Friday, December 28, 2012

Aktiviti malam Jumaat (bukan entry lucah)



BERBULATAN GEMBIRA
hilang lenyap segala lara dunia bila dapat berkumpul bersama sahabat2 bulatan gembira saya yg osem! 
I love Usrati Jannati!!!

"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Riwayat Muslim)


malam tadi bincang pasal manusia MUNAFIK & FASIK.

  • Orang fasik ialah orang Islam yang selalu melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.
  • Orang munafik pula ialah orang yang berpura-pura menunjukkan keislaman dan ketaatan tetapi hati mereka sebenarnya tidak beriman dan taat kepada Allah
 
zaman Rasulullah S.A.W dulu, yang munafik ni lah solat di saf paling hadapan!  manusia MUNAFIK ni boleh jugak diibaratkan gunting dalam lipatan kan?! nauzubillah... jauhkan kami dari sifat2 ini ya Allah...





dan aktiviti malam jumaat lain:









jeng jeng jenggggggg~~~











biasa dodoi 'baby tua' tapi malam tadi, berpeluang dodoi baby kecik. olo tomei tomei tomeiiiii~~~
ini adalah anak buah dalam undang2 yang paling bongsu buat masa sekarang sebelum dapat anak buah dalam undang2 yang baru dalam masa 2 3 bulan lagi.
#pasal la budak kecik ni wangi sangat kan... jauh lebih wangi dari baby tua! :p



sekian aktiviti malam Jumaat saya...
kan dah kata, bebas dari unsur2 lucah! :p




Thursday, December 27, 2012

Jeritan batin teriak kata TAK BEST!



kembara ini masih panjang.
terkadang perjalanan ini sangat melelahkan... 
ada kala jiwa rapuh oleh tangisan. 
sesekali aku bertahan... melepas nafas kelelahan... 
aku masih mencari aku yg hakiki dalam arca diri... 
ILAHI, bantulah aku mencari aku...


 #lamanya tak menangis kerana hal2 duniawi
tak best dowwwww~~~
tak setenang menitiskan air mata di tikar sejadah...






Wednesday, December 26, 2012

WordlessWednesday ~ Gua Rock tapi gua beriman! :)



satu-satu... sayang pada Allah...
dua-dua... sayang Rasulullah...
tiga-tiga... sayang ibu ayah...
saaaaaaaaaaaaaaaaaaayang semuanya... 


bersama peminat cilik! :)

#Yuna bukan idolaku! :p







Monday, December 24, 2012

Ucapan dari diri untuk Birthday sendiri :)



12 + 12 = 24 
campur & pusing terbalik jadi...
.
.
.
.
V

24. 12 . 12
ada apa dengan 24.12.12???

 mestilah ada sesuatu...

Alhamdulillah...
Hari ini 24.12.12; genap 29 tahun aku bertatih mencari cinta ILAHI. 
dengan perjalanan hidup yang bermacam fasa telah  ku lalui, syukur ya Allah...
 telah KAU panjangkan usia ku hingga ke hari ini dgn setiap hela nafasku adlh ihsan dariMU. 
malah, kau kurniakan lagi kebahagiaan lain untukku. 
jadi, NIKMAT apa lagi yg hendak ku dustakan?!
 
seiringkan pertambahan usiaku agar selari dgn pertambahan IMAN & TAQWA ku padaMU... 
tetapkan aku di jalan indah ini... jadikan ujian dan dugaan itu sebagai tanda CINTAMU padaku...
 
hampir setahun simpan niat nak puasa di hari kelahiran sendiri...
tapi bila Allah tak mengizinkan, siapa aku yg bernama WANITA utk menolak. huhuuu~~~



24.12.1983 - aku dilahirkan ke muka bumi ini melalui rahim wanita ini...
wanita yang ku panggil MA...
hari ini, genap 29 thn Allah meminjamkan beliau untuk terus berada di sampingku...
syukur tak terhingga ya Allah...
KAU panjangkanlah usianya dalam iman dan berikannya kesihatan yg baik 
serta semoga hidupnya dalam redha KAU sentiasa...



hadiah pertama untk birthday ke-29 adalah dari anak buah.
RM1 utk cikna sebab angah tak kerja lagi.
oh tacing lap air idung cikna.
rasa nak frame jer duit singgit ni!
#birthday angah adalah 31.dec! penutup tahun. hehee...



semalam birthday anak buah; Putri Alia.
hari ni makbuah lak menyusul.
memang ramai anak cucu cik esah termasuk cik esah sendiri lahir bulan 12.
5 orang semua! :)


LOVE my family!!!
oh, family dalam undang2 jugak!!! 


