Showing posts with label blogger frenz. Show all posts
Showing posts with label blogger frenz. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Friendship bonding time


Me and my laling mek sayam AISYA KHUZAIMAH

ber-meat balls di IKEA





@ my Baiti Jannati.
Aisya datang bawak NASI KOMOK (nasi ala2 nasi minyak versi Thailand) - super sedap! 
bersama DURIAN CREPE super delicious. tuan rumah sedia pinggan mangkuk bancuh kopi kampung goreng kuih segera oh sungguh gembira lalalalaaa...


 Mekasih kammooo laki bini bawak kami laki bini makan nasi arab super best ni. tak nyesal lah terjebak dengan xtvt jalan2 cari makan jauh alam di hari bekerja! 
(lokasi akan dikongsikan sebab memang best!)




Me with my gonjeng NEENA ANUAR



@ my Baiti Jannati lagi...
 berDURIAN CREPE versi high tea la kengkununnye... 
nak blanje member high tea kat hotel x mampu... kat umah pon jadilah kan... ;)


hidangan high tea lah kununnyer tu...

pencinta DURIAN CREPE kata durian crepe dari AnnaBaked@Home sedap gilos! makan sampai separa gilos. gigit kecik2 sebab sayang takut abes! :p


setelah sekian lama tak berfotogedix... ;)



i love all my friends!
cuma terkadang masa dan lokasi yang terbatas untuk kita togeder-geder...
tapi percayalah... ukhwah yg terjalin sentiasa tersemat di sanubari...
doa kudusku sentiasa mengiringi perjalan hidup kalian...



dan dikongsikan isi2 kuliah bertajuk SAHABAT dalam TANYALAH USTAZ di TV 9:

  • peranan sahabat bila sahabat sakit:
  1. ziarah; ada kerberkatan pada sebuah ziarah itu.
  2. berdoa; tanda kasihnya kita pada sahabat
  3. mambantu dari segi kewangan
  • bersahabatlah dgn perjuangan Islam.
ya Allah, jgn Kau bolak balikkan hati kami setelah KAU memberikan hidayah dah taufik Mu ya Allah. berikanlah kami sahabat2 yg dapat membantu utk membaiki diri kami. jadikanlah kami sahabat yg baik utk sahabat kami ya Allah... jauhkan kami dan sahabat2 kami dari sifat fasik, munafik dan kufur ya Allah...


Thursday, September 27, 2012

Cerita raya tak abis lagi! - bukan Open House lagi tapi tetap Open pada yang nak datang beraya.

Perasan tak, tahun ni raya macam kelam kelibut sikit. macam tak banyak masa. oooooooo~~~ puasa x cukup sebulan, ada hati nak raya sampai berbulan kan... ni lah manusia... time puasa tak semenggah mana, time raya ni pulak yg hover! kalo bagi raya 2 bulan pon mesti tak cukup lagi...

ziarah tuuuuuuuuuu... x semestinya bulan raya jer tau! O oke! ;)
tapi kan... bila ziarah bulan raya ni lain sikit feelnya. kesan dan akibat bila adat jadi kebiasaan gamaknya kan...

oke, back to cerita asal...
walaupun open house dah berlangsung, tapi kami idok lah terus 'close house'. still open pada yang mana sudi datang beraya. tapi food ala kadar jerla...

dan di kesibukan Aidilfitri ini,  Alhamdulillah... saya diberi kesempatan untuk bertemu dengan seseorang yang dah lamaaaaaaaaaa sgt kami plan nak jumpa. dari sorang di KL sorang di KT hingga  keduanya jadi penduduk tetap kota metropolitan yg banyak dugaan dan cabaran tapi dicoolkan dengan shopping2 mall untuk terapi... dari badan slim kpd keduanya berbadan gebu comel lote... dari tahun ganti tahun... setelah banyak perkaran hal yg berlaku dan berubah,  akhirnya kami berjumpa di Aidilfitri ini di rumah saya... pertemuan yang penuh drama... dari scene air mata laju cam air terjun bawak ke scene gelak berdekah-dekah. nasib baik para suami pandai bawak diri... keduanya ada sedikit ikatan kimia untuk bukak kelab bual sendiri sebab taknak kacau para binik yang cakap tak henti2... banyak cerita ceriti yang tak mungkin suami faham isi bualan kami. cuma mungkin pelik melihat air mata yg berjuraian... ah, lelaki memang tak sensitif!!! dan-dan! hahahahhaaaa...

siapa dia???


dia adalah PINKY MOMMA kalo ikut nama glemer... nama tak glemer, Nadia. dengan lamaran rasmi, kami kini adik beradik seNUR KASIHan... knape senur kasihan?! biar kami jer yg tahu... hehehhee...

 
gambar blurr... tapi nak letak jugak! :)

Nad sekeluarga...
Bebudak kecik ni panggil Achik adalah comel... Uncle Boboiboy :)




 hidangan sederhana untuk tetamu saya.

tak mampu nak masak beriaya sebab siangnya sebok beraya ke sana ke mari.
lagi pon, tahun ni memang saya beli bahan2 utk masak spaghetti wak stok sesiap. kalo tetiba ada tetamu nak dtg, bahan2 dah ade. tinggal gi beli brg2 fresh  sikit2 jer... 



 mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita.  kita berukhwah kerana Alla...
uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.





