Thursday, December 29, 2011

Nasi dah jadi bubur!!!

... seolah sudah tiada apa yang boleh dibaiki kan?
tapi kenapa tidak?!
bubur pun sedap apa!
goreng bilis... goreng ikan masin...
potong cili api...
kicap juga...
hasilnya... bubur nasi yang menyelerakan!
makan menambah walopon tak sihat u! :)

begitu juga kehidupan kita...
"ohhhh... nasi dah jadi bubur... semuanya dah terlambat..."
kenapa cepat mahu berputus asa?
sebelum berusaha menjadikan keterlewatan itu sebagai sesuatu yg osem?

oh, just love my bubur nasi...
sungguhpun lembik, hakikatnya... itulah bubur! ;))
seperti sesuatu hal yg buruk yg memberi impact yang sangat mematangkan...


~Cik Kaki~
(tetap taknak sedar diri puan)



inchik rumet kata: "the best ever bubur nasi... nak lagi wiken ni yer..."
beres! setakat bubur nasi... masak sambil berfesbuk pon siap la bang... 
*sambil angkat2 kening dengan muka berlagak! :p



Wednesday, December 28, 2011

Tentang 26 Disember ~ Pesanan apa yg dibawa?


Tragedi di Pantai Teluk Lipat, Dungun pada 26 Disember 2011:






terkenang TSUNAMI pada 26 Disember 2004 yg meragut banyak nyawa...
Pesanan apa yang dibawa, hanya Allah yang maha mengetahui...
dan kita... muhasabah lah diri...
hakikatnya... dunia ini sudah tua...


Saturday, December 24, 2011

Ada apa dengan 24Disember???

24.12.2011
entah kenapa rasa date ni paling cantik sepanjang tahun 2011! :p
lagi bermakna dari birthday agung! weeeeeeeee~~~
hari ni, genap 28 tahun (baru :p) aku bernafas di muka bumi Allah ni...
Alhamdulillah...

tahun ni aku tak mengharap nak paper...
(yo lah tu... padahal dah dapat adiah sebulan awl! :p *thank you bang rumet!)
btol ni... tahun ni takder la menggeletik nak special dinner bagai untuk celebrate birthday.
ikut jer mana achik nak bawak... takde demand2 dah thn ni... ;)
kalo dia bawak makan kat Nandos pon dah oke dah...

tapi, honestly... aku rasa tahun ni lah ulang tahun paling bermakna...
Allah bagi lebih daripada apa yang aku minta...
syukur atas segala nikmat kurnia dan hidayah yg Allah berikan...

dan buat pertama kalinya...
aku tak minta Allah panjangkan umur aku...
biasanya: "panjangkan umur murahkan rezeki..."
tapi kali ni tak...
cukuplah sihatkan tubuh badanku...
dan matikan aku dlm keadaan husnul khatimah...
berikan ketetapan iman untuk terus berjalan di jalan yang lurus...

SELAMAT ULANG TAHUN buat diri sendiri... :)
semoga dapat menjadi ikhwah yg lebih baik dari semalam...


sungguh!!!

Friday, December 23, 2011

Surat tak rasmi buat IncHe Gabbana

Assalamulaikum Inche Gabbana...

Dengan rasa gembira dan ikhlasnya, saya ingin mengucapkan syabas buat Inche Gabbana atas anjuran Pertandingan Video Osem APG '11 yg sumpah osem ini! ia memang berjaya memberi effect yg sgt osem! ada few videos yg osem berjaya menitiskan air mata saya (yg ni x osem... hilang macho saya! ;p)

Inche Gabbana,
effect yg paling osem dan mendalam ialah, saya bersemangat untuk mencari BULATAN GEMBIRA... untuk saya yg masih baru dlm fasa penghijrahan, saya rasa BULATAN GEMBIRA mampu memimpin perjalanan yg masih bertatih ini dalam menuju Jannah... oh, tiap kali berkata hal ini, sumpah air mata sangat murah... sesungguhnya, di kala ini saya merasa sangat sendirian tanpa ada murobbi yang memberi suntikan semangat setiap kali saya kalah dengan hasutan nafsu dunia... nasib saya ada pendamping yg sgt osem... thank you Allah sebab terus disamping saya... semoga terus bagi kekuatan untuk terus berjalan dan terus bangun di kala tersungkur...

saya tak pernah ada BULATAN GEMBIRA... kat universiti dulu, saya seolah memusuhi geng BULATAN GEMBIRA sebab kejahilan saya... saya rasa mereka tak cukup sempurna untuk tarbiyah saya. sumpah menyesali kejahilan sendiri!!!

dan sekarang, saya akan nak cari dan punya BULATAN GEMBIRA yang osem. ini azam 2012! :)

video Bulatan Gumbira Kami di bumi sonata | 우리의 행복한 가족 sangat osem. love this video so much! macam tengok cerita korea dan endingnya confirm nangis... bravo to tukang buat video yang osem...


#kpd mok (panggilan manja sebagai ganti bagi nok) kesayangan, kamu2 patut tgk video osem ni... dan kamu akan mengerti apa itu BULATAN GEMBIRA...




KENTUT bersepah... NGUAP tak tutup mulut... macam tak senonoh kan?! tapi tahukah kamu...

Dulu, aku perasan benar...
asal nak solat jer, nak terkentut! asal solat jer, nak nguap!
masa lain tidak lah pulak nak kentut... *tipu! :p
eh, ker aku jer ni???
diam jerlakan... tanya orang kang kata aku ni kaki kentut pulak... ngehehee...

sampaila aku beli buku hadis dari Sheikh Nuruddin Al-Banjari masa dia datang ceramah kat Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak. dalam helaian terawal dalam buku tersebut, ada menyatakan:



WAS-WAS SYAITAN
Dari Abu Said Al-Khudri berkata:
"Sesungguhnya syaitan mendatangi salah seorang kamu ketika sedang solat, maka syaitan memegang bulu dubur (seseorang tadi) dan menariknya. Maka dia merasa seakan akan berhadas, maka janganlah berpaling dari solatnya sehingga ia mendengar suara atau mencium bau"
(Hadits riwayat: Ahmad dan Ibnu Majah)

MENGUAP ITU DARI SYAITAN
Dari Abu Said Al-Khudri berkata:
"Apabila salah seorang kamu menguap ketika sedang solat, maka tahanlah semampunya, karena sesungguhnya syaitan masuk (kemulut yang terbuka)".
(Hadits riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, ad-Darimi, Ahmad dan Abdu bin Humaid


OOOOooooooooooooo... kerja setan gondol rupanya!
pastu aku mula berani buat survey... eh, ramai jugak geng seangkatan! ngeheeeeee...

jadi, kalo rasa terKENT tu... tu mainan syaitan sebenarnya yer. tapi janganlah sampai terkumit kumit tahan kentut sampai mengganggu solat pulak... gi amik wudhu' lagi sekali...
then, bila nak nguap masa solat tu, cuba tahan. kalo tak tahan... TUTUP MULUT! nanti setan masuk dan terus menghasut kita dan mengganggu solat kita...


SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI
Ulama yang berasal dari Kalimantan yang menetap di Makkah dan mendapat gelaran Azhar Tsani (Azhar ke 2) semasa mengajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau cukup lantang tapi santai dan kelakar dalam menyampaikan ceramahnya. 2 kali dapat bersama2 beliau dalam Majlis Zikir cukup menginsafkan... ceramahnya bisa buat bulu roma tegak berdiri... rasa diri sangat kerdil di sisi Allah... dan masih terngiang-ngiang butir cermahnya tentang IMAN DIWARISI dan IMAN DIIMANI...