# TAK SABAR NAK MASUK 3 SERIES! :)







Friday, December 21, 2012

Seringkas DOA yang padat




Antara tanda kita sedang dalam keadaan BAHAYA dengan ujian KEJAYAAN yang dikecapi adalah WAKTU BERDOA kita semakin PENDEK.


ya... aku sangat takut dan rasa bersalah amat bila tak berdoa lepas solat.
sesibuk mana pun... segesa mana pun... akan ku usahakan walau seringkas-ringkas doa.

doa paling ringkas+padat yang menjadi amalan selepas tiap kali solat:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

AMIN YA RABB...


# Berdoa itu bukan hanya keperluan selepas solat... berdoalah di mana jua dalam apa jua keadaan kerana hanya Allah tempat kita bergantung harap... ALLAH sentiasa ada!








Thursday, December 20, 2012

MAK BUAH yang bangga dengan ANAK2 BUAH

Saya adalah mak buah yang sangat2 gembira bila anak2 buah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan. rasa nak dukung2 nak lambung2 tinggi2! ohhh~~~ saya memang mak buah yang hover bila teruja!

 ini nama manjanya KAKAK - anak buah kepunyaan mak buah yang paling tua.
ramai cakap muka kami seiras. jangan heran sebab bila tengok bapak KAKAK, kami seperti kembar lain jantina. bapak kakak adalah abang ngah saya yang bersuara petir seiring sejalan dengan jawatannya sebagai seorang askar.
ALHAMDULILLAH, semalam KAKAK dapat 8A's in PMR!
tahniah kakak! cik na happy giler giler gilerrrrr untuk kakak. jangan lupa sujud syukur yer kakak.
bila tanya nak hadiah apa, kakak cakap: "ape2 jer cik na... dapat 8A ni pun hadiah jugak"
tetiba rasa nak lap air mata sebab anak buah cik na memberi jawapan yg sgt matang. 
tetiba.  mak buah kamu ni memang drama queen! ngeheee...
 kita jumpa ahad nanti yer... siap ada request, mintak pak buah bacakan doa selamat. naseblah kakak... cik na rasa achik tu baca doa makan jerla kot! huhuuu..




oh ini pulak anak buah kepada mak buah secara undang-undang hasil perkongsian hidup dengan pak buah. walaupun pertalian anak buah vs mak buah secara undang2, wajah kami macam seiras jugak kan?! sudah ditakdirkan wajahku ini wajah universal a.k.a bersepah... ramai betul wajah seiras. mungkin wajah komersil barangkali! muahahahaa~~~
ops, lupa nak kenalkan nama... nama manjanya juga KAKAK. cucu perempuan paling sulung dalam keluarga dalam undang2 ku. ALHAMDULILLAH.. berjaya mendapat 5A's in UPSR.
dapat result terus wassap gambar slip resultnya kat mak lang! dari Terengganu datang KL untuk meraikan kegembiraan bersama! :)


OHHHH~~~ tak beranak tak bererti saya tak punya anak!
dikelilingi ANAK2 buah yang berpuluh dari kedua-dua buah keluarga cukup membahagiakan!


#eh, bebudak sekarang memang bijak2 erk???



Jangan kita merasakan kejayaan yang kita perolehi itu adalah hasil dari usaha dan kerja keras kita... semuanya adalah rezeki dari ALLAH...




Tuesday, December 18, 2012

Saya dan Online Shopping ~ terjebak dan sangat mengundang namanya!

Seumur hidup aku... iniiiiiiiiii yang pertama... (eh... ternyanyi lagi Ukays pulak) 

Seumur hidup yg lagi beberapa hari nak sambut birthday terakhir dgn angka 2 di hadapan (lepas ni masuk 3 series ler pulek), baru sebulan 2 ni saya terjebak ngan ONLINE SHOPPING. bagi saya, tiada kepuasan BERSHOPPING selagi mana takleh try dan ramas2 mesra barang yang nak dibeli tu. specially baju! memang tak berani. even depan mata pun, kalau takleh try, saya TAKKAN beli!

tapi sekali terjebak memang mengundang lah! memang not good lah!

bermula dgn bad experience hingga letih menanti handbag jurulatih yg tak kunjung tiba tapi nasib baik masih menyebelahi yg mana wang dipulangkan...

tak serik, terjebak pulak dgn Nur Aisyah Hijaber; beli inner neck marocco berzip. hasil memberangsangkan! inner neck terbaik setakat ni. yg sebelum ni semua buat pekasam... dan skrg simpan niat utk beli beberapa helai lagi. ;)



http://www.facebook.com/nuraisyahijaber
Inner Marocco Zip - rm 18/pcs



duduk tak lama, mencuba nasib dengan shawl bawal FARAHiskandar. ohhhhhh~~~ juga tak menghampakan! memula risau jugak sebab kalau dah nama bawal tu, tebal mana lah sangat kan... sampai2 jer kat ofice, terus masuk toilet pakai. oke, kelihatan sedikit tak menyempat di situ tapi... well... my name is Cik Kaki... hiks~~~ bila pakai, ehhhhhhhhhhhhhhh~~~ okelah! material memang nipis tapi disebabkan ia adalah lebar, dililit-lilit maka hasilnya memberangsangkan. tapi... yer ada tapi... untuk penggunaan tanpa rasa was2, baik pakai inner neck.

