Wednesday, October 31, 2012

WordlessWednesday ~ Perfecto!!!





 


Lukisan alamMU yang indah... hadiah terhebat untukku...
hilang segala gundah... lenyap segala lara...
terasa semakin dekat denganMU...


#gambar segar dari dslr kokak cap ayam saya tanpa sebarang editing kecuali gambar bawah sebab saya kelihatan sungguh kenchanadewi kalo tak dicerahkan. ;)
lokasi: Pantai Kemasik, Terengganu




WordlessWednesday ~ Olololooooo... so sweet!


Terima kasih suami sebab selalu layan kite main masak2... :)


Tuesday, October 30, 2012

Cerita ceriti Raya Haji

Hari ini adalah hari pertama bekerja after 5 hari pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga mertua di Kuala Terengganu. tahun lepas raya kat KL bersama keluarga sendiri... tahun ni raya ngan keluarga mertua la plak. haruslah adil dan saksama kan... baru rukun rumah tangga. tittle menantu terbaik pon mampu dikekalkan ngan jayanya. muahahahhaaaa~~~

Tahun ni raya takde family potret segala. baju raya pun tak sempat nak surung uols... fenat saya beli baju baru ;p. balik solat sembahyang raya, terus ke tempat penyembelihan. setel semua dalam tengah tengah hari. balik rumah, packing daging untuk diagihkan... kerja2 pengagihan kita serahkan pada yang pakar. lepas tu main masak2 daging qurban dengan ipar duai. makan-makan secara berjemaah...  terselit jugak scene tertidur keletihan. tapi sungguh, hari yang terasa sangat-sangat panjang. adakah itu tanda hari penuh keberkatan? wallahuallam...


 a day before raya, kami gi tengok lembu yang akan diqurbankan. 
garang giler wooo~ achik kena kejar. hahahhahaa...

 tukang sembelih yang kelihatannya sangat tenang. kainnya sudah penuh darah. ini sembilahan yang ntah ke berapa pun tak pasti...

 siap sedia untuk penyembelihan. mana suami saya???

jeng-jeng...

 hahahahhaha~~~ serik kena kejar semalam kot! tu yang tak berani dekat.


 ya Allah... sucikan dosa-dosa kami seperti mengalirnya ke bumi darah binatang yang kami qurbankan...

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". 
(Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
 

 Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani) 


 bukan ngeri... bukan scary...
cuma saya pening lalat tengok darah lembu yang banyak.

 
  dimonopoli oleh kaum kerabat Ustaz Mat Ali. :)
gud2! apa yang penting?! kerjaaaaaaaaaaaaasama! :)


scene2 normal (kot) bila tiba musim raya haji.
#mendajalkan gambar orang lain... kalo letak gambar puan blog kan ber-astaghfirullahalazim plak kammooo kammoooo. hehehehe...






Isu terbesar balik raya Aidiladha 2012 - JAMMED!

naik taip 'JAMMED' ni pun dah stress... apatah lagi sangkut dalam jam kan...
hari ahad tu, most of status kat Facebook update stress sangkut dalam jam yang kronik.
ada kawan adik ipar saya, pukul 10 pagi ahad dari KT, sampai KL pukul 5 pagi isnin. giler ah!!! kalau saya, boleh mereng dalam kereta! ohhhhh~~~ perkara paling buat saya tak boleh nak control pertimbangan akal fikiran untuk berfikir secara waras. 

memandangkan kami laki bini adalah sangat-sangat allergic dengan jam, kami sentiasa mengatur perjalanan kami sebaiknya... setakat ni kami tak pernah lagi sangkut dalam jam yang jatuh ketegori kronik. biasanya sampai ke destinasi dalam piawaian masa yang waras di akal fikiran.

untuk raya haji kali ni:

dari KL - KT hari rabu malam. nak kata jammed tak sangat, jatuh ketegori kereta banyak jer... ;)

dari KT - KL yang hampir semua orang meroyan sangkut dalam jammed... kami???


penat nak menten 110km/jam! hehehee...
asyik terlajak ke 130-140 km/jam jer... jangan sampai surat cinta sudah ler lepas ni... ;)
laki bini cuti hari isnin meh... baru bijak! :p

#atur perjalanan sebijaknya... jangan mendera emosi dan fizikal anda. :)


jom kongsikan pengalaman meroyan sangkut dalam jammed anda di sini. saya nak tumpang simpati ni. ngeheheee....




Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA ADILADHA


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat sahabat seIslam.

