Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Cik Kaki 1 Step closer to be Malaysia's First Blogger MasterChef :)

Muahahahahhaaa... tajuk tak bleh blah!
Padahal baru dapat call dari Nuffnang bagi tahu terpilih as 40 semifinalist kekdahnya...
Yang 40 ni kena gi main masak-masak  kat Seri Hartamas.
Dibahagi kepada 2 sesi, 1 sesi sabtu ni, 1 lagi sesi sabtu depan.
Aku kena Sabtu esok lusa.
Sekarang dah rasa bahang GEMURUH JIWA tu...
Mula perut memulas cam nak cerry berry... nak tercirit... jantung kecik besar...
Cik Esahhhhhhhh... tlg jampi sket! :p

Dah la tak tahu kena masak aper...
Jangan tetiba suruh aku wak appertizer kek segala. mati kutu mak kat situ!
Pastu cecepat angkat tangan, Cik, saya menyerah kalah! ;)


Email from Nuffnang:

Dear Nuffnanger,

Congratulations! You have been selected to participate in the Astro Blogger Masterchef Contest as a semifinalist. The details of the contest is as follows:

SEMI-FINALS (DAY 1)
Date: 1 October 2011 (Saturday)
Time: 10.00 am – 1.00 pm
Venue: The Cooking House (20-1, Jalan 31/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur)

See you there! Happy cooking!

Note:
-The Top 5 finalists from the semifinals will proceed to the Finals on 15 September 2011.
-You are allowed to bring along a guest.
-Participants do not need to bring any ingredients as all cooking material will be provided

Thank you for your submission and good luck!



Nampak tak tu, boleh bawak guest as kempompong girl. Sape nak join jadi kepompong girl angkat tangan!!! Nanti Cik Kaki blanje teh tarik kat maple. Ulang suara: teh tarik jer yer... ok, upgrade sket, blanje roti kosong sekali supaya x nampak taik idung masin sgt. Kalo nak order roti telur, telurnya bayar sendiri! hehehehhee...

Pastu bawaklah sepanduk "CIK KAKI BOLEH!!!' - tulisan nak kaler oren tau! hahahahaha... giler bapak demand! *agak2 aku wak sepanduk gini, suh achik pegang, mahu ker dia? :p

To all my lovely friends, wish me luck ok... Sumpah, mak gemuruh tahap jantung kat bawah tapak kaki Giant ni!

MODE: tak tahu nak masak ape!!! Ada cadangan?


#Entry penyertaan: http://inaachik.blogspot.com/2011/09/cik-kaki-as-malaysias-first-blogger.html

#Updated: baru confirmkan ngan Nuffnang, diorang cakap boleh bawak sorang guest jer. Tu la... org dah bagi Note:You are allowed to bring along a guest  tapi x faham. sape suh monteng time Grammar Class dulu!

Wednesday, September 28, 2011

Cik Kaki as Malaysia's First Blogger MasterChef :)

**STICKY POST** (24 jam jer...)

Sebelum ni punyalah duk meroyan tengok US dan Australia MasterChef  kat Astro... Kira jatuh dalam ketegori rancangan realiti kegemaran la ni... Sekali, sekarang dah ada Masterchef Malaysia , teruja beb! Nak join memang tak tercapai hasrat lah...  Cik Kaki kan spesis manusia berdarah gemuruh even berketurunan pendekar kundur! :p  Arghhhhh... tak sabar nak tunggu tayangan pada 22. Oct. 2011 ni kat Astro Ria!!! 




Bila Nuffnang melancarkan pencarian Malaysia's First Blogger MasterChef, hati berbelah bagi beb. Tak join, rasa rugi bila tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan. Dalam teruja, sedar diri skill tahap boleh la boleh. Masak pun hegeh-hegeh tengok resipi, ada hati gak tu... Tapi tak kira, belum cuba belum tahu. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul, untung Cik Kaki dapat Cash RM 3000 (dah dapat beli 3 bijik Coach ni!) + Panasonic IH Cooker sebijik + Ipad 1 (with WIFI) + Masterchef Pendrive (4GB) + Mitten + Nestle Hamper worth RM 200. Perghhhhh... tapak kaki Cik Kaki tak pijak tanah jap!



