Thursday, February 27, 2014

Masalah kendiri tentang cita-cita...


Di awal kenal maksud cita-cita, 
aku kata nak jadi GURU.
sebab masa tu, itulah kerjaya paling mulia di mata aku.
bila dah up sikit, nak jadi PENDIDIK pula…
padahal, maksudnya sama jer. 
kan dah kata, budak baru up kaedahnya.

bila masuk sekolah menengah, 
tetiba nak jadi PENULIS pula...
mungkin gara2 suka baca tulisan dan puisi Usman Awang dan A. Samad Said gamaknya. 

juga dah mula menulis puisi dan seloka.

bila matang sikit, nak jadi PROFESSOR pula.
aku sendiri pun tak tahu professor apa…
sebab tengok kat TV, kalau forum ker apa...
ahli panelnya mesti ada professor di depan namanya.
mereka bijak dan petah berkata dan aku pun mahu seperti mereka.
(azlina kuat berangan)

bila dpt keputusan SPM,
dgn ambil subjek fizik biologi kimia segala,
aku rasa macam nak ambik INTERIOR DESIGN la pula...
tapi cikgu pula nasihat; "sayang dgn keputusan periksa… ibarat trailer besar diisi kayu api jer. dgn result begini, ambiklah engineering"
masa tu aku langsung tak tahu apa jenis rupa bentuk pengajian yg bakal aku hadapi tapi ikutlah apa cikgu nasihat.

sudahnya...
kini tercongok aku di kantor kecil bergelar JURUTERA.
JURUTERA AWAM (HIDROLOGY & HIDRAULIC) 
spesifik nya.
terkadang ok... dan terkadang jiwa ku tidak bersamanya…

tapi ada pula cita2 baru...
aku nak jadi SURI RUMAH lah pula…
nak belajar menjahit dan buka butik sendiri pun ada…

di kematangan usia aku tertanya...
adakah aku punya masalah kendiri tentang cita2?
atau kalian pun serupa???

tapi aku percaya, Allah aturkan yg terbaik utk hambaNYA…

yang pasti... sekurangnya aku punya cita2 rigid seteguhnya...
aku nak jadi BIDADARI SYURGA.
cita2 yang ini... setiap hari aku berusaha utk dapatkannya.
takkan berubah dan moga Allah tetapkan sehingga berpisah badan dan nyawa...

# byknya 'pula'…

Wednesday, February 26, 2014

HoneymoonMakAnak @ Cameron Highland

Sebab hari ni Rabu, boleh ambik 'berkat' wordless wednesday utk buat entry gambar berlonggok, cerita sikit2. yer ker??? cik puan kaki kalau bergebang, jarang sedikitnya! hahahahaa...

Bulan Januari hari tu, sengaja cuti selama seminggu, awal seminggu dari cuti Chinese New Year sebab kami laki bini memang x suka bersesak di lebuh raya. takut kesabaran teruji, lalu mulut berbicara yg tak diingini. makanya, mencegah lebih baik dr merawat. eh?! hahhahaa lagi.

Sebab utama bercuti panjang: memanfaatkan masa berharga untuk orang tua selagi mereka ada. kekdahnya... :p

Actually dah lama sangat nak bawak Cik Esah (bonda tercinta) ber-honeymoon versi mak anak. ditekankan di sini sekali lagi: #HoneeymoonMakAnak bukan HoneeymoonNakAnak. bunyi macam seiras, tapi berbeza jauh dr segi modus dan operandinya! kihkihkihhhh...

Setelah ditimbang kati, destinasi pilihan HoneymoonMakAnak memilih Cameron sbg destinasi percutian. sebab... biasalah... orang tua mana boleh jalan jauh2. bawak tengok pokok kasik sedut oksigen segar sikit. lagipun orang tua ni, tengok pokok salad segar2 pun excited semacam dah. :p 

Makanya 12. Jan, bertolak ke Cameron Highland. 



perjalanan jauh (jauh ker?) tak ku rasa...
Sebab ku punya rakan berbual di belakang sana. ;)


Destinasi pertama:
Ladang BOH Sg. Palas.