Jika mampu, tunaikanlah ibadat Qurban. besar fadhilatnya.
jangan terikat: "eh, tahun lepas aku dah Qurban. cukup r tu..."

sila jgn konfius, QURBAN tu hukumnya bukan sekali seumur hidup yer... itu AQIQAH. hehehee... kalau mampu, buatlah setiap tahun. tak mampu seekor, sebahagian pun jadilah...
# kalau shopping barang duniawi mampu, takkan nak qurban tak mampu kan... ;)

 
HIKMAH DAN FADHILAT QURBAN:
~ Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
~ Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
~ Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
~ Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t
~ Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
~ Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."





p/s: takyah nak drop comment kata kesian kat lembu ni erk... 
entah2 lembu ni mati syahid. sedang berbahagia menjadi tunggangan ahli syurga :)


 # ini auto publish. sekarang saya dah selamat di kampung. duk mitah lembu! heheee...

Wednesday, October 24, 2012

THE BEST OFFER! meh sini nak bisik...




Jangan lepaskan OFFER TERHEBAT ini!!!
PUASA SEHARI jer dan reward-nya adalah 
DIHAPUSKAN DOSA TAHUN LEPAS & TAHUN AKAN DATANG.

 tak cukup hebat ker offer ni?! offer yang cemana lagi kammooo mahu???
jangan tunggu offer YES (Year End Sale) jer... :p
peringatan keras untuk diri sendiri. heheheee...

 uolsssssssssssssss~~~ setahun sekali jer tau dapat peluang keemasan ni!

jom-jom kita PUASA SUNAT ARAFAH esok (25.Oct.2012). setuju? :)

dan kita jadikan ini sebagai program kekeluargaan. send sms or make a call to kaum kerabat ker... sehabat handai ker... ajak berbuka puasa sesama esok.

# puasa asing2... berbuka asing2... tapi niat sama. sweet jugak aper! ;)




Aku... Pasir... dan Lautan... Kamu???


Jika ilmu boleh di ibaratkan sebesar lautan, 
boleh jadi kita baru sahaja kenal pasir-pasir di tepi pantai...
~dari seorang sahabat~


aku...
masih gigih untuk berkenalan dengan pasir-pasir pantai hanya semata ingin menuju ke lautan...



 

Tuesday, October 23, 2012

Checklist sebelum keluar shopping untuk rakan segojes


Kita sering menitik beratkan aurat ketika solat tetapi mengabaikan aurat ketika di luar solat padahal tuntutan menutup aurat ketika atau di luar solat adalah sama. 
~Farah Lee~

jadi macam mana nak check sama ada pakaian yang kita pakai adalah pakaian yang betul2 menutup aurat?
senang jer! jika pakaian yang kita pakai ketika keluar rumah boleh dibawa solat, maksudnya kita sudah mencapai piawaian/standard yang telah digariskan syara'.

best apa... gi shopping mall takyah susah payah bawak telekung dan tidak berhadapan dengan situasi terpaksa pakai telekung yang... hhhhaaaaaaaahhh~ hapak!!! taik lalat penuh bawah dagu. dengan kesan bedak kaler kuning kecoklatannya lagi... eeeeee yarkkkkk~~~


tips kepada sahabat segojes: bawalah wet tissue untuk menanggalkan mekap tipis anda. ;)


list 1-6 done!!! k, let shopping bebeh!!! :)



Monday, October 22, 2012

Saya dan FACEBOOK. Face it!

Assalamualaikum...
Salam isnin tanpa 'moday blues' buat semua...

hampir 3 hari tanpa Facebook buat saya terasa janggal...
bertahun tahun hidup serasi bersama Facebook.  
celik mata, fesbuk! stress kerja, fesbuk! nak tidur, fesbuk! makan aper, fesbuk!
kesimpulan, segala mak nenek benda lah nak citer dalam fesbuk...
tapi yang peribadi, luahan rasa tu memang dah jarang dah... sebab ALLAH KAN ADA! :)

tapi HADIAH dari suami, betul-betul memberi kesan mendalam pada saya...
menyedarkan saya tentang banyak hal dan perkara...
dan tanpa fikir panjang, saya membuat keputusan untuk DEACTIVATE akaun Facebook saya.
yer, pengorbanan terbesar saya sebagai FACEBOOK ADDICTED.

hakikatnya saya sedih...
sedih meninggalkan sahabat2 alam maya saya...
sedih meninggalkan sahabat2 lama yang berjauhan dan Facebook menjadi medium untuk kami berhubung...
sedih bila tak dapat berkongsi 'ilmu yang seciput' dengan mereka2 yang berminat...
dan paling sedih tak dapat baca status2 dari page islamik yang memberi suntikan dan semangat serta makanan rohani untuk saya...
sedih terlepas info majlis2 ilmu yang mana kebanyakannya saya dapat dari Facebook...

