Tuesday, July 31, 2012

Video Osem WAJIB TONTON!

Bila tengok video ni, bulu roma saya meremang... menegak! macam terserempak ngan momok!
lagi hebat dr penangan cerita hantu kak limah balik rumah!
beng beng benggggggg!!! hati saya bagai ditempak dgn peluru berpandu secara bertubu tubi!
SUBHANALLAH! ALLAHUAKBAR!

dan kerana penangannya... saya rasa kesayangan sekalian juga HARUS TONTON!
rasakan sendiri... benamkan apa yg disampaikan sampai ke lubuk rasa paling dalam!
dan... titik tumpunya adalah: AMALKAN!!!

Jangan bazir Ramadhan anda - Ustaz Dr Abdul Basit


Petikan dari video ini:

Ramadhan mari dalam keadaan kita sihat...
tapi KESIHATAN yg ADA 
tidak diguna untuk BERIBADAT kpd ALLAH AZZAWAJALLA!
Kesihatan yg ada MASIH LAGI kita guna untuk ke sana ke mari... 
pasar pagi pasar ramadhan... habis tempat kita pergi...
tapi untuk ke RUMAH ALLAH TAALA 
menjadi SAKIT LUTUT untuk kita sampai ke sana!

Di saat SYAITAN tidak ada, 
jangan kita tunjukkan: SAYALAH SYAITANnya
Di saat syaitan di belenggu, 
jangan kamu tunjuk: INI kalau nak kenal syaitan.




# Tuan Guru Dr. Abdul Basit adalah best! dgr ceramah beliau secara live lagi super duper best!!!



Monday, July 30, 2012

RAMADHAN Projek Mega Mampu Milik! :)

Dah masuk hari ke-10 baru berkesempatan nak kongsi Ceramah Perdana Tuan Guru Dr. Abdul Basit dengan tajuk RAMADHAN PROJEK MEGA MAMPU MILIK seperti yang dijanjikan dengan kesayangan sekalian. amponkan hambaaaaaaaa penunggu gua! ;)



Bila bercakap projek mega, mesti fikir keuntungan berganda kan?
macam tu lah jugak Ramadhan ni... bulan yg penuh dgn keberkatan dan pengampunan. jadi kita harus rebut peluang ini dan pasang strategi sehebat boleh untuk kaut keuntungan sebanyak boleh!



So ape strategi2 nya?

1- Puasa
  • Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yg berpuasa di Bulan Ramadhan dgn penuh keimanan dan ihtisab maka diampunkan baginya dosa2 yg lepas" >> dosa lalu diampunkan...
  • sesiapa yg berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan disusuli dgn puasa 6 = ibarat berpuasa sepanjang tahun. >>  ni kena grab sebab kita nak puasa sunat 2 kali seminggu pon x mampu... inikan setahun yer?! k, jgn lpskan 'untung besar' ni...

 2- Membaca Al-Quran
  • perbanyakkan membaca al-Quran dan cuba fahamkan maksudnya (tadabbur). 
  • Datang seorang hamba bertemu Rasulullah SWT bertanya bagaimana cara dia nak khatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan sedangkan dia tidak mampu nak membaca satu Al-Quran?
    Jawab Rasulullah:
    "Jika kamu tidak mampu membaca 1 Al-Quran, kamu bacalah semua surah yang bermula dengan 'Alif Lam Ra' dan 'Alif Lam Mim Ra' ... jika tak mampu lagi, bacalah surah yg bermula 'Alif Lam Mim' ...

    #ini perkongsian dr Habib Musa Al-Kadzim dari Yaman

3- Qiamullai
  • "Sesiapa yg berdiri bersama Imam sehingga dia (imam) beredar, dituliskan baginya ganjaran orang yg Qiyam semalaman." [HR: At-Tarmizi]  >>  antara projek mega Ramadhan yg kita patut grab. nak Qiyam sepanjang mlm mungkin kita x mampu atas kelemahan iman tp kita mampu dpt ganjaran yg serupa dgn menunaikan solat sunat terawih bersama imam smp akhir. semoga kita diberikan kekuatan. amin...

4- Bersedekah dan bagi orang makan (berbuka) bagi orang yg berpuasa
  • Sabda Rasulullah saw: "Barang siapa yg memberi makan org yg berpuasa, dia akan mendapat pahal sepertinya dan ia tidak mengurangkan pahala org yg berpuasa sedikit pun. " [HR At-Tarmizi]  >>  ni point besar ni. motivasikan isteri2 supaya rajin masak. siapa taknak bolot pahala puasa org kan?! ini tamak yg sgt menguntungkan dan disayangi Allah. heheeee...

5- Doa, Zikir dan Istighfar
Perbanyakkan zikir dan doa khususnya pada waktu mustajab:
  • ketika hampir waktu berbuka
  • di sepertiga malam
  • ketika bersahur
tips: jadi apa yg kita boleh lakukan adalah, masa dekat nak berbuka tu, sama2 satu keluarga menadah tangan dan berdoa pada Allah. macam kami, kami baca doa lazim selepas solat. 