Lepas tu check-in hotel. 
saya pilih Hotel De' La Ferns
Ambil Deluxe Triple. RM 310++ termasuk breakfast for 3. 






Lepak2... rehat2 kat bilik sampai petang. bawak orang tua, takleh marathon berjalan sangat, nanti sakit lutut. so, cuti2 kali ni lebih cool dan relax. ;)
petang sikit, sepupu saya yang kerja dan duduk kat Tapah datang buat kunjungan hormat jumpa mak long nya. tak datang mengadap kang, kata anak sedara durhaka pulak. lepastu bawak kami tour pusing 1 cameron sampai nak termuntah. loya la jalan bengkak bengkok. sebab tu walau ini dah kunjungan ke-3 ke Cameron, kami setia pilih naik ikut Simpang Pulai. huhuhuuuuu...

Finally, sampai jugak ke Bharat Boh Tea Plantation



mementang honeymoonmakanak, sekeping ni jer gambar laki bini. ;)


Malam tu gi dinner kat Fauzi Tomyam Brinchang. boleh tahan sedap dan murah jugak. 


Pemandangan pagi dari jendela kamar.
segar dan nyaman.
i love Cameron! :)



having breakfast. boleh tahan banyak juga pilihan makanan yg disediakan oleh Hotel De' La Ferns.


lepas makan, balik bilik sambung menyelimutkan diri di kenyamanan dan kedinginan pagi.
pukul 12 baru check out dan buat kunjungan ziarah ke Smokehouse Hotel. nak check-in sini tak mampu kan... tengok2 kat luar pun jadilah... 



Dan ke tempat wajibul ghunnah untuk dikunjungi adalah Big Red Strawberry Farm
menu wajib dalam kepala otak adalah waffle ice-cream, scone dan fresh strawberry juice. yummyyyyy~~~





dan last sekali, tempat wajib kunjung adalah Kea Farm
kat sini Cik Esah dah sawan nak beli macam2 sayur. habis sorang2 nama anak dia hitung. mak2 memang gitulah kan... ;)



dia wanita hebat kesayangan hamba. 
Mahu terus buat dia ketawa. hapuskan segala dukanya… 
hanya mahu lihat senyum di wajah tuanya…

oh... #HoneymoonMakAnak yang terindah.
momento yang tak mampu ku beli walau punya wang berguni!


balik dari Cameron, esoknya bertolak ke Terengganu untuk mengadap keluarga dalam undang2 pula. harus adil dan saksama, sebab keduanya orang tua kita. takde beza walau sekelumit rasa. pak supir ganteng saya hebat dan bertenaga luar biasa. itulah... kudrat dan tenaga adalah luar biasa bila segalanya diniatkan keranaNYA... :)





motif?
saje buat korang terliur jer... :p


Tuesday, February 25, 2014

Tentang Hukum MEROKOK



Hukum Merokok masih lagi jadi pendebatan.

Meh sini nak share kot2 ada lagi yg tak tahu...


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 
 
Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.


Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:
”Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

Lepastu nak share la sikit, kuliah Maghrib dari Ustaz (lupa nama) kata:
macam mana rumah tangga nak berkat, kalau si bapaknya hari2 buat benda haram (rujuk kpd merokok) dan macam mana doa nak dimakbulkan kalau doa dari mulut yg menghisap benda2 haram...
Allahuakbar... takut dgr.

buat saudara, sahabat, suami2 sahabat... 
bawak2lah berhenti merokok. kalau orang Arab dulu, ketika keluar arahan HARAM minum arak, mereka pecahkan terus tempayan2 arak... sedangkan mereka ketika itu baru diperkenalkan dgn Islam. kita ni, yg memang dilahirkan dalam Islam kenapa tidak kan?!