 percubaan pertama versi tak menyempat sejurus menerima parcel lalu digayakan dalam bilik air office dan lalu memaksa office mate snap-kan. :)

 percubaan ke-2 selepas dibasuh dan dihilangkan bau kedainya. :)
lebih selesa dgn cara pakai begini; lebih labuh di bahagian belakang



masa pakai bawal shawl ni, suami suka... katanya nampak macam zaman2 kat U dulu. nak kate i nampak muda belia ler tuh!!! dengar jer laki cakap gitu, tak tunggu lama, terus zassss beli lagi 2 lai dengan MIROBANA SHOP.


Mirobana Shop: TRIBAL SHAWL
Shawl bidang besar (180cm X 110cm)
Material : Polyester
RM30 inc postage


 ohhhhh~~~ suka lagi!
pemakaian bawal shawl ni saya pakejkan dengan inner neck marocco berzip di atas untuk penggunaan secara yakin dan tanpa was2! takderlah kes ternampak batang tengkuk jinjang dan telinga capang kan... ;)



lepastu...


ada lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~

dalam kata taknak beli baju secara online... TERBELI jugak sehelai jubah. 
dalam hati kata.. jubah jer pown. kalo terbesar takperlah... jubah kekdahnya.
kalo terkecik, kite buat LELONG2... JUAL2 MURAH2! ngeheee...

 


custom made jubah. memula nak cenggini... tapi tetiba terbekenan yang ada 3D roses mint color. gambar is yillek. masih menanti dan dah berada dalam dakapan nanti, saya review dan fotogedix secara sopan dan penuh kesusilaan di sini yer... kalo oke, saya akan terus meng-custom made-kan jubah ngan SIFU jer... :)   

oke, pengajaran untuk diri sendiri: takkan dah kot terjebak ngan online shopping yg melibatkan angka pulus yg beberapa angka kosong ni. cukup ngan amaun yg kecil dengan keberangkalian kalau barang tak sampai, takderlah sampai rasa nak pitam bangun sambung pitam balik sampai 13 kali!!! 

ok, sekian dulu tentang saya dan ONLINE SHOPPING.

 "Let us veil our aurah for a bright akhirah"

 

 

Monday, December 17, 2012

Orang beriman pasti diuji... digasak dan digoncang iman di hati




Bersabarlah wahai akhi, wahai ukhti...
Kerana sudah termaktub lagi abadi,
Di dalam kitab agung nan suci,
Betapa orang beriman pasti diuji,
Diasak, digoncang iman di hati,
Seperti Khabab, si sahabat Nabi.

Bersabarlah wahai akhi, wahai ukhti...
Sepertimana sabarnya si Nabi,
Tidak gopoh berlari-lari,
Kerana dia tahu dan pasti,
Jika tidak menang di dunia ini,
Pasti menang di sorga abadi...


inspired by Angel Pakai Gucci


Friday, December 14, 2012

Kebanjiran Majlis Ilmu (15.Dec.2012) - nak Ladies Day Special? nak Konsert lagi hebat dari maharaja lawak mega? semua ada!!!


Alhamdulillah... 'kebanjiran Majlis Ilmu' amatlah membanggakan...
Ada di mana-mana dan pilih saja mana satu mahumu!

Mahu Ladies Day?!

|
|
|
V


Majlis Ilmu Marathon dari subuh sampai isya' di Masjid Al Ridhuan Hulu Klang
bunyi jer Ladies Day Special... yang jejaka tampan dan macho pun boleh join jugak... :)
#See, majlis ilmu pun ada LADIES DAY tau... bukan takat tgk wayang atau cucuk langit jer... :p




nak konsert lagi hebat dari konsert maharaja lawak mega?!
|
|
|
V

'konsert' Ustaz Azhar Idrus 
di Stadium Taman Malawati Shah Alam
yer2, jangan garu kepala tiada ketombe, Majlis Ilmu tidak terhad di Masjid sahaja! 
kalau boleh bersesak jammed gilos untuk gi tengok bola, tak jadi kudisnya kalau untuk majlis ilmu kannnnnnnnnnnnnnnnnnn~~~
#stadium; kalo bkn untuk bersukan, baik wak majlis ilmu dari konsert k-pop yer dok? ngeheee...