Boleh bayang tak tetiba Aku yang Bukan Chef ni berangan jadi Malaysia's First Blogger MasterChef?! Masa tu Blog Aku Bukan Chef kena tukar nama jadi Aku Dah Jadi Chef! Wahhhhhhh~~~ kelas kau Maria!!!

Oke... oke... sambung berangan lagi... Kenapa Cik Kaki layak dimahkotakan dengan title Malaysia's First Blogger MasterChef?
-> Sebab resipi-resipi masakan Cik Kaki semua versi senang dimasak, sedap dimakan! Baru kena dengan life Blogger yang most of the time duduk melangut depan komputer kan... Masak cepat-cepat, makan dengan nikmatnya, then sambung blogging dan blog-walking. Tanggungjawab as isteri gojes mithali tak terabai, minat tak terkubur. Wahhhhh... gitu kan.... hehheeee...

Cakap jer nak makan apa, Cik Kaki bagi resipi sempoi baik punyer... Takyah garu-garu kepala dan tak perlulah kening kanan bertemu kening kiri... resipi gerenti senangnya. Masak sambil blog-walking pun takde hal. Tak caya?


Nak makan western, kita buat Simple Beef Steak 


Tak puas makan western, nak western lagi... takpe-takpe, kita masak Ayam ala Nandos! hehehee...


Pekena Chicken Spaghetti Pedas Berapi pon oke jugak!

Dah bosan makan western, jom layan masakan kegemaran seluruh musim, tak lain tak bukan menu kegemaran Cik Kaki ala minah Siam Thailand mari... :)


Kerabu Sotong specialty Cik Kaki




Sudah-sudah... jaja gambar-gambar makanan ni memang tak habis. Nak resipi dengan moto 'Masak biar sempoi, makan biar sedap', gi terjah Blog masakan Cik Kaki: Aku Bukan Chef.

Choppppp~~~ sebelum tu Cik Kaki nak share 1 resipi original rekaan sendiri. Giler senang nyer resipi yang korang pasti takkan percaya betapa sedap hasilnya... :)

Presenting my Bendi with Oyster Sauce's Secret Recipe:



  • Celur bendi dengan sedikit garam. Jangan sampai terlalu lembik, nanti tak sedap. Dah masak, toskan.
  • Cincang atau potong dadu 3-5 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah saiz besar atau bawang besar (suka hati).
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang tadi. Masukkan 2-3 sudu sos tiram, tumis seketika.
  • Siramkan soso tiram yang siap ditumis ini atas bendi yang dicelur tadi dan sedia untuk dimakan!!! :)
Oh resipi yang sungguh lalalaaaa.... :))

So, apa macam? Siapa sokong Cik Kaki dimahkotakan Blogger MasterChef pertama say yeaaahhhh!!! hahhahaaaaa...

Jangan lupa berkampung depan TV saksikan MasterChef Malaysia pada 22. October. 2011 nanti kat Astro Ria (104) #sajer merah kan tulisan suruh korang ingat info-info penting ni...

- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
- Background Information on MasterChef  – MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! 

Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!


#Wish me luck kammooo kammmoooo kesayangan hati hamba... ;)

Wednesday, June 15, 2011

Pendapatan BerBLOG

tentang Nuffnang:
hari ni aku baru cashkan pendapatan berjumlah RM230.56.
hopefully boleh dapat cek before raya.

dengan tebusan hari ni,
so total pendapatan dari Nuffnang sepanjang bergoblog = RM 780.70
YIPPPIIIIIIIIIIiiiiiiii~~~
even tak sekencang blogger tegar lain, aku tetap bersuka ria...
tetap nak lompat bintang tanda kegembiraan! hehehee...