6- Beriktikaf
Antara kelebihan khusus 10 Ramadhan ialah digalakkan beriktikaf padanya.
tips: tiap kali kaki melangkah masuk ke masjid even hanya utk terawih, niatlah: sahaja aku beriktikaf dalam masjid kerana Allah Taala.


7- Lailatul Qadar
Allah menghadiahkan kpd hambanya satu malam yg sgt berkat iaitu Lailatul Qadar
tips: kalau boleh Qiamullai lah di setiap mlm ganjil di sepuluh ramadhan terakhir itu...



Sabda Rasulullah:
"Sgt malang org yg berkesempatan melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya". [HR: Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi]


Notakaki Cik Kaki:
Semoga perkongsian ini membolehkan Ramadhan kali ini sebagai PROJEK MEGA dgn keuntungan berganda yg mampu kita miliki!!! bila esk2 nak raya kite boleh jerit "makcik kayyyooooooooo!!!" dan berbangga dengan ramadhan kita! :)




Entry untuk WANITA yg SUAMI wajib tahu: Tempoh maksimum NIFAS

Assalamualaikum wahai kesayangan...

Sudah Ramadhan ke-10 kite yer... ohhhhh~ pantasnya masa berlalu. semoga kita masih sempat mengambil peluang keberkatan Ramadhan untuk menambahkan iman dan taqwa kita dgn baki2 hari yg ada ini... tapi yg sakit hati nyer, baru 3 hari puasa, selamba badak sumbu jer pasang lagu raya. kena plak lagu raya: "berlalu lah sudahhhh ramadhan... sebulan berpuasa..." 
ek elehhhhhhhhhhhhhhh~~~ rasa cam naaaaaaaaakkkkk ******* jerk! 
#kalo bijak tekalah apa word *** tu! :p

k2, stop bebel. balik pada topik asal.
Ada orang tanya saya pasal NIFAS: "berapa tempoh maksimum bagi nifas?"
ohhhhhhhhhhhhh tidakkkk!!!! ade ker tanya saya yg masih belum lalui tempoh bernifas ni... ;) 
takderlah... org belum bernifas pun kena tahu pasal ni sebab insyaAllah, dgn izin Allah tiap wanita pasti merasa fasa jongkong emas ini dan lelaki, kamu pasti jadi suami dan menjadi tanggungjawab suami untuk mengajar isteri kamu. so, saya bukan ustazah pilihan yg dgn jujurnya tidak tahu tentang hal ini haruslah bertanya pada2 yg pakar dan alhamdulillah, org2 hebat sentiasa ada untuk saya rujuk. thank you ALLAH! :)


Tentang NIFAS
***********************************************

Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. Namun mereka berselisih pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi nifas. 

hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.ha., beliau berkata: “Pada masa Rasulullah, wanita yang melahirkan berhenti nifas setelah 40 hari.” (Riwayat Abu Daud)

Mengikut Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.  Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.

Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)
Maknanya, jika bersih sebelum 40 hari, maka mandi wajib dan tunaikan ibadat seperti biasa.

Bersalin Caesar
Terdapat sesetengah wanita yang tidak dapat bersalin normal disebabkan komplikasi tertentu sehingga terpaksa dibedah. Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal.

Keguguran
Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid. 

Mandi wajib
Ulama telah sepakat menyatakan bahawa wajib mandi bagi wanita yang telah kering daripada nifasnya. Cara-cara mandi adalah sama dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita. Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat yang umum iaitu mengangkat hadas besar. 


 #Untuk huraian lanjut boleh rujuk di SINI.




Notakaki Cik Kaki: 
Tiada ilmu yang tidak ada manfaatnya krn ilmu itu takkan mati. jadi tiap dari kita yg hidup harus menghidupkan ilmu itu supaya ia terus hidup. makanya, kongsikan dan lebarkan sayap ilmu itu... :)




Friday, July 27, 2012

Resipi Ikan Percik. Nak sangat kan! ;)

Ramai plak duk merengek rengek nak resipi ikan percik. kamu2 punyer 'pleaseeeeeeeeeeeee'  tu smp tak larat wa nak bilang 'e' nyer tu... yerla2... wa kasik ler ni...