Susah ke jadi baik dan kekal baik???


Dalam ada yang gigih berlumba-lumba membaiki diri untuk menjadi lebih baik
dengan pelbagai ujian dan dugaan datang menimpa... 
ada juga yang baik berubah menjadi semakin jahil... bangga menjadi semakin seksi dan daring.
kalau dulu kita pernah mengagumi mereka mampu menutup aurat dengan sempurna sedang kita masih terkinja-kinja dengan fesyen2 tahhapehape... 
dalam hati; bila aku nak jadi baik seperti mereka?
hari ni sedih melihat mereka... 
bukan merasa diri sudah baik, tapi terfikir; susah sangat ker nak kekal jadi baik?
ketakutan yang besar yang kupendam dalam2...
sumpah, ketakutan yang besar yang membelenggu diri sendiri...
tapi aku harus bersangka baik; ALLAH KAN ADA!
selagi mana kita ingat padaNYA... DIA takkan lupa pada kita...

lalu teringat kata seorang ustaz;
iman dan takwa itu harus sentiasa digarap... jangan biar berkarat.
nak jadi baik memang lambat. membina mengambil masa, meruntuh sekelip mata...

berhenti untuk buat baik kerana merasa diri sudah cukup baik...
hasilnya... sedikit demi sedikit Allah tarik nikmat Iman dan taqwa dalam diri...
hidup satu perjuangan... berjuang dengan nafsu sendiri... syaitan apatah lagi.
teruskan bermujahadah... jangan pernah lelah, jangan pernah berhenti...
sesungguhnya hidayah milik Allah,
berjuang untuk istiqamah itulah tanggungjawab besar kita sendiri...

semoga Allah bantu kita...
untuk terus ISTIQAMAH di jalanNYA...
jangan berhenti muhasabah diri untuk perbaiki diri...
dan alangkah indah lagi jika kita mampu menarik tangan-tangan lain jalan bersama di jalan mujahadah ini...




Thursday, December 13, 2012

BEBAS jangan sampai terBABAS

ISLAM itu DINAMIK, KREATIF dan PRODUKTIF.
Kita boleh saja lebih inovatif dan kreatif dengan pelbagai pendekatan.

Panjatlah gunung, 
berenanglah di sungai,
redahlah belantara,
namun AKIDAH, SYARIAT dan AKHLAK wajib dijaga.

BEBAS tapi jangan TERBABAS!




Jangan sampai kegilaan kita pada dunia menjarakkan kita dengan akhirat. 
letakkan akhirat di hadapan mata, dunia di bawah dagu...



Wednesday, December 12, 2012

Friendship bonding time


Me and my laling mek sayam AISYA KHUZAIMAH

ber-meat balls di IKEA





@ my Baiti Jannati.
Aisya datang bawak NASI KOMOK (nasi ala2 nasi minyak versi Thailand) - super sedap! 
bersama DURIAN CREPE super delicious. tuan rumah sedia pinggan mangkuk bancuh kopi kampung goreng kuih segera oh sungguh gembira lalalalaaa...


 Mekasih kammooo laki bini bawak kami laki bini makan nasi arab super best ni. tak nyesal lah terjebak dengan xtvt jalan2 cari makan jauh alam di hari bekerja! 
(lokasi akan dikongsikan sebab memang best!)




Me with my gonjeng NEENA ANUAR



@ my Baiti Jannati lagi...
 berDURIAN CREPE versi high tea la kengkununnye... 
nak blanje member high tea kat hotel x mampu... kat umah pon jadilah kan... ;)


hidangan high tea lah kununnyer tu...

pencinta DURIAN CREPE kata durian crepe dari AnnaBaked@Home sedap gilos! makan sampai separa gilos. gigit kecik2 sebab sayang takut abes! :p


setelah sekian lama tak berfotogedix... ;)



i love all my friends!
cuma terkadang masa dan lokasi yang terbatas untuk kita togeder-geder...
tapi percayalah... ukhwah yg terjalin sentiasa tersemat di sanubari...
doa kudusku sentiasa mengiringi perjalan hidup kalian...



dan dikongsikan isi2 kuliah bertajuk SAHABAT dalam TANYALAH USTAZ di TV 9:

  • peranan sahabat bila sahabat sakit:
  1. ziarah; ada kerberkatan pada sebuah ziarah itu.
  2. berdoa; tanda kasihnya kita pada sahabat
  3. mambantu dari segi kewangan
  • bersahabatlah dgn perjuangan Islam.
ya Allah, jgn Kau bolak balikkan hati kami setelah KAU memberikan hidayah dah taufik Mu ya Allah. berikanlah kami sahabat2 yg dapat membantu utk membaiki diri kami. jadikanlah kami sahabat yg baik utk sahabat kami ya Allah... jauhkan kami dan sahabat2 kami dari sifat fasik, munafik dan kufur ya Allah...