Tuesday, September 25, 2012

Cerita raya 2012 datang lagi! - InaAchik's Open House

Baik saya tamatkan cerita raya puasa sebelum lembu Qurban siap sedia untuk disembelih untuk menjadi tunggangan meniti titian sirat di akhirat kelak...

Pada 31Ogos2012 bersamaan 13Syawal1433Hijrah, satu open haouse secara kecil-kecilan tapi meriah berjaya dilangsungkan di teratak kecil kami. Memandangkan rumah kecik jer... pada mulanya nak buat open house untuk jiran-jiran. untuk family tak kisah sangat sebab kitorang dah gather2 n makan2 masa kat kampung. sekarang ni, baru nak kenal jiran. yer, dah 2 kali raya kat rumah skrg, tapi tak pernah ajak jiran2 datang rumah. very the KL n not good lah you! kita sepatutnya dahulukan jiran tapi cemana nak dahulukan kalau tak kenal sesama jiran tetangga kan?! jadi, kami jadikan aidilfitri ini sbg langkah awal selain say hai2 bai2 kat lif. hehehe... alang2 ajak jiran, ajak office mate suami dan saya... alang2jugak, jemput rakan2 bulatan gembira juga... alang2 lagi, jemput kengkawan terdekat jugak. kira2, ehhhhhhhhhhh... ramai nya jemputan kite! kite ni rumah kecik toet jer... panggil jemputan dah lebih 50 org ni... tu pun, ramai jugak yg terlepas pandang. sorrryyyyyyyyyyyyyyyyyy~~~

dalam hati memang risau tau... sebab buat malam, kemungkinan tetamu semua datang serentak. confirm la tak muat ni. so, stand by dari open house ke open room. dan sangkaan ku benar belaka! oyeahhhh, tetamu saya sampai ke bilik! huhuuuuuuu...

memandangkan cik esah masih bersenang lenang di kampung, raya puasa qadha raya haji terus... saya memang kena handle majlis ni berdua dgn suami. memang kelam kelibut! menu, percaya tak saya masak sendiri semua? kalo percaya kesian! saya hanya sediakan kuah kacang + nasi impit + spaghetti + goreng bola2 sotong, ayam dan chicken koktel jer. kemudian saya tempah kakak ipar kesayangan saya datang tlg masakkan mee kari sbg menu utama. sebab kakak ipar saya adalah super osem, dia masakkan saya puding biskut kegilaan ramai dan agar2 santan. rasa nak lambung2 kakak ipar tinggi2 sbg tanda penghargaan yang terucap dgn kata. :)

jom tinjau gambar2 menimbun di sekitar majlis itu.

ruang tamu yg telah dilapangkan seboleh mungkin untuk menampung kedatangan tetamu

 menu-menunya...

 mee kari pelbagai binatang (ayam + udang + kerang dan bola2) yang menjadi buah mulut tetamu saya. semua puji kata sedap tapi sayang, bukan saya yg masak. semua pujian goes to my kakak ipar yg osem. :)

 ni baru air tangan saya... spaghetti yg dimelayukan. menu wajib tiap kali open house setakat ni.

diserikan dengan bebola pelbagai jenis ini. pilihan tepat untuk kanak2. 

juga dilampirkan bersama nasi impit kuah kacang untuk menimbulkan suasana raya. 


 candy station la kununnya ni...
tapi jangkaan tepat pada sasaran, candy, gula, jelly ni yg licin dulu. reward utk kekanak. happy tgk bebudak suka. sampai anak jiran saya dah kluar, masuk balik semata-mata nk ambik gula2. pastu kawan saya siap cakap: "naaaaa... sorry deh, penuh doh poket anok sayo ngan gulo2 ngan jelly ni.." laaaaaaaaa... mmg saya nak bagi diorang mkn la... saya ngan achik xder bebudak. hehehhee...

oke, jangan terkejut... entry ini dipanjang jelakan dengan gambar2 menimbun. saya nak letak semua gambar2 tetamu saya di sini sbg kenang-kenangngan walopon ada juga yg ter-miss. tak sempat nak ambil gambar sebab dah kelam kelibut kan... 





gambar2 secara rambang...


kakak neber (baca neighbour) kesayangan saya bersama kawan saya dari sekolah rendah. gambar neber2 lain takder... diorang datang awal ke kala saya masih berlari ke sana ke sini. so, tak sempat nak ajak posing. :)

Ustazah Bulatan Gembira saya yg gembira. candid jerk! ampon ustazah! hehehe...



 rakan-rakan bulatan gembira saya...







 kawan2 ofis achik. kawan dia tapi macam kawan saya pulak. 
biasalah... perempuan kepoci memang cenggini. ;)



Faiz - kawan UTM saya... senior sebenarnya. tapi jadi kawan WA-LU after tamatkan kisah hidup di UTM. thanks for puding sedap yer babe.

kawan UTM saya aka kawan 'gergaji' saya: FIRAH & ZURA. oh, zura dah selamat fly ke England utk sambung study. ohhhh, kagum ngan kengkawan saya! mereka antara tetamu yg terpaksa berkampung dalam bilik sebab ruang tamu dah padat cam sardin.
*kawan gergaji?! apakah? gergaji = SAW = civil engineering course @ UTM. :)

kawan 'gergaji' saya lagi! dalam kata tak dapat datang, akhirnya wajahnya muncul jua! love u NURA sayang!!!

 ni lagila... kawan saya zaman sekolah rendah; ZAHARAH datang bersama keluarga. sampai juga walopon sesat barat. mekasih awok dehhhh...

kawan saya dari sekolah rendah jugak lagi; CIK DAH dan adiknya JIJAH.