ikan (saya guna ikan selar)
  • mula2 ikan tu kamu gaul garam kunyit then bakar. bakar ni ade 2 pilihan sama ada nak pakai oven atau pakai pan jer. tapi bila pakai oven ni wa x suka sgt sebab mcm kering sket ikan nya tu. so, wa budget bijak pakai dua kekdah grill-panggang. memula ikan tu bakar pakai pan dulu: letak sedikit minyak (bila kata sedikit, mmg sedikit yer... jgn degil!), then bakar la ikan tu dgn api perlahan sampai ikan tu masak.
  • dah agak masak ikan tu, siram kuah percik then masuk oven! hasilnya - memang tak mengecewakan! ;)

kuah percik:
  • untuk kuah percik tu, blend kan 2-3 biji bwg merah saiz besar + 1-2 btg serai + 2-3 ulas bwg putih + seketul halia sebasa ibu jari wa sampai lumat.
  • masukkan bahan2 yg di blend tadi ke dalam santan + air, letak cili boh atau cili giling 1-2 sudu (nak pedas, kasik lebih sket), garam dan gula. juga jangan lupa letakkan sekeping dua asam keping. kacau di atas api hingga menggelegak.

resipi dah bagi... sila masak! nanti gitau hasilnya... makan sampai jilat ibu jari kaki ker tak?! :p



#pasal isu pamer makanan itu MAKRUH dlm entry sudah tu... saya nak bagi komen la sikit #entry sendiri, sendiri komen jugak. mcm syok sendiri plak! :p

MAKRUH tu maksud dia: buat tak dosa.. kalau tak buat, dapat pahala.
dgn erti kata lain: perkara yg tak disukai. so, pilihan di tangan masing2.

cuma saya (ini memang hanya merujuk apa yg saya rasa dan pendapat saya semata yer) terbuka mata yg inikan bulan puasa, bulan puasa sepatutnya bulan tahan/kurang makan dan banyak mengingatkan penderitaan orang-orang yang kelaparan. tapi kita buat cam pesta makanan pulak. so saya amik keputusan untuk tak menjaja makanan2 yg saya makan like: oh, semalam makan ikan steam, daging bakar, sayur goreng. ade onde2 jugak! pastu slurp air bandung cincau satu jug! perghhhhhhh~ terbongkam jap! then jaja lah gambar2 food kite yg super delicious tu  << - contoh jer ni yer.
kalau setakat pamer gambar food seketul untuk share resipi tu saya rasa tak ade masalah la kot. kalo aderpon, lagi sekali hukumnya makruh... 

so, takyah nak persoal kan mana isu ni. kamu rasa bermanfaat utk org lain specially isteri2 gojes dptkan saham berganda dgn msk utk anak n laki, teruskan... kalo setakat nak menjaja kasik tahu mkn tu mkn ni semata-mata, bagi saya, saya memilih utk kata tidak sbg tanda penghormatan bln puasa yg bkn bln pesta makanan. ok, sekian... ;)









Pesanan di beranda itu...




Di beranda itu...
ku baca 'surat cinta' terindahMU
membelah kesunyian Subuh hari...
diiringi kicau burung...
sungguh... jiwaku tenang...
banyak pesan-MU untukku...
untuk kumulakan hari di luar sana...
yg banyak lara dunia...
 


'novel' cinta terindah yg wajib dikhatam sampai helaian terakhir...
kemudian ulang lagi... dan lagi... tanpa kenal erti jemu...
kerana banyak pesanan untukmu dan aku...
kerana banyak kisah untuk kau dan aku tahu...
sbg panduan jalan kembali kpd Pencipta kau dan aku...
dan jalan itu pastinya indah untuk kau dan aku susuri...


Semoga redha Allah mengiringi jalan2 yang kita lalui...
love u fillah...


#hati sebak... 



Thursday, July 26, 2012

Bila hati disapa HIDAYAH... Allahuakbar!!!


Komen dari seseorang pembaca blog:

"Assalammualaikum,,,saya rs sgt brsyukur dan brtuah d temukan dan berkenalan dgn blog kak ina... saya yg seksi dh lama hilang,,, tudung & pakaian saya sudah semakin labuh mngikut syariat,,,stoking mnjd identiti diri kini,,, saya jdkan prkenalan dgn al-quran dan pemahaman isi-isi di dalamnya satu kewajiban kini,,, kebiasaan dlm msyrakat xsmstinya bnar,,dahulukan hukum sblm mngikut,,,kwn sy pn dh buat kptsn brtudung dan saya jd org prtama yg pkaikn dia tdung... bg sy xprlu nsht brjela2 n kata2 mnghukum utk mngajak org brbuat baik tp yg pntg jdkan diri kita sbg cth maka org lain automatik akn trtarik dgn cahaya Islam yg indah... dahulu sy rasakan org yg brhijab labuh ini selekeh dan pengotor tp sbnrnya itu ats diri individu sndri... sy tgk kak ina xselekeh pn n kalau bnar mngikut islam, automatik smua prkra mnjd brsih,suci dan ikhlas.. tq kak ina :-) tq krn bntu sy kenal islam."

