Showing posts with label Penang. Show all posts
Showing posts with label Penang. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Rabu is Bisu ~ Mana mahu lari hahhhhhhh!!!



ooooo... nak buat lari henbeg saya yer... 
jgn notti please!
makcik ni walau domok2 manja, kuat lari lagi tau! :p



Tuesday, January 25, 2011

Rumusan Bergambar Cuti2 Penang di hari terakhir...

malu plak nak letak tajuk Penang Part 10...entry cuti penang panjang cam cuti round negara2 EROPAH plak kekdahnya kan...
ok2, mak janji... mak akan setelkn crita criti taik mata wak initi percutian ni sepantas mungkin.
skrg xder part by part dah... semua jamak sekali harung... :)

jadi, entry ini entry di hari terakhir percutian Penang...
mean hari ke3 di Penang sebelum keberangkatan pulang ke KL.
  • PAGI: hari ni bangun pagi sikit. bersarapan dan lagi sekali menyusur pantai... korang kan tahu, aku penggemar pantai & lautan. berangan cam duyung jadian... :


LONE PINE RESORT yg aku berangan sgt nk stay sini skali... 
tanya harga... jgn kata nak 3d2n, nak duk setengah hari pon pk 85 kali!

  • kul 12 tgh hari, check out. memandangkan datang hari tu naik bridge, balik ni plak kami nak naik feri. on the way ke Gorgetown terminal ferry, kami singgah Padang Kota sebab nak jugak rasa kehebatan PESEMBUR penang. umur hidup tak pernah rasa kan... so, datang penang kununnya wajib cubala...
 



  • pukul 1.30pm, ke Butterwoth (seberang) dgn naik kereta atas feri. FREE jer... yer, bayaran hanya dikenakan masa nak masuk pulau sahaja. tak kiralah, kalau datang melalui bridge atau ferry. contohnya, datang naik bridge, kena bayar tol RM7, balik tu naik feri = RM0 dan kalau datang naiknya feri, tiada tol dikenakan bila balik melalui bridge. faham kan situasinya? tak faham gak, terjun lah ko ngan kereta2 sekali dalam laut!
view di Gorgetown Ferry Terminal.

bangunan di Pulau

penang bridge dgn orang yg gigih mendayung... mmg btol2 gigih la...


  • sampai seberang, kami ke Butterworth Bus Station. sebelah terminal ferry tu jer. bukan nak beli tiket bas, tapi nak BELI JERUK! aku ke sini atas rekemen ANIDA OTHMAN (nah ko, aku bagi nama penuh ha...). dah atas pengalaman sendiri, aku REKEMENKAN kat korang pulak. membeli jeruk tanpa ragui halalnya (biasakan cha ya nun alip yg jual jeruk ni) dengan harga yang MURAH! sekilo RM7 dan makan ko jeruk sampai cirit!!! hahahhaaa...
carik kedai NO. 18

  • pas beli jeruk ni tak bertolak balik lagi... ader lagi satu tempat WAJIB TUJU kalau ke PENANG. tapi dah lenguh nak wak sambung ni... kemudian cerita la kan? *terpaksaaaaaaaa wak entry susulan lagi pasal penang ni... ;p

Monday, January 24, 2011

Penang part 7: Fort Cornwallis & Padang Kota Lama

XTVT hari ke-2 di Penang.
tengah harinya, kami ke Fort Cornwallis. sajer nak gi tengok muka penjajah! hebat sangat ker?! hahahaha...

Fort Cornwallis terletak di Padang Kota Lama.
nak masuk kena bayar hoke... 2 hengget per pax...

achik lagi macho laaaaaaaaaa... ;p

pasanganku berwajah halimunan...

ok, di bawah adalah gambar2 di sekitar Fort Cornwallis...
mungkin banyak unsur2 gedik di bawah ini...
jika anda meluat @ risau akan termeluat, sila gerakkan mouse ke sudut paling kanan dan paling atas, kemudian tekan simbol X dlm kotak berwarna merah.
tapi jika anda seorang yang tabah, atau anda dari spesis manusia gedik seperti saya, 
anda boleh scroll down sekarang... :)




dan kami jugak main perang2... 
perang bersenjata meriam oooooo~




sesat di Kota...


tetiba feeling cam berada di Turki... hehehhehee...