Yang mudah yang bukan untuk diambil mudah




Sepatutnya, apa yang kita pakai ke tempat kerja, kelas, santai, beraktiviti or anything, boleh dijadikan pakaian untuk bersolat jugak. tapi ramai yang tak yakin nak bersolat dengan pakaian yg dipakai, sebab apa?


sebab para muslimat sendiri sedar pakaian yg dipakai tak memenuhi tuntutan syarak contohnya nipis, ketat, tak pakai stokin, mendedahkan aurat etc


Islam itu mudah, kalau kita ikut, faham dan praktik betul-betul apa yang Allah suruh


# Sumber: Facebook



ISLAM itu MUDAH tapi bukan untuk DIAMBIL MUDAH!

love banyak-banyak untuk kesayangan! :)



Monday, December 10, 2012

Macam mana saya tahu saya KEGUGURAN

Sambung lagi kisah pengalaman mengandung yang kurang seminggu cukup 3 bulan itu. 

Soalan glemer yang diajukan adalah macam mana saya tahu saya keguguran?
ramai yang tanya, bleeding ker?
ok, jawapannya TIDAK. saya langsung tak bleeding.
habis tu???
sabar la... nak story the mory ler ni... :p

ceritanya begini...
sepanjang tempoh pregnancy saya, 'baby' adalah tak banyak ragam. saya takder morning sickness tapi night sickness. baby sporting sebab mungkin tahu kalau siang mummy nak pergi kerja kan... cuma malam, saya akan demam, sejuk n gastrik. so, tak heran sangat sebab saya boleh bantai rehat dan baring seterusnya zzzz. segala mak nenek kerja goes to daddy nyer. daddy kiut sangat bila 1st time bancuhkan milo 3 in 1 pun gegak gempita 1 dapur! hikssss~~~
siang standard orang mengandung la kan, lenguh2 n sakit badan... muntah2 sket2... selera makan pun berubah sikit dari biasa... suka makan pizza u! :p

pada minggu ke-11 (17-23.June.2012), saya rasa badan saya lain sangat... rasa 'ringan'. kuat dari biasa. dan instinct seorang ibu: TAK SEDAP HATI SANGAT! appointment ngan Dr. Suriati (yer, saya continue check up baby ngan my gyne sebab dia dah faham asal usul kejadian budak dan masalah mak budak) sepatutnya  24.June.12. tapi memandangkan minggu tu hati sangat2lah tak best dan saya fikir macam2 dan kemuncaknya pada 22.June.12 (jumaat), saya dah tak tahan... call doctor cakap saya kena jumpa doc malam tu jugak! doc kata boleh datang tapi orang ramai sikitlah... takper, saya sanggup!

bila sampai turn saya, seperti biasalah... temu bual soal siasat oleh doc. last skali soalan dia:
doc: "2-3 hari ni memang takde rasa loya2 nak muntah ker?"
saya: "takde... cuma tadi jer masa nak datang sini saya loya tgk itik gantung"
doc: "saya yg tak ngandung pon loya tgk..." hehehheee...

so, next prosedur, scan atas bawah... dan riak muka doc tenang jer...

terngiang-ngiang lagi ayat doc: "saya terus terang jerla yer... heart beat baby dah takde... kantung pun dah not in shape lagi" bla3.... ayat susulan lain dah tak ingat aper dah...

scene2 seterusnya tu haruslah scene air mata kan... malas lah nak citer.

saya: "takpe doc... saya dah set mind dari awal lagi... saya dah bersedia untuk terima segala kemungkinan"

pung pang-pung pang doc bagi nasihat, ayat2 sedapkan hati, contoh2 kegagalan orang lain dan bincang pasal D&C bagai...

saya: "doctor, boleh tak saya nak gi bercuti dulu sebelum D&C. balik bercuti nanti baru wak d&c boleh?"

doc: "boleh... bagus jugak. tenang2kan fikiran dulu... tapi jangan oversea la... dekat2 jer... kalau ape2 jadi, senang nak pantau"

maka, terjadilah percutian 2D1N ke Thistle Hotel, PD (24-25.june) sebelum  D&C pada 27.June.12.

oke, itu ajerlah kisahnya... xder drama mana pun...


percutian 2D1N dengan kulit album berjudul: "PencarianKetenangan@ThistlePD" :p
kalau rajin saya wak story bergambar erk...



#eh, ini story bukan untuk mintak simpati erk... ni lebih menjurus kepada sharing is caring lah sangat. so, ayat2 simpati tak diterima sama sekali! cukup doa2 untuk saya diberi rezeki yang terbaik oleh Allah. :)



Makan sate manusia?! bunyik macam gila tapi itulah hakikatnya...