Berjujuran air mata saya... tak terkata rasa gembira. 
saya bukan sesiapa... saya tiada watak dlm perjalanannya.
jika ada pun, hanya sbg pelakon tempelen di akhir episod cerita indahnya...
dia berhijrah krn dia memilih untuk mencari hidayah itu... 
mungkin keikhlasan hatinya dalam pencarian lalu Allah anugerahkan apa yg dicari...
ALLAHUAKBAR... ALHAMDULILLAH!!!
... kerana memberi nikmat merasai indahnya ISLAM walaupon kami pernah jauh denganMU...


Buat Adik N***...
Alhamdulillah... tahniah dik atas penghijrahan ini.
jika adik depan mata (walau akak x pernah kenal adik), akak naaaaak sgt peluk adik ketat2.
akak doakan yg terbaik untuk adik...
mari kita sama2 berMUJAHADAH mengekal HIDAYAH yg DIA bagi sebagai hadiah paling berharga...
dan semoga adik... akak... dan kawan2 yg lain diberi kekuatan berjihad dengan nafsu sendiri dan dugaan2 mendatang untuk terus ISTIQAMAH...
amin...


Hidayah perlu dicari... bukan dinanti.
dan ikhlaskan pencarian... pasti ditemukan jalannya...

Hidayah ibarat cahaya di kamar kecil.
jika tidak dibukakan tingkapnya, manakan bisa cahaya membias cahayanya...

dan jangan lepaskan peluang Ramadhan Kareem ini sbg titik pencarian...
InsyaAllah... akan dijumpa apa yg dicari...






Wednesday, July 25, 2012

Hukum pamer makanan lazat di bulan puasa


dari Ustaz Azhar Idrus:
MAKRUH kempen makan sedap2 dan lazat di bulan puasa.

ooooooooooo... baru tahu.


dan dari Ustazah Bulatan Gembira saya:
Bulan puasa sepatutnya bulan tahan/kurang makan dan banyak mengingatkan penderitaan orang-orang yang kelapanran tp dah jadi bulan pesta makanan pulak kerana mereka masih kurang faham apa makna puasa dan hikmahnya.

saya terlepas pandang hal ini... :(
terima kasih ingatkan saya ustazah...

k, pasni saya cuba tahan gelodak jiwa gedix dari pos gambar2 juadah berbuka.
entry menjaja gambar2 makanan sedap akan dibekukan! insyaALLAH...

eh chop! cmne kalo saya nak update blog AKU BUKAN CHEF yer?
baru jer nak share resipi ikan percik, singgang tulang dan terbaru mlm tadi, siakap steam tanpa perlukan  steamer! ;)




**************************
UPDATE
**************************


MAKRUH tu maksud dia: buat tak dosa.. kalau tak buat, dapat pahala.
dgn erti kata lain: perkara yg tak disukai. so, pilihan di tangan masing2.

cuma saya (ini memang hanya merujuk apa yg saya rasa dan pendapat saya semata yer) terbuka mata yg inikan bulan puasa, bulan puasa sepatutnya bulan tahan/kurang makan dan banyak mengingatkan penderitaan orang-orang yang kelaparan. tapi kita buat cam pesta makanan pulak. so saya amik keputusan untuk tak menjaja makanan2 yg saya makan like: oh, semalam makan ikan steam, daging bakar, sayur goreng. ade onde2 jugak! pastu slurp air bandung cincau satu jug! perghhhhhhh~ terbongkam jap! then jaja lah gambar2 food kite yg super delicious tu  << - contoh jer ni yer.
kalau setakat pamer gambar food seketul untuk share resipi tu saya rasa tak ade masalah la kot. kalo aderpon, lagi sekali hukumnya makruh... 

so, takyah nak persoal kan mana isu ni. kamu rasa bermanfaat utk org lain specially isteri2 gojes dptkan saham berganda dgn msk utk anak n laki, teruskan... kalo setakat nak menjaja kasik tahu mkn tu mkn ni semata-mata, bagi saya, saya memilih utk kata tidak sbg tanda penghormatan bln puasa yg bkn bln pesta makanan. ok, sekian... ;)




WordlessWednesday 5Ramadhan - Bukan Waktuku...

Waktu Dhuha ini waktu DhuhaMU...

Ya Allah... 
jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah... 
jika sukar mudahkanlah... jika haram, sucikanlah... 



Tuesday, July 24, 2012

Sesi menayang menu Iftar 1-3 Ramadhan

Assalamualaikum dan semoga kesayangan sekalian dlm lindungan Allah sentiasa...

