Monday, April 30, 2012

Makin Tua Makin Bergaya! I Loike... ;)

Semalam, 29.April.2012...
cukup 31 tahun suami saya jadi penghuni planet Bumi. ALhamdulillah, dengan belas ehsan ALLAH memberi udara secara percuma untuk suami saya bernafas hingga ke hari ini...
tiada celebration pun, hanya keluar makan dan shopping. isteri belanje! :)

Tapi saya bengkek semalam... sebab dia menolak bila saya nak belikan dia hadiah! berkeras sampai nak gaduh2 la kat shopping mall tu... gaduh sebab dia tak nak hadiah. logik x?! adoyai suami, kamu ni tak normal ker? :p

Bila saya tanya dia, "habis tu suami nak apa?"

"kita nak DOA jer dari isteri kita..." *menaip sambil takung air mata...

"suami, doa untuk kamu... bukan hanya di hari lahir, hari-hari pun isteri doakan untuk suami..."


SELAMAT HARI LAHIR SUAMI...


Dah 31 tahun kamu...
tapi kite rasa kamu macam lelaki berusia 36 tahun yang awet muda.
dia marah kata saya kutuk dia... eh, ini pujian oke...
kite kan kata 36 thn yg awet muda...
maksud 36 itu adalah kematangan pemikiran kamu...  jauh lagi matang dari usia kamu.
cara kamu berfikir... cara kamu menangani masalah... sangat cool! jauh sangat berbeza dengan kita yang kelam kelibut dan cengeng ni... 
tapi fizikal kamu awet muda aper. kurus langsing bebas boroi mcm di usia 27 thn jer... :p
(ni kes amik hati laki beb. hehehheee...)
eh tak, kita ikhlas ni. btollllll... ;)

Tapi kan...jujur kita cakap erk... kita suka lelaki kelihatan tua :)

Kita rasa, tak perlu la kot nak wak ucapan panjang lebar kat sini... rasanya lagi romentik kita bagi ucapan sambil main tenung2 mata... bilang2 bulu hidung... sambil tarik2 janggut kambing sejemput itu... ololooooo...comel! *matikpujilakisendiri!

Yang pasti...
kita doakan supaya ALLAH bagi suami kesihatan yang baik dan dilanjutkan usia lebih dari isteri sebab isteri masih perlukan bimbingan suami... dan semoga ALLAH memberi kamu kekuatan iman dan terus jadi imam kite... jalan kite baru jer nak bermula, dan kamu imam yang tak jemu memimpin tangan kite dalam perjalanan ini...

Makin  tua makin sayang! :)








Friday, April 27, 2012

Kisah benar tentang HIJRAH seorang Wanita...

Saya terbaca satu coretan di Facebook Syahab Musafir Kasih dan saya rasa sangat menarik dan perlu kongsikan dengan si cantik si cantik manis yang sudi membuang masa (barangkali) di blog KakukuSukaBerjalan ini...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kisah benar yang terjadi pada seorang rakan facebook kita. Baru terjadi Februari 2012. Diceritakan sendiri kepada saya.

Ini ceritanya:


"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh.

Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut.

Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.

Saya tergamam. Allahuakbar!

Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents!

Bezanya, beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat.

Dua minggu lepas tu, hati ini nekad.

Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari.

Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."




Sama-sama kita doakan sahabat kita ini terus istiqamah dalam penghijrahannya. Amin.

p/s: Moga2 kisah benar ini menjadi iktibar kepada kita semua. Hidayah perlu diminta dari Allah setiap masa, hidayah perlu dicari. Hanya yang benar-benar menghendakinya akan memperolehi. Allah pasti berikan hidayah bagi mereka yang benar-benar dahagakan hidayahNya. Wallahua'alam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Bila baca ni, saya sebak... bukan sedih, tapi berbahagia bila melihat penghijrahan rakan2 (walau tak mengenali). Ingin saya akui, keinginan untuk berubah sudah lama... tapi saya seringkali kalah dengan nafsu sendiri. mungkin jika saya tak ikhlas mencari... 

Tapi bila kita betul2 ikhlaskan hati... kita berusaha dalam mencari... Alhamdulillah, Allah mendengar dan memberi apa yang kita cari. dan kemudian DIA serahkan pada kita bagaimana nak menghargai dan kekalkan dengan apa yang telah DIA beri... 

Sebab tu orang kata, HIDAYAH tu datang sekelip mata dengan izin Allah tapi MUJAHADAH untuk ISTIQAMAH itu harus sepanjang masa. Jadi jangan ingat bila kita dapat HIDAYAH itu kita berhenti dari mencari tapi sebaliknya, kita harus terus mencari untuk mengekalkan apa yang kita miliki...

