Friday, June 29, 2012

Bukan menangisi... jauh lagi untuk meraih simpati... ia sekadar catatan sebuah memori...

Assalamualaikum dan semoga redha Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita...

Ada cerita ingin kukongsi...
bukan untuk menangisi... jauh lagi meraih simpati...
tapi ia satu catatan memori terindah yang ingin kuabadikan di sini...
mungkin sbg satu cerita tentang sebuah realiti kehidupan sehari hari...
tentang aturan yang Allah rencanakan untuk kita yang punya hikmah tersendiri.


Suka dan duka rencah kehidupan yang menjadi medan perjuangan kita.
tapi kita manusia biasa. terkadang hati goyah di jalan mujahadah.
hati pasti merintih pabila pedih... jiwa pasti terdera pabila berduka...
namun, aku tidak akan patah di jalan mujahadah.
patah sayap terbang jua...

Emas perlu ditempa, intan perlu digilap.
begitu juga jiwa manusia.
ia ditempa oleh ujian, digilap melalui kesusahan.
tidak ada kesakitan, tidak ada ganjaran...



hampir 2 bulan lalu ingin sgt ku kongsi gambar ini di sini... ingin aku kongsi rasa gembira dengan kalian2 yang banyak menyokong ku selama ini... tapi ku tahan gelodak teruja lalu ku kata, blom tiba masanya lagi.
tunggu sehingga janin yg Allah kurniakan dalam rahimku benar2 kuat. ya, paling kurang 3 bulan.

berita ini kami dapat selepas seminggu kepulangan honeymoon menyambut ulangtahun perkahwinan yg ke-5 kami. hadiah terhebat dari Allah sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kami. ya Allah, tak terucap rasa syukur. masih jelas di ingatan cemana kami laki bini sesama blur dan antara nak percaya atau tidak. yer, after 5 years ni 1st time wak pregnancy test. tapi kembali kami kepada surat cinta dari Allah:

"Ingatlah tatkala Nabi Zakaria berdoa dengan kepada ALLAH dgn suara yang lembut. Ia merayu dgn berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo’a kepada Engkau, ya Tuhanku."
[Surah Maryam, 3-4]

"Wahai Zakaria! sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu, dengan mengurniakan seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia." 
[Surah Maryam, 7]

Tatkala membaca surah ini, air mataku tak henti2 mengalir. Ya Allah, besarnya kuasaMU. Engkau maha tahu atas segala keajaiban. isteri Nabi Zakaria seorang yg mandul boleh melahirkan Nabi Yahya... Maryam yg tak punya suami lahirkan Nabi Isa. KUNFAYAKUN... sesungguhnya hanya padaMU kami panjatkan segala syukur...

Hari yang ku lalui begitu indah sekali...

hinggalah...


Jumaat, 22.Jun.2012
Lagi seminggu baby cukup 3 bulan dalam perut mummy. tapi Allah lebih menyayangimu sayang. Baby pergi tinggalkan mummy n daddy. sungguh, mummy tak mampu menahan air mata. mummy kalah... air mata turun tak henti-henti. tapi daddy cool jer... mungkin daddy berlakon kuat untuk mummy. yer, daddy kuat sangat! sayang daddy banyak2... 

tapi mummy redha... relakan pemergian baby. mummy tahu, Allah sedang menguji kekuatan iman mummy n daddy. sedarkan mummy yang baby bukan hak milik mummy. daripada Allah baby datang, kepada Allah baby kembali. mungkin baby belum bersedia untuk menerima amanah sbg hamba Allah untuk jalani kehidupan di dunia ini... 