Tahun ni adalah puasa ke-6 lps dapat title puan dan thn ni lah puasa paling best! knape?! sebabbbbbb... skrg blk rumah, makanan dah siap masak! tinggal hidang dan bancuh air jerk! biasa blk keje punya terkocoh kocoh nak berktung ktang di dapur sediakan juadah berbuka. skrg blk dgn nada berlanggang kangkung jer... hanya perlu susun menu dan sediakan bahan2nyer. ohhhhhhhh~~~ CIK ESAH bonda kesayangan jantung limpa pankreas segala organ... ape kater ikat kontrak bln puasa jer duk umah org nak?! :p  
tapi baru mlm tadi cik esah suarakan hasrat nak wak jelajah kembara dari rumah ke rumah anak2nya. sedih skejap tp x boleh haloba. mak milik semua! tp yg best, seminggu jer jelajah kembara mencari kasih syg anak tu... pastu kembali ke pangkuan anakanda gedix budget anak bongsu dia ni pulak. adik beradik sila jgn jeles! wiken nanti kite berbuka sesama semuanya yer... ;)

thn ni untuk berbuka saya ada misi iaitu berbuka secara sederhana cuma. dan seperti tahun sesudah, masih kekalkan slogan "say NO to PARAM (baca pasar ramadhan)!" 
dan apa yg dimakan waktu berbuka tu akan di carry forward ke sahur. jimat, pantas dan tuntas! ;)


RAMADHAN pertama:


 main dish nya adalah tulang singgang. gilerrrrrr sedap! yg sakit jiwa, rasa mcm nak rendam tangan dlm botol clorox sebab tulang kan kuat baunyer. bila gi terawih, kesian adik2 yg salam cium tangan ahkak! huhuuuuuu...


Ramadhan ke-2

 achik 'terbeli' ayam pusing tepi jln... ;)

 yang pasti, ikan percik ni buat saya menambah di kala bersahur! terbaik ah! 
*bersedia utk montel lagi! ;p


Ramadhan ke-3


ike singge org klate panggil. org teganu kata ikang singgang.
yg pasti laki bini paduan klate + terengganu sukakannya! :)


perasan tak, BUDU adalah menu wajib setiap kali berbuka! 
ade berkenan mana2 menu dan nak resipi nya?





Monday, July 23, 2012

Ramadhan Kareem datang lagi...

Assalamualaikum dan semoga kesayangan sekalian dalam lindungan dan redha Allah...

Hari ni genap hari ke-3 kita ummat Islam berpuasa.
syukur ya Allah masih memberi aku ruang masa untuk bertemu lagi dgn Ramadhan.
hampir setahun sudah perjalanan hijrahku.
terima kasih ya Allah memberiku kekuatan untuk terus bermujahadah di jalanMU...
menghantarkan ku insan2 hebat utk membantu untuk terus Istiqamah.
lalu memberiku nikmat rasa berjalan mencari redha MU...
memberiku ketenangan dlm hadapi segala ujian dan dugaanMU...
sungguh, bahagiaku tak terungkap dgn kata...

Dikala KAU temukan lagi aku dgn Ramadhan ini...
aku sudah benar2 bersedia ya Allah..
Alhamdulillah, aku tidak lagi jahil mengukur kehebatan Ramadhan...
setiap amalan berganda ganjarannya...
Ia bkn hanya tentang berpuasa dari makan dan minum...
ia tentang pemantapan iman sbg bekalan bertemuMU ya Allah...

Di sujudku...
ku benamkan segala kesyukuran...
atas nikmat ISLAM yg KAU berikan...


Salam Ramadhan buat semua...
 maaf andai ada entry, kata, komen yang mengguriskan. aku manusia yg tak lari dari silap dan insyaAllah akan cuba ku perbaiki kelemahan yg ada...


Rasullullah telah bersabda sewaktu bulan Ramadhan telah tiba: 
“Kamu telah didatangi bulan Ramadhan, bulan keberkatan, kamu akan dinaungi Allah.s.w.t, diturunkannya rahmat, digugurkannya (dosa-dosa) kesalahan-kesalahan, diperkenankan doa, Allah akan melihat persaingan sesamamu di dalam bulan Ramadhan. Dia akan BERBANGGA dengan kamu berhadapan dengan para malaikat... maka perlihatkan Allah kebaikan daripada diri-diri kamu. Sesungguhnya orang yang CELAKA ialah orang yang di haramkan daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan”

ya Allah, semoga kami diletakkan dlm golongan yg MEMBANGGAKAN-MU dan jauhkan kami dari menjadi orang yg CELAKA...



Bahan2 penting utk semarakkan Ramadhan mu- tafsir utk mengaji dan bertadabbur, tally counter utk perbanyakkan zikirmu... tiada bln sehebat Ramadhan; penuh keberkatan dan pengampunan... Allahuakbar.



Forum Perdana Subuh (Keberkatan Ramadhan) di Masjid Al-Khairiyah, Tmn Sri Gombak. 
Bukti keberkatan Ramadhan: yang sedikit menjadi banyak
kalau biasa subuh 2 saf, Ramadhan penuh masjid. Alhamdulillah..



# InsyaAllah, akan saya usahakan untuk share strategi2 hebat sepanjang bulan Ramadhan dari Ceramah Perdana oleh Tuan Guru Dr. Abdul Basit dgn tajuk: Ramadhan Projek Mega Mampu Milik.



Thursday, July 19, 2012

Shawl brand CikKaki's Hijab ~ ada sesiapa mahu?