 Kawan blog saya; ERYN. 
antara blogger terawal yg saya realisasikan persahabatan alam maya ke alam nyata. 


 kawan2 blog saya juga; DEKNA, MIMY & PEPEL

kata blogger... haruslah banyak sikit gambarnya yer...

 bergambar dengan peace style Molly (nama manja yg saya sorang kot panggil utk Melissa, anak Dekna)

 3 jejaka ini telah menyumbangkan keringat jantan terutamanya my hensem suami (bodeklah sikit kan...), FAIZ (kawan adik achik) sbg cameraman dan tukang potong nasi impit) dan SEKUT JAGUNG (adik achik) sbg tukang potong nasi impit juga merangkap tukang karut sbg pencerita paling kelakar malam tu selepas semua tetamu pulang. 


gadis-gadis manis...


Alhamdulillah, open house berjalan dengan jayanya saya rasa walopon sedikit bersesak dan sampai ke bilik. yang penting makanan cukup dan tetamu enjoy the food specially mee kari kakak ipar saya yg osem itu! sungguh, open house kali ini open house yg sgt terkesan di hati saya dan achik... paling osem saya kira sepanjang 6 kali raya sbg pasangan halal INA+ACHIK. seperti sedang berbulatan gembira... seperti jejak kasih... seperti... arghhhh... seperti banyak macam! Alhamdulillah... syukur sangat2...


semput tak tengok gambar2 nyer?
kalo semput, cer bayang kan semputnya si tukang karut yg menaip ni... huhhhh~ kebas jemari montelku! :)



#cerita raya ada lagi... cerita atau simpan jer??? raya dah basi la woiiiiiiii~~~ :p




Friday, October 28, 2011

Pertemuan Buta yang menggembirakan! :)

 


Pertemuan buta yang dirancang sepantas kilat dengan PinkJambu atau nama manjanya ALPOKAT (comel tak nama baru kamu Mak Jemah?) telah berlangsung dengan cemerlang gemilang dan terbilang di Alpha Angel Wangsa Maju (atau nama x glemer nya adalah Jusco Wangsa Maju).
 
Memang kilat sangat la... tgh hari plan... petang dah selamat berdatingan. Dengan comot dan tak semenggahnya... tapi takperlah, baru tahu the true colours of memasing kan... ;p

Masing2 keluar merambu secara solo dengan izin suami masing2. Aku ni siap berhantar dan berjemput  lagi (saaaaaayang kamu banyak2 Rumet... ) then sementara tunggu aku habis dating, Achik mengabdikan diri di office. Arghhh, apa heran... lelaki giler kerja tu kalo ko suruh tido kat office pon dia sanggup. ;)
 
Alpokat ngan baik hatinya nak belanja aku NANDOS. Puas ku tolak (erk?) tapi dia nak jugak belanja... so, terpaksa aku terima ngan perut kosong biar boleh makan banyak2! :p

Macam pemalu di pertemuan pertama?
Oh silap besarrrrr... jangan tertifu... aku rasa Alpokat cam kena kejutan budaya kot jumpa pompuan kepoh ni... cakap non stop tak bagi peluang ko nak mencelah. dah puas cakap baru kata: "ok, kamu pulak cakap..."  hahhahahahaaa...

2 jam kat Nandos cam 20 min jer... tak sedar masa berlalu... yang aku sedar, tekak perit wak gebang! ngehehehhee... Patu kami kuar jenjalan window shopping...


Habis kedai kasut kami terjah. Beli nyer idokkkkk~~~ muahehehe...



Lepas penat berjalan, kami sambung lepak balik... Kali ni kat Cool Blog. Lagi sekali, gebang sampai lupa diri... Sedar2, deme2 tu dah cam kemas2 nak tutup kedai dah. Opsss sorry adik2... kakak ni tak sedar kedai dah nak tutup... hehehhehee...


Seronok jumpa kamu Rohana Khan Mohamad @ PinkJambu @ Manusia Biasa @ Mak Jemah @ Alpokat. May Allah bless our new friendship... 

Sesungguhnya Blog Kakikusukaberjalan betul2 berjasa kerana telah menjadi medium dalam menemukan saya dengan kawan2 yang hebat... :) Sayang kamu-kamu sekalian...


#Gambar2 terpaksa di'SENI'kan sebab pakai hanset blekberi paling kokak... Eh, comel wut... ala2 kartun gitu! :p