“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan
(puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa
selama satu tahun.” – Hadith Riwayat Muslim
Tapi sekarang bukan nak ulas mengenai kelebihan puasa 6 pada bulan syawal tapi nak berkongsi mengenai persoalan-persoalan yang sering timbul mengenai ibadah puasa 6 ini.
Antara persoalan-persoalan yang kerap timbul ialah:
1. Mana dahulu nak dilaksanakan, adakah puasa sunat 6 hari bulan syawal ataupun puasa yang telah tertinggal pada ramadhan lepas?
Wujud perbincangan di antara ulama mengenai persoalan ini, dan jumhur
ulamak telah menyepekati bahawa, perlu menggantikan dahulu puasa yang
tertinggal pada bulan ramadhan barulah mengerjakan puasa 6 hari di bulan syawal. Ini berdasarkan dalil :
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran 3:133]
Surah di atas menyatakan bahawa kita dianjurkan untuk menyegerakan
mengerjakan amal kebaikan. Hukum berpuasa 6 hari pada bulan syawal
adalah sunat, manakala menggantikan puasa pula hukumnya wajib. Maka
dianjurkan untuk mengerjakan puasa qadha terlebih dahulu barulah
mengerjakan puasa 6.
#Nota Cik Kaki: Saya ada bertanya pada seseorang (bukan semberono orang ye)
tentang hal ini. komen beliau: "ada juga pendapat mengatakan boleh
menunaikan puasa 6 bulan syawal dulu kerana memandang Syawal itu terhad,
sedangkan puasa qadha itu boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang
tahun. Tapi adalah dianjurkan supaya qadha puasa Ramadhan dahulu dan
kemudian teruskan dengan puasa 6". ADA SESIAPA YANG BOLEH CONFIRMKAN
TENTANG HAL INI??? SHARING2 PLEASE... :)
2. Boleh ke dalam puasa 6 hari syawal, sekali berniat untuk menggantikan puasa yang tertinggal?
Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:
“Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].
Jelas menunjukkan bahwa puasa sunat syawal tidak boleh dikumpulkan di
dalam satu hari yang sama bersama puasa ganti ramadhan yang wajib
dikerjakan.
#Nota Cik Kaki: Saya dah memandai combine niat Qadha Ramadhan ngan Puasa 6 ni. 'terlebih bijak' kekdahnya kan! :p tapi takperla, belajar dari kesilapan...
3. Bilakah puasa 6 mula dikerjakan dan adakah ianya perlu dikerjakan secara berterusan tanpa terputus?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa`id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]
Puasa 6 boleh dikerjakan walaupun bukannya secara berturut-turut. Ianya boleh dikerjakan secara berselang seli.
Sumber: Macam Best
#Nota Cik Kaki: Jom pakat bayar hutang puasa awal2 meh... Kita niat puasa Qadha Ramadhan, mana tahu dapat pahala puasa 6 sekali???
bagi saya, better buat asing..
ReplyDeletenok..nak share juga..
ReplyDeleteni masa aku tengok MHI..wardina ada tanya soalan yg sama kat ustaz tu..sama ada mana nak dahulukan sama ada puasa sunat 6 atau Qada'..
jawapan ustaz tu..dia kata buat yang puasa sunat 6 tu dulu..sebab kite nak kejarkan bulan Syawal..dan masa puasa 6 tu jugak haruslah dibuat masa kita tak dapat apa2 undangan makan ke umah saudara..contoh waktu kita bekerja..dikhuatiri tuan umah kecik ati nanti..Islam kan sgt mementingkan persaudaraan ni..
dan slepas tu baru lah kita gantikan puasa yang kita tinggal dalam bulan ramadhan ;)
aku pun baru clear pasal ni..smga membantu perkongsian ni..
sy insylh dah settle puasa ganti, sehari jek. puasa 6 insylh tinggal lagi sehari. tak sabar nak habis puasa 6, tapi bertahan juga, syg nak tinggal cam tu je. puasa sama2 dgn en somi :-)
ReplyDeletetq for sharing..tapi ada satu yg dah buat sy konfius la..tahun sudah saya combine tak puasa sunat 6 dengan puasa qadha...rasa macam ya..ish..tak..entahlah..dah lupa...camner ni? adoi..pening dok fikir yg tahun sudah sy buat sekali atau tak..
ReplyDeletebila la aku nak ganti puasa 30 hari ni...kena mulakan sikit2 la..fidyah pun kena bayor
ReplyDeletelau buat asing2...berat kot....sbb tu islam permudahkan....cuba bygkan lau owg tuh uzur 2x kew...kena lak berbelas hari nak ganti.....reput~
ReplyDeleteklu x silap kite la..ustza ckp..masa kite nk ganti pose dlm bln syawal diboleh kan baca niat qadha dlu n after that baca niat pose sunat bln syawal..after that pose la...dh kire sekali jalan jek..xyah nk pose 2 kali...tapi apa pun wallahualam..kite pun x la pandai bab2 mcm nih.
