Friday, February 13, 2015

Perginya Sang Murobbi... TGNA di hati...



Jantung bagai terhenti menerima perkhabaran...
Murabbi pulang bertemu Kekasih Agung...
Sedih dan rasa kehilangan...
Hilang yang tiada galang ganti.
Namun biar jasad tidak lagi bersama kami...
Takkan kami biarkan perjuanganmu terhenti.
Akan kami sambung legasi perjuangan Islam...
Hingga akhir hayat kami.
Dan moga pengakhiran yg baik juga pulangnya kami nanti.

ALLAHUMMAGHFIR LAHU WARHAMHU WA 'AAFIHI WA'FU 'ANHU....

"Ya Allah, ampunilah bagi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah tempat masuk (kuburnya), sucikanlah dia dengan air, salji dan air sejuk, bersihkanlah dia dari dosa-dosa seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan hindarilah dia daripada azab kubur dan azab neraka."



Allahu...
Tiada bait kata yg dapat mewakili rasa... Entah berapa banyak air mata yg tumpah... Air hidung dah tak tahu nak kesat kat mana. Sesak nafas senak jantung segala. 
Allahu... Sedihnya seperti anak hilang bapa. Ini baru perginya Ulamak kesayangan hati... Kalau rasa sedih atas kehilangan Ulamak yg dicintai... apatah lagi para sahabat ketika kewafatan Bagin Nabi SAW. Baru ku mengerti cerita sahabat2 ketika wafatnya baginda Nabi SAW...


Bagaimana Umar r.a dengan rasa sedih dan gementar, dia mengangkat pedangnya sambil berteriak, “Barangsiapa mengatakan Rasulullah saw telah wafat, akan aku penggal lehernya. Rasulullah saw hanya pergi menjumpai Tuhannya seperti Nabi Musa a.s pergi ke gunung Thursina untuk menemui Tuhannya. Sebentar lagi beliau akan kembali. Barangsiapa menyebarkan berita bohong ini, maka akan kupotong tangan dan kakinya!” betapa sukarnya menerima hakikat kehilangan Baginda Nabi SAW.

Bagaimana setelah Rasulullah SAW wafat, Bilal yg mengumandangkan azan (setelah lama berhenti azan setelah kewafatan Baginda) tetapi apabila sampai kepada perkataan "Asyhadu anna Muhammadan Rasuulullah" Bilal menangis tersedu-sedu kemudian tidak dapat meneruskan azannya.


Damailah Murobbi di sana...
Rehatlah di daerah abadi.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Satu nama yg sentiasa tersemat di hati...




Saat kau tiada... semua bicara tentangmu...mengagung agungkan mu. Semua bersedih kehilanganmu... meluah rasa kehilangan Ulamak pemimpin Islam berperibadi mulia. Dan bicara tentang pengakhiranmu yang begitu indah.
Mereka yg berbicara semua tahu hala sayap perjuanganmu...Tapi kenapa mereka menidakkan dan menolak perjuanganmu?

Lalu teringat aku tentang kaum Musyrikin Mekah yg tahu peribadi mulia Rasulullah saw...hingga mereka mengiktiraf Baginda Nabi sbg AL-AMIN.Tapi ketika Rasulullah saw membawa Islam, kerana tidak mahu meninggalkan amalan2 buruk mereka, Baginda Nabi dituduh ahli sihir dan gila pula.

Moga Allah buka mata buka hati dan beri hidayah pada kita semua... memilih jalan kebenaran yg benar... memilih jemaah yg ikhlas memperjuangkan Islam... bukan hanya untuk kepentingan dunia semata.

‪#‎TGNAdanPerjuangannyaSelamanyaDiHati‬


Thursday, January 29, 2015

Ceritera hari-hari keras di tahun 2014

Assalamualaikum wbt...