ALLAHUAKBAR... 
Tuhanku yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun, 
Sebesar-besar dosa hamba-MU, besar lagi pintu pengampunan-MU... 
Syukur memberi aku peluang memahami makna seorang HAMBA...
memberi aku merasa indahnya hidup berlandaskan SYARIAT-MU...
memberi aku rasa CINTA kerana Allah...

Ya Allah, 
ku tahu perjalanan untuk bertemu-MU masih terlalu jauh...
Berikan aku kekuatan... 
lebih kuat dari badang!
supaya aku mampu menolak 'batu besar' seperti menjentik 'mukus'! :)





Thursday, April 26, 2012

Entry BUSUK!

Ramai yang lena dalam jaga...
ramai yang pekak dalam dengar...
ramai yang bisu dalam riuh!

Aku benci akan keriuhan itu!
tak ubah seperti tin kosong!
bunyi riuh sekampung... isinya tiada...

Kuman di seberang laut, gigih kita teropong... 
tahi dalam lobang hidung sendiri, tak korek! 

Tiba masanya...

Kita berhenti bergebang seperti tin kosong...
sebab lagi indah kalau kita mengotakan apa yang kita gebangkan...

Kita berhenti meneropong kesalahan orang...
tapi MUHASABAH diri dan perbaiki kesilapan diri

Celik mata... buka telinga... berkata bila perlu!


InaAchik


#ini bukan entry marah, jauh lagi beremosi... 
ini hanya sekadar entry BUSUK yang SEDAP! :p 
sebagai peringatan diri sendiri...









Wednesday, April 25, 2012

WordlessWednesday ~ 25.April.2012 : Lakaran Alam


 petang yang tenang...



 senja melabuh tirai...




 bagai aur dengan tebing




biasan alam...



ku susur kakikusukaberjalan...
dekatkan diri dengan alam...
memuji kebesaran-MU ya Tuhan...
terasa tenang...




#April2012 @ Kuala Terengganu



Tuesday, April 24, 2012

Tanda anda sakit jiwa!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ibn Qayyim al-Jauzi pernah berkata,
"Tanda seorang mengalami sakit jiwa ialah apabila 
dia lebih mempercayai kata orang lain mengenai dirinya daripada suara hatinya sendiri."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mungkin kata2 itu terlalu berfalsafah dan tersirat maknanya. Biarlah saya cuba permudahkan dengan mengaitkannya dengan realiti kehidupan sehari hari. Sebagai contoh, betapa ramai pasangan suami isteri yang sudah tidak sehati sejiwa lagi tetapi bila berdepan dengan masyarakat umum kelihatan begitu romantis. Mereka berpegangan tangan, berkepit seiringan, kononnya nanti masyarakat akan menyifatkan mereka pasangan yang bahagia.

Masyarakat yang tidak tahu hakikat sebenar akan berkata, "Oh, beruntungnya mereka kerana punya rumah tangga yang bahagia." Apabila komentar yang sedemikian sampai ke telinga pasangan yang tidak bahagia itu, mereka pun rasa bahagia (walaupun mereka sebenarnya berpura-pura). Alangkah anehnya manusia. Ramai yang rela hidup dalam berpura-pura atas nilai yang mereka tidak ada.

Akibat tersalah pandang tentang nilai yang sebenar, ramai juga yang hilang harga diri tanpa mereka sedari.


#Nota 34, Nota Hati Seorang LELAKI.



kebahagiaan dengan unsur2 palsu! :p
tuan blog bersama suami cuba mengaburi mata2 yang memandang kununnya mereka sedang berbahagia dengan kehadiran cahaya mata pengerat kasih sayang suami isteri.



hakikatnya...


ini baru betul! heheheee... ;)

kami saling melengkapi tanpa kehadiran 'prop' seperti gambar di atas.
pastinya, kami tetap bahagia... tanpa perlu berpura-pura.
Semoga Allah memberkati dan mengekalkan kasih sayang ini sampai JANNAH...

# impianku tinggi melangit: nak jadi ketua bidadari buat suami di syurga nanti. ya Allah, kuatkan iman ku dan izinkan aku berjalan di atas nama kebenaran supaya impianku yang satu ini tercapai...




Book Review: Sesuatu yang "luar biasa" di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa

Di Mana DIA di Hatiku?
Ada hamba Allah yang baik hati hadiahkan saya... ya Allah, rahmati si pemberi ini...