3 hari sudah cukup saya merasa betapa 'bermakna' Facebook untuk saya...

tapi...
 3 hari ini saya tenang...
bebas dari subahat kemaksiatan... 
bebas dari membaca status pasangan kekasih yang tanpa segan silu mengungkap rasa cinta di wall...
bebas dari melihat gambar2 pasangan bercinta berpegangan, berpeluk tanpa rasa malu!
bebas membaca status2 yang hanya tahu 'mengondem' orang sana sini tanpa cuba muhasabah kekurangan diri...
bebas dari status yang hanya meluahkan ketakpuasan hati tentang banyak hal dan perkara.
status berbaur lucah dan kesat!

yer...
saya tenang dari melihat kelaraan dunia yang dibanggakan tanpa rasa bersalah...
saya tenang dari berprasangka buruk pada orang...



tapi lagi...
banyak urusan saya terbantut...
urusan jual beli saya yang mana mereka memilih FACEBOOK sebagai mediumnya...
urusan TUDUNG LABUH PROJECT saya...
dan urusan dakwah saya yang sebelum ini saya memilih FACEBOOK sebagai medan utamanya...

duduk berbincang dengan suami...
suami kata FACEBOOK itu ada baik ada buruknya...
pilih yang BAIK, BAIK HASILNYA...
pilih yang BURUK, BURUK HASILNYA...
BERKONGSI yang berguna...
guna dan manfaatkan kemudahan yang ada untuk perkara kebaikan...

hasil dan solusinya...
saya memilih untuk meng-AKTIFkan semula akaun FACEBOOK saya...
dengan kondisi yang berbeza...
dengan misi...
MENCARI PAHALA... BUKAN DOSA...

mungkin pada setengah mereka, saya propa dan bikin statement...
hakikatnya, saya manusia biasa... 
ada masa, jiwa saya rapuh dan bertindak di luar rasionalnya...
bila hati terluka, saya ingin lari jauh dari puncanya...
sedangkan saya ada solusi untuk menanganinya...


hadiah dari suami ini banyak memberi kesan kepada saya...
kamu-kamu harus punya satu! :)









Saturday, October 20, 2012

Malam Cinta Rasul @ Masjid KLCC (20/10/12)


"Cinta jika dinisbahkan kepada yang layak maka ianya sangat luarbiasa. Takkan kita jumpa lagi cinta para sahabat r.a kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم" 
- ALHABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID

Cinta dibalas cinta......

Ayuh umat & pencinta Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم serta wargakota KL, buktikan malam ini (20/10/12) !!!

Info lanjut, klik ---> http://t.co/FJfRKaE3


HABIB SYECH ASSEGGAF
Lantunan suara & dendangan qasidah daripadanya boleh meluluhkan hati setiap pendengarnya...




PANDUAN UNTUK PARA HADIRIN YANG BAKAL HADIR KE MALAM CINTA RASUL BERSAMA HABIB SYECH DI KLCC. 

1. Tema Pakaian - Baju Melayu/Jubah Berwarna Putih. 
2. Sila bawa sejadah atau kain lapik untuk keselesaan anda kerana dikhuatiri anda akan kesejukan apabila duduk di lantai berjubin di masjid.
3. Sila bawa payung sebagai persediaan jika hujan. 
4. Parking adalah terhad. Sila datang awal untuk mengelakkan kesesakan di tempat parking dan juga lalu lintas.
5. Para hadirin boleh mendapat rebat RM2.00 sekali masuk untuk parking awam berhampiran masjid dengan menunjukkan tiket parking di Kaunter Maklumat di ruang legar masjid.
6. Satu rakaman khas akan dibuat secara rasmi sewaktu program sedang diadakan. Diharapkan, para hadirin dapat memberi kerjasama bagi melancarkan perjalanan rakaman tersebut.
7. Jika ada pihak yang berhasrat untuk membuat rakaman tidak rasmi, boleh berhubung dengan pihak penganjur sebelum membuat rakaman.
8. Selepas Solat Isyak, kesemua ruang solat utama masjid akan dikosongkan. Para muslimin boleh berkumpul di ruang luar tingkat 1 masjid. Manakala para muslimat boleh masuk ke ruang solat utama masjid. Ruang legar luar di tingkat bawah pula dikhaskan untuk mereka yang datang berkeluarga.
9. Para hadirin dinasihatkan menjaga adab-adab di dalam masjid dan juga adab-adab di majlis ilmu sepanjang program ini berlangsung. Semoga kita dapat mencontohi dan mengamalkan akhlak Rasulullah SAW dalam apa jua keadaan. :) 




