Friday, December 27, 2013

Nakkkkkkkkkk sangat bagitahu kamu yang....


Assalamualaikum dan salam Sayyidul Ayyam buat sahabat2 yg disayangi...
Semoga Allah memberi kekuatan, taufik dan hidayahNYA kpd kita semua supaya kita dpt memperbaiki diri, tambahkan ilmu, iman dan amal kita...

saya ada impian... tinggggiiiiiiiiiiiiii sgt. 
saya naaaakkkkkkkkkk sgt sedarkan sahabat2 wanita gojes saya (kita semua gojes!), 
sebenarnya tak susahpun nk tutup aurat dgn sempurna, malahan lebih seronok. 
dan juga nakkkkkkkkk sgt sedarkan yg menutup aurat dgn sempurna itu bkn pilihan tapi suruhan
ya, Allah yg suruh!
sebagaimana kita disuruh solat dan berpuasa, begitulah kita disuruh utk menutup aurat dgn sempurna. 

ya... saya masih bertatih keluar dari daerah kejahilan. 
saya rasa apa yg kamu2 yg lain rasa... faham apa yg kamu2 tak faham...
sebab tu lah saya usaha nak ubah apa yg saya pernah rasa dan apa kamu sdg rasa. 
usaha nak fahamkan apa yg pernah saya tak faham dan yg sedang kamu tak faham.


selusuri kisah basi...
saya mula berubah bln September.2011 dan ramai yg terkejut sebab sebelum tu saya kategori sukakan fashion dan agak seksi la jugak. masa saya ambil keputusan utk berubah, mmg saya takuttttttt sgt tak mampu nk istqamah. saya sdg memomokkan diri sendiri yg pakaian menutup aurat dgn sempurna ni leceh... panas... padahal hakikatnya tak sepayah yg disangka. betul!!! tak tipu sikit pun!
malahan hidayah/kefahaman itu dtg berperingkat. dari tudung sekadar tutup dada, skrg makin tak selesa bertudung sederhana besar yg sekadar tutup dada. lagi besar, lagi selesa. tudung kalau boleh depan nak tutup smp ke bawah pusat, belakang nak tutup bumper. ;)
dan paling ketara, stokin. skrg saya sgt2 gayat bila tak berstokin. n again... stokin bkn pilihan kalau pakai sandal. tapi kalau pakai kasut tertutup atau kasut phua chu kang, stokin x wajib. :p

nanti tak cun la cik puan kaki...
alaaaaaaaa... nak cun cemana lah sgt kan. 
nak puaskan hati orang? puji time kita pakai jerla, tu pun kalau cantik. lps tu lupa...
lagipun kita tutup aurat bkn bermakna kita kena pakai slebek. masih boleh pakai skirt dgn blouse asal skirt longgar, baju longgar, tak nipis, labuh tutup punggung. kalau nak pakai seluar, pakai baju smp lutut, tutup bentuk peha. memang takde masalah lah!
kalau orang tak puji pun xper... pujian Allah lagi umph! kekal sampai habis hayat dan sampai hidup balik di Padang Mahsyar. lagi power 'pujiannya' banding pujian manusia yg bersifat sementara dan tak kira lagi pujian2 manusia yg bersifat hipokrit ni! :p

bagaimana nak mula?
jawapan stereotype dulu kini dan selamanya:
mula2, katakan tidak dgn baju T lengan sekerat + skinny jeans + tudung singkat tayang dada.
oh, jgn lupa, say BIG NO to legging or jegging. 
sendu sgt tgk fashion bertudung dgn legging o jegging ni. tak up to date pun...  
lepastu pelan2 lah longgarkan baju, labuhkan tudung, sarung stokin.

ckp pasal stokin kan... saya nak share pengalaman. saya berurut ngan my makcik then bila urut tapak kaki, makcik tanya pakai apa sebab tapak kaki lembut. spontan jawab: pakai stokin. betul! saya jenis alah losyen atau segala krim, tak selesa dan melekit! mmg stokin jer protectionnya! :)

ayuh sahabat... kita mula! pelan2 kayuh... 
tanamkan azam dalam2... usaha habis baik... insyaAllah Allah bantu.
takyah tunggu tahun baru... hari ni terus!
perkara baik jgn ditangguh! :)

dikala kamu terkesan dan mula muhasabah diri, hakikatnya Allah sedang mengetuk hatimu...