Lamanya rasa Cik (puan) Kaki tak menulis / merempan di skala serius di sini...
di blog chinta hati. ;)

Sebab dah lama tak menulis, rasa mcm terbatas idea nak berkarya.
wahhhh berkarya kekdahnya kan... setakat merempan, takde karya nyer la cik kaki oi... :p

Pantas sungguh masa berlalu kan... tup2 dah 2015. tak sempat nak wish happy new year kat sini.
Ah, Barat sungguh nak ber-new year bagai kan. Awal Muharam cukup lahhhh... ;)


Mengimbau tahun 2014...
Tahun paling tough untuk kami suami isteri.
Allah uji bertalu talu dari pelbagai sudut dan sisi.
Ligat di kepala otak, mengimbau hari2 keras itu...
Tapi Alhamdulillah, setiap ujian yg Allah beri datang  siap pakej dgn sabar, lapang dada dan redha.
Dan dalam kata kuat, tipu r kalo wanita badang hati tisu ni tak nangis kan...
cuma takdelah sampai meraung kat bucu katil.
setakat lap hingus kat kain dalam tu normal lah tu... :p

Suami...
Ujian-ujian itulah yang buat kita lebih toleransi... lebih memahami... lebih menyayangi...
Allahu... benar2 ujian yg buat kita saling melengkapi...
Teguh di ingatan... tiap kali bangun pagi kita saling motivate each other.
Keep men-tarbiah sesama kita dalam kereta gi balik kerja
(masa tu masih lagi kongsi kereta sebab jarak kantor kita org tua kata jarak sekentut jer).
Satu kenangan yang macam sweet sour; dalam masam ada manisnya.
Dan sering lah jugak tertanya; kalaulah Allah uji zaman kita jahil tuke (sila rujuk kamus kelate bergerak di sekeliling anda) dulu, mcm mana lah penerimaan kita???
Benarlah, tidaklah Allah uji di luar kemampuan hambaNYa...

Terima kasih ya Allah turunkan ujian dan izinkan kami membenarkan dlm hati dgn lapang dada yg Allah uji tanda kecintaanNya...
Bila sabar... bila redha... Satu persatu Allah permudahkan.

Dan benar juga,
Bila resah (eh... ternyanyi lagu Anuar Zain la pulak), bila terduga, semakin kita dekat diri dgn Allah...
Makin banyak sujud kita... makin berjela doa kita.
Sebab tu Allah beri ujian pada kita... sebab taknak kita jauh dariNya.
Betapa Dia cinta!

Dan ingat dan peganglah;
DOA itu hebat kuasanya... lebih hebat dari kuasa hililintar suria perkasa hitam.
Bisa bantu kita mengangkat 'batu besar' atas bahu seperti menjentik 'nose shit' di hujung jari.
(eee yark sungguh perumpamaan ko cik kaki).



Surah Fuşşilat: ayat 51 - Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.



Semoga kita semua terus menjadi orang2 yg bersyukur.


Perjalanan ini masih panjang...
Hujungnya entah di mana, bila dan bagaimana...
Terima kasih suaminda sudi jadi teman kembara...




Monday, January 19, 2015

Tentang Ustaz Boss Saya (Part II)


Dia...
yang terkadang jadi guard berjaga jaga markas...
yang terkadang tercegat tengah panas jadi tukang jaga parking...
yang terkadang jadi tukang cuci bermandi lumpur...
Dia yang selalunya jadi 'orang2 tidak penting' yang buat kerja2 'takde standard'...
Dia yang selalu kelihatan biasa2 yg pada saya luar biasa.

Dia adalah U s t a z B o s s saya...
Pemilik sebuah syarikat yang mungkin taklah gah dan ternama...
tapi dia sentiasa menginspirasikan saya dengan cara dan keikhlasannya...
ikhlas berjuang di jalan Allah kerana Allah.
berkongsi dan mendengar pengalamannya adalah antara tarbiah yg saya suka.
betapa saya harap saya bisa jadi sehebat dia...
mahu sederhana hal dunia tapi kaya di sana.

Allah... betapa kerdilnya saya.
Moga U s t a z B o s s  
sentiasa dalam lindungan dan pelukan kasih sayangNYA...





Ada Dia antara mereka...



Friday, December 26, 2014

Suaro Hati Anok Klate di Perantawe



Tido tok jenero...
Hati gundoh gulano...
Sekok sebok dale dado.

Apo crito rakyat negeri kelahiran ambo...
Hok terperangkap dalam banjir make ko tidok?
Hok berlindung atas bukit, tidur lapik gapo?
Duduk dale kain basoh sejuk ketar ko?
Olohhh sedih nyo ambo...