Hari ni bacaan 'surat cinta' sampai kepada surah ke-49; Surah Al-Hujurat.
saya tertarik untuk kongsi terjemahan ayat ke-12 yg berbunyi:


"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah seseorang antara kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah adalah al-Tawwab (Maha Penerima taubat), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani)"
[Surah Al-Hujurat; Ayat 12]


sebelum ni saya ingat mengumpat = makan daging manusia tu main2 jer... 
siap wak joke bangang lagi ngan kengkawan; 
"wei, jom makan sate manusia!" <~ ayat ni biasa digunakan bila ajak member2 gossiping. 
ya Allah... jahilnya kami ya Allah...

Alhamdulillah, hari ni Allah bagi pencerahan yang sangat jelas untuk saya... 
dan adalah sangat gembira untuk saya kongsikan dengan sahabat2 kesayangan saya...



makan daging vavik jelasla haram...
bagaimana mana dengan kita yang makan daging saudara sendiri???






Friday, December 7, 2012

Masih terpilih tidak tersisih



Dalam kelam, suram masih ada HIDAYAH
TUHAN tidak melihat pada aksi dan seri wajah
tapi selagi punya HATI yang masih sudi merintih oleh dosa, oleh alpa...




Kiranya masih terpilih tidak tersisih
menjadi seorang hamba yang soleh lalu aku, kamu dan kamu-kamu harus bangun
menuju jalan itu, jalan satu di ribuan liku

Aku, kamu dan kamu-kamu ada teman
aku, kamu dan kamu-kamu ada TUHAN
di situ jalan cahaya
kita bangkit daripada gelita
melangkah satu demi satu dengan waja...


#DI MANA DIA DI HATIKU?




Bulatan Gembira #Kepulangan yang dinanti...


Cara terbaik utk membantu diri supaya terus istiqamah adalah; berikan hati sentuhan peribadi iaitu tarbiah Islamiah yang akan recharge balik semangat kita. so how? saya pilih BULATAN GEMBIRA aka USRAH!

Alhamdulillah, malam tadi diberi kesempatan untuk terus berbulatan gembira bersama Murobbiah kesayangan kami selepas sebulan lebih tak jumpa. bersiaran secara eklusif di rumah Ustazah. So malam tadi, sesi bulatan gembira lebih kepada episod menziarah melepas rindu kat Ustazah yang penuh perkongsian tentang keindahan dan kehebatan Tanah Suci. tentang keberkatan doa. oh banyak tentang yang membuat diri semakin melonjak-lonjak ingin ke sana.

melepaskan kerinduan yang terbeban... 
yeaaaa~ Murobbiah kami sudah pulang! pulang dengan wajah yang berseri-seri dan semakin slim dengan title tambahan sbg HAJAH. hajah atau tidak, Ustazah tetap the best! kesayangan ✿ Usrati Jannati ✿ (Usrati Jannati adalah nama manja group usrah kami)


Syurbah air tangan Murobbiah untuk mutarabbiahnya yang super delicious!
confirm ramai tak tahu ape tu syurbah kan?!
Syurbah ialah bubur khas dari Arab yg di buat dari bahan utama beras wheatmeal serta daging kambing muda, dicampur santan, merica dan rempah-rempah. Bubur ini sangat menggoda selera dengan aroma yang khas. cicah ngan roti mmg umph!
saya kenal syurbah ni pun dari Ustazah. ni kali ke-3 makan dan ke tiga-tiganya air tangan ustazah! heheee... super sedap!!! up lagi sayang kat ustazah! ;)
 

inilah geng bulatan gembira saya yang super osem!
havoc abes rumah Ustazah malam tadi. memacam cerita nak story sampai berebut-rebut nak bercakap! hahahhaaa... tapi paling klakar, tengah cakap2 tu terus stop bila nak ambil gambar! korang memang cute!


Semoga ukhwah yang terjalin ini berpanjangan hingga kita sama2 berjiran di Jannah Ilahi (angan tinggi melangit buat motivasi mengejar syurga)... saling menemani perjalanan di dunia fatamorgana ini hingga sampai ke destinasi. love love loveeee... love uols Lillahi Taala...



Thursday, December 6, 2012

Entry khas buat TTC'ian (Trying To Concieve) - sharing my treatment; hospital mana? kos berapa?