kan cantik jer ni pakai tutup aurat cenggini... :)
*googled*


Thursday, December 26, 2013

Hadiah Birthday Istimewa dari Suami... :)


24.12.1983
Alhamdulillah... syukur ya Allah pinjamkan aku ruang dan waktu utk terus bernafas di Bumi,
alam milikMU untuk 30 tahun yg terindah ini ya Allah...
Tetapkan imanku untuk teruskan kembara hayat yg tersisa ini sebelum ku pulang kepadaMU.
Tunjukkan jalan yg lurus untuk terus ku langkah...

arghhhh... tak terluah dgn kata. betapa ku mensyukuri apa yg KAU beri. 


hadiah dari suami yg teruja isteri dah masuk 3 series? 
suka ler tu org masuk 3 series sama ngan dia! :p

malam di ambang 24.dec...

suami tanya: "apa hajat isteri untuk birthday thn ni?"

isteri terpinga pinga... 

hadiah berbentuk kebendaan dah bagi 2 hari awal. lagi mahu tanya nk apa?! eh... ini sudah bagus.

isteri: "kan dah bagi hadiah... dah tak tahu nak mintak apa dah..." 
giler... tak tahu nk mintak apa?! padahal dlm otak mcm2 aku nak! hahahhaaaa...

suami: "yerla... apa hajat isteri. suami nak hadiahkan isteri solat hajat khas utk isteri dan doakan apa yg isteri nak."

isteri tetiba terkedu dan telan air liur cam telan pasir. rasa dahaga mcm kat padang pasir. gulp~ dialog ringkas buat jantung ke berdebar-debar dan jatuh cinta entah ke berapa juta kali. ah suami, kammo memang bijak dlm mengusik emosi! terus laju2 lap air mata.

isteri: "isteri dah tak tahu nak minta apa. doakan isteri jadi isteri solehah buat suami... doa isteri diberi kekuatan utk solat on time. azan jer terus berlari gi solat. doakan isteri diberi kemanisan dalam beribadat. bla... bla.... bla... blaaaaaa.." dalam kata tak tahu nak minta apa kan... entah sempat dia hafal ker tak ntah permintaan2 isteri neh! hehehee...

esoknya, bangun pagi2...
isteri: "suami! dah solat utk isteri?" baguskan... mintak org solatkan utk kite. kite?! kite cuti2 malaysia! :p

suami: "yerrrrrrrrrrrrrr..." suara malasy nak layan. muahahhaaaa... takut ah tu org surah ulang suara permintaan2 kite! hahahhaa...

tp sumpah ni hadiah paling istimewa n super duper romantic! lepas ni, ni hadiah wajib setiap tahun!

rasa nk mintak suami2 perkasa juga isteri2 gojes jadikan ini sbg hadiah wajib di setiap hari istimewa seperti hari lahir pasangan dan ulang tahun perkahwinan. eh, bkn solat utk pasangan jer... utk diri sendiri sudah tentu perlu! utk mak ayah... utk kaum kerabat... utk sahabat. oh, hadiah ni super duper romantic! tak perlukan kertas bunga utk balut hadiah ni! jimat singgit! :p


oh terima kasih juga atas makan malam istimewa ini.

**nanti kite review yer sebab tempat ni super osem! ;) 
lagipon dah lama x review restoran best2 ni kan...




Monday, December 23, 2013

Kesinambungan. Berbahagialah!

Assalamualaikum kesayangan hati hamba...

kesinambungan dari entry Rezeki anak yg tertangguh
banyaknya komen, email dan private massage yg masuk. 
ada yg sempat saya balas... ada yang tak. 
maaf, terkadang saya punya kekangan masa. 
walaupun takde anak, saya ada suami yg comel dan manja yg perlu dilayan lepas waktu kerja. muahahhaaaa~~~ gedix giler statement! hahahhahaaa...