Bilo tengok video ambo buleh baye paniknyo berdepan dgn suasano getir air naik tapi kito tokleh wak gapo...
Pikir kalu kiamat seksok lagu mano pulok???
Allahu Allah... Kuosa Tuhe sapo kito nok lawe.

Ambo takdok dayo...
Mampu doa yg terbaik jah dari kejauhe...

Pado hok mano ado...
Hulurlah semampu kito...
Ketepikan dulu mu parti gapo sek dio parti mano.

Thursday, December 18, 2014

Family Day terBAIK di Janda BAIK. :)

Assalamualaikum kesayangan dan pembaca senyap juga pada pembaca kebetulan tersinggah di sini. Moga kalian baik2 aja...


Ni nak story and sharing pasal family day kecil kecilan sempoi2 anak beranak Cik Esah (mak saya nama Cik Esah) kat Janda Baik 6-7.Disember.2014.

After diskusi, kami decide nak gi dekat2 jer... dan Janda Baik jadi pilihan. Sebagai master plan, haruslah Cik Puan Kaki yg ditugaskan untuk pilih chalet mengikut peruntukan budget yg tidaklah mewah mana. Ni part yg struggle sikit nih. Hasil gugelan, saya pilih Hawa Resort, Janda Baik dan alhamdulillah, pilihan terBAIK tanpa ada sekelumit sesal! Kaum kerabat semua berpuas hati dan gembira dgn Hawa Resort ni (ikut taste kami yang tak berapa nak high taste mana ni). Rasa nak tepuk bahu sendiri jer! :p

Kami berkumpul di Tol Gombak pada pukul 10 pagi. Dalam setengah jam jer kot dah sampai Hawa Resort. Sampai sana, bilik tengah kemas. Tunggu kejap jer, dalam pukul 11 lebih, dah boleh check-in. ok, ibu jari mencanak ke atas pertama diberi sebab boleh check-in awal yg mana kalau kira sebetulnya, pukul 3pm baru check-in. 

Sampai-sampai tu, mak2 ni biasalah... susun atur makanan dan segala bekalan. Anak2 terus gedebush dalam sungai. Dorang nyer teruja tu, dari pagi sampai petang lah duk dalam sungai tu. naik kejap2 utk makan jer.


abaikanlah laki cek yg gembira dan hyper nya mengalahkan anak2 buah. ;)



Eh chop... mocik ni kalo bercerita detail sangat kan?! Ok2, saya cuba ringkaskan seboleh mungkin. erk?!:p



BILIK/CHALET:

Kriteria utama dalam pemilihan chalet adalah nak bilik yang betul2 dekat dengan sungai yang mana mak pak boleh pantau anak2 mandi sungai sambil lepak2 santai depan bilik sambil makan2. Masa buat reservation, mmg kita mention nak bilik yg paling dekat dengan sungai. So bilik yg kitorang dapat ni memang yang paling close dgn sungai. dari pintu bilik tu, turun tangga 4 5 tapak jer terus gedebush ke dalam sungai. memang terbaik ah utk anak beranak pencinta sungai!
*ok, ibu jari mencanak ke atas kedua diberi! :)

Jenis bilik: Petai dan Pucuk Salam. (Family room)
2 katil king dan dapat 1 tilam bujang (upon request la kot). 1 katil muat 3 orang dewasa. Kami hari tu, satu bilik bawak 1 toto. Kami ni ada 4 family, 2 family sebilik.

Harga: RM 300/night. tuala semua bawak sendiri tau. dorang bagi sabun kecik May jer beberapa ketul. hehehe... Kalau kira agak mahal la jugak tapi rm150/family kira ok lah...

Bilik lain yang sama jenis dan sederet dgn bilik kami ni kalau tak silap; Kemangi, Ulam Raja dan Pegaga.









SUNGAI:

Air sungai memang jernih dan agak deras arusnya. Dan tak lah cetek sangat. Kira orang tua pun boleh mandi lah... Yang bestnya, boleh tube surfing! tube tu memang kami bawak sendiri. korang kalo nak datang sini, bawaklah tube/pelampung. best tau! tua muda pakat duk berebut yg dua tu. sampai ada yg menangislah berebut tube! hahahhaa...








MAKANAN:

Kami memang bawa bekalan siap untuk santapan sepanjang kami di sana. Malas nak keluar carik2 makanan segala. Setiap family diberi menu siap2.

