Thursday, January 31, 2013

AKU dan BLOG ~ 5th NUFFNANG Cash Out dan hala tuju KAKIKUSUKABERJALAN


Tanpa sembunyi, total earning sepanjang bergoblog ni adalah RM 1,200 + -



Hakikatnya...
aku menulis bukan kerana RINGGIT
jauh sekali untuk glemer atau sewaktu dengannya...
aku menulis kerana aku suka.
hanya untuk catatan sebuah perjalanan
menulis tentang rasa dan pengalaman yg bermacam dan banyak tentang
yang baik jadikan teladan... yg buruk jadikan sempadan


Bermula di Febuari 2009
bermula dengan tulisan yang merapu meraban...
berkongsi hal aku buat apa... pakai dan makan apa... jalan ke mana...


Hari ini...
hampir 4 tahun usia KAKIKUSUKABERJALAN...
dan masih bernafas walau mungkin sudah luntur serinya...
mungkin sudah jauh berbeza corak bahasa dan penyampaiannya...
kalau dulu gila... sekarang tahap gila2 sahaja...
entry serius bertaut kening sekali sekala.
mungkin bertambah matang seiring sejalan usia penulisnya...


Yang pasti aku tetap CikKaki (walau PUAN hakikatnya) kaki gebang yang sama.
tapi akan ku usaha semampu daya... bergebang hal2 yang ada manfaatnya...
diselang seli dengan entry poyo bila otak di luar kawalan normal (apo nak dikato).


InsyaAllah blog picisan ini akan terus bernyawa...
tinggi impian penulisnya... 
ingin jadikan BLOG PICISAN ini sebagai medium DAKWAH walau sekecil-kecil cara.
menjadi tempat berkongsi ilmu yang tak seberapa...

Buat kesayangan FOLLOWERS atau SILENT READER...
MAAF ku pinta andai ada tulisan mengguris rasa...
tersalah bicara atau terkasar bahasa.
untuk kamu2 yang membaca... aku hargainya (sangat!)
doaku, semoga kalian dalam redha ALLAH sentiasa.


Akhir kata...
yang baik tak salah contohi, kerana itu dari ALLAH...
yang buruk jangan dicaci, 
tapi tegurlah kerana itu kelemahanku sebagai hamba ALLAH yang masih terlalu jauh dengan SEMPURNA...


 sama-sama kita usahakan untuk keluar dari jalan kusam...
ada jalan penuh cahaya menanti...
jalan menuju destinasi abadi...


BIG HUGSS
#untuk wanita sahaja ;)


Ikhlas...
Azlina Hasan @ InaAchik @ CikKaki


# tinggalkan cop mohor sket pembaca senyap sekalian. ;)



Wednesday, January 30, 2013

WordlessWednesday ~ Lepas Gian


SELAMAT PENGANTIN BURUK

Yea... finally ada gambar sanding2 untuk dikongsi.
 
Lepas gian. Saper suruh pakai seksi2 masa sanding 5 tahun 8 bulan 4 minggu 1 hari yang lalu.
sendiri tengok pun sendiri malu.

pesanan untuk kesekian kalinya:
adik2 yang belum berkahwin... pilihla pakaian yang tidak terlalu seksi atau berpakaianlah dengan konsep menutup aurat dengan sempurna di hari bahagia anda. jangan sampai satu hari nanti, kita sendiri yang segan tengok gambar sendiri. laju2 sorok gambar kahwin bawah katil. 
tidak mahu kamoo2 rasa kekesalan yang ku rasa.



# DAH TAK JADI WORDLESS WEDNESDAY ENTRY DAH NI... :p





Wednesday, January 23, 2013

WordlessWednesday : Yang terakhir dan pertama... tapi tetap yang sama.


gambar versi cam-whoring terakhir di rumah lama...

gambar versi cam-whoring yang pertama di rumah baru...

pastinya, rumah lama atau baru... 
'cermin ajaib' tetap diusung dan tergantung megah di ruang tamu untuk memudahkan xtvt tak berfaedah ini! :p










Tuesday, January 22, 2013

Back to Campus Life... Futher study? Me?!


