Saturday, January 28, 2012

Sesi Bersama UAI - Wudhu' dengan muka bermekap




Solat ngan muka bermekap tak salah... tapi kena ambil wudhu' dulu baru bermekap then solat. oke, yang tu ditanggung beres.

Tapi sekarang cerita pasal muka bermekap, pastu selamba badak air amik wudhu' tanpa mencuci mekap tu terlebih dahulu. kesilapan besar yang mungkin kita terlepas pandang. mungkin juga pandang sebelah mata... berat lagi kalau memang sengaja tak nak pandang...
0OOOooohhhh... kesilapan besar di situ!

Cam contoh, lipstick tu diperbuat daripada kelapa sawit, kalis air dan sah2 tak sampai air ke kulit. pastu nak kasik effect muka tulus mulus, foundation sampai setengah inci. dah sah2 air tak sampai ke kulit. begitu juga dengan maskara dan eyeliner .
Bila air tak sampai ke kulit = wudhu' tak sah >>> 
bila wudhu' tak sah = SOLAT pun TAK SAH!!! 
Masyaallah...

Semoga ada pencerahan untuk kita...
Dari tidak tahu kepada tahu...


# Sekarang aku pakai celak KAJAL jer. senang nak cuci. biasa pakai AVON nyer eyeliner tu susah sket nak cuci.


# Hari ni (28.Jan.2012), ada kuliah Ustaz Azhar Idrus kat Masjid Al-Ridhuan, Ulu Klang (simpang 4 Ukay Perdana - Lembah Keramat) after maghrib. jom yang mana berdekatan tu, kita reramai dengar 'konsert' bail punyer secara live! :)

6 comments:

  1. perkongsian yg bagus ni...tq somasss

    ReplyDelete
  2. ina sebab tu aku suka pakai biore cleansing oil. memang tertanggal semua mekap tebal. tinggal rajin dgn tak je ko nak guna. lagi botol besar tapak tangan..

    yang kaler2 rambut tu pun....mandi hadas tak terangkatla....semua jadi tak sahla....pakai inai jelah kalau nak berkaler sangat kan...

    ReplyDelete
  3. ina, tq for the info UAI kt ulu klang tu. tp suami kita je yg gi. kita dok umah, anak x sihat lagi laaa..

    ReplyDelete
  4. tq bg info :)

    sy pun pakai celak kajal mmg best senang cuci pekat pun ye ;)

    ReplyDelete
  5. jem sgt ari tu masa ustaz datang...huhu tak berkesempatan plak nk join. kebetulan baru sampai dr kg.

    ReplyDelete
  6. jem sgt ari tu masa ustaz datang...huhu tak berkesempatan plak nk join. kebetulan baru sampai dr kg.

    ReplyDelete