HAHAHAHHAHAA....
luku kepala sendiri sebab berangan tinggi melangit. ade hati nak bershawl brand sendiri segala.  dah lah nama branding tak komersial langsung. per kes kaki di kepala?! kot yer nak verangan, otak kasik kera-aktif sket boleh?! :p

dah2... kembali ke alam nyata...
itu anganan kosong tanpa modal berpuluh juta. hakikatnya?
ini namanya projek budget mega sendiri pakai.
 susah sangat nak carik shawl lebar + panjang + tak nipis.
solutionnya, dgn rasa bangga jadi designer dan sendiri jadi customer. :)

nak bussiness?
sorry... takde bakat dan modal nak beli mesin jahit! hehheee...
eh, kalo btol2 wujud CikKaki's hijab ni sape nak jadi pelanggan tetap saya sila angkat dua2 belah kaki ke atas! :p # tapak kaki di awan lagi... berangan la kekdahnya kan...


projek budget mega in da progress.
harap shawl ni jadi seperti yg dibayangkan...
kalo x, kasik cik esah wak kain lap dapur. ;)
*sambil kesat air hidung kenangkan modal yg dah bust!




Wednesday, July 18, 2012

Entry bodoh2 : perbualan mak - anak. :)



SITUASI 1:

anak nyer: ma, kasik na lah tudung ni. dah lama org carik tudung kaler ni.

mak nyer: ambik lah naaaaaaaaaaa...

anak nyer: kita tukar ngan tudung ni nak? (sambil tunjuk tudung cantik. heeee...) tapi tudung org ni tudung mahal tau!

mak nyer: takder lagi yg nak tukar?!

# mak nyer nak untung sajer! :p





SITUASI 2:

anak nyer: ma, nak rasa karipap ni?

mak nyer: boleh la...

anak nyer: ma jgn gigit kat inti dia...  ma gigit kat kulit jer tau!

gelak berdekah dekah!!!

# dasar anak tak sedar dek untung!!! hahahhahaa


watak utama dalam kedua-dua situasi di atas. hehehehee...





WordlessWednesday ~ Can't wait!!!

Apa persiapan kita?




pasang strategi sehebat boleh! :)





Tuesday, July 17, 2012

Cakap hal baik adalah tunjuk baik?!

Assalamualaikum wahai kesayangan...
semoga kalian dalam redha Allah sentiasa.


Bila post hal baik2, ada yang baik penerimaannya... 
tapi ada juga claim kita as tunjuk baik!
ABAIKAN!!!
ibarat pepatah: tak hidup dek puji, tak mati dek keji (bahasa x berapa sopan). 
bahasa sopan: Allah itu tidak pernah lelap dan maha melihat. teruskan berdakwah sebab itu tanggungjawab setiap dari kita sbg hambaNYA.


Uslub Dakwah Itu Luas...
Gunalah segala kemudahan, kesempatan untuk menyampaikan setiap kata kata, tulisan, hasil lukisan yang akan membangkitkan semangat, memperkenalkan kpd seantero dunia tentang keindahan dan kehebatan islam yang syumul. Ayuh rakan rakan, jgn berhenti melakukan amal kebaikan kerana malaikat tidak pernah jemu mencatat segala amal kebaikanmu.
#sumber: Fesbuk la... mana lagi! ;)


Pesanan Ustaz Azhar Idrus:
"Semua orang berhak berkongsikan kebaikkan dlm fb sekalipun dia baru nak merangkak dijalan membaiki diri.. usah pedulikan kata orang, kalau ada hadith atau kata2 nasihat atau artikel2 yg berfaedah, post sahaja..malaikat akan mencatat pahala anda.." :)






#Nota kaki dari Cik Kaki: Tiada pendosa yang tiada masa depan. yang dikira bukan permulaan perjalanan kamu tetapi pengakhirannya jalan kamu...




Monday, July 16, 2012

Bahang RAMADHAN Part 1 - Al-Habib Musa Al-Kadzim

Assalamualaikum wahai kesayangan...
hope takde Monday blues segala yer... ;)

Start counting days tunggu kedatangan RAMADHAN. yeaaaa, lagi 5 hari! yuhhhhuuhhhuuuu!!!

Ya Allah, tak terungkap rasa rindu tu. Ramadhan bln yg akan aku kenang seumur hidup. Ramadhan 2011 yg menjadi titik baru dlm perjalananku. Terima kasih ya Allah atas pemberian nikmat untuk aku merasi keindahan dan kenikmatan ISLAM yg sebenar. #jiwa beremosi!