 Hadiah terindah dari ALLAH di ulang tahun perkahwinan yang ke-5.
kehadiran kurang seminggu cukup 3 bulan yang sangat2 membahagiakan :)
catatan sebuah memori di SINI


Sejak 5 bulan lebih tragedi air mata sob2 ni berlalu... ramai geng2 TTC yang PM tanyakan treatment yg saya ambil untuk pregnant. InsyaAllah, hari ini saya akan lapangkan sedikit masa untuk share treatment2 yang saya ambil. tapi ingin diingatkan, treatment2 ini hanya sebagai satu USAHA. hakikatnya... KUNFAYAKUN; BILA MANA ALLAH KATA JADI, MAKA JADILAH. percayalah... segalanya atas aturan DIA yang maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA...

sebenarnya, dalam masa 5 thn ni saya dah usaha mcm2. berurut, jumpa bidan, jumpa ustaz2. thn kedua saya pernah wak check-up, xder masalah aper. so, saya continue jumpa ustaz n try perubatan homopati.

tapi usaha secara intensive saya mulakan di awal tahun ini (2012). saya start amalkan debunga kurma (serbuk kurma) ngan madu. minum tiap pagi... secawan utk sendiri... secawan utk laki! minum sambil bayangkan meneguk secawan horlick! euuwwwwww~~~
pastu try kurma ngan susu kambing fresh. sila gugel cara pemakanannya yer. banyak info pasal ni.



pastu saya amalkan surah Maryam ayat 1-7 setiap kali lepas solat maghrib. saya juga jaga pemakanan di mana saya yg nescafe addicted stop minum nescafe (pengorbanan terbesar! heheheh)

awl bln 3, atas suggestion beberapa kawan dan boss suami, kami setuju ambil treatment to get pregnant dgn Dr Suriati, gyne Hospital Pantai Cheras. treatment-nya berperingkat:
  • memula scan (atas - bawah **tak faham?! gugel! :p**) - lulus! takde apa2 masalah. saya adalah normal dan bebas dari segala cyst or whatever problem. kira ikut doctor nya, takde masalah untuk mengandung la... 
  • pastu buat blood test utk cek hormon. kalo ade hormon kurang ker aper, dia akan bg pil hormon. alhamdulillah, hormon saya masih di tahap wanita normal. heheeeee lagi~~~
dan bermulalah treatment2 seterusnya:

treatment cycle 1:

tunggu 2nd day period, akan mkn pil kesuburan. tunggu 10th day- akan masuk kamera kut 'bawah' scan telur2. pastu akan suntik ubat kat perut utk matangkan telur n bantu menggerakkan telur ke tiub fallopio. masa ni doc akan bagi tarikh dan masa utk 'together-gether' ngan suami. sila jangan terkejut kalo kena 'masa' pukul 1 pagi atau 3 petang di mana itu adalah hari bekerja! hahahaa...
kemudian doc akan bagi prediction date next period kita. kalo tak period, pergi seminggu kemudian, anda mungkin berjaya! yuhhhhuuuuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~

cycle 2:
ulang lg cycle 1. dengan izin Allah, saya berjaya di stage ini. dahla masa cycle ni, saya kena cucuk ubat di perut sendiri sebab masa gi klinik tu telur tak berapa matang lagi. so, doctor bagi segala kelengkapan untuk cucuk sendiri esoknya. woiiii, ni giler nyer scary scene ah! dah lah laki mak hati tisu over dari saya lagi kekdahnya. jangan harap mintak tolong dia cucuk, nak tengok pon dia tak sanggup! terpaksalah, saya wanita badang dengan cool nya cucuk sendiri u! oyeahhh~ azlina memang iron lady! muakakkaaa~~~

kepada yang bertanya tentang kos, treatment tu tak mahal sgt sebab Dr. Suriati ni bukak private clinic kat alam damai. kalo under hospital pantai cheras, bersedia untuk lap peluk dalam aircond ler... kalau nk jmp kena by appointment n biasanya jmp dia 6 ptg -10 mlm pd hari tertentu sebab most of the time dia kat hospital pantai cheras la. kos treatment dia base on appointment; jenis ubatan dan treatment aper kita ambil masa appointment tu. dlm rm100-rm250. dr awl treatment hingga berjaya di cycle ke-2 tu, saya habis almost RM1K++ gitu jer.

kalo ada TTC geng yg berminat, ni no phone clinic dia:
KLINIK KELUARGA & KLINIK PAKAR WANITA SURIA
NO 2F, JALAN DAMAI RAYA 1, ALAM DAMAI, CHERAS, KL
# landmark: sebelah Old Town White Coffee Alam Damai.

Tel No: 0391057620
# kalo nak kol, kol ptg2 dlm kul 3 ke atas yer...


 
saya sgt recommend Dr. Suriati ni. sangat2 humble. dan selalu menjawab soalan2 cepu cemas saya dengan cool nyer! hahahahaa~~~  i love her!!!
lepas saya keguguran, siap kol tanya khabar saya. up lagi sayang kat doctor!

D&C pon saya buat ngan Dr Suriati. pengalaman D&C? kos D&C? 
saya share later k...