JUMPA DI SAAAAAAAAAAAAAAAAAAANAAAAAAA!!! :)
baca dgn nada sedikit menjerit versi penuh kesopanan dan kesusilaan. cik puan kaki kan mmg hover! :p



TUDUNG LABUH Project


STICKY POST
 
Beberapa student U yang baru berhijrah dan memerlukan tudung labuh (apa sahaja jenis tudung asal besar like Akel bidang 60 ker) tapi mereka tak mampu nak membelinya sendiri. mengharap belas ehsan kita2 yg mampu untuk membantu mereka. boleh hulurkan tudung terpakai atau baru atau wang.

Hope ada yg di luar sana sudi memberi sumbangan untuk membantu mereka yg memerlukan... jika hari ini kita mampu pakai tudung Ariani, Fareeda atau ape jenis jenama lg ntah yg gojes vesgedevas, apa salahnya kita membantu mereka mendapatkan tudung yang menutup aurat.

dan skrg ni, setiap belian INACHIC Hijab, rm5 akan disalurkan kpd TABUNG TELEKUNG LABUH PROJECT. kalau nak bayar lebih untuk setiap belian tu, yg lebih tu saya akan tolong salurkan kpd tabung ini. anda boleh membeli sambil menderma... untuk saham yang tiada susut nilainya. 

sebarang bentuk bantuan (tudung atau wang ringgit) sangat dialu-alukan.



Jika berminat, boleh PM saya di 
atau email saya di azlinahasan@yahoo.com



Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... 
dengan ini saya melancarkan TUDUNG LABUH PROJECT.


"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah" 


dan ingin saya kongsikan satu cerita yg saya dapat dari kuliah maghrib semalam:
Datang Malaikat Maut kepada Nabi Musa a.s dan berkata "pemuda itu akan mati dalam masa 3 hari lagi". selepas 3 hari, pemuda itu masih belum mati. begitu juga selepas seminggu, 2 minggu, sebulan. maka bertanya Nabi Musa kpd Malaikat Maut "kenapa pemuda itu masih hidup?" . Lalu Malaikat Maut menjawab "dia telah menggembirakan ALLAH dengan BERSEDEKAH pada hari sepatutnya dia mati dan Allah telah tarik balik namanya dan aku tidak tahu bila dia akan mati."
#ya ALLAH... meremang bulu roma saya mendengar. besarnya hikmah bersedekah.
 

Friday, October 19, 2012

Sapu air matamu... ALLAH kan ada! :)

Sahabat...
Bila kamu memilih untuk berhijrah dan berubah menjadi lebih baik,
jangan menangis jangan bersedih bila kamu diuji...
per'setan'kan suara dan bisikan syaitan...
apatah lagi suara-suara sumbang manusia yang bertopengkan syaitan...
arghhh~ itu memang lagi sangat 'syaitan' sebenarnya...
di kala tidak mampu untuk berubah menjadi baik,
kenapa harus menghalang orang lain berubah untuk menjadi baik?!!!

yer...
jika tak mampu menyumbat gol,
jangan berdiri di hadapan pintu gol menghalang orang yang ingin menyumbat gol!
#eh, perumpamaan yg lain macam jer bunyik nyer kan... tapi tak ape, asal sampai maksud yang ingin aku sampaikan!

Sahabat...
aku tahu bait kata tak mampu menenangkan apa yang kamu rasa...
tapi carilah kekuatan jiwa dari bait kata...
sesungguhnya kamu diuji untuk menguji keikhlasan hatimu dalam mencari cintaNYA...
juga sebagai tanda... mahalnya mahar syurga...


Nak jadi jahat, sekelip mata.
Nak jadi baik, bertalu talu ujian melanda.
Sabarlah, Allah kan ada...

 
"Dalam keadaan berdosa sekalipun, 
ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. 
Manakala dalam keadaan taat, 
ujian didatangkan untuk mengingkatkan darjat."
~Ustaz Pahrol Mohd Juoi~


tak sunyi... tak sendiri... ALLAH KAN ADA...