Ya Allah,
dalam sujudku ku lepaskan segala kesedihan hati...
dalam sujudku ku pohon kekuatan atas segala ujianMU ini...
tiada lagi tempat ku bergantung selainMU ya Rabb...
biar kering air mataku... tapi jangan sesekali lemahkan semangatku.
jadikan aku orang2 yg teruji tanda kecintaanMU.
jadikan ujian ini untuk jadikan aku org2 yg mensyukuri atas segala nikmatMU...
jadikan ujian ini supaya aku lebih dekat denganMU...

ya, tiada lagi tempat aku bergantung selainNYA. ku serahkan jiwa raga buatNYA. Alhamdulillah, Allah memberiku kekuatan dan ketabahan untuk melalui semua ini dengan tabah. percaya akan setiap yang berlaku itu punya hikmah menggunung. mungkin Allah sedang merencanakan sesuatu yang jauh lagi hebat. hanya ALLAH maha tahu atas setiap aturan yang DIA tetapkan...


Thank you mr. rumet...
dugaan dan ujian ini menguatkan lagi cinta kita...
buat motivasi kita untuk terus mengejar syurga...
ada anak kita menanti kita di sana...
menanti mummy n daddynya...

ALLAHUAKBAR! hebatnya aturanMU!


#nanti saya share treatment2 yang saya jalani sebelum Allah beri rezeki buat kami. 
oh, x lupa juga pengalaman D&C! :)


Thursday, June 28, 2012

Hadirmu yang bermakna...

Sanah Helwah ya Murabbiah... 
Mengenalimu adalah antara perkara yg terbaik yg Allah anugerahkan untukku...
kau mengajarku mencintai sesama manusia kerana Allah...
nasihatmu, pesananmu dan ilmumu bagai dipaku di hatiku...
bait kata yg keluar dari tuturmu begitu menyenangkan...

Ya Allah...
berikan Ustazah kesihatan yang baik...
seiringkan pertambahan umurnya dgn pertambahan taqwa dan imannya...
dan terus tetapkan hatinya di jalan mujahadah membimbing kami2 yg dahagakan tarbiyah darinya...

Ya Allah...
kekalkan silaturrahim ini jika buat aku lebih dekat denganMU...
dan letakkan Murabbiahku sebagai ummatMU yang beriman...

Cinta kerana Allah buat Ustazah...

Murabbiahku, Ustazah Zaimah Yaha... 
hadirmu memberi warna2 indah dalam hidupku...


#Bulatan gembira sangat menggembirakan!!! Thank you Allah!




Wednesday, June 27, 2012

WordlessWednesday 27Jun2012 ~ Ujian dan kecintaan...


Biar kering air mataku tapi jangan sesekali lemahkan semangatku. 
jadikan aku antara orang2 yg teruji tanda kecintaanMU. 


Friday, June 22, 2012

Kenapa tak boleh tiup minuman panas?




Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum.. Hendak Tahu Kenapa Baginda melarang?


Baginda tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut, ternyata....dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yg dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2) Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung.


»» SubhanAllah, Itulah rahsianya.Semoga bermanfaat! ;)


tapi saya suka bebenor srupp srup air panas2... tiup skali then srup... tiup lagi then srup lagi. oke2... pasni saya nak insaf dah... 


Thursday, June 21, 2012

Kecintaan yang tidak berubah cuma dengan cara yang sedikit berbeza... pastinya masih GEMBIRA!



Saya @ aku @ kite @ wa yg bernama Azlina dgn nama manja meownya Cik Kaki (walopon puan) adalah sejenis makhluk tuhan yang sangat sukakan laut, pantai, sungai atau aper2 ajer berunsur air. so segala mak nenek aktiviti air adalah menjadi kegemaran specially snorkeling sebab wa rasa anggun cam duyung (baca dugong pon boleh) bersama ikan2 comel di lautan ditemani terumbu-terumbu karang yang cantik beralun... nasib baik bleh jumpa tetel... nasib ngeri sket, jumpa anak paus. oh, satu kepuasan yang mendamaikan! suka giler sampai wa sanggup beli set snorkeling sendiri sepasang laki bini. :)

Tetapi... tu cerita tahun2 berlalu... masa tu wa aper heran halal haram. wa suka wa jalan. sesat barat wa tell u tapi idoklah sampai tunggang langgang. masih di jalanan tapi jalan yg kurang lurusnya, sedikit bengkang dan bengkok. T_T
STOP! jangan cerita lagi... itu duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... wa tengah bergigihan nak keluar dari zaman kegelapan. support wa please bebeh2 kesayangan! oh, kita wanita2 gojes mampu mengubahnya demi orang2 tersayang... rasul junjungan... TUHAN pencipta sekelian alam! ALLAHUAKBAR!!! 