Bila tengok sahabat2 sambung belajar ambil master, PHD (bkan Perasaan Hasad Dengki erk!!!)... oh, saya sangat bangga dan gembira untuk mereka! muda2 lagi dah ada title Dr. you!! kagum memang sangat kagum! tabik spring toing-toing untuk sahabat2 saya... kamu-kamu mmg osem! :)

tapi bila sahabat2 tanya; "ko tak nak sambung belajar?"

saya ada jawapan pasti tanpa perlukan bantuan talian hayat pun!

jawapan kerek bangga tahap mintak penampor ialah: 
"tak kot sebab aku rasa aku dah buat yang terbaik masa degree dulu!" hahahhaaaa... lempang la... lempang laaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~ :p

hakikatnya malu nak ngaku otak dah berkarat, otak tepu tahap SR=1 
*budak awam yang ambil mekanik tanah, kalau tak ingat konsep ketepuan tanah baik takyah jadi engineer erk! hahahahaaa...

jawapan serius: 
sungguh saya ini tak bercita-cita tinggi... saya selesa jadi engineer cabuk tak berwawasan di syarikat kecil di pinggir kota (drama). selesa dengan keadaan skrg... masih bisa keluar pagi balik sebelum senja. malam masih punya masa untuk ke kuliah2 di masjid walaupun tidaklah hari2... masih banyak ILMU akhirat yg saya perlukan lebih dari ilmu duniawi. inilah bekal untuk dapatkan saham termahal sbg bekalan ke dunia yg tidak berpenghujung nanti...

kesimpulan;
saya memang nak sambung belajar... belajar ILMU FARDHU AIN...

eh eh ehhhhhh... saya juga sebenarnya nak sambung belajar...
nak belajar MENJAHIT!  ;)


Tapi saya tetap rindukan campus life. sehari di UTM Skudai selepas 6 tahun tahun meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan kesan dalam hidup saya ini sangat2 menggembirakan! Dapat pulak buat lawatan bersama bff meng-UP kan lagi rasa happy nyer... terima kasih FAT... terima kasih ILA... rindu juga sahabat2 yang lain... semoga kalian semua baik sahaja...


sahabat... terima kasih untuk segalanya...
selalu ada untuk saya... 


dan kamoo...
hadiah terindah dari UTM untuk saya! lebih dari degree yg saya ada. 
:)









Monday, January 21, 2013

LIVE from InaAchikBaitiJannati





Berdiri aku di beranda 'SYURGA' kecilku...
yang mana dia RAJA dan aku PERMAISURI nya... pemerintah kerajaan cinta kami...
SUBHANALLAH... indahnya!

melihat indah alamMU beri kami ketenangan...
terasa semakin dekat denganMU...

ya ALLAH...
setapak kami mendekatiMU...
satu demi satu urusan dunia kami KAU permudahkan...
janganlah KAU larakan kami dengan harta dunia yang sementara ini...
malah... jadikan kesenangan dunia yang KAU berikan ini sebagai motivasi kami terus mengejar cintaMU yang hakiki...

di kerajaan kecil milik kami ini...
kami bersujud syukur...
terlalu banyak nikmatMU untuk dihitung...



Thursday, January 17, 2013

. . . Step forward . . .



Dalam aku bertatih berjalan ingin terus maju ke hadapan, 
sesekali ku toleh jua ke belakang...
bukan untuk menghentikan langkahku, 
tapi sebagai kekuatan untukku terus melangkah. 
sesungguhnya kisah silam punya banyak kesilapan yang tak ingin ku ulang... 
yang mengajar tentang banyak hal dan tentang... 
sebagai teladan dan pedoman...

ya Allah, 
tetapkan aku di jalanMu...
agar aku mampu tersenyum di kala aku berjumpaMu...

 ~inaachik~



"every righteous person has a past, and every sinner has a future"


Wednesday, January 16, 2013

WordlessWednesday ~ I Like to Move It Move It!







Allah SWT  berfirman :
”Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan”
(Surah an-Nahl : 80)




#MovingProgress #InaAchikBaitiJannati





Tuesday, January 15, 2013

Bukan sengaja nak ber-BABI KERA segala ni...



Kalau hidup sekadar hidup,

babi di hutan juga hidup.

Kalau bekerja sekadar bekerja,

kera di hutan juga bekerja.


#Buya Hamka




Hidup bukan sekadar hidup...
Islam sudah gariskan panduan untuk hidup...
hidup dengan hati dan minda yang hidup...
hidup untuk mencari bekalan ke alam yang kekal hidup...