Moga Allah permudahkan...






# untuk artikel terperinci, rujuk sini:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam



Sunday, February 23, 2014

Sebarkan Cintamu: Sofwatul Amani dilahirkan dgn keadaan usus di luar. :(

*** STICKY POST ***





Assalamualaikum w.b.t...

Sofwatul Amani... anak kecil yang dilahirkan dgn keadaan usus di luar (Gastroschisis) adalah anak kepada kawan kepada abang ipar saya. saya tidak mengenali Ahmad Syahidin (bapa Amani) secara personal, hanya pernah keluar minum ramai2 tapi bila melihat keadaan si kecil ini, hati saya runtun... kasihannya kamu wahai anak kecil...


Amani kini masih berada di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. dalam usia yg baru 5 hari, Amani telah menjalani 2 pembedahan dan pembedahan seterusnya pada Ahad depan (23.02.14) kerana sekarang ususnya sedang membengkak. dan mengikut ayah amani, platelet darah Amani tgh drop, kemungkinan terkena infection. 

dengan keadaan si ayah muda (24 thn) yg bekerja sbg technician yg kini sdg cuti tanpa gaji untuk menjaga Amani dan ibu Amanii, berulang alik dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, saya pasti... memerlukan perbelanjaan yg besar. saya berharap sangat kita semua dapat membantu meringankan beban Din ( Matt Dean) sekeluarga. semoga sumbangan kecil kita dapat memberi harapan besar buat SOFWATUL AMANI. 

Untuk sumbangan, bank in ke akaun

CIMB: 7050332235 
AHMAD SYAHIDIN BIN ANUAR (013-9637401)


Minta sahabat2 panjangkan #donationforamani dan segala sumbangan dan jasa baik dari pihak sahabat2 semua, saya dahulukan dgn ucapan jutaan terima kasih.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.

[Azlina Hasan, 17.02.14]


Gambar-gambar Amani dari Ayah Amani... T_T




"Ya Allah... berilah kesembuhan dan kesihatan yg baik buat adik Sofwatul Amani..."


Friday, February 21, 2014

Tentang kita dan syukur...



Salam Sayyidul Ayyam seindah hari...
buat teman kesayangan yang disayangi.
semoga kita sentiasa dalam pelukan kasih sayang Ilahi.

Kita...
hidup jgn sampai kufur nikmat…
Allah beri kita rezeki melimpah… 
boleh makan sedap, boleh melancong merata, 
boleh beli barang berjenama… 
boleh naik kereta mewah… boleh duduk rumah selesa… 
pendek kata, lengkap segala...


Syukur kita bukan sekadar ucap Alhamdulillah...

tapi solat tak jaga, aurat tak ambil berat mana, halal haram kita lupa. 
Syukur diukur dgn ketaatan kita padaNYA.

Jangan sampai Allah memberi dgn murka. 

Makin dilimpah rezeki, makin kufur kita.
Hati-hati… tu ISTIDRAJ namanya… 

Nauzubillah, minta dijauhkan dari kita.


- Azlina Hasan, 21.02.2014 -




Thursday, February 20, 2014

Sofwatul Amani kini tenat. Allahu...

Assalamualaikum…

Tengah malam tadi dapat call dari ayah ‪#‎SofwatulAmani‬
Amani kini dalam keadaan TENAT.
Blood pressure nya rendah.
Kini 100% bergantung pada mesin utk bantuan pernafasan.
Lung infection dan hanya separuh sahaja berfungsi kini.

Ayah Amani: "kami dah redha apapun keputusannya…"

Allahu… 
Saya mohon kalian sudi mendoakan yg terbaik utk Amani… 
sudi kiranya sedekahkan 2 rakaat solat sunat utk Amani jika tidak keberatan. 
Minta Allah permudahkan…

Allahuakbar… segala puji bagimu…
Sesungguhnya hidup mati kami di tanganMU…





**kisah Amani di SINI**

Amani pada 20.02.2014



>> ibu dan ayah amani kuat sangat... bertabahlah... Allah uji orang2 yg DIA sayang...