ReplyDeleteNMO2
ReplyDeletesaya pun pk gitu.
pinky momma:
ReplyDeletethank u kammu!
maka terjawab sudah persoalan aku. mekasih sgt2...
suliana:
ReplyDeletesehari jer tinggal? kagum2... :)
nway, tahniah dah nak habis puasa 6 kamu.
marzalina:
ReplyDeletetakper kot... tapi cer tanya pakcik MGM. HEHHEHEE...
mimy:
ReplyDeletepasal byk sgt tu mimy oi?
einz miszmessy:
ReplyDeletekalo rasa tak mampu dan yang sunat tu membebankan, buat yg wajib dulu.
noradzlina.kamdani:
ReplyDeletetu kita tak pasti sebab berdasarkan info yg kita dapat tu, dia kata tak boleh sekalikan niat. dan org yg kita tanya pun takleh nak jawab pasal sekalikan niat tu. cuma dia cakap, kalau nak dahulukan puasa 6 adalah boleh. kemudian, baru qadha puasa ramadhan tu di lain bulan. dan kalau niat qadha ramadhan di bulan syawal, mungkin kita akan dapat sekali pahala puasa 6. Wallahualam...
tq yang...nak minta izin share ilmu ni la
ReplyDeleteaku start dah qada pose 2 hari..bulan pose aritu tinggal 4 hari aje..tapi ni dah MC dari pose..selesema tahap kronik..bos tak approve sambung pose sampai selesema baik!!
ReplyDeleteAk ada dgr tazkirah yg pasal niat tuh.. Ustaz tu ckp kalo kita niat pose qada di bulan syawal.. Niat yg utama tu di kira.. Mksud nya kita berniat pose gantj dengan pose 6.. Niat utama adala ganti.. Maka pahala kita adalah utk pose ganti bukan pose 6
ReplyDeletecik kaki, sy nk komen yg nmber 2 tu..sebenarnya boleh combine puasa tu.. setengah jumhur ulamak kata tak boleh, setengah kata boleh...tp nk baik dan yakin, asingkan.. kalau mampu, lebih baik asingkan..
ReplyDeletesy suke berguru dgn ustaz azhar idrus...org ganu jgk..br ni ada keluar buku dia.. beli la utk fhm lebih lanjut..15 ringgit sje..di mne2 sje..
kak ina, mak saye gtau dia ade dgr kt tv hijrah minggu lepas, kita mmg bole sekalikan pose tu, cuma niatkan qadha' dulu pastu br niat pose 6...
ReplyDeleteApe yang aku tau kalau mengikut sunnah.. Adalah lebih afdal kita ganti puasa dulu baru diikuti dengan puasa 6.. Tapi tak salah kalau nak puasa 6 dulu kalau masa tak mengizinkan untuk ganti puasa(sebab hari ganti banyak sangat, contoh kau period 2x sebulan)
ReplyDeletePuasa 6 boleh straight puasa 6 hari berturut2 atau boleh berselang seli sampai cukup 6 hari..
-KuraKura-
Oohh lupa.. Yang PASTI kau tak boleh combine puasa ganti dan puasa 6 dalam satu hari.. Itu aku memang pasti!!
ReplyDelete-KuraKura-
Kau boleh refer kat islam-qa.com.
ReplyDeletehttp://www.islam-qa.com/en/pda/ref/islamqa/39328
-KuraKura-
salam...
ReplyDeletedalam hal ini byk khilaf ulama sebenarnya...
saya yakin dan pakai pendapat yang last sekali...
AL-HAMDULILLAH wassolatu wassalam ala rasulillah wabad. Imam an-Nawawi RHM meletakkan satu bab dalam kitab Riadis Sholihin, iaitu bab mengenai sunat puasa enam hari pada Syawal. Hadis yang terkandung dalam bab ini yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Ayyub RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan kemudian diikutinya dengan puasa enam hari pada Syawal, maka ia seperti berpuasa sepanjang tahun.
Begitulah tawaran besar yang diberikan kepada orang beriman bagi mereka yang melaksanakan puasa enam hari dalam bulan Syawal. Ini bererti bagi mereka yang tidak membuatnya, maka ia tidak akan memperoleh kelebihan itu.
Sekiranya seseorang itu belum menyelesaikan qada puasa Ramadan yang ditinggalkannya, lalu dia berpuasa sunat enam hari pada bulan Syawal, maka perkara itu harus dilakukan cuma tidak mengikut susunan. Kerana sepatutnya ia hendaklah menyelesaikan dulu qada puasa Ramadan, barulah diikuti dengan puasa sunat enam hari Syawal.
Ada juga ulama berpandangan sekiranya ia menyatukan niat puasa wajib dan puasa sunat seperti puasa qada Ramadan dan puasa enam Syawal, maka ia akan beroleh kedua-duanya. Sekiranya ia meniatkan satu daripada dua, maka ia akan memperoleh ganjaran puasa yang ia niatkan dan gugurlah ganjaran puasa yang satu lagi. Perkara itu dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatwanya, dalam kitab al-Fatwa al-Kubra.
Walaupun ada pandangan yang mengatakan bahawa afdalnya dikerjakan puasa enam itu hendaklah berturut-turut selepas Aidilfitri seperti ungkapan dalam hadis kemudian dia susulinya, namun ganjaran puasa enam ini tetap diperoleh sekalipun dia tidak mengerjakannya secara berturut-turut selepas hari raya.
Imam an-Nawawi menyebut dalam Syarah Sahih Muslim, iaitu yang lebih utama dilaksanakan puasa enam itu berturut-turut selepas hari raya. Sekiranya dilewatkan sehingga akhir Syawal, maka ia tetap mendapat ganjaran itu. Syeikh Atiyyah Saqr, iaitu bekas Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar apabila ditanya persoalan itu menjawab bahawa sudah cukup bagi orang yang melakukan puasa ganti (qada) dan puasa enam dengan berniat puasa qada pada Syawal. Ia akan diberi dua ganjaran sekiranya dia bertujuan demikian dengan syarat dia hendaklah mendahulukan niat puasa qada terlebih dulu. Puasa qada adalah wajib manakala puasa enam adalah sunat. Demikianlah, wallahualam.
SUMBER : http://darululumonline.wordpress.com/2011/09/12/niat-puasa-qada-ramadan-perlu-didahulukan-kerana-wajib/