Saturday, June 28, 2014

Cara Solat Terawih sendirian

Alhamdulillah... Allah masih temukan kita dgn RAMADHAN.

Teringat 10 terakhir Ramadhan 2011, Allah jentik hidayah utk saya hamba hina dan jahil utk mencari cintaNYA setelah 27thn hidup yg hanya ber-IC kan seorang Islam tapi hidup jauh dgn Islam. Allahurabbi... sungguh cinta Allah itu tak bersyarat. sudi pandang hambaNYA dgn kasih sayang walaupun perintahNYA sering dimungkiri.

Moga RAMADHAN kali ini jadi titik hijrah utk sahabat2 saya juga... dgn keberkatan bulan mulia ini, di saat syaitan digari, mungkin penghijrahan kita jadi lebih mudah krn hanya perlu berjihad dgn nafsu sendiri tanpa gangguan hasutan syaitan.

Kita mulakan hijrah dgn perbetulkan/perkukuhkan hubungan kita dgn Allah. Buat surirumah2 terdiva yg beranak atau tidak, yg tak sempat / tak berpeluang nak berterawih di Masjid, kita usahakan buat sendiri kat rumah. Kalau tak pandai, di sini saya kongsikan perkongsian yg harapnya dpt membantu sikit sebanyak.

------------------------------
CARA SOLAT SUNAT TERAWIH SENDIRIAN:
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.
**sumber: saya lupa kat website mana saya kopipes ni. Harap halalkan.



--------------------------

Keberkatan Ramadhan:
Pahala yg sunat sama seperti pahala wajib. Pahala yg wajib pula berganda ganda (malas nk nyata berapa kali ganda takut terbagi ajaran sesat. Ngehee)
Selamat menyambut RAMADHAN sahabat...
Semoga Ramadhan kita kali ini jauh lebih baik dari sebelumnya. Kita sama2 usaha utk kaut sebanyak mungkin peluang yg terbentang.

Thursday, June 12, 2014

Bagi lebih untuk dapat lebih


Sebelum sepeninggalan isteri:
Isteri: suami... nanti tolong angakat kain boleh?
Suami: OK!

Bila pulang tengok kain baju bukan sekadar diangkat, malahan dilipat, disangkut, disimpan pada tempat sepatutnya. bonus lagi bila dikemas seisi rumah. kalau kammo rasa apa? tentunya happy dan bertambah tambah sayangnya kan? 

Begitu juga dengan SOLAT. ALLAH perintahkan kita untuk SOLAT 5 WAKTU, tapi kita tambah dengan SOLAT2 SUNAT... tambah dengan AMALAN2 SUNAT yang lain. tidakkah bertambah sayangnya ALLAH pada hambaNYA???





Wednesday, June 4, 2014

Bila mencari sahabat...


Sahabat yg baik adalah sahabat yg bilamana kamu melupai kewajipanmu, 
ia akan mengingatkan kamu.
Bilamana kamu mendengar kata2nya, 

akan bertambah ilmumu.
Dan bilamana kamu melihat amalan sehariannya, 

mengingatkan kamu pada hari akhirat.

Pilihlah sahabat yg buat jalan kamu menuju syurga terasa mudah.
Bak kata pujangga…
bau busuk dari seekor bangkai mengundang langau…
tapi bau harum dari debunga mekar menarik lebah menghisap madunya.



ini bukan langau... ini belalang. ;)




Tuesday, June 3, 2014

Mana saya nak cekau duit bayar bil hospital sebanyak RM16K?!

Just nak share pengalaman sakit saya… 


8.May.2014...

Saya start sakit perut (senggugut + gastrik ) pukul 5 ptg. Bertahan smp malam sebab saya anggap ini normal pd segolongan wanita. Pukul 10 mlm sakitnya tak boleh nak tahan dah… sakit smp saya takleh nak gerak. Pukul 12 malam sakit yg teramat sakit… suami bawa ke klinik. Tp sebab 3 klinik yg kami pergi semuanya lelaki, saya taknak check… just ambik ubat gastrik. Blk rumah, mkn ubat dan tertidur.


Pukul 2 pagi tersedar dan sakit yg plg sakit pernah saya alami. saya takleh nak bergerak sebab rasa setiap pergerakan tu menambahkan sakitnya. Masa tu rasa mcm Allah dah nak tarik nyawa saya kot… dgn linangan air mata, minta maaf dgn suami… hanya nama Allah jer meniti di bibir.