Banyak majlis2 ilmu diadakan untuk membahangkan lagi kedatangan Ramadhan, bulan penuh keberkatan dan keistimewaan. banyak info atau tips untuk mempersiapkan diri untuk menyambut Ramadhan. bila dengar tu, rasa macam ditiup satu semangat kentang yg membara tak nak miss satu pun peluang untuk kaut keuntungan besar dan berganda. berbaloi baloiiiiiiiiiiii~~~ 


Al-Habib Musa Al-Kadzim dari Yaman di Masjid Al-Ridhuan Ulu Klang.


pesan Al-Habib:
"Hidup satu perniagaan untuk akhirat. maka carilah sebanyak mana keuntungan"

dan saya tertarik nak share satu perkongsian dari Al-Habib buat kesayangan2 hati hamba...

Datang seorang hamba bertemu Rasulullah SWT bertanya bagaimana cara dia nak khatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan sedangkan dia tidak mampu nak membaca satu Al-Quran?

Jawab Rasulullah:
"Jika kamu tidak mampu membaca 1 Al-Quran, kamu bacalah semua surah yang bermula dengan 'Alif Lam Ra' dan 'Alif Lam Mim Ra' (ada 5 surah tak silap saya, check blk yer)... jika tak mampu lagi, bacalah surah yg bermula 'Alif Lam Mim'... jika tak mampu juga..... bla3..."

#bla3 merujuk kpd beberapa surah yg tak sempat saya nak catat sebab Al-Habib ckp Arab, translator nya pulak laju... dah la saya dah terpaku dgr cara Al-Habib tu bercakap (gaya dan nada percakapannya sgt menyucuk tapi syg, saya x fhm bahasa Arab) hingga ter-miss translation nya. rugi besar di situ! 



Lepas habis Majlis Ilmu di Masjid Al-Ridhuan ni, kami (merujuk kpd achik, saya dan bestfriend saya) ke Majlis Ta'lim Darul Murtadza bersama Habib Ali Zainal Abidin di Masjid Muadz Al-Jabbar, Setiawangsa.

Seperti biasa, saya rasa bahagia di sini, kemeriahan majlis ilmu yg dijadikan sbg 'hiburan' malam minggu. yer, kami tak mintak konsert Jom Heboh mahupun K-Pop, tapi kami dambakan majlis2 ilmu sebegini sbg 'hiburan' untuk kami bersama keluarga. 

anak kecil super cute ni bagus giler. takde nangis takde merengek sket pun. sporting bagi pluang ibu dia menghadirkan diri ke majlis ilmu. eeee... geget pipi labuh tu kang! ;)

makanan masjid memang sodap!!! :)

kembara ilmu bersama bestfriend saya! 
#muka MA masuk separuh takper... janji muka tembam setaman anak dia full cover! hahahahhaaa...



InsyaAllah, saya akan share Majlis Ilmu Tuan Guru Dr. Abdul Basit yang super best dengan tajuk RAMADHAN PROJEK MEGA MAMPU MILIK. dengar tajuk pon dah feeling dah, dgr ceramahnya lagi lah kan... oh, banyak sgt info dan strategi projek mega ramadhan yg saya nak share sebenarnya.semoga Allah bagi kelapangan masa dan kebolehan berkongsi ilmu dengan anda2 yang mahu... 








Friday, July 13, 2012

Berkongsi Gembira



Alhamdulillah, malam tadi masih diberi ruang waktu dan kesihatan yg baik untuk terus berada dalam BULATAN GEMBIRA itu...

dan lebih menggembirakan bila boleh dapatkan bulatan gembira untuk beberapa kawan dan kegembiraan berganda bila mereka email/sms share pengalaman mereka berbulatan gembira. 

terbaru, msg dr seorang rakan pangkat kakak (oh, saya berangan muda! lalalala);


"sume humble je
pangkat dr, profesor suh panggil makcik
mmg rs sgt diraikan
makcik tu plak sape2 je jmp org dia kenalkn
rasa mcm mak mentua yg esaited dpt menantu
haahahaha"


kan dah kata... bulatan gembira itu sangat osem!!!


# masih ada yg x faham apa itu bulatan gembira. 
oh, bulatan gembira nama komersil. nama sebenarnya isalah USRAH. ;)



Thursday, July 12, 2012

Menu sepanjang tempoh berpantang

Alhamdulillah, hari ni hari ke-16 sudah. dah selamat melepasi tempoh berpantang secara tegar. lepas ni masih kena pantang juga tapi tak lah tegar mana. yg mana bleh pantang, kite pantang... yg mana pantang tengok tu, cubit cubitan senggol sengolan lah sket2. hehhehee....

hari ni, dah start kerja. so, saya dgn rasa hormatnya mengisytiharkan hari ini KHAMIS PALING BLUES! sumpah lemau giler. tapi esok saya nak isytihar JUMAAT PALING OSEM sebab baru wak muka 1 sen ngan boss mintak cuti free sebab saya sakit pinggang sangat2 duduk lama2. skrg ni baru pukul 3 tapi pinggang cam nak patah dah. ohhhhh~ rindu comforter busuk kat rumah!

