saya, better kekalkan berwudhu' atau sediakan botol wudhu' sebab kalau perempuan susah sikit nak ambil wudhu'. sebabnya toilet di sini agak daif sikit utk kuantiti jemaah yg ramai. 

makanan yg disediakan oleh pihak Andalusia. memang sedap dan terbaik! tak pernah lagi saya makan nasi Arab kering kotang yg menyelerakan begitu. tapi tak tahulah sedap atau lapar. hehehee... tapi memang kat sana Allah permudahkan sangat2 sebab apa makanan yg dihidang semua sedap pada saya yg sebenarnya agak memilih sikit bab makan. Alhamdulillah... antara nikmat yg Allah bagi.


perjalanan diteruskan dan pelbagai cabaran boleh nak sampai ke Mekah. tak perlu saya cerita apa dugaan2 nya tapi perjalanan kami jauh lebih mudah berbanding dengan hijrah Rasulullah dan sahabat2 baginda. tiap kali berhadapan dgn masalah dlm perjalanan kami, doa yg tak henti2 supaya kami dapat sampai dgn selamatnya ke Kota Mekah. 

Alhamdulillah... lebih kurang pukul 10malam, akhirnya kami sampai di Kota Mekah. dari belahan malam, jelas kelihatan Menara jam Abraj Al-Bait sebagai mercu tanda Kota Mekah. ya Allah... aku sudah dekat dengan Masjidil Haram... makin dekat dengan Kaabah!!! 

akhirnya aku menjujung langit dan berpijak di bumi suci MU ya Allah... kamu tak mimpi azlina!!! 


***bersambung***


Thursday, July 11, 2013

Yang dinanti dah tiba! :)

Assalamualaikum kesayangan...
Semoga kesayangan2 hamba di sini sihat walafiat dan dalam pelukan kasi sayang Allah sentiasa...

lamanya blog terbiar sepi tanpa entry.
satu masa kerja menggunung sampai weekend pun kerja...
tengah busy2 tu la, seminggu puan blog MC. Allah bagi sakit nak suruh rehat.
masuk kerja, boss cakap boss dah siapkan kerja yg tersisa. terus ber-YEAAA dpn boss!
ok, terus redha takde bonus tahun nih! kihkihkihhhh~~~

Alhamdulillah... syukur yg tak terhingga kerana masih diberi kesempatan waktu untuk bertemu lagi dgn RAMADHAN KAREEM... 



Rasullullah telah bersabda sewaktu bulan Ramadhan telah tiba: 
“Kamu telah didatangi bulan Ramadhan, bulan keberkatan, kamu akan dinaungi Allah.s.w.t, diturunkannya rahmat, digugurkannya (dosa-dosa) kesalahan-kesalahan, diperkenankan doa, Allah akan melihat persaingan sesamamu di dalam bulan Ramadhan. Dia akan BERBANGGA dengan kamu berhadapan dengan para malaikat... maka perlihatkan Allah kebaikan daripada diri-diri kamu. Sesungguhnya orang yang CELAKA ialah orang yang di haramkan daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan”




Dikala kita ditemukan lagi dgn Ramadhan kali ini...
semoga kita sudah benar-benar bersedia...
tidak lagi jahil mengukur kehebatan Ramadhan...
setiap amalan berganda ganjarannya... 
ia bkn hanya tentang berpuasa dari makan dan minum...
ia tentang pemantapan iman sbg bekalan bertemu Tuhan.
rebutlah peluang yang terbentang!


Dan...

buat kenalan, sahabat, rakan dan taulan yg disayangi...

jadikan Ramadhan ini titik hijrah utk jadi lebih baik dr semalam...
jika sebelum ini bertudung singkat, usaha utk labuhkan sedikit...
jika sebelum ini bertudung on-off, ini masa utk kekal bertudung...
jika belum bertudung, mungkin tiba masa utk belajar bertudung...
biar terpaksa dari langsung tak mencuba...
mula-mula seakan paksaan... lama-lama dtg keikhlasan...

sama-sama kita berpesan, 
mana tahu di Syurga kelak kita berjiran...



Selamat berpuasa kepada sahabat Islam semua. maaf andai ada entry, kata, komen yang mengguriskan. 
saya manusia yg tak lari dari silap dan insyaAllah akan terus cuba perbaiki kelemahan yg ada...


“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dalam keadaan beriman dan penuh mengharap, maka akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah berlalu.” Hadith sohih riwayat Bukhari dan Muslim.