-inaachik-


# siapa kata binatang banyak masalah? setahu saya, binatang tidak diberi akal! yang pasti binatang takkan mengingkari PENCIPTANYA. baca sahaja kisah ketua gajah bernama Mahmud dalam tentera bergajah Abrahah yang mahu menyerang Mekah, tentang burung ababil, tentang si burung pipit di zaman Raja Namrud.  ahhhh~~~ kesian bila binatang jadi mangsa utk melepaskan diri dari soalan yg menjerat tekak sendiri lalu dikata binatang juga punya banyak masalah! so funny oke! TITIK









Wednesday, January 9, 2013

Kala Iman dalam diri tak lagi mampu memotivasikan diri sendiri




Live bersama HALAQAH Tv9 di Masjid Al Hidayah Taman Melawati dgn tajuk Mengurus Ujian
Ustazah NorHafizah Musa sangat2 menginspirasikan di kala iman dalam diri tidak lagi menginspirasikan diri sendiri. dapat bersalam n bertentang mata dgn wajahnya yg lembut dan menenangkan adlh satu 'hadiah'. kembara mencari majlis ilmu harus kembali bermula kerana  
3 hari tanpa majlis ilmu menjadikan satu titik hitam di hati
sungguh aku TAKUT!!!



apa yang dapat saya serap dari majlis ilmu ini;


  • Allah akan turunkan ujian kerana Allah ingin panggil kita kembali kepadaNYA.untuk panggil balik iman dan roh kita pulang ke pangkuanNYA.
  • syukurlah dengan ujian yang Allah turunkan kepada kita kerana itu adalah untuk menyucikan jiwa kita. makin kuat iman kita, makin besar ujian kita. kerana apa?!  kerana untuk memartabatkan darjat kita untuk ke syurga. 
  • apabila Allah mencintai seseorang, Allah akan uji sehingga Allah mendengar doanya dengan khusyuk. 
  •  orang-orang yang soleh akan menikmati ujian sebagaimana dia menikmati kenikmatan yang Allah bagi padanya...







Tuesday, January 8, 2013

Cara untuk jadi BIJAK. Oh, saya mahu jadi BIJAK!

Hari Ahad... hari minggu...
takyah gitau, semua orang tahu!  **eh, cam pantun 2 kerat plak kan? :p

takder... ni nak story da story ni.
ahad lepas, ikut suami solat Zuhur kat masjid. masuk2 jer ruangan solat, terpandang sekujur jenazah di tengah ruangan  solat. tetiba rasa macam takutttttttttt sangat. bukan takut mati, tapi takut sebab bekalan masih tak cukup untuk ku menghadap Ilahi. hakikatnya, ajal itu akan datang bila2 masa. Allah tak tunggu kita bersedia atau tidak.

bila habis solat, imam announce kata ada jenazah wanita yang baru meninggal dunia dan minta sama2 solatkan jenazah itu. saya terpinga-pinga. ah sudahhhhhhhhhhh~~~ ini satu2nya solat yang saya tak belajar! terlepas pandang! jahilnyer!!! rasa nak hantuk kepala kat tabung masjid yg besar tu jer! (setakat belajar teori tanpa praktikal itu sangatlah tak menjadi)

takperlah... follow tok imam jer. seb baik saya tak bentang sejadah! dalam kejahilan, masih lagi ingat yang solat jenazah takder rukuk, takde sujud. kalo tak memang haru biru... mahu kena sekeh ngan makcik sebelah. huhuuuu...

balik tu terus gugel cara solat jenazah yang betul. taknak dah mengulangi kejahilan yang sama. risau lagi kalau mak sendiri atau ahli keluarga yang lain yang meninggal, aku tak pandai nak solatkan mereka! ya Allah, masa tu baru rasa sangat2 tak guna!!! oh, tak nak!!! saya taknak jadi anak tak guna!

di sini, saya kongsikan cara SOLAT JENAZAH (yang paling ringkas) - dengan rujukan kepada artikel yang ditulis yang telah dirujuk kepada Ustaz Azhar Idrus.

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
  • Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala. 
  • Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala" 
  • Baca Alfatihah hingga akhir


2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
  • Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
  • Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir


3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
  • Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni : 
  • Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki). maksud: Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia 
  • Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan) 
  • Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.


4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" 
  • "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kiri n kanan 
  • Selesailah Cara Ringkas Solat Jenazah

#untuk cara solat yang lebih terperinci, boleh rujuk pada artikel asal di SINI.


Lepas ni, saya lebih bersedia untuk solat jenazah. antara cara yang boleh menggentarkan hati kerana mengingat diri akan kematian. teringat sebuah hadis;

"Orang yang paling BIJAK ialah orang yang selalu ingat kepada MATI dan sentiasa bersedia untuk mati (dengan melakukan amal ibadah)"

dan teringat juga satu hadis (yang tidak saya pasti sejauh mana kesahihannya) yang dikongsi oleh seorang ustaz dalam sebuah majlis ilmu yang mana maksudnya lebih kurang begini;

"kalau tak mahu menghadiri majlis ilmu, baik kamu disolatkan dengan 4 takbir"



RENUNGAN BERSAMA...