Alhamdulillah jika ada entry atau tulisan2 tidak seberapa tarian jari montok saya yg Ilhamnya dari Allah itu menyenangi hati2 yg teruji... menyantuni jiwa2 yg terduga.
sesungguhnya tulisan itu mati sehingga Allah yg menggerakkan hati2 yg hidup utk menghidupkan kata2 mati itu...

cuma satu pesan saya...
berbahagialah apa cara kita mampu sebab semua org berhak berbahagia.
jgn pandang kekurangan yg kita ada sedang kita punya byk sebab utk tersenyum berbahagia.
kita akan jadi apa yg kita nak.
kalau bahagia pilihan kita... bahagialah milik kita.

tarik nafas dlm2... lepas pergi segala resah dan duka.
tersenyumlah... kerna terlalu byk nikmat yg Allah beri utk kita dustai.
cinta dan kasih sayang itu sifatnya untuk dikongsi.
terus memberi untuk dapat lebih banyak lagi!


senyumlah... ketawalah... berbahagialah...
hargai apa yg kita ada.






Friday, December 20, 2013

Rezeki anak yg tertangguh... :)

Assalamualaikum w.b.t.
terpanggil utk mencoret tentang isu sensitif sikit hari ni. maaf andai ada yg terasa... bicara ini utk membuka mata... sebab dah penat nak menjawab dan memberi kata semangat.

bagi aku (tegas sikit penggunaan ganti nama hari ni)... yer bagi aku. ulang suara lagi... bagi aku, ANAK bkn matlamat / kemestian dlm sebuah perkahwinan. mati aku kena tuduh kata taknak anak pulak kan lps ni. bukan gitu maksudnya ya... baca sampai habis dan baru buat konklusi. ;)

aku  letih nak ubah persepsi: kalau kawen takde anak tu macam kesian giler. mcm kamulah perempuan paling malang... hei hey heyyyy walewaleheyyyy, kalau gini cara berfikir, sampai tua hidup kamu tak tenang.

anak itu rezeki dari Allah. dan rezeki Allah tu luassssssssssssssssssssss sgt! kewangan, anak, kesihatan, suami yg baik, ketenangan hidup, bla3... semua tu rezeki.

menyusuri kisah perkahwinanku yg lagi 5 bln baru masuk 7 thn, aku, eh tak... kami. yer kami laki bini kini lebih berlapang dada. sumpah, kini tiada sekelumit kesal atau kecewa bila Allah lambatkan rezeki anak dlm perkahwinan kami. sebab kami temui rezeki yg jauh bererti dari rezeki anak itu sendiri iaitu: rezeki nikmat hidup dlm nur Islam adalah rezeki terbesar dari Allah buat kami. sumpah demi Allah, rezeki ini buat aku rasa ketenangan dan kegembiraan lebih dari apa yg aku jangka. kalau ini bayaran yg aku kena bayar utk rezeki anak yg tertangguh, sumpah aku rela... sumpah aku redha yg sebenar benar redha.


buat sahabat TTC,
sudah2 lah menangisi kekurangan yg satu ini... bukak mata dan lihat sekeliling, lihat sahabat2mu yg belum punya pasangan dan kamu akan sedar, betapa kamu masih beruntung dari mereka. sekurang-kurangnya kamu punya suami yg memelukmu dgn penuh kasih sayang di kala hari mu dirundung rasa sedih dan kecewa. kamu masih punya pasangan yg membelai dan mengusap manja rambutmu di kala menonton TV. masih punya suami yg sudi menaja brg shoppingmu. :)
senyumlah... perkahwinan bukan sekadar misi membuat anak smp berjaya... (eh mcm lucah pulak) tapi lebih dari itu. carilah keberkatan dlm berumah tangga. terus saling mencintai dlm mencari cinta Yang Maha Memberi Cinta. janganlah bersedih dan berdurja bila dgr berita kehamilan sahabat2 yg lain. buang jauh2 rasa cemburu. jadilah org2 yg bahagia melihat kebahagiaan org lain.