Wednesday, February 19, 2014

WordlessWednesday: Pasangan duet yg umph!



Terima kasihlah kepada yg mencadangkn OAT diduetkan dgn LAUK PAUK tu...

malam tadi, percubaan pertama menduetkan OAT dgn DAGING GORENG KUNYIT.
memang umph!!!


#proses menyedut koleterol dlm badan ;)


Wednesday, February 12, 2014

Menengking?! Tak... cuma berpesan. Bacalah! Aku rayu...


Di kala badan penat nak ke masjid, syaitan berbisik; tak pelah… hari ni tak payah pergi. Esok2 jer…
dgn kekuatan tipis tersisa, langkah diteruskan. sampai di sana, melihat Ustaz Ismail Kamus yg tinggi ilmunya pun sanggup dipapah utk datang berkongsi ilmu, ia satu tamparan hebat!


tajuk kuliah malam tadi adalah MENENGKING ORANG YG MENINGGALKAN SEMBAHYANG. (menggunakan kitab Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah, oleh Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Phatani - yang mana kitab ini adalah hadiah dari Ustaz Ismail Kamus yg diberi secara percuma untuk jemaah yg hadir di Masjid Al-Khairiyah beberapa bulan lalu. Allahuakbar, mulianya hatimu wahai Murobbi...)


dgn kerendahan hati, saya ingin berkongsi isi kuliahnya di sini dgn sahabat2 dan kesayangan2 saya...

sebab saya takut... takut bila dibacakan ayat ini:
"wahai saudaraku! nyatakanlah bagi tiap2 org yg jahil segala perkara yg mencederakan segala yg wajib pada agama dan jika engkau tiada nyatakan maka engkau adalah org yg terlebih awal drp mereka yg dinyalakan api neraka dgn sebabnya spt yg dtg dlm hadis sahih; maka engkau termasuk pada mereka yg mengetahui dan tiada beramal dgn ilmunya, krn tiap2 org yg mengetahui sesuatu drp hukum syarak dan ia beramal dgnnya dan tiada diajarkan kpd yg lainnya, maka ia termasuk dlm golongan org yg mengetahui dan tiada beramal dgn ilmunya."

Allahuakbar!




----------

Berbalik pada isi kuliah, 

  • Tersebut pada hadis drp Anas bin Malik mengenai firman Allah: "qul a'udzu birabbil falaq". maka Anas bertanya apa itu al-Falaq ya Rasulullah? sabdanya (bermaksud): "iaitu suatu telaga dlm neraka Jahnam, jika burung terbang seribu thn tiada smp kpdnya ". maka aku bertanya: "bagi siapa wahal Rasulullah?" sabdanya (bermaksud): bagi org yg meninggalkan sembahyang tetapi tubuh badannya sihat."

  • Pada hadis yg diriwayatkan oleh Sayidina Omar bin Al-Khattab dan Abu Hurairah r.a dr Nabi SAW: "wahai Jibril! adakah umatku mensia-siakan sembahyang selepasku? katanya: bahkan pada akhir zaman, dtg beberapa org manusia drp umat tuan hamba, mereka mensia-siakan sembahyang dan mereka mentakhirkan segala waktu (waktu sembahyang) dan mereka mengikut keinginan nafsu, bagi mereka 1 dinar adlah terlebih baik drp sembahyang mereka"

  • Dan diriwayatkan bahawa perkara pertama yg dihisab ke atas seorang hamba pada hari khiamat ialah sembahyang. jika didapati sembahyangnya sempurna, diterima sembahyangnya dan diterima segala amalannya. jika didapati sembahyangnya kurang, tiada diterimanya dan tiada diterima segala amalannya.