Soalan:
Boleh ke lelaki dan perempuan mandi manda di kawasan air terjun atau mana-mana tempat berkelah tapi mereka masih menutup aurat... cuma mandi di kawasan yang sama... 

Jawapan (Ustaz Azhar Idrus):
HARAM jika bersama kerana pakaian basah akan menampakkan bentuk badan wanita kepada lelaki.




KINI...
segala minat juga kegemaran wa pendam dalam2... dengan ikhlas hati dan lapang dada, wa korbankan kecintaan wa... sebab wa tahu, Allah menjanjikan ganjaran super hebat lagi osem atas pengorbanan wa...

Tapi kecintaan terhadap laut, pantai dan sungai masih tak berubah... malahan cinta yang makin mendalam... cinta yang buat saya (tukar ganti nama kpd lebih ayu sopan bergaya pula) semakin tenang dan mengagumi kebesaran TUHAN... saya masih bisa berlari mengejar ombak baik dan jahat... masih boleh feeling2 hindustan berkejaran di tepi pantai bersama sang arjuna (uhukkssss)... masih berhip-horey bersama ahli keluarga di tepi pantai... TAPI... masih bisa mengutamakan apa yang ISLAM bataskan.








 Aku masih bisa bergembira dan berhip horeyy!


ISLAM ITU MUDAH SELAGI KITA TAK MENJADIKAN IA SUSAH!

 #Indahnya hidup bersyariat...




Wednesday, June 20, 2012

Inspired by Rina Salleh


Bukan terinspirasi dengan gayanya (terlalu bergaya untuk saya yg dah makin mak2 ni)...
tapi terinspirasi oleh status2 di Facebook nya...



Seronok hidup ni bila kita bermanfaat kepada orang lain. Walaupun sedikit. InshaAllah.

Seronok hidup ni bila kita kurang ambil hati kata-kata negatif. Positif. Hidup satu perjuangan. Berjuanglah dgn perasaan sendiri.

Seronok hidup ni bila kita sedar salah sendiri, akui dan perbaiki. Tiada guna pertahankan perkara yg salah.

Seronok hidup ni bila kita belajar memaafkan. InshaaAllah sikit-sikit kita dapat lupakan. Hingga suatu masa tanpa sedar, kita dah lupakan semuanya. 

Alhamdulillah.


yup, it touch my heart deeply.

Aku baca... aku rasa...
dan sedar betapa jauhnya kita dengan kesempurnaan hati...
mulut berkata maaf, tapi terkadang hati keras enggan melupakan...
mulut berkata ikhlas, tapi terkadang minta dibalas...
kata ingin sentiasa positif, tapi masih ada tanggapan negatif...
duhai hati... bangkit membantu jiwa...
jiwa yang rindu keamanan...berhubungan baik sesama insan...
pangkalnya... perlu perbaiki dahulu hubungan dengan ALLAH...

Ya Rabb, beri aku kekuatan berjuang dengan perasaan sendiri...
Jadikan aku orang jauh dari prasangka hati...


# Kata2 itu mati... Tulisan itu mati... hinggalah kita yang hidup 'menghidupkan' yang mati...



WordlessWednesday 20.Jun.2012 ~ Lukisan indah

::senjakala::



::pulang petang::


Lukisan alam yang indah sekali...
kecantikan yang tak terbanding dengan lukisan Leonardo Da Vinci.


pesanan Ustazah Usrah saya:
Apabila melihat sesuatu yang mengagumkan bacalah: 
Rabbana ma khalaqta hadza baathila subhaanaka faqina 'azhaabannar. 
Maksudnya: "Tuhan kami, Engkau tidak jadikan sesuatu itu sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkan lah kami daripada azab api neraka"


#eh, cam tak jadi entry wordless jer... hehehee...
belasah jerla labu...