Allah tangguhkan rezeki anak bersebab...
Allah nak kita audit diri dan berusaha jadi isteri yg solehah... menyenangkan hati suami.
mendalami ilmu akhirat...
pergi kuliah, pergi kelas mengaji, pergi seminar, eh... byk sgt kalau nak senarai.
perbetulkan byk yang kurang sebelum kita membimbing amanah Allah.







Wednesday, December 18, 2013

WordlessWednesday ~ Satu kemestian!



MESTI! WAJIB!
setiap hari walau di mana berada...
kecuali wanita terkena penyakit panggilan bulan ;)
yang lain... tiada alasan!


Tuesday, December 10, 2013

Sebarkan Cintamu #edisi 2 ~ Tangisan di Bumi Kemaman T_T


Assalamualaikum sahabat2 dan kesayangan2 semua... buat sahabat2/saudara2 yg diuji dgn banjir, bersabarlah... Allah uji tanda kecintaaNYA. "Hasbunallah wa ni'mal wakil" (cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik penolong). 

Di sini ingin saya panjangkan hajat sahabat saya yg memohon sumbangan utk kerja2 amal mereka membantu mangsa banjir di Kemaman yg mana ada beberapa tempat yg bantuannya terbatas.

__________________________________________________

Salam Ina.. saya memanjangkan hajat kwn2 di Kemaman, Terengganu. Kami sdg jln bantuan utk mangsa2 banjir sebab ada mangsa yg 2-3 tempat tak dapat bekalan makanan. Setakat ini bantuan agak terbatas. Jika ada yg sudi membantu, kami hargai sangat2. kami membantu setakat yg termampu... mengharapkan bantuan lain agak lmbt sampai. yg menjadi mangsa skrg anak2 kecil dan warga tua yg uzur. bagi yg sudi membantu, kami dahulukan dgn ucapan terima kasih yg tak terhingga.

ni no account EN. RAZALI ABU BAKAR (yg mjlnkan kerja sukarelawan di Kemaman):

CIMB: 13050001830206 
(RAZALI ABU BAKAR)
TEL: 0139135321


____________________________________________________

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

#sebarkanCINTAMU


Monday, December 9, 2013

Kau suka keju... aku suka budu.


Aku punya teman. rapat. tidur sebantal mkn ramai2.
bkn setakat say hai bai2 di muka buku.
tapi lebih dari itu.

tapi ada fahaman yg aku setuju, mereka tak setuju.
aku lantang bicara ini, mereka lantang bicara itu.
tapi aku tak buat serangan peribadi kacau pendapat yg mereka setuju.
mereka juga begitu.

bila bertemu, kami tetap rapat mcm selalu.
pelok ketat2 dan tetap berkongsi cawan berkongsi pinggan.
kami pilih tidak bicara yg kami saling tak bersetuju.
kau hormat pendirian aku...
aku hormat fahaman kau.
selesai masalah.

tak salah berbeza pendapat dan fahaman.
tapi belajar menghormati ketidaksamaan.
kalau aku hidup nak cari redha Tuhan...
aku rasa kau pun begitu bukan?!


kita berjalan berbeza fahaman...
Moga Allah tunjuk jalan kebenaran.




Friday, December 6, 2013

Kalau nak cop saya sebagai 'keyboard warrior'... silakan!


Saya cuba utk tak meluah ketakpuasan hati saya di sini... yer, takut nanti mencalar imej muslimah sopan yg lain hanya krn ketidaksusilaan mulut saya. puas ku didik jari tak menaip ikut emosi. taknaklah kelantangan saya jadi kudis pada yg lain. tapi memang tak puas hati! tetap nak jugak tulis di sini. ttp nk meluahkan ketakpuasan hati saya walaupun saya tahu suara rakyat marhaen seperti saya hanya terhenti di sini. pak2 menteri tetap bersidang bersorak di dewan berhawa dingin dgn pelbagai juadah sedap jugak (bkn ckp kosong yer... sape tgk buletin tv3 mlm tadi tahulah kebenarannya). 