  • Org yg meninggalkan sembahyang tiada diziarahi ketika sakitnya, tiada diiringi jenazahnya, tiada diberi salam kpdnya, tiada mkn minum bersamanya, tiada sahabat dan tiada yg bersekedudukan dgnnya, tiada agama baginya, tiada iman baginya, tiada bahagian baginya pada rahmat Allah dan ia bersama org2 munafikin pada lapisan neraka yg terbawah.


semoga perkongsian ini, ada hati-hati yg terjentik. juga sbg pil perangsang utk kita (terutama saya yg sdg menari-narikan jemari montok di sini) utk kekal istiqamah, malahan utk terus perbaiki diri. 
jika yg belum sembahyang atau sembahyang berlubang-lubang, kita usahakan untuk cukupkan 5 waktu sehari semalam. 
jika dah cukup 5 waktu, tapi selalu mentakhirkan (melewatkan) waktu sembahyangnya, kita usaha utk sembahyang di awal waktu.
dan... kita sama2 ushakan untuk tambah sembahyang yang sunat kerana yg sunat inilah akan membantu 'topup' sembahyang2 wajib kita yg terkurang /  tidak sempurna.

wallahuallam...

#bila mana aku berpesan, itu krn aku sayang...





Tuesday, February 11, 2014

Diet sesat rekaan sendiri; Sunnah + Atkins bergabung meletop! hahahaa...




hukhukhukkkkk... tumpang lalu...
saje nak menayang breakfast pagi ni; cabaran oatmeal di hari pertama...

oat + garam secubit + roasted almond + walnut + dried mix fruit + air suam.
duet bersama kurma dan sekeping wholegrain bread.
green tea.

tang oat tu... makan sambil zikir:
"oat memang sedap... oat memang sedap... oat memang sedap..."
hahahaa... reverse psychology beb. 
kembang tekak utk beginner ni. :p
 tapi kengkawan dah share bermacam resipi berasaskan oat.
kesayangan2 saya memang supportive!
sayang ketat2 lah! :)

semangat nak ber-oat ni sebab kwn share dia lost 4kg dlm sebulan hanya amalkan oat utk pagi dan tgh hari. gulppppp~~~


dan untuk supplement, saya ambil habatussauda.
2 biji, 2 kali sehari... pagi dan malam.
lepas makan, sendawa mcm bini shrek...
burpppppppppp~~~ ops!
 ngehee... lega! ;)
tapi kawan cakap, kalau makan habatussauda ni kena banyak minum air.

Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya: 
“Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).” 
(Riwayat at-Tirmizi).



masih berbekalkan semangat ber-bento hasil didikan atkins.
untuk lunch, saya sediakan egg-sardine foldover dan vege.



Kesimpulannya, diet sekarang berasaskan ajaran sesat rekaan sendiri iaitu berkonsepkan:
sunnah - atkins bergabung meletop! hehee...
saya masih memberatkan pengambilan sayuran dan mengurangkan karohidrat dalam hidangan.

sekarang bukan nak kurus sangat pun... lebih kpd nak jaga kesihatan jer.
badan sihat, senang nak beribadat.

tapi macam poyo jer kan update pasal pemakanan segala...
macam lah ada orang kesah!
ehhhhh... suka hati lah... blog gua!
** ayat sarkastik blogger poyo memang mcm ni! :p **



Monday, February 10, 2014

Cik Puan Kaki nak say bye2 kat ATKINS??? dah kenapa pulak...



pecah laju pagi ini;
kurma, wholegrain bread 2 keping, green tea (without sugar) 

Kuliah maghrib dgn tajuk 'Cinta Nabi dgn amalkan sunnah'  malam tadi buat saya berfikir berkali kali… takutkan gula/karbo hingga meminggirkan makanan sunnah. Kurma adalah makanan sunnah yg mampu supply tenaga serta merta, mampu mencegah kanser, kencing manis, mengubati kemandulan dan pelbagai penyakit lain... dan inilah makanan Rasulullah saw setiap hari.  Begitu juga oat, mampu menyerap kolesterol seperti span di dlm air. 