Tuesday, June 19, 2012

Info Majlis Ilmu: "10 Wajah di Syurga" oleh Habib Ali di Masjid Bukit Antarabangsa (20/6/2012)



Assalamualaikum

Semua dijemput untuk menghadiri Ceramah perdana yang bertajuk

"10 Wajah di Syurga"

oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid 
di Masjid Bukit Antarabangsa seperti yang tertera di Poster di atas.

Maklumat lanjut tentang lokasi adalah seperti berikut:-

GPS: 3.177946,101.768845

Website: masjidbantarabangsa.com

Jangan lupa pasangkan niat untuk menghadiri ceramah yang bakal membongkar pelbagai rahsia ini.

Jumpa anda di sana ! :)



# Dengar tajuk dah meremang bulu roma. Ya Allah, permudahkan segala urusanku dan izinkan aku bersama di majlis ilmu ini... ya, tinggi harapanku untuk menjadi penghuni JannahMU ya Allah... 




Bukan di skala serius!

2 minggu cik esah jadi penghuni tetap rumah kami, hari2 adalah bermakan sedap.
celik mata, makanan dah terhidang.
isik tupperware bukan jenama Tupperware, masuk paperbag, melenggang riang kelek breakfast box ke office. pastu jaja gambar food kat fesbuk dan mengundang kemarahan dan kejelesan kawan2! sungguh, seronok giler bile kena maki manja ngan kengkawan! :)

tapi ni citer yg berakhir jumaat lepas.
episod suka ria ni terpaksa dihentikan buat sementara waktu sebab cik esah wak kembara mencari cucu2 nya. dari sri gombak yg tak bercucu ke dato' keramat > ke balakong cari cucu bongsu kesayangan > ke cheras sbg destinasi terakhir. tak kira, next week culik cik esah blk sri gombak balik! cucu sri gombak kena sabor sket yer MA, in da making! hahahahhaaaa...

mari kita tinjau hak2 keistimewaan yg diberi percuma oleh cik esah merangkap ibu paling osem utk anak kesayangannya (semua anak pon anak kesayangan). tapi akan ku cuba bodek sehabis baik utk berada di ranking pertama! gelak jahat lagi di situ!!! :p

 kerabu perut. mkn sekali nak lagi. sudahnya, jadi menu ulang tayang utk 2 kali.

 ayam percik kelate versi KL. bakar atas kuali. ko hader? :p
::cik esah hebat sekali!::

sup tulang kalah kedai siam!

ni antara menu2 dinner. balik kerja xyah gaduh laki bini nak pilih kedai mana nak makan. habis kerja pantas balik ke rumah sebab dah tahu hidangan2 hebat menanti. love cik esah juta2 bintang di langit!



 sardin gulung

ohhhoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... cek molek!

ni antara menu2 breakfast box yang mengudang caci maki kengkawan! lalallalalalaaaaa~


baru sabtu lepas cik esah takde, ahad dah tak tahu nak makan aper. tekak selera segala mula demand dan berlagak. tak nak makan kedai pulak dia... sebut kedai siam jer rasa loya! berlagak tol la! nak masak? ohhhhhhhhhhhhh... dah lama x masak di skala yg serius! hasilnya:

hahahhahaaa... bubur nasik ngan ikan kering jer la yer bang!
chop2! jgn ko pandang remeh ikan kering seketul tu. itu ikan kering jauh mengembara dari kelate sana berjaya menjatuhkan ego selera tekak menggunung. mmg layan abes!

 ni hidangan malam tadi. balik keje, gigihlah duk berketung ketang di dapur siapkan hidangan dinner after sekian lama memanjakan diri berangan cam kawen anak raja, x perlu nak memasak segala tetapi segalanya terhidang depan mata.

sardin dengan sedikit dekorasi supaya kelihatan lazat sekali. 


jeruk maman. sape tak kenal duk dendiam atau boleh minta bantuan pakcik gugel. 
ini kelate mari. KL setakat ni x jmp lagi. ohhhhh ni mmg terbaik. penyek cili, buh belacan sket... terangkat wooooooo~~~ 

 ulaman dan juga buahan.


makan sambil lap air mata terharu sebab walo masak sardin jerpon, laki x henti2 puji. katanya kalo bini masak, hasilnya sedap sekali. katanya, mungkin masak dengan kasih sayang barangkali. 