Buat geng TTC, please jangan sedih jangan bermuram durja... kita hanya berusaha dan segala usaha kita pulangkan kepada YANG MAHA MEMBERI. jom kita ubah konsep, TAWAKAL & DOA dulu sebelum USAHA. hati pasti redha... mampu tersenyum dan gembira! lalallalaaaaaa~~~

oh lupa... ada lagi satu saya nak kongsi dengan geng TTC saya. bila buat treatment, tipulah kalau kata kita tak letak paper harapan kan... tapi please sayang2ku... jangan letak harapan terlalu tinggi! bak kata my darling gf: 'bila selalu bawa hati terbang tinggi tinggi ikut suka hati, dan tetibe terseliuh sayap, jatuh gaya bebas mencapai halaju dan pecutan graviti bumi.. (~_~) sakitnya jatuh.'. jadi jangan biar diri jatuh pada halaju pecutan graviti yang tinggi. terbang sesedang sajer. agak2 jatuh di tahap terkawal. tak faham? terlalu puitis? alaaaa... biasala jiwang2 sket bebeh! :p

Cuma satu pesan saya, carilah DOKTOR PEREMPUAN ISLAM. dalam treatment ini, akan ada scene2 pegang2, menyeluk di tempat giler bapak sulit... dosa k, bagi doctor lelaki pegang tengok segala tu melainkan DARURAT dan please lapangkan sedikit masa, gugel kat youtube ceramah2 Ustaz yg mendifinasikan situasi DARURAT tu. sesungguhnya mahkota kita milik suami shaja! yeayeahhhhhhhhhh!!!


# sekadar coretan kosong:
jika baby masih hidup, mungkin sekarang saya dah jadi macam donut jatuh dalam air (boleh bayang tak cemana kembangnya donut jatuh dalam air?) membawa kandungan berusia 7 bulan. ikut prediction, saya akan bersalin tgh bulan 2. tapi itu kalau baby masih adalah... its oke, baby... tenang kamu 'di sana'... tunggu mummy n daddy k sayang... InsyaAllah, mummy n daddy akan cuba semampu habis untuk jadi hamba Allah yang baik supaya dapat bertemu baby di Jannah Ilahi...
*senyum sambil lap air mata*





Wednesday, December 5, 2012

Malam Cinta Rasul bersama HABIB SYECH ASSEGGAF

 20.Oct.2012
 
Malam cinta Rasul di Masjid KLCC bersama HABIB SYECH ASSEGGAF
Lantunan suara & dendangan qasidah daripadanya boleh meluluhkan hati.

"Cinta jika dinisbahkan kepada yang layak maka ianya sangat luarbiasa. 
Takkan kita jumpa lagi cinta para sahabat r.a kepada Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم"


Cinta di balas cinta

 
ya ALLAH,
 jadikan aku ummat terpilih untuk menerima syafaat dari Rasul ku Nabi Muhammad saw...
 
 

 Pilih mana satu mahumu... bangunan kiri atau kanan?
 jika mahu memilih keduanya pun tak salah... :) 


 kali ni aku pilih bangunan yang kanan...
tapi terkadang terlajak juga aku ke bangunan yang kiri. untuk apa? shopping!
tak salah, asal tahu seimbangkan antara keduanya... :)


 Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib dan Isya'


 HABIB SYECH ASSEGGAF
ya ALLAH... rindunya aku kepada Rasulku...


 HABIB ALI
Menceritakan kisah Rasulullah dan pokok kurma yg menusuk jantung. 
mungkin pokok kurma itu lagi mulia dariku... :(




di Majlis ini...
aku ditemukan dan berkenalan dengan insan2 hebat...
jangan gusar kesayangan... biarpun kau datang sendirian, di Majlis ini kamu takkan bersendirian. Mana lagi tempat lebih mulia untuk kau dapatkan sahabat kalau bukan di 'rumah Allah' kan?! ambil kesempatan untuk kamu berukhwah dalam mencari cinta Allah...

 dan tanpa janji temu... berjodohan dengan sahabat2ku!
Allah menggerakkan kita ke Majlis ini dan siapa sangka... aku bertemu sahabat2ku di antara ribuan yang hadir... oh sungguh indah! terus peluk ketat-ketat, laga-laga pipi! saaaaaaaaaayang kamu-kamu!


lepas majlis, menjamu selera dengan nasi ayam free...
melihat gambar ini, hati ku melonjak... seperti di Masjid Nabawi rasanya!
ya Allah, permudahkan urusanku... aku mahu menjadi tetamu Tanah HaramMU...


di lewat malam di tengah Kota Metropolitan...
ku temui ketenangan...


terima kasih suami, bawaku 'berhibur' di malam minggu...


WE LOVE RASUL!