Tuesday, January 31, 2012

Apa kau mahu... Apa aku mampu...

Jika RUPA menjadi UKURAN,
Aku mungkin TIDAK LAYAK menjadi RAKAN

Jika HARTA menjadi SANDARAN,
Aku mungkin TIDAK MAMPU menjadi SAHABAT

Jika PANGKAT & KEDUDUKAN menjadi PERHATIAN,
Aku mungkin TIDAK BERDAYA menjadi SEKUFU 

Namun begitu.. Jika KEIKHLASAN & KESETIAAN menjadi PILIHAN,
Dan InsyaALLAH dengan KEIZINAN TUHAN
Aku SIAP menjadi TEMAN yang SELALU ADA UNTUKMU...




Monday, January 30, 2012

Biar nafsu melalak... kecintaan itu ingin ku buang jauh!

Bukan niat hati untuk menjadi tak setia...
bukan dengan kerelaan hati menjarakkan diri dgn kamu...
yer aku pentingkan diri sendiri! tapi aku terpaksa! 
sebab hubungan cinta ini tidak membawa untung pada aku...
cinta kau yang dlm diam membunuhku...

kecintaan padamu ku buang perlahan...
biar menangis jiwa raga... 
biar meraung anak tekak... 
biar melalak nafsu ku terhadapmu...
tapi ku kuatkan semangat!
yer, dgn penuh semangat!

tetapi...
kenangan bersama dan jasamu takkan kulupakan...
kerna kau sangat berjasa padaku...
meng'hyper-active' kan hari2 lesuku...
membutangkan bijik mataku di hari sangapku...
menyalurkan tenaga di pagi hariku...
oh, pastinya aku rindukan hari2ku bersamamu...

kini...

walaupun ku telah punya pengganti... 
pengganti yang mungkin tak sehebat kamu...
tapi aku terima kelemahannya apa adanya...

cawan jer NESCAFE... isinya MILO.


MODE:
nescafe addicted yg emo sedang mengekang nafsu serakah dan ketagihan terhadap nescafe. misi 2012 yang cuba dijayakan dengan gemilang dan terbilang! semoga aku berjaya mengibarkan bendera kemenangan di puncak jaya dengan megahnya! 
go Cik Kaki goooo!!! 
Cik Kaki Boleh!!! 
Gambate Cik Kaki!!!
uwaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~



Saturday, January 28, 2012

Sesi Bersama UAI - Wudhu' dengan muka bermekap




Solat ngan muka bermekap tak salah... tapi kena ambil wudhu' dulu baru bermekap then solat. oke, yang tu ditanggung beres.

Tapi sekarang cerita pasal muka bermekap, pastu selamba badak air amik wudhu' tanpa mencuci mekap tu terlebih dahulu. kesilapan besar yang mungkin kita terlepas pandang. mungkin juga pandang sebelah mata... berat lagi kalau memang sengaja tak nak pandang...
0OOOooohhhh... kesilapan besar di situ!

Cam contoh, lipstick tu diperbuat daripada kelapa sawit, kalis air dan sah2 tak sampai air ke kulit. pastu nak kasik effect muka tulus mulus, foundation sampai setengah inci. dah sah2 air tak sampai ke kulit. begitu juga dengan maskara dan eyeliner .
Bila air tak sampai ke kulit = wudhu' tak sah >>> 
bila wudhu' tak sah = SOLAT pun TAK SAH!!! 
Masyaallah...

Semoga ada pencerahan untuk kita...
Dari tidak tahu kepada tahu...


# Sekarang aku pakai celak KAJAL jer. senang nak cuci. biasa pakai AVON nyer eyeliner tu susah sket nak cuci.


# Hari ni (28.Jan.2012), ada kuliah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Al-Ridhuan, Ulu Klang (simpang 4 Ukay Perdana - Lembah Keramat) after maghrib. jom yang mana berdekatan tu, kita reramai dengar 'konsert' bail punyer secara live! :)

Friday, January 27, 2012

Kan BEST kalau...

saya masih lagi di sini... lari2 kijang dikejar ombak...

 melihat matahari yang terbenam...

bersama dugong2 kesayangan...



tenang... sungguh. tak tipu!

hakikatnya, saya sudah start bekerja dari semalam dan sekarang di situasi BUSY GILOOOOO!!!

ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
sambil garu kepala x gatal!



Thursday, January 19, 2012

Nasi Ayam kasih sayang...


Hari tu, masa tahun baru... aku wak makan2 sket2... tak plan langsung pun sebenarnya...
hari sabtu (31.12.11), makan2 kat umah kakak aku... hari ahad (1.1.12), umah adik aku... pastu masa tu deme2 kata, "esok umah cik na la pulak erk!" terus cakap okeeeeeeeeeee!!! masa tu dah pukul 8 malam oke! giler berani mati! kaum kerabat cik esah bukan sikit2 ko... kalo nak masak nasik, ayam paling kokak 4 ekor blom tentu cukup! dahla dasar pemakan semua!!! ;p

Pastu gelabah balik singgah TESCO Ampang carik bahan mentah. tak reti la aku nak soping kat TESCO ni... nak Care4 atau Pasar Malam Taman Melawati jugak! 

So, pepagi Isnin tu, gi pasar basah beli ayam. pastu terus bersilat kat dapur.
masak secara cool~~~ ;)

 menu: NASI AYAM. puding biskut tu kakak ipar aku yg sponser. 



 bahan pelawas ;)


 makan timeeeeeee!!!


Bapak buah bersama anak2 buah...



 

 
masa ni rasa cam... wei, ramainya anak beranak aku! memang bergagak gumpita lah!

 tukang masak yang gembira sebab semua puji nasi ayam Cik Na terbaek!
ohhhh~~~ dasar anak buah dan sepupu sepapat kaki bodek! 
kan dan kembang buntut 13 inci! :p


#PENAT yang SERONOK



***************************************************************
UPDATED:

Resipi Nasi Ayam Kasih Sayang di SINI
*Selamat berkasih sayang... :)



Hukum Sambut Raya Cina?





 Tengok dan fahamkan betul2... jangan semborono...

*Kenapa beria nak gi rumah kenalan cina beraya sedangkan masa perayaan kita, sedara mara sendiri kita tak jengah? jangan kuman di hujung laut kite beria nak teropong hingga lupa nak jeling gajah depan mata. hehehehee... ;)


TAPIIIIIIIIIIIIII....

Aku suka raya cina sebabbbbbbbbbbbb...



Boleh makan limau kegemaran ni sampai cirit secara percuma...
Boleh cuti lama ngalahkan orang cina beraya.. :)

Sepatutnya hajat di hati nak cuti dari 21 sampai 29 Jan... sekali cuti tak lulus daaaaaaaaaa sebab ade bengkel hari Rabu. ohhh~~~ kena cari muslihat nih! terus call boss besar cakap boleh tak pinda bengkel kepada hari Khamis sambil bagi alasan2 tak munasabah! hahahahaa... seb baik Bos besar kata OK. so, leh extend cuti sampai Rabu. Esok (Jumaat) juga kena cuti sebab Cik Esah tercinta kena operate mata buat kali ke-2. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan bagi kesihatan yang baik buat bonda tercinta... 


Happy holiday my friends...