Dgn tahan kesakitan amat sgt, suami siapkan saya utk ke klinik. Memula ke Gombak Medical Center tp malangnya 24hrs hanya dibuka utk wad bersalin. Tak nampak lain dah, terus ke Ampang Puteri. Sampai sana bilik penuh. diorang offer bilik vvip. Giler apa, smlm 700± kot. Lps tu sorang nurse ckp: kita treat dulu. Kena cucuk ubat tahan sakit tp sakitnya x hilang tp reda la sikit. Diorang call Tawakal, then Tawakal ada 2 blk jer lagi… dgn konsep 1st come 1 serve. Pulak! igt dah malas nak gi tp suami paksa jugak. So ke sana…

pukul 4++ pagi, selamat di warded di Tawakal. Just bagi insurance medical card dan deposit rm200, maka selamat beradu dgn lenanya lps kena suntik ubat tidur kot. Esoknya kena puasa yg langsung xleh mkn minum utk buat endoscopic (masuk kamera ikut mulut) dan everything is ok dan doc ckp apendiks. malam pukul 1 pagi baru operate dgn kaedah laparpscopic (tebuk 3 lubang di perut - lukanya lebih kurang 1cm jer di setiap tempat tu) utk buang apendiks. Esknya doc tunjuk sepanjang sejengkal apendiks yg dibuang. Dan hikmah sakit ini, doc dapat trace antara punca yg membawa kemungkinan kenapa saya susah nak pregnant. see, sentiasa ada hikmah di setiap ujian yg Allah beri.

Pengalaman yg x jangka… masa ni saya rasa medical card sgt2 berguna utk pekerja swasta sprt saya ni. Bukan sebab poyo nak duduk private hospital dgn layan berbintang bintang tapi saya x rasa kalau saya ke hospital kerajaan saya akan melalui proses2 ini on the dot. Kecuali kecemasan apendiks dah pecah ker aper kot. KOT! tp bersedialah dgn jumlah kosnya. kalau takde medical card, mana saya nak cekau duit RM16k utk bayar bil?! saya bkn org senang…

dgn bayaran rm150 sebulan, sblom ni saya anggap agak membazir tp dgn apa yg dilalui ni, saya bersyukur sgt2… dan skrg suami minta saya upgrade insurance saya.

Kalau mampu, dapatkanlah insurance medical card. Sakit demam di luar kuasa kita. X kisahlah agensi mana2 pun asal takaful islam.
# SAYA BUKAN AGEN INSURANCE dan iklan insurance tidak diterima sama skali di sini.

Anyway, daripada pengalaman sakit ini juga saya belajar sesuatu:
kat rumah biar ada nombor telefon beberapa hospital. call dulu ada bilik kosong ker tak baru tuju. kalau tak, jadi kes macam saya. bil treatment sebelum warded insurans tak tanggung. sendiri bayar lorrr... cucuk ubat tahan sakit jer pun dah seratus lebih.


view dari Azalea ward, room 909.
pagi2 boleh layan sunrise dari pembaringan... :)



Sepanjang 3 hari di hospital, saya sangat2 terharu dgn keprihatinan suami... dari saya warded, balik skejap ambil kelengkapan saya tapi lupa ambil kelengkapan diri sendiri... datang tak balik2 sepanjang 3 hari tu. misi n doktor pun tukar baju, dia tetap dgn 'uniform' yg selai itu. tapi suami tetap wangi... tetap hensem di mata isteri. ;)
terima kasih suami setia temani isteri… suapkan isteri mkn… jadi tangan isteri… sebaknya tgk suami kepenatan jaga isteri.


Selepas 3 hari terlantar di katil, petang hari ke-3 tu suami sewa 'porshe' bawak isteri jenjalan n mkn2 di sekitar 'hotel penginapan'… terkujat cik esah bila tahu tok laki saya jamu biniknya eskrem. doc kata takyah pantang! hahahahaa... best jugak laki jaga ni! :p 



Alhamdulillah... keluarga adalah pil tahan sakit paling mujarab.

terima kasih jugak makcik gonjeng kesayangan...

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya."


Eh, baru tahu tak senonoh rupanya sakit apendiks ni. ;)