Wednesday, October 17, 2012

I teruja dan tanpa sangka i jerit: Ustaz!!! bikin malu!! :p

Memang menjadi kebiasaan utk saya ngan achik keluar 'berhibur' pada hari Jumaat malam Sabtu. kami akan keluar ke majlis ilmu jauh2 sikit, tinggalkan masjid kebiasaan dekat rumah ni. bukan tak sayang masjid sendiri (sekali lagi dinyatakan, masjid sendiri tu merujuk kpd masjid dekat rumah yg sentiasa meriah dengan majlis ilmu dgn ustaz tetap yg best2 dan penceramah jemputan yg best2 jugak) tapi kata malam minggu kan... kena la jenjalan berlibur kekdahnya ;) 
 
Biasa kami kalau jumaat malam sabtu ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza bersama Habib Ali Zaenal Abidin  kat Masjid Setiawangsa tapi last week saya ke Forum Perdana bersama Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Syed Norhisyam dan Ustaz Haslin Baharin (ustaz Bollywood) di Masjid Al-Munawwarah, bandar hicom, seksyen 27, shah alam. jauh sikit apa ada hal! kalo jemputan kengkawan sampai perak melaka jb boleh pergi... ini kan panggilan majlis ilmu mendekati Allah sekitar KL - Selangor kan... :)



3 gabungan mantap yg super best! berbaloi sangkut dlm jammed sebab bertembung ngan org nak gi stadium shah alam tgk bola (kelantan vs selangor. yeaaaaaaaa, kelantan menang!) dan langsung tak ralat tak tgk bola sebab 'konsert' ni jauh lg best dr tgk bola kot ;p

masa kami sampai tu, kat parking boleh pulak berjodohan dengan ke tiga-tiga ustaz ni. tapi saya paling kaget bila berdiri betul depan ustaz azhar idrus yg mmg saya suka tu dlm jarak beberapa jengkal jer... tanpa disangka ada respon spontan di luar kawal dipengaruhi faktor2 keterujaan barangkali... saya jerit: "Ustazzzzzzz!" dia pandang dan senyum! aduhhhhhhhhhh, tetiba malu dgn tindakan luar kawal sendiri! dah la saya sorang kot perempuan masa tu. achik lagi la... "eeeeeee... malu kite ngan isteri kite!" hahahhaa... ampon suami!!! seminggu oke jadi bahan!


ustaz azhar idrus:
"Alhamdulillah... kita dipilih utk berada majlis ilmu ni, bkn di stadium. tapi jgn buruk sangka dgn mereka yg tgk bersorak kat stadium. mungkin hati mereka di sini. dan mungkin jugak kita yg di sini, otaknya di stadium!" hehehee... 

kata ustaz azhar lagi:
bertuahnya kita ini bukan kerana harta atau pangkat dunia... tapi dgn hubungan kita dgn Allah. tapi bertuah persepsi dunia hari ini: hari minggu lepak2... bercuti... makan2... tanpa mencari habuan akhirat. Allah akan ubat segala penyakit akidah, tauhid dengan majlis ilmu.


 Ustaz Haslin (ustaz bollywood)
best giler ustaz ni. penyampaian semua dlm lenggok hindustan. 
dah mcm tgh menonton cerita sanggam! hehehehee...
paling bikin saya tacing bila part dia 'menyanyi' hindustan ayat di bawah:
ada orang dapat anak lelaki... ada orang dapat anak perempuan... ada orang dapat anak lelaki dan perempuan... dan ada orang tak dikurniakan anak. Allah jadikannya semua bersebab..."

terus rasa kering tekak... jangan wak hal azlina... jgn nak ber-neng yatimah kat masjid ni. dah la duk sorang2... tak kenal org kiri kanan... :p

 Ustaz Syed Norhisyam selaku moderator malam tu. kelakar jugak dia ni... :)

sebesar besar masjid hicom tu penuh sampai melimpah ke luar. saya betenggek kat tangga jer... tapi tak kisah, screen besar bersepah sepah. tapi kagum pula dgn yg sanggup berdiri sampai majlis habis. almost 2 hours ++ jugak tu... alhamdulillah...

dan part paling menggembirakan hati saya adalah... di rumah Allah ini akhirnya saya bertemu bertentang mata dgn kwn saya yg setelah sekian lama ber-fesbuk, ber-sms, ber-whatssApp. yer, kami blind date buat pertama kalinya... paling ajaib adalah, bila dia datang, saya tahu itu adalah dia walaupun dia berniqab. oh, hebatnya perhubungan dari hati anugerah MU ya Allah...

Sya, tok puah jupo awok... meta sgt! nok bual sedak pon tok dang.
nanti kito date mula deh! :)
#doakan saya diberi kekuatan sama untuk berpakaian dgn pakaian sunnah seperti awk... 
sungguh saya lihat awk sgt cantik! cantik sgt!!!


chop, ade pengumuman!
malam ni (17/10/12), lepas maghrib ada CERAMAH PERDANA bersama AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID di Masjid Bukit Antarabangsa


Apakah pesanan terakhir Rasulullah S.A.W buat kita umatnya?

