Showing posts with label Sebarkan Cintamu. Show all posts
Showing posts with label Sebarkan Cintamu. Show all posts

Friday, December 26, 2014

Suaro Hati Anok Klate di Perantawe



Tido tok jenero...
Hati gundoh gulano...
Sekok sebok dale dado.

Apo crito rakyat negeri kelahiran ambo...
Hok terperangkap dalam banjir make ko tidok?
Hok berlindung atas bukit, tidur lapik gapo?
Duduk dale kain basoh sejuk ketar ko?
Olohhh sedih nyo ambo...

Bilo tengok video ambo buleh baye paniknyo berdepan dgn suasano getir air naik tapi kito tokleh wak gapo...
Pikir kalu kiamat seksok lagu mano pulok???
Allahu Allah... Kuosa Tuhe sapo kito nok lawe.

Ambo takdok dayo...
Mampu doa yg terbaik jah dari kejauhe...

Pado hok mano ado...
Hulurlah semampu kito...
Ketepikan dulu mu parti gapo sek dio parti mano.

Thursday, July 10, 2014

Mercun raya kita tahun ni...



Cer tengok gambar ni... anda takde rasa pape kah?
kalau ada sekelumit simpati... kalau ada rasa perikemanusiaan...
sanggup ker spend duit utk buat beli mercun semata nak meriahkan raya kita?

please... korbankanlah 'meriah raya' kita utk tahun ni...
daripada kita beli mercun tembak langit...
kemudian bersorak happy tgk warna2 cantik yg tertembak...
dan mengabaikan makian jejiran yg terkejut bunyi letupan mercun kita...
semuanya sebab kita mahu canang 'meriahnya raya' kita.

alangkah mulianya kalau kita salurkan wang itu kpd saudara2 kita di Gaza yg perlukan bantuan kita.
mereka 'berperang' berbekalkan mercun dan batu bata...
tahun ni... biarlah mercun kita tembak si Laknatullah Zionis.
InsyaAllah... raya kita tetap meriah. malahan mungkin jauh lebih meriah.
'saham mercun' kita menanti dgn keuntungan berganda!


Let being a part of this JIHAD:
*****************

Maybank: 564490211159 Muslim Care (Viva Palestine)
RHB: 26-2120-0000-4747 Muslim Care
Muamalat: 14010007654717 Muslim Care Malaysia
Bank islam: 14014010147470 Muslim Care Malaysia



Maybank Islamic: 551575004299
Bank Islam: 12092010034904
********************



Dan jangan lupa TEMBAK DOA banyak2 dalam setiap sujud kita.





Friday, March 21, 2014

Perginya calon Bidadari Syurga, Sofwatul Amani…


Bila takdir berbicara…
kelu tadbir untuk menyanggahnya.
Akurlah bahawa DIA TUHAN, kita hamba…

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un buat calon penghuni Syurga, 
adik Sofwatul Amani yang telah pulang pada Penciptanya pada hari ini (21.Mar.2014) lebih kurang 7pm.

Sudi kiranya sedekahkan al-Fatihah buatnya… Moga tenang beliau di sana…

Kepada ibubapa amani, takziah… mungkin inilah pengakhiran yg terbaik utk amani.

AL-FATIHAH…


Kisah arwah di SINI


Sunday, February 23, 2014

Sebarkan Cintamu: Sofwatul Amani dilahirkan dgn keadaan usus di luar. :(

*** STICKY POST ***





Assalamualaikum w.b.t...

Sofwatul Amani... anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun... kasihannya kamu wahai anak kecil...


Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. dalam usia yg baru 5 hari, Amani telah menjalani 2 pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang membengkak. dan mengikut ayah amani, platelet darah Amani tgh drop, kemungkinan terkena infection. 

dengan keadaan si ayah muda (24 thn) yg bekerja sbg technician yg kini sdg cuti tanpa gaji untuk menjaga Amani dan ibu Amanii, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti... memerlukan perbelanjaan yg besar. saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din ( Matt Dean) sekeluarga. semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat SOFWATUL AMANI. 

Untuk sumbangan, bank in ke akaun

CIMB: 7050332235 
AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR (013-9637401)


Minta sahabat2 panjangkan #donationforamani dan segala sumbangan dan jasa baik dari pihak sahabat2 semua, saya dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

[Azlina Hasan, 17.02.14]


Gambar-gambar Amani dari Ayah Amani... T_T




"Ya Allah... berilah kesembuhan dan kesihatan yg baik buat adik Sofwatul Amani..."