# jom belajar solat jenazah untuk solatkan orang lain dan bersedia untuk diri sendiri disolatkan.



Blog saya masuk megazine?! blushing~ :P

Bukan blog KAKIKUSUKABERJALAN yg masuk megazine pon...
tapi blog saya yang satu lagi tu... blog AKU BUKAN CHEF.
blog tayang resipi sempoi lenggam tahap lepas lubang tekak jer... ;)





for detail entry, kalo sudi, terjahlah SINI




Monday, January 7, 2013

Home Deco Idea : Striped Wall Paint


Tetiba jatuh cinta ngan striped wall paint. rasa cam stylo jer... 
tak berani tapi mahu... oh, apa macam der?!










Cara-cara / steps nak buat striped wall paint ni boleh rujuk SINI







eh cop, cantik pulak color grey ni...





Friday, January 4, 2013

JAMBU yang sangat 'jambu' :)


3 JAMBU yang sangat 'jambu' nilainya...

kenapa???
dah jambu... nak 'jambu' tang mana lah sangatlah...

ini jambu buah tangan dari suami yang pulang dari kerja di luar kawasan semalam.
itulah suami... tiap kali ada kerja di luar kawasan, dia akan buat balik sesuatu untuk isteri gebu nya...
**cemana isteri tak gebu! :p**
walaupun biasa2 jer pon buah tangannya... manggis ler... 'baju baru' utk tab ler...
tapi ada ajer sesuatu nyer itu.

kenapa apa?

membeli buah tangan ketika keluar bermusafir adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah.


bila segala perbuatan dilandaskan kerana Allah... hasilnya pasti osem! :)


sekian entry pendek. tengah takde mood ber-goblog. hehee...





Wednesday, January 2, 2013

Wordless Wednesday: Impromtu Taiping with LOVE






 Mak Jah Mee Udang, Kuala Sepetang
***eat first, regret later! :p


Nur Zetty Mee Udang, Changkat Jering





 sepetang di Kuala Sepetang yang nyaman







 Sepagi di Tasik Taiping yang menenangkan...


December To Remember...


#semua gambar adalah dari tabby keluaran paling tertua. 



Say Bye2 to 2012... Say Hye2 to 2013 :)




2012 melabuh tirai say bye-bye... 2013 melambai-lambai say hai hai...

kebanyakan azam/target tahun baru diletak pada kesenangan dunia. tidak apa... mengejar akhirat tak bermakna kita perlu mengenepikan dunia. tapi jgn kejar dunia hingga lupa akhirat. 
bak kata; letak akhirat di depan mata... dunia di bawah dagu. 

dlm ghairah mencari kesenangan dunia, jgn lupa tujuan utama yg hakiki... semoga tahun baru masihi thn ini, kita azamkan untuk jadi a better MUSLIM/MUSLIMAH... mengamalkan Islam secara menyeluruh, bukan pilih yg mana kita suka...

mulakn dengan sekecil-kecil azam. contohnya:
azamkan tahun 2013 untuk banyakkan solat2 sunat untuk menampung kekurangan solat2 wajib 5waktu kita yg mungkin pernah terabai.
nak banyak mungkin tak dapat (atas kelemahan iman), kita mulakan dengan solat sunat 2 rakaat sebelum Subuh, Dhuha dan Witir. 

jom kita buktikan dan usahakan sekarang! usah bertangguh lagi. jgn biarkan azam tinggal azam... kecuali yg bernama azam. ;)


~~~selingan~~~

On da way datang kerja...

isteri: "apa azam tahun baru abang?"

suami: "tahun baru abg dah start lama dah... abg guna tahun baru Islam." 

ngeheeeeeeeee... kena sebijik! rasa nak turun kereta jalan kaki ke ofis. :p
 

tak sabar meng-explore 2013 dan hari-hari mendatang...
specially 13.03.13 - date keramat yg kunanti untuk merealisasikan sebuah penantian.
pastinya akan menjanjikan yang manis2... terumatama bila ada KAMU dan kamu. :)



SELAMAT TAHUN BARU 2013 BUAT SEMUA... 
JOM TERUSKAN BERJIHAD, BUKAN BER-JAHAT. ;) 


#baru jer rasa cukup umo 29, malam ni dan masuk 30 la pulak... dah tua den ni...