 
 Nota Hati Seorang LELAKI
pemberian suami. terima kasih suami! hadiah yang bermakna selain blanje shopping! :)


Buku koleksi tulisan PAHROL MOHD JUOI selain buku Beduk Diketuk
tulisan beliau begitu dekat di hati saya...
tulisannya seakan serasi dengan jiwa saya...
pastinya, tulisannya memotivasikan saya!
tulisannya mentarbiahkan saya!
tulisannya mencelikkan mata hati saya melihat aspek kehidupan yang indah di sisi Islam...



Carilah sesuatu yang "luar biasa" 
di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini!






Monday, April 23, 2012

Repekan Random di Hari Minggu yg Lalalaaaaa~

SABTU:


berNANDOS!
Achik kata makanan ruji bulanan. yer ker? bukan mingguan ker?
Ntah la yer, saya pun x pasti kenapa kami laki bini ni suka sgt ngan nandos. jgn tanya menu2 kat sini, yg kami tahu order ayam hot peri setengah ekor sorang. eh, setengah ekor kongsi dua. erkkk? :p

 Pastu ronda2 tawaf mall jap pastu laju2 ke Balakong mengadap mem besar (bonda tercinta).

Project mega ngan adinda tercinta. main jahit baju utk henpon n tabby. best, cam main masak2 masa kecik2 dulu. oh, adik saya adalah kawan baik saya yg paling osem!

achik kata: "kamu 2 beradik ni memang kera-aktif!"
well... kakak borek adik rintek! :p
sayang my only adik banyak2!



AHAD:

Achik offer nak blanje shopping. ibarat tidur di waktu hujan lalu disorong comforter set yg gebu. hope dia x nyesal ngan tawaran itu! :p

 Suka kedai ni tapi agak pricey! 
tapi bajunya cantik2 dan memenuhi piawaian etika berpakaian seorang muslimah. 
sebelum ni dah pernah beli baju dan skirt. (sebelum ni merujuk pada 2 minggu lps)
#Kedai ni kat Wangsa Walk, tingkat bawah, belah surau, hujung sekali.

sekarang saya suka btol ngan kaler biru letrik ni!
oh, warna pilihan saya xder kaitan ngan mana2 parti politik yer!


Saya beli selai jer... sebab saya nak achik blanje benda lain pulak.
lagi best dari beli baju! yer ker?! 
tak2, nampak sgt statement x berapa ikhlas di situ... 
sama best ngan beli baju - oh ni ayat selamat! ;)

 berkampung di kedai buku Care4 Wangsa Maju.

Hasilnya?



 Thanks suami!!!
tambah 1 lagi koleksi buku tulisan Pahrol Mohd Juoi. suka!



 oh, semalam gedix nak berbanggel segala! 


oke, sekian...
#Isnin yg sedikit lemau hari ni...


Reminders...




✿~ Wanita kelemahannya pada AURAT..
✿~ Lelaki kelemahannya pada SYAHWAT..

Maka tidak perlu berkata :
“LELAKI YANG SALAH kerana tidak mampu MENJAGA PANDANGAN mereka!”
Sedangkan kita sendiri yang KALAH DALAM MENJAGA AURAT..

"Sesungguhnya WANITA ITU ADALAH AURAT, maka jika dia keluar (rumah) syaitan akan mengikutinya (MENGHIASINYA agar menjadi FITNAH bagi lelaki), dan keadaannya yang PALING DEKAT dengan Rabbnya (Allah) adalah ketika dia berada di dalam RUMAHNYA."
♥(HR Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaimah, & ath-Thabrani)♥



kalau pakai gini, org panggil Ustazah. 
oh, akhir zaman kebenaran itu jadi satu kepelikan!
ya Allah, kuatkanlah aku untuk jadi manusia2 'pelik' di akhir zaman...




Bila org tanya, "kenapa kau suka berfesyen?"
kita kata: "utk kepuasan diri sendiri..."
so y not kita pakai fesyen kegemaran kita tu.. then cover ngan abaya. kita sendiri jer tahu kita sedang bergaya berfesyen terkini dan berseksi-seksian, tapi tutup dari pandangan mata lelaki2 ajnabi. kata untuk kepuasan sendiri kekdahnya kan...






Friday, April 20, 2012

Jumaat yang emosi... Sungguh!