Friday, January 21, 2011

Penang Part 6 : Pagi yang mendamaikan di Holiday Inn

percutian di Penang hari pertama dah berlangsung dgn gemilangnya...
sekarang boleh masuk cerita hari ke-2...

mulakan pagi dengan ber'breakfast' di hotel...
tapi sayang... food di Holiday Inn x berapa nak memberangsangkan...
sedikit spoil mood makan di situ...

 bihun goreng: mak aku goreng sedap ah!
sambal bilis: mak cik nasik lemak bawah payung dpn ofis aku lg sedap!
kari ayam: x sedap langsung (piawaian sedap aku agak tinggi)
kesimpulan... x sedap dan x pepasal berbreakfast versi perut mat saleh... ;p

 
 tapi satu yg best... ada pelbagai jenis minuman ala2 kat Coffee Bean... :)
mau esprezzo... latte... cappuccino... bla3... pilih dan tekan sajork... 
lepak cafe dalam sejam... agak2 perut xder tempat kosong biar rase berbaloi dgn bayaran yg dikeluarkan... hehehe... so, pas makan lepak2 skodeng mat saleh berbikini sementara menanti makanan dicerna dengan sempurna...

view depan Holiday Inn tempat kami bersantai...
langit membiru... laut terbentang... bayu laut yg mendamaikan... sungguh menenangkan...

 achik cam dato' bersara dah gayanya...



 sangat seronok bermain pasir...


 SHHHHHHHHHHHHHH... tlg jangan ganggu mood hanimun kami...
ader ker, tepon x berenti berdering. org dah cakap cuti pon masih nak call2 tanya pasal keje ker?! ko ni ngalahkan CEO tau chik... nak jer aku curik2 off handset dia tu... ;p

kite tutup entry satu pagi di pantai Feringghi dgn gambar tiang bendera... ops, gambar achik. saper suh posing kayu cenggitu... kan dah tertukar tiang bendera ngan orang... ;p




Penang Part 5 : Nasi Kandar Beratur



Pulang dari Straits Quay, kami pulang istirehat di hotel... mandi2... then bersiap utk completekan misi bercuti iaitu Enjoy Penang's Food. sasaran utama of course NASI KANDAR BERATUR. nak sebut Beratur ke BERATOQ ni hangpa rakyat Penang sekalian? 


NASI KANDAR BERATUR 
Address: 
98 Jalan Masjid Kapitan Keling, 10200 Penang, Malaysia. 
(next to Kapitan Keling Mosque)
Opening Hours: 10.00pm-9.00am
 

ulang taip... opening hours adalah 10pm - 9am... k, translet lagi kot mana yang tak faham... 10pm bersamaan dengan 10malam. :)

kami hari tu sampai dalam kul 11malam cenggitu... orang dah ramai beratur dah. tgk pada kepanjangan barisan tu, aku cam tak berapa sanggup dah nak beratur tapi takpe, ada orang sanggup nak beratur. usaha GIGIH di situ... tabik spring toing2 untuk achik sang kekasih hati... :)

 di awal ketibaan... disebabkan kerusi meja adalah dlm kuantiti terhad, aku ditugaskan untuk 'chop' meja... yeaaaaaa... suka!!! chop meja, ade kerusi utk duduk. sambil srup2 air sirap. :)

 ko nampak tak mamat serius cam makan tebuan dah mukanya tu... ni baru dlm setengah jam beratur... baru??? kalo aku, mau aku wak sawan vavik kat situ! hahahhaha~

 teh o ais achik ni dah rasa cam ais kosong berwarna jer kot...