**Google**

bila upload gambar perbandingan penempatan mangsa banjir negara kita dgn negara luar, kita dikata mempolitikkan situasi yg berlaku. tak membantu apa pun. wallahi... bukan niat nak menangguk di air keruh. at least harap ada mata/minda/hati yg terbukak lihat situasi yg sebenar di Malaysia ini. 

yer, aurat semua tu fardhu ain dan tanggungjawab diri sendiri. bkn tanggungjawab kerajaan (erk?!). tapi cuba bayangkan erk... banjir ni adalah bencana alam dan benda ni berlaku di luar kawal. air naik dgn cepat. dan yg dipindahkan ke pusat tahanan banjir tu mostly selai sepinggang. ditempatkan di bilik2 darjah di sekolah juga di dewan atau balai raya dlm keadaan ramai2. bukan satu keluarga, satu bilik darjah pun. dan ditempatkan bukan sehari, tapi berhari-hari. fikir tak mcm mana muslimah/ibu2 nak baring dan menyusu baby (bagi yg breastfeed)? mungkin anda rasa, baring jerlah... tapi believe me, org yg cakna dgn aurat dan menjaga adab, baring di tempat yg ramai2 itu sebenarnya agak segan. 
dan banjir di Malaysia ni bkn fenemona luar biasa... hampir setiap thn kot berlaku. patutnya pihak bertanggungjawab dah standby dgn segala kemungkinan ni. kalau negara luar boleh sediakan kemudahan tertentu utk penempatan bencana alam, kenapa tidak negara kita Malaysia serba boleh dan maju ni? 

kalau ckp jln terputus, mana pergi helikopter2 milik polis/tentera? oh mungkin hanya utk buat aksi di hari merdeka jer kot. kalau surau2 persendirian boleh ambil inisiatif beli bot pelampung utk bantu mangsa, takkan kerajaan tak mampu nak buat apa? tak cukup kakitangan? kalau tentera polis boleh dikerah turun padang utk himpunan haram, kenapa tidak ketika bencana alam?

saya bkn nak jadi keyboard warrior di bilik berhawa dingin semata... insyaAllah saya membantu apa yg termampu.

saya terima/redha kalau duit income tax, gst, dipotong subsudi minyak, gula, tarif elektrik dinaikkan jika duit kami disalurkan kpd rakyat yg memerlukan. bkn membazir pada benda tah hape2...

sahabat... teruskan menyumbang dan membantu apa mampu.


simpati dan empati itu bkn sekadar tulisan di muka buku...
simpati dan empati itu bkn bermakna kena menangis meratap hiba sepanjang masa.
simpati dan empati itu bkn bermakna kita tak boleh mkn, minum dan bergelak ketawa.
simpati dan empati itu kita mengambil inisiatif utk membantu mereka.
jika tak mampu dgn wang, kita bagi tenaga. 
doa jgn lupa, itu senjata besar kita sbg muslim yg yakin dgn yg Maha Esa.
 |Azlina Hasan, 6.Dis.2013|


.

Thursday, December 5, 2013

Air mata di bumi Kuantan... #SebarkanCintamu





Gambar adalah rumah sahabat saya, saudara Rosmaini Abdul Aziz (bapa anak 2 - darjah 2 & 3) yg merupakan salah seorang mangsa banjir di Kuantan. 03.12.20113, rumah beliau tenggelam habis... tak sempat selamatkan apa... 

beliau: saya dah jadi tak keruan... sedih... 

sabarlah sahabat... bertabahlah. Allah uji sebab Allah rindu nak lihat hambaNYA merintih dan memohon padaNYA. insyaAllah... saya dan kawan2 yg lain akan bantu apa yg kami mampu.

sahabat2ku... saya mohon/mengharap kalian sudi bantu sahabat kita ini. kita korbankan makan sedap kita bulan ini untuk bantu mangsa2 banjir. mungkin sumbangan kecil kita hari ini besar maknanya untuk saudara ROSMAINI ABDUL AZIZ dan keluarga.

Maybank: 156012126246
CIMB: 06120095566529
(Rosmaini Abdul Aziz)

**bayangkan setiap dari kita menyumbang RM10 seorang. sikit-sikit, ramai-ramai jadi bukit.





Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.