Monday, June 18, 2012

Aku bukan penyamun!

"Akulah penyamun... di dalam negeri...
kerja merompak dan juga mencuri..."

oh itulah lagu yang achik nyanyi tak henti2 semalam!
kutuk binik dia pakai seluar polka dot!
achik cakap dah ghupe cam penyamun dalam citer pak belalang.

hellooooooo chik! ini trend skrg oke!!! :p
kalo aku sebut PALAZO, aci potong kuku dia lagi tak tahu!
cukuplah cakap ni seluar skirt yer bang... seluar tapi nampak cam skirt! :)









Thursday, June 14, 2012

AKU MAHU BEBAS!!!

Yang selalu hadir majlis ilmu, bukannya pandai, apa lagi alim... 
tapi tahu kewajipan tuntut ilmu... 

Sebagai Muslim, 
tak cukup sekadar buat 5 rukun Islam, 
pegang 6 rukun Imam hanya sekadar senarainya sahaja... 

Ulamak2 dahulu dah byk karang kitab2, syarah ilmu2 mereka... tebal2, berjilid2 pulak tu... 
tapi para alim ulamak, asatizah ke sana sini penuhi jemputan kuliah syarah kitab2 para ulamak dulu... 

Kita... 
tahu kita tak pandai, tapi tak cuba azam nak hadir majlis ilmu... 
jadinya, jangan biarkan diri dibelenggu kejahilan...


# Pesanan seorang saudara seislam untuk peringatan saya sendiri dan teman2 yang dikasihi.

 

Jom kita sama2 bebaskan diri dari KEJAHILAN!
tak cukup menyelak helaian buku... juga tak cukup dengan klikkan mouse di internet...
tapakkan kakimu ke majlis2 ilmu... ada ILMU menanti kamu dan juga aku...
mulakan perjuangan untuk sebuah kemerdekaan!!!



 tanamkan azam...
 AKU MAHU BEBAS JAHILIYAH!




Tentang Keamanan...


Iman itu aman. 
Orang yang beriman akan merasa aman dalam hatinya dan sentiasa memberi keamanan kepada orang lain.

Lisan dan tindakan yang baik masih boleh dilakon-lakonkan tetapi rasa aman yang bergetar di dalam jiwa tidak boleh diraih dengan cara berpura-pura.


#Pahrol Mohd Juoi



Ya Rabb,
jadikan aku orang yang aman jiwanya...



Wednesday, June 13, 2012

WordlessWednesday 13Jun2012 ~ Sekadar Usaha



Berusahalah kamu...
kemudian berdoa, tawakal dan redha lah...
InsyaAllah... 
ALLAH akan melihat usahamu... mendengar doamu...




Tuesday, June 12, 2012

.......

Di kala aku bertatih ke arah-MU...
KAU berlari-lari ke arahku ya ALLAH...

Buatkan aku sentiasa dekat dengan-MU ya ALLAH...
Buatkan aku sentiasa cintai-MU ya ALLAH...


betapa agungnya cintaMU ya Allah...
tetap menyayangi hambaMU walau pernah leka dalam mengingatiMU...
T_T


# Inspired by OKI SETIANA DEWI at  A Moment To Remember




Thursday, June 7, 2012

Mesti! yer, mesti!!!


Bacalah Al-Quran setiap hari 1 juzuk @ separuh juzuk @ 1 muka surat...

Kalau tak mampu, memadailah 1 ayat...

Kalau tak mampu juga, cukuplah dengan memandang Al-Quran dan tanya pada diri sendiri:

"Ya Allah, apakah dosaku hingga aku tak mampu membaca ayatmu..." :(






Wednesday, June 6, 2012

Tentang Blog... Tentang Saya...