#sediakan tisu kalo taknak hingus melekat di tudung kammo! ;)






Wordless Wednesday 17.Oct.2012 ~ sesuai tak?!



sambil nyanyi: keluarga bahgiaaaaaa aaa aaaaaaaaaaa...


Monday, October 15, 2012

Jangan tengok gambar ini jika anda berhati tisu...





Disaat kita mengeluh kerana sukarnya tidur yang lena walau pun ditilam yang empuk, 
pernahkah kita terfikir tentang mereka yang lena tanpa beralaskan apa-apa..

Disaat kita bersungut tentang makanan yang tidak menyelerakan, 
pernahkan kita terfikir ada insan yang kelaparan tanpa apa-apa makanan..

Disaat kita mengungkit tentang kerja yang tidak setimpal dengan gaji yang diterima, 
pernahkah kita terfikir tentang mereka yang tidak punya gaji dari hasil kerja mereka..

Kerana kita terlalu asyik memandang keatas, 
hingga kita lupa apa yang ada dibawah..



*bersyukur dengan apa yg kita miliki ..

______________________________________________________


tgk gambar di atas, saya memang syahdu sesangat...

ya Allah, tiada lagi nikmatMU yang ingin aku dustakan...
tak terhitung nikmat yg KAU beri padaku...
dan alasan apa untukku tidak sujud padaMU wahai Tuhan pencipta sekelian alam...




Friday, October 12, 2012

SEDIH, BAHAGIA, TERHARU, GEMBIRA... SEBAK TANGIS semuanya ada dalam Bulatan Gembira tapi hasilnya tetap satu: OSEM! :)


Assalamulaikum buat kesayangan di penghulu segala hari...
semoga kita semua dalam lindungan dan redha Allah sentiasa...


Alhamdulillah, malam tadi masih diberi kesempatan waktu untuk berBULATAN GEMBIRA. malam tadi merupakan sesi yang... arghhh susah nak describe. bermacam rasa... bercampur baur bergaul mesra menghasilkan satu rasa yang AWESOME! :)

SEDIH... sedih untuk berpisah walau seketika dengan Murobbiah kesayangan kami, Ustazah Zaimah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah menyambut panggilan menjadi tetamu di rumah Allah. Alhamdulillah, BAHAGIA untuk Ustazah sebenarnya... terpancar rasa gembira dan teruja dari raut wajah Ustazah...  dalam pada itu, saya TERHARU sangat bila mana di saat akhir keberangkatannya, Ustazah masih fikirkan kami... usaha carikan ustazah baru untuk menggantikan tempatnya untuk memastikan perjuangan usrah ini diteruskan... memastikan hati2 kami sentiasa dibasahi dengan tarbiyah... jika ustazah sebesar itu usahakan utk adakan usrah utk kami sepanjang sepeninggalannya, apa alasan kami utk x menghadirkan diri?! InsyaAllah ustazah... kami tetap akan menghidupkan Usrah ini sepeninggalan Ustazah nanti. kami tahu, doa ustazah sentiasa dengan kami...
ya Allah, besarnya cinta dan kasih sayangmu buat kami ya Murobbiah... 

GEMBIRA dengan sesi taaruf dengan Ustazah baru kami, Ustazah Rozita yang akan memikul amanat Ustazah untuk 'menjaga' kami... juga dengan seorang lagi ahli baru; Akmar. terima kasih Blog Kakikusukaberjalan (eh, ni mcm nama blog sendiri jer :p) membawa ahli ke-2 dlm bulatan gembira kami ni! sayang blog sendiri sebab menjadi medium untuk saya melebarkan sayap silaturrahim untuk sama2 mencari redha Allah...

kalau takde sesi SEBAK TANGIS tu memang tak sah la kan... kata anak beranak Neng Yatimah kekdahnya... hehheee... yer, perkongsian Ustazah Zaimah buat saya sekali lagi dapat derma tisu dari rakan usrah. MasyaAllah, memang terbukti KAU uji orang yang KAU sayang... KAU uji orang2 yang KAU tahu kemampuannya untuk mengharungi ujianMU dengan tabah. KAU uji di dunia untuk kau bagi Syurga yang tinggi maharnya... dan rendahnya diri ini bila punya seseorang yang dekat dengan kita yang memang mengorbankan rasa, perasaan dan terima ketentuan Allah dengan redha hanya kerana... mengejar Syurga! ya Allah... ya Allah.... ya Allah... jika ditakdirkan aku terpilih untuk terima ujianMU sebesar itu, KAU kuatkanlah hatiku... lapangkanlah dadaku... Perkongsian terhebat dan eklusif dari Ustazah kesayangan buat saya lebih mensyukuri apa yang Allah aturkan utk saya... ohhhh~ tamat sudah sesi air mata...

dan... semalam juga makin terserlah bakat lawak rakan2 bulatan gembira saya. ohhhh~ uols makin LUCU dong!!!


sungguh, saya sayangkan BULATAN GEMBIRA saya!!! sangat-sangat!!!


Semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk Ustazah Zaimah dan Ustaz untuk melakukan yang terbaik dan dapat haji mabrur 'di sana'... bila saya minta ustazah doakan saya supaya saya dan suami juga diberi peluang sama untuk menjejakkan kaki 'ke sana', ustazah cakap ustazah juga akan doakan 'keinginan yang terpendam' di hati saya... ustazah saya memang super best! dia tahu apa yg ada dalam fikiran saya sebenarnya! yup, again n again, I LOVE YOU LILLAHI TAALA Ustazah... 'll miss u a lot!!!

#  Jika sudi, doakan kesihatan dan keselamatan Ustazah saya yer kesayangan...



Thursday, October 11, 2012

TUDUNG LABUH Project #Update 1 ~ Penyumbang yang dermawan

Alhamdulillah... syukur ke hadrat MU ya Allah...
tak sangka sambutan kepada TUDUNG LABUH Project agak memberangsangkan. ada yang sumbangkan tudung terpakai (apa yer word paling sesuai nak guna selain 'terpakai' ni? cam x bestla guna word 'terpakai'. pre-loved la kan kiut sket bunyiknya). ada juga online shop menyumbang tudung2 jualan mereka... dan tak kurang juga yang menyumbangkan sumbangan berbentuk duit.
jumlah jangan tanya... even rm2 jika sumbangan itu adalah ikhlas, besar pahalanya di sisi Allah...
apatah lg berpuluh hingga ratus ringgit kan... yer, saya touching pagi ni sebenarnya bila menerima sumbangan dlm jumlah yg agak besar pada saya... hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian...

ya Allah...
KAU murahkan dan berkati rezeki mereka yg memberi...
KAU berkati usia mereka...

izinkan kami membahagiakan mereka yg memerlukan dan pastinya kami lakukan ini untuk 'menggembirakan'MU ya Allah...

 #pada yang tak faham lagi apa ceritanya dgn TUDUNG LABUH Project ni, saya dgn senang hati ingin bercerita secara ringkas sekali lagi.
~> TUDUNG LABUH Project ini dijalankan utk membantu lebih kurang 15 orang student Uni yang berhijrah ke tudung labuh tapi mereka tidak mampu untuk membelinya. jadi, sumbangan tudung pre-loved, baru atau duit diterima (cuma pastikan saiz besar). cuma kalau nak bagi tudung, saya akan bagi alamat mereka dan penyumbang akan pos direct kpd yg memerlukan. kalau yang bagi duit, saya akan dapatkan tudung untuk mereka dan pos pada mereka. clear kan? 
Jika berminat untuk menjadi penyumbang2 terhormat (heheee..), boleh PM saya di:

atau email saya di azlinahasan@yahoo.com


sumbangan setakat ini:

beberapa helai tudung AKEL sumbangan  Qaseh Qaisara Blog Shop



 pre-loved sumbangan hamba Allah...


 ada juga sumbangan jubah dari hamba Allah...


yang sumbangan wang, tak perlu lah kot saya nyatakann jumlah terkumpul. cukup saya katakan, kutipan agak memberangsangkan. :)




sumbangan masih dibuka dan dialu-alukan! :)



Wednesday, October 10, 2012

Jom mulakan perjalanan... Aku dan kamu tak sendirian.



 tahukah kamu...
 jika terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah, 
ianya adalah HIDAYAH dari Allah untukmu...

jangan persiakan detik itu...
ayuh bersiap dan mulakan perjalanan...
bahagia yang akan dikecap bukan di hujung jalan...
tapi di sepanjang jalan...

Di kala kamu merasa ingin BERPUTUS ASA
pandanglah sungai,
airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalang...
Jika kau merasa SEDIH dan SENDIRIAN di jalan mujahadahmu, 
pandanglah ke langit,
kamu akan sedar bahawa ALLAH sentiasa bersamamu...



WordlessWednesday ~ Nota cinta... ekspresi rasa...