Entah kenapa...
jiwa senkutip di hari penghulu segala hari ini... setiap bait kata yg terbaca, terus menusuk dan menikam kalbu! oh, jiwaku tertusuk tanpa darah yang mengalir tapi rasa yg menyelinap ke segenap urat sendi saraf dan usus... mungkin hasil tarbiah dari bulatan gembira malam tadi mungkin. oh, sayang bulatan gembira itu! sangat!!! semakin banyak pencerahan untuk diri yg masih bertatih. 

hari ini...
bekerja dalam keadaan sedikit tertekan.
ingat pula pesan suami. 
"segala kesukaran pulangkan padaNYA... insyaallah, hati akan tenang..."

suami, setiap kata nasihat berharga seperti kamu belanja kita shopping stock setahun! 
dan saya cuba bertenang... alhamdulillah... tekanan itu berkurangan... terima kasih suami!



dalam kunun kata sebok kerja menggung tu, saya sempat curik2 bukak fesbuk. terpandang satu gambar dengan caption menarik dari Ustaz Zahazan.

Baginda Rasulullah SAAW kerap membawa Ummul Mukminin Aisyah RA makan bersama di luar sehinggakan suatu ketika Nabi SAAW pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka jika isterinya Aisyah RA tidak diundang bersama. Mafhum hadis (Riwayat Muslim)

Romantik pada isteri tu sunnah rupa2nya. Para suami sekalian, kita bagaimana pula?


tersentuh lagi...
oh! ni bukan tersentuh lagi dah... tapi dah mengundang air mata yang menitik x berapa laju (under control). 5 6 titik jer. ku sapu dengan hujung lengan baju. oh, lega...

ya Allah, berkati kasih sayang kami suami isteri. aku temui sikap ini dlm dirinya dan kekalkan sikap ini dlm dirinya. sesungguhnya cintaku padanya ikhlas keranaMU dan cintanya membawa aku dekat denganMU. indahnya cinta ini ya Allah... again, terima kasih ya Allah kerana memberi aku anugerah terhebat ini...



kerana kebizian, saya menapau sebungkus nasi gerai kakak bawah payung depan ofis ni. sebenarnya nak boikot kakak ni sebab dia selalu park kereta yg mengganggu lalu lintas di jalan yg sempit ini. dah ditegur tapi boleh pula mencari kesalahan org utk tutup kesalahan sendiri. tak faham dengan org yg tak sensitif ni! semoga dicelik hatimu kakak itu... semoga lebih barakah kamu dlm mencari rezeki yg halal...


sebelum makan, saya baca buku DI MANA DIA DI HATIKU? tulisan Pahrol Mohd Juoi. mencari kata untuk motivasi diri agar hati ini sentiasa diketuk... terbaca helaian yg diselak secara random.

TUHAN...
Dosaku menggunung tinggi
tapi rahmat-MU melangit luas...
harga selautan syukurku
hanyalah setitis nikmat-MU di bumi...

TUHAN...
Walau taubat sering kumungkir
namun pengampunan-MU tak pernah bertepi...
bila selangkah ku rapat pada-MU
seribu langkah KAU rapat padaku...



tersentuh lagi...



Banyak sungguh scene emosi saya kan...
kan dah kata jumaat yang beremosi. tapi saya suka jer ngan segala emosi ini. . .


Ya Allah, aku perlukan-MU lebih daripada aku perlukan udara...





Thursday, April 19, 2012

Beruntungnya kita...


Qasidah "Ya Ha Na Na"  (LINK)

1st time dengar Qasidah ni masa memula berjinak ngan Majlis Maulid & Ta'lim Darul Murtadza (pimpinan HABIB ALI) kat Masjid Setiawangsa. Sebelum ni mana biasa ngan qasidah2 ni... saya lagi suka majlis2 ilmu yang lebih menjerumus kepada ceramah agama. ilmu fardhu ain tak berapa nak cukup la katakan. bila dah ter'join' tu seronok pulak. boleh susun jadual aper, ceramah pergi... majlis begini pun pergi kala ada masa kan. alah, masa tu kita yg urus dia... bukan dia urus kita dok? ;p

Macam Ta'lim Darul Murtadza ni, setiap bulan (minggu pertama), dia akan buat majlis Maulid bulanan. ingat Rasul tu bukan terhad bulan Maulid jer...

Masa mula2 dengar Qasidah YAHANANA ni, SUBHANALLAH... rasa tenang sangat dengan kelunakan alunannya. Bila baca maksud dia (pihak majlis sediakan slide lirik dan maksud), rasa sebak sangat. mula2 control macho takung air mata takmo kasik meleleh, sekali wa kalah beb! empangan itu pecah jugak akhirnya. yang bencinya, air mata pakej ngan air hidung! pandang sekeliling... oh ada geng! heheheee... ;)

Jom kita berqasidah! jauh lebih baik dari hafal lagu2 lara yg xder pengisian rohani... balik2 lagu putus cinta. sesak nafas mak! :p

#sekarang saya dah punya CD Qasidah YA HA NA NA ni bersama ngan qasidah2 dan zikir2 lain. bukan cetak rompak yer!