Thursday, February 20, 2014

Sofwatul Amani kini tenat. Allahu...

Assalamualaikum…

Tengah malam tadi dapat call dari ayah ‪#‎SofwatulAmani‬
Amani kini dalam keadaan TENAT.
Blood pressure nya rendah.
Kini 100% bergantung pada mesin utk bantuan pernafasan.
Lung infection dan hanya separuh sahaja berfungsi kini.

Ayah Amani: "kami dah redha apapun keputusannya…"

Allahu… 
Saya mohon kalian sudi mendoakan yg terbaik utk Amani… 
sudi kiranya sedekahkan 2 rakaat solat sunat utk Amani jika tidak keberatan. 
Minta Allah permudahkan…

Allahuakbar… segala puji bagimu…
Sesungguhnya hidup mati kami di tanganMU…





**kisah Amani di SINI**

Amani pada 20.02.2014



>> ibu dan ayah amani kuat sangat... bertabahlah... Allah uji orang2 yg DIA sayang...

Thursday, December 5, 2013

Air mata di bumi Kuantan... #SebarkanCintamu





Gambar adalah rumah sahabat saya, saudara Rosmaini Abdul Aziz (bapa anak 2 - darjah 2 & 3) yg merupakan salah seorang mangsa banjir di Kuantan. 03.12.20113, rumah beliau tenggelam habis... tak sempat selamatkan apa... 

beliau: saya dah jadi tak keruan... sedih... 

sabarlah sahabat... bertabahlah. Allah uji sebab Allah rindu nak lihat hambaNYA merintih dan memohon padaNYA. insyaAllah... saya dan kawan2 yg lain akan bantu apa yg kami mampu.

sahabat2ku... saya mohon/mengharap kalian sudi bantu sahabat kita ini. kita korbankan makan sedap kita bulan ini untuk bantu mangsa2 banjir. mungkin sumbangan kecil kita hari ini besar maknanya untuk saudara ROSMAINI ABDUL AZIZ dan keluarga.

Maybank: 156012126246
CIMB: 06120095566529
(Rosmaini Abdul Aziz)

**bayangkan setiap dari kita menyumbang RM10 seorang. sikit-sikit, ramai-ramai jadi bukit.





Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke’aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke’aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.


Thursday, August 1, 2013

Sebarkan Cintamu!


Assalamualaikum kesayangan2 hamba...
semalam saya terima massage dari sahabat saya, Syafiqah Yap.
minta saya panjangkan harapannya...

------------------------------------------------------------------------
assalamualaikum..ina, sy ada sesuatu nak minta tolong ina boleh?
ada seorg classmate skolah menengah saya dulu, anaknya ada barah darah (leukimia).
kwn saya nama dia eda, skrg sdg menjaga anaknya d hkl..

ni sedikit detail ttg anaknya:

nama : muhammad iskandar zulkarnain (nama gelaran is)
DOB : 8.9.2012
usia ketika mula sakit : 7 bulan
usia skrg : 10bulan

keadaan terkini Is setelah melalui beberapa operation n chemo slama beberapa bulan, 
doc kata is tak boleh jalani chemo lagi sbb ada darah beku dalam badannya..
ibu is, eda skrg xbekerja n suami tiada d sisi..
tp tpaksa menanggung segala perbelanjaan perubatan is..
jd sy bcadang utk bantu mendapatkan bantuan kewangan untuknya sedikit sbanyak..
sy nak minta tolong ina war2kan d blog ina boleh tentang is? 

kepada sesiapa y ingin menyumbang :
cimb bank : 14081279921522 
(Eda febry binti rusman - ibu is)

------------------------------------------------------------------------

melihat gambar2 IS yang dikirimkan bersama, runtun hatiku...
yer, aku bukan ibu... tapi naluri keibuanku tidak mampu menghadam gambar2 itu...







sahabat2ku...
jika berkemampuan, bantuan kewangan kalian diharapkan.
tak mampu banyak, sedikit.
tak mampu hulur duit, sudi kiranya iringkan doa kesihatan adik ISKANDAR dalam doamu...

tapi bayangkan, kalau followers saya yang 1334 ni sumbangkan RM10 seorang... 
banyak juga sumbangan utk adik IS.



kongsikan banner ini dan SEBARKAN CINTAMU!