akhirnya periuk belanga jelas kelihatan. k, ader sinar dan senyuman di wajahnya... kekkekekke...

akhirnya sampai juga ke garis penamat after sejam lebih beratur... gegel lutut!


 penat cam merentas desa! penat beratur... perut lapar dan hasilnya: no wonder nasi kandar beratur ni sedap kot...

 achik punyer: kambing + sotong

 aku punyer: ayam goreng + sotng jugak. memula ckp ngan achik aku nak nasi separuh jer. achik kata tak yah nak berseparuh bagai. tak abes, dia tolong abeskan... :)

 apa kata aku tentang rasanya: tak leh nak kata ape... makan jer... sebab ni 1st time makan nasi kandar. tapi achik as peminat nasi kandar cakap mmg SEDAPPPPPPPPP sgt! berbaloi la beratur tu... harga? 2 pinggan nasi kandar dgn setiap pinggannya itu dihiasi dgn 2 lauk, 1 sirap limau dan 1 teh o ais = RM18.50. agak MURAH kan...

bukti SEDAP.  :)


Friday, January 14, 2011

Penang Part 1 | Journey KL to Penang > Little India

tajuk percutian: bukan honeymoon... cuma honeystar sajork.

subjek: percutian jalan2 riangkan lemak pembuka tirai 2011

motif percutian: cuti pon nak kena ader motif ker?! ENJOY mehhh... enjoy da life & enjoy da food! (itu yg plg penting! hehehehee...)

kami drive je ke Penang... 
bekalan: smart tag & bang GPS yg sangat2 berjasa... suka tau...

cuaca sporting abes... 
langit membiru awan memutih meraikan kedatangan InaAchik ke Penang... :)


kan untung pakai Smart Tag ni... tak yah beratur... main zass jerk.
Total Tol dari KL ke Exit Juru = RM 43++
Penang Bridge Tol = RM7+- kot tak silap

yeaaaaaaaaa... teruja sudah naik Penang Bridge... mercu tanda dah sampai Penang...
(macam la 1st time naik Penang Bridge. padahal dah 2 kali dah pergi tapi zaman muda belia dulu2 ngan kakak aku... bila ngan achik semuanya teruja rasa cam baru... gedix tak?!)

 3 hours driving pada kelajuan yang agak laju la jugak... achik... cam tak kenal...
kalo tak, xderla saman speed trap sambai beriban... huhuuuu... tapi tak jugak insaf mamat tu... hope xderlah saman ekor! kalo tak, aku potong ekor dia! gulp~


pukul 9 pagi bertolak dari KL, kul 12 maka tersadailah inaachik di pulau pinang pulau mutiara... x nampak pon mutiaranya... ;p

sampai2, destinasi utama adalah Bandar Georgetown, nak makan nasik beriani claypot yg digembar gemburkan oleh blogger penang. mana aci tgk dorang melantak ngan sedapnya tanpa mencuba sendiri kan... sebelum makan, ronda2la kat Little India dulu... apa ader sini??? orang India semata... hahhahahaaa... kalo feel kengkonon nak gi Kashmir sana nun, gi jer Little India ni... hehehhee...

nah, hamek gambar2 gedix mak kat 'Kashmir' ni ha sbg tatapan... :)





 

dalam duk berkhayal di 'Bandar Kashmir' tu... tetiba sesat di 'Macau' HEHHEE...


puas tawaf (tak tawaf mana pon), xder aper lah benda nak tawafnya... setakat nak meriahkan koleksi gambar bercuti boleyla... ngeheheee... gambar harus gempak beb, hakikatnya??? panas kedering... KEBAS ketiak mak neh... (kebas stand for ketiak basah oke). sajer nak penuhkan masa sementara tunggu orang nk melantak sesama kat Kapitan Claypot Restaurant.

 busy men sms sms...
janji nak jumpa orang tapi jgn kata batang hidung... cuping telinga pon tak nampak nampak ni... 
saper tu??? tunggguuuuuuuuuuuu...