Teks Qasidah Yahanana.

YaHanana

Zhoharoddinul mu'ayyad bizuhurin Nabi Ahmad... 2x
Yahanana bi Muhammad..
Dzalikal fadhlu minallah...
Yahanana... 8x

Khusso bissab'il ma tsaani
Wahawaa luthfal ma'aani
maa lahu fil kholqi tsaani
wa 'alaihi anzalallah

Yahanana..

Min makkatin lamma zhohar
Liajlihin syaqqol qomar
Waftakhorot aalu mudhor
Bihi 'alaa kullil anam

Yahanana...

Athyabunna sikholqon
Wa ajallunnasi kholqon
Dzikruhu ghorban wa syarqon
Sa 'iru walhamdulillah

Yahanana...

Shollu 'ala khoiril anam
Almushthofaa badrittamam
Shollu 'alaihi wasallimmu
Yasy fa' lana yaumazziham

Yahanana...

==============================

" Betapa Beruntungnya Kami "

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab'ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Betapa beruntungnya kami



# yer, betapa beruntungnya kita! kita jer tak sedar dek untung... 



Keluhan?




Ku tanya pada diri: apakah cukup hanya dengan keluhan? 
padahal hidup memerlukan kayuhan. 
yang paling penting dlm hidup adalah punya hati yg Qanaah - hati yg berpada-pada dgn apa yg ada. sedikit mencukupi. banyak, boleh diagih agihkan.

Lalu pasakkan dalam hati yang ALLAH itulah AR RAZZAK 
- Maha Pemberi Rezeki yang mampu memberi melalui jalan2 misteri. 

BILA HARTA HILANG KEBERKATAN, 
SEDIKITNYA TIDAK CUKUP... 
BANYAKNYA, TIDAK PUAS. 
TERASA MISKIN DALAM KEKAYAAN...




Wednesday, April 18, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Hari-hari adalah hari yang indah


Ya Mannan.
lapangkanlah Islamku
dan lembutkanlah ihsanku...
nescaya bertamulah diri yang hakiki
di kamar hati yang kenal ILAHI...



Ya ALLAH...
tika gagah-MU bercermin alam sepenuh...
terasa lemahku mencengkam seluruh
dan kolam hatiku takkan selamanya keruh!


 
Sukur alhamdulillah...
hari ini begitu indah.


Friday, April 13, 2012

Biskut kegemaran sepanjang zaman. :)



Di suatu tengah hari yang sunyi dan sepi di hari Jumaat...

Gang makan hari jumaat punya urusan tersendiri...
Kedai depan tutup time sembahyang jumaat. bagus!...
Gerai kakak payung tu tak nampak plak payungnya. cuti barangkali hari ni.
Teman makan tiap hari (suami ai la), pergi sembahyang Jumaat.

Perut berdondang inang mintak diisi...
Geledah apa yang patut dan jumpa tin biskut ping pong kegemaran sepanjang zaman untuk 7 keturunan. Laju-laju bancuh secawan MILO untuk sihat dan kuat! 

Bismillahirrahmanirrahim... Allahummabariklana________________ 
# saya baca sampai abes!

prap! bunyi biskut dipatahkan memecah kesunyian... 
patahhhhhhhh... celup... cicah...... dan mamam! yummmmmyyyyyyyyyyyyyyyyyy~ 





perut kata: fuhhhhh~ lega... biskut ping pong pun ping pong lah... janji kenyang. :)
tekak jerit gembira kata: ehhhhhhhhhhh... sedap aper! 
# ambil hati sendiri barangkali. sambil terbayang kesedapan ayam nandos!

Dah kenyang baru ingat nak check buntut tin biskut. oh, nasib baik... expired date bulan 12! 


Terima kasih ya Allah di atas rezeki ini...




Ayuh berangkat! Keindahan sepanjang perjalanan...

Tidak mengapa andai engkau tidak sampai di hujung jalan, 
tetapi cukup sekadar kau telah menempuh jalan. 

Ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan tetapi di sepanjang jalan. 

Genggam al-Quran, ingat mati dan berangkatlah. 

Sesungguhnya, jalan mujahadah itu susah tapi sangat indah!




Salam seindah suria di hari Jumaat...

semoga hari-harimu