 
Header blog bertukar lagi!
macam takder keje jer kan?!
ni namanya, ade keje tapi malas nak wak keje! :p

biasalah... mak ni ade penyakit cepat boring.
seb baik tak boring ngan laki sendiri. kalo tak... hazab! hehehee...

kali ni, blog header  dgn konsep yg simple putih tulus suci jer...
dari jauh dah nampak KAKIKUSUKABERJALAN yg gabak giler tu.
biarkan! biar semua tahu anda sdg lepak di blog cik kaki! ;)
 

eh eh eh, ade pemberitahuan tak penting:
saya sekarang dalam mode terlebih kasih sayang.
Cik Esah (bonda tercinta) sedang bernomad di rumah saya.
semalam, nak datang kerja, Cik Esah bekalkan nasi goreng bodo super sedap.
balik keje, hidangan dinner dah terhidang. lauk tip top wa tell u!

ikan selar goreng & bakar, jeruk 'maman' (didatangkan khas dari kelate), sayur air lada hitam 'tene' (nama KL x dpt dipastikan). oh, budu tak lupa!!!

makan sampai terlewat ke masjid. not gud!

balik, Cik Esah potong buah dan suapkan saya yg sdg berfesbuk sambil tgk TV!
achik jeling2 tak puas hati! jeles r tuh! :p

pagi ni, bangun2 subuh dah bau aroma yg menyucuk sukma.
hasilnya, saya bawak breakfast box berisikan nasi LOVE-MAK (baca nasi lemak). 
ohhhh~ sorganya hidup bila sekali sekala tak perlu berebut kasih sayang Ma ngan adik badik yg lain! hahahahahaa... #hope takde di antara mereka yg terbaca entry ni! amin...


MA... orang tahu ma sayang orang...
tapi sayang orang lagi banyak! percayalah!!!
oke, sbg bukti kecik... wiken nanti kite gi shopping!
achik blanje! hehehehee...

tak sabar nak balik kerja nak jumpa 'best friend' saya...



WordlessWednesday 6Jun2012 ~ Thank u Ma!!!


Breakfast box air tangan my supermak! love u MA!!!







Tuesday, June 5, 2012

Lelaki Macho!




Kepada adik yang blom punya calon, 
carilah lelaki 'MACHO' sebagai teman sebantal anda.

InsyaAllah, lelaki 'MACHO' mampu memimpin tanganmu berjalan dengan gembiranya di landasan yang lurus biarpun onak diri di kanan kirimu! ewah~

Lelaki yang 'MACHO' inilah yang akan menguatkan hatimu untuk menutup aurat:


"my darling baby, baju u singkat nampak montot la... cannot2, tu hak milik i sorang jer!" :p

"my mucuk syayam, per kata u labuhkan tudung n longgarkan baju u... biar i jer tahu betapa umpnya body isteri i ni. takder la kak tyra banks nanges x dapat carik makan." ;)


Lelaki yang 'Macho' ni berpotensi besar untuk jadi suami yang penyayang dan romentik.
Tak romentik ker kalo after dia imamkan solat, lalu mencium dahimu dengan tulusnya...lalu berkata: "abang sayang isteri abang ikhlas kerana Allah..."
ololoooooo... confirm cair cam gula2 kapas terkena rembesan air liur!

Sila percaya, ini bukan cerita dongeng...
anda mampu realisasikannya!

go go chaiyok!!!


#ayuh lelaki, jadilah lelaki yang 'MACHO'!!! :)




Friday, June 1, 2012

Right thing with right intention



Mulakan hari ini dengan sangka baik. 
Fikir dan cakap yang baik-baik. 
Kemudian buatlah kebaikan. 
InsyaAllah hari ini akan lebih baik dari semalam. 
Kebaikan yang kita inginkan, sesungguhnya bermula dari diri kita sendiri. 
Jemputlah datangnya kebaikan dalam hidup kita dengan melakukan kebaikan. 
Orang yang baik akan sentiasa 'menarik' kebaikan..

Pahrol Mohd Juoi