duit pendapatan tak tercemar sekarang, campur ngan tebusan hari ni adalah:
RM 230.56 + RM 182.98 (pendapatan sebelum ini) = RM 413.54
pastu hari tu buat job outdoor photoshoot (wah, cam professional lak gayanya yer)
dan plus duit jual header, dapatla RM 140.
makanya TOTAL DUIT TABUNG = RM 553.54.
mak kayyyooooooooooooooooooooooo!!!

duit hasil bergoblog ni kalo boleh memang aku nak beli something yang aku boleh kenang sampai mati! melampau tak?! macamla pendapatan cecah riban2!

sekarang berangan nak sambar COACH sebijik!
perghhhhhhhhhhhhhhhh... berangan beb! hahahahahaa...
takderla, berangan nak sambar wristlet jer...
tak pun slingbag yg kecik tu...
nak handbag memang non hado la nok. tak mampu mak!

RM 520

RM 350

RM 520

pastu termenung jap...
cam membazir plak kan... mahu tapi tak mampu! :p
aku kan taraf2 Charles & Keith jer...
kalo charles & keith ni aku mampu sambar 3 bijik handbag dah! hehehheee...
hmmmm... masih berkira kira nak beli ape...

Wednesday, December 29, 2010

Perjalanan hidup KAKIKUSUKABERJALAN bersama NUFFNANG

aku mula berkenalan dengan Nuffnang pada 18.02.2009.iaitu diawal penglibatan aku dengan dunia goblog blog.
sumpah, tak pernah termimpi nak ada blog sendiri...
tapi terjebak tanpa dipaksa...
dari situ timbul suka...
dari suka jadi hobi untuk buang masa...
tapi aku berblog bukan kerana nama...
juga bukan mengejar uwang semata...
tapi kalau ada peluang depan mata, takkan nak kata TAK NAK juga! ;)



pendapatan pertama adalah RM 106.66 pada September 2009 iaitu selepas hampir 7 bulan berblog. masa tu dah terkinja kinja la nak ekspresikan kegembiraannya tu... masa tu aku lupa aku beli apa ngan duit tu! yang nyata, confirm lebur kat shopping mall! :)

lepas tu, bila cukup RM50, malas nak cashkan... sebab proses penghantaran cek tu ambil masa. pastu kalau dapat cek, aku malas nak gi bank. ya kenyataan, aku tak suka sebarang urusan bank melainkan cucuk duit kat ATM! hehehhee... jadi biar dia berkepuk dalam akaun kasik beranak dengan suburnya... akhirnya tunaian kedua dilakukan pada Julai 2010 sebanyak RM 260.50. kali ni aku nak berbelanja secara berhemah. nak beli something yang boleh dikenang kenang dan berguna sbg seorang blogger. apakah?! aku beli kerbau merah atau nama scientificnya adalah buffalo external hard drive berwarna merah bersaiz 500 GB dengan harga RM 200. baki tu pepandaila menabung kat JUSCO... ;p

 KERBAU MERAH  kesayangan saya hasil dari berblog...


selepas 2 bulan iaitu pasa bulan September 2010, aku cashkan lagi RM 64. sebab menurut seorang kawan, earning akan lebih pantas bila kerap cashkan pendapatan. oh, ini tak taula fakta atau auta. ikut ajerla...

tapi suratan atau kebetulan, memang pendapatan aku kencang sikit lepas tu. aku berjaya cash kan dua lagi pendapatan pada November 2010 (RM 67) & December 2010 (RM 50).

mungkin pendapatan ini tidak seberapa bagi blogger2 hebat... tapi untuk blogger cap kaki yang baru bertapak cam aku ni, aku dah suka gilerrrrrrrrrrrrr dah~ RM 550 tu aku rasa cam 5000 hengget ko! rasa cam nak lompat bintang 88 kali! seb baik, kondisi dan kandungan lemak dalam badan tak mengizinkan...

tapi sekarang, pendapatan aku agak slow...
adakah encik Nuffnang sudah tidak menyayangi saya?