Nota cinta buat suami di pagi rabu... ;)






Tuesday, October 9, 2012

Kehilangan kedua... tabahlah wahai hati... :(

Pena menulis tentang rasa...
rasa yang temannya rasa di kala ini... yang pernah aku rasa...
sela masanya tak lama...
temanku merasa di kala aku belum lupa tragedinya...
rasa HILANG... MERINDU walau tak pernah BERJUMPA...
dari segumpal darah... ditiup roh dari SANG PENCIPTA...
memberi erti yang sangat besar buat pasangan suami isteri yang bercinta...

buat si ibu menyulam rasa yang seribu rasa...
ada khalifah kecil di rahimnya...
setelah bertahun menanti pewaris cinta...
ya ALLAH... tak terucap rasa seribu rasa itu dengan kata...

tiba masa...
Allah kata si khalifah kecil masih belum sedia...
... belum sedia untuk dilahirkan dan memikul tanggungjawab sbg khalifahNYA...
maka kepada Allah kembali dia...
buat si ibu menangis walaupon dalam redha relakan pemergiannya...
ya, tahu tak bagaimana menerima dengan redha apa yg ditentukan oleh Allah tapi air mata tak juga berhentinya...
mencurah curah tanpa henti walau berkata "aku terima ujianMU dengan lapang dada..."

Ya Allah...
besarnya aturan yang KAU rencanakan...
memberi kami nikmat rasa menjadi ibu walaupon untuk beberapa ketika sahaja...
memberi harapan kepada kami yang kami mampu menjadi ibu sebenarnya...
cuma waktunya belum tiba...
tak pernah timbul sekelumit kecewa dan putus asa...
KAU maha tahu apa yang terbaik untuk kami...

Ya Mannan...
jadikan dugaan dan ujian buat kami semakin dekat denganMU...
semakin mengenaliMU...



buat sahabatku NEENA...
bertabahlah wahai sahabat...
Allah menduga orang2 yg DIA sayang...
bertuah kita menjadi orang2 yang diuji tanda kecintaanNYA...
LOVE U LILLAHI TAALA...






Pesanan ringkas sahaja...

Wahai wanita gojes (kita semua adalah gojes)...
please please pleaseeeee... please cover our AURAT
tak mampu banyak, sikit-sikit...
tak mampu mendadak, pelan-pelan...
mulakan dengan labuhkan tudung di bahagian dada
jika tak mampu...
longgarkan sedikit baju di bahagian dada...
kerana itu perhiasan termahal hak milik mutlak suami kita.
apa nak bangga sangat tayang dada sini sana.
tak ada cantiknya... tak ada untungnya...
bertutup itu lagi tinggi maharnya...




Monday, October 8, 2012

Long Cardigan yang berjaya selamatkan jubah/dress yang makin mengecil



LONG CARDIGAN FOR SALE
# baru 
# PM saya jika berminat (azlinahasan@yahoo.com)
# warna: DARK CYAN

sebenarnya memula beli sepasang jer...
bila sarung jer... tetiba rasa terharu sgt ngan long cardigan ni.
banyak jubah dress yg mcm sedikit mengecil dapat diselamatkan.
ulang suara, jubah/dress yg engecil yer...  *xnak terima hakikat tuan membesar! :p
terus dapat cover dan selamatkan 'apa yg patut' ngan cardigan ni.
hehehee...

pastu bila upload kat Instagram n Fesbuk, ramai pulak yg berkenan.
dan saya sendiri dah jadi haloba nak tambah koleksi brg 2 3 lai lagi.
alang2, saya beli banyak sikit utk dijualkan pada kengkawan.

ada kawan saya tu haloba, sampai 3 terus borong.
terus rasa nak joget awimmowep sebab ada jugak yer manusia sama spesis ngan saya yg mana kalo dah suka satu2 baju tu, tak kisah nak beli 2 3 lai design sama dgn warna berbeza. 
oyeah, ada spesis ni yg belum pupus rupanya. terus hilang rasa rendah diri. hahhahahaaa...

so, tinggal sepasang ni jer lagi yg belum berpunya...
kalau xder orang nak, alamatnya... jadi koleksi ke-4 saya ler ni... uhhhuuuu :)



 
 gambar2 ini hanya untuk menyerikan entry semata. 
dah selamat dibeli oleh kengkawan saya. 







Jangan tanya: "inaaaaaaaaaaa... bila nak restock?"
sorry, jawapannya adalah KETIDAKTAHUAN. sebab saya takde supplier tetap. 
saya jenjalan, kalau jumpa, saya sambar... 
tu pon kalo kewangan mengizinkan. modal besar lorrr... huhuuuu...
ni saya beli kat Uptown Danau Kota
nak ke sana adalah pikir 5 6 belas kali sebab orang adalah cam ulat dlm sagu. pastu parking jauh alam. entah bila nak sampai lagi tu...


sekian...