Untuk lunch, menunya;
Nasi putih, gulai kuning ikan tongkol, sambal bilis, kerang goreng, ayam goreng, ulaman dan sambal belacan. dan budu. Ya ampon... punya terangkat wei! Makan menambah tak sedar ker diri!




Untuk minum petang,
kita ada kek 2 bijik, puding biskut, roti sausage dan karipap. semua anak beranak cik esah buat sendiri tau... takde beli2 kedai punya. ;)
Sebenarnya celebrate birthday 4 orang yg dilahirkan di bulan Disember termasuk puan blog. ;)







Untuk dinner,
kami berBBQ dan saya bawa menu tambahan; bolognese spaghetti, buah buahan dan vege salad (padahal bawak salad, epal, tomato lalu digaul dgn thousand island jer pon). Memandangkan sini takde peti ais atau tempat penyimpanan, kami perap ayam malam dan bekukkan, dan masuk dalam polystyrene ice box. 
Untuk BBQ ni sebenarnya ada tempat khas disediakan, tapi tempat dia jauh sikit dari bilik. So kami mintak usung jaring tu bawak depan bilik, tapi gigihlah cari batu sungai wak lapik jaring tu. Arang kami bawak sendiri dari rumah.







Untuk breakfast keesokan harinya;
Ada nasi lemak tak berlemak dan sandwich serta kek coklat. Untuk nasik lemak tak berlemak tu, just masak nasi putih biasa, sambal bilis dan telur yang siap direbus di rumah. Oh lupa nak bagitahu, kami memang bawak rice cooker and kettle. Sardin untuk sandwich pun masak guna rice cooker jer.





Dalam masa yang sama, memang bawaklah nescafe 3 in one, kopi o, gula, susu segala... Tengok pada makanan tu, macam; "eh korang ni memang kejenya makan jer ker?!" memang yer pon... kejenya memang makan jer pon selain terjun tiruk dalam sungai. Mandi sungai ni lapar tau! :p


tengok... makan pun dalam sungai ko... eh tak,
dalam sungai pon makan ko...


AKTIVITI LAIN:
Aktiviti lain? malam2 kaum bapak sibuk memancing. Kalau kaki pancing, boleh bawak joran. Malam tu macam banyak jugak diorang dapat ikan. Terus bakar... fresh n manis giler katanyer...







SEKITAR CHALET:
Sempatlah buat lawatan ala2 kaklong kawasan meninjau sekeliling chalet. Yang bestnya kawan Hawa Resort ni, bersih dan tanpa nilai2 hutan yang sangat tinggi. So, tidaklah scary mana. Tapi kalau berdua, macam pikir 7 8 blas kali jugak kot. hahahhaa... tapi kalau dengan family ni, campaklah dalam hutan belukar mana pun, mesti happening punya! kan?!








Antara family room yg lain; Apple, Orange dan Pamelo kalau tak silap la. ingat2 lupa sudah... Yang paling kiri ni Apple, kalau dapat yang ni boleh dapat extra beranda... boleh wak longgok makanan dan jadi port bersidai kan. Beranda dia pun besar. Still mengadap sungai tapi jauh sikit berbanding bilik kami yang memang dekat giler ah! So, ada pro & cons. Pilihlah ikut kesesuaian dan pilihan masing2.



Last sekali, kita akhiri entry berjela yang dah macam entry berbayar promote Hawa Resort ni dengan gambar2 pilihan secara random.







puan blog dan suami haruslah lebih sikit gambarnya kan... :p


Anyway, ni 1st time saya mandi lps saya hijrah. Biasa celup2 kaki jer. Cuma kali ni saya berani terjun tiruk dlm sungai sebab tmpt ni agak privacy di mana family saya jer conquer tempat ni. Lagipon ipar lelaki saya jenis takut air. Tapi ttp kena pilih pakaian yg sesuai yg jenis x melekat pada padan. Blouse saya pakai ni mmg gelobos habis dan jenis kembang dn tak melekat pada badan.



Bye2 HAWA RESORT!
Sungguh, terBAIK di Janda BAIK! :)


__________________________________________________

HAWA RESORT & TRAINING CENTRE
Kampung Chemperoh
28750 Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia
Ziadi : 013 - 941 1440

__________________________________________________