sebab xder kerja dgn pale otak yg lemau dan prosessingnya slow cam komputer lama, mari kita wak entry tak berfaedah. tayang2 gambar menu harian sepanjang tempoh berpantang. ;)


hari pertama wak D&C, ni jer achik jamu. tak sempat nak dapatkan makanan berkhasiat. hu3...

milo pertama hasil tangan mr. rumet lps 5 thn kawen! minum sambil lap ingus terharu. 
*tipu bodek! hiks~

cik esah buat sambal lada itam super best. thank u ma. rasa nk tambah nasi tp cik esah x bg, takut anak dia buncit. girdle kan ade! heheheee
 #org pantang mmg tak bleh tambah2 nasik erk? kalo xleh tambah, pasni buh nasik cam bukit terus!

ginger + blackpaper chicken. nyummeh... 


kemudian menu2 ulang tayang berulang kali. dah mula rasa nak nangis makan nasi takde kuah ngan seciput sayur tapi nasi tetap membukit! MAAAAAAAAA, ORG NAK NAK PIZZA!!!

dalam duk merengek nak mkn pizza, nah ko... skali cik esah bagi lempeng gandum! hahahhaa... nak pizza bagai sgt kan! hadaplah lempeng gandum sambil bayangkan ngah ngunyah pizza. hehehhe...

pastu cik esah ngan penuh kasih sayang pepagi bangun kukus laksam untuk anak dia yang ngade taik kude ni. ohhhhh, ibuku manis sekali!!! tacing sungguh masa ni, terus sponser cik esah topup 30 hengget! ;)

pastu cik esah wak curry ayam. ya Allah... masa ni rasa sedapnya!!!

 pastu request nak kari ayam lagi! bubuh nasik cam bukit lagi! 

hari2 ku tak selamanya indah... kembali kpd menu2 rutin blk... uuwaaaa~~

pastu kan...

cik esah kan terpaksa ke luar bandar atas urusan2 yg tak dapat dielakkan. sblom tinggal, mcm2 list dia tinggal. senarai food JANGAN MAKAN tu jgn tanya lah... sampai naik loya nak hafal. tapi pesanan paling best ialah: jangan duk renyah nak masak segala. maksudnya di sini... xyah masak = boleh keluar carik makan la kan?! maka hasilnya:

yuhhhuhuuuuuu!!! gembira dpt nandos. tepuk tangan syabas utk diri sendiri sebab mkn mild tanpa sos hot peri kegemaran. 

nasi arab al-rawsya. nom nom nom~~~


dan malam tadi...
di hari ke-15.
bagi merayakan tamatnya tempoh berpantang secara tegar...
juga dgn bangga isytihar 'rombok dapur' (x fhm rujuk org klantan di sekitar anda)...
saya dapat makanan yg saya duk ngidam sesangat sepanjang 15 hari tu:



makan sambil menyanyi riang... :)
# satu yg hilang tu, saya korek2 mkn dlm kereta. x tahan sgt dah. glojoh sungguh! ;p






Wednesday, July 11, 2012

WordlessWednesday 11Jul2012 ~ After 11 years






dari bicara hal boifren dan skodeng abg baju oren kut celah tingkap kolej,
siapa sangka kita kini sedang berbual hal pinggan correle juga hal susu anak. 
time flies so fast... alhamdulillah, we still together...




WordlessWednesday 11Jul2012 ~ BIRU<>HIJAU Bergabung?! Serasikah???





Mungkin serasi...
tak cuba tak tahu.


Tuesday, July 10, 2012

Angan-angan tak perlu panjang...

Tugas kita bukan melihat apa yang jauh di hadapan
tapi lakukan yang terbaik dengan apa yang berada di tangan.


Makanya, 
jangan panjang angan-angan. pendekkan angan-angan. hiduplah dalam lingkungan hari ini.
ertinya; jangan dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam. susunlah jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jika kamu berpagi -pagi, jangan menunggu ke waktu petang."

Matlamat dan pendekatan hidup ringkas dan jelas. 
kebaikan yang boleh dilakukan pada hari ini terus dilaksanakan pada hari ini juga. sementara kejahatan yang boleh diberhentikan hari ini terus dihentikan ketika itu juga. ibadat dan taubat tiada istilah nanti dan tunggu. justeru itu, tempoh hidup tidak pernah diganggu oleh istilah terlambat atau tercepat.

Rasulullah s.a.w bersabda bahawa apabila matanya terbuka, baginda tidak yakin apakah sempat menutup matanya semula. apabila menarik nafas, baginda tidak yakin apakah baginda akan melepaskannya semula.

Panjang angan-angan akan menyebabkan sikap bertangguh-tangguh untuk melakukan sesuatu kebaikan atau pun meninggalkan sesuatu kejahatan. 

Lebih baik seringgit di dalam tangan daripada berjuta juta ringgit dalam angan-angan...



Inspired me a lot!!!