Ustaz Johari yg memberi ceramah yg berduet dgn Ustaz @syednorhisyam mlm tadi, berkongsi beratnya 160 kg dan turun kpd 90± kg dgn mengamalkan pemakanan sunnah dan bersenam 4 minit sehari. Katanya, dia malu bercakap pasal sunnah tapi badannya tidak spt yg disunnahkan. Allahuakbar… tersentak jap si pencinta makanan ni. Islam dah gariskan yg terbaik...

Ok2, azlina berazam (kuatkah azamku?!) nak mkn kurma setiap hari, nak mkn oat (camane nk kasi lalu mkn oat yer?), nak bersenam setiap hari… oh azlina, gambateh!

macam dah taknak atkins jer... nak wasatiah dan amalkan sunnah dlm pemakanan, kecuali ketika bercuti! nak jugak!!! dasar sungguh kammmooo azlina! hahahhaa...

lagipun skrg di fasa nak maintainkan berat badan... tapi kalau boleh lost weight sekilo dua lagi, cantik jugak. tapi tetap nak credit kat ATKINS sebab atkins lah saya dah mula tinggal breakfast tak sihat like nasik lemak dan roti canai pakej dgn teh tarik, kuih muih, belajar minum kopi pekat tanpa gula, belajar sukakan green tea, belajar minum air banyak sampai jadi penunggu setia toilet... belajar cintakan sayuran... bla3... eh, banyak lah kalau nak list. eh tapi tapi... kita bukan nak tinggal terus atkins, kita combine dgn pemakanan sunnah. bak kata, ber-wasatiah dlm segala hal. ;)



Friday, February 7, 2014

Repekan random pagi Jumaat. Maaf kalau ada unsur 18SX. :p



Situasi 1: dlm kereta nak datang kerja

suami: "hari ni hari apa?"

isteri: "hari Jumaat la..."

suami: "yerla... hari Jumaat tu hari apa??? kita kena buat apa....?"

isteri: "tau tau!!! kena banyakkan SELAWAT!"

suami: "paaaaannndai isteri abang!"

# banyakkan selawat di hari Jummat; "Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad"


Situasi 1: wassap dari kawan:

kawan: "until now, problem aku adalah TAKLEH NAK PAKAI STOKIN. stongan boleh. mencari tips... stokinnya ada, pakainya tidak. tiap hari duk pikir kenapa..."

aku: "tips dia... ko anggap stokin tu uniform wajib. tak pakai stokin sama macam tak pakai bra. mampu??? heeheeee..."

kawan: "hahahhaaa... btol jugak! ok set mind. tq dgn tips tu. tips yg sgt bagus!"

# wanita paling ramai ke neraka sedangkan wanitalah paling senang nak ke syurga. solat, puasa, jaga aurat dan taat pada suami. dan memang kena akui, tang AURAT tu lah cabaran terbesar wanita kan...


asal Jumaat jer, teruja lebih! :)




Wednesday, February 5, 2014

Tentang sepi ini...



Lukisan alam yg terbentang…
bagai ilusi yg terlukis indah…
buat kesindirianku terusik oleh sepi…
lamunan dan bisikan hati.
tapi tidak ku terhanyut dgn sepi yg melaut…

Kerna sepi ini indah tiada tara…
Sepi yg ku rindu kerna aku bosan dgn riuh.
aku bosan dgn penat.
Sepi ini hadirkan sejuta rasa…
tentang harapan dan impian.

Terkadang mahu aku kembara...
semata-mata mencari sepi...

Tapi...
walau se-sepi mana pun aku, 
aku tahu aku tak sendiri…
Terima kasih TUHAN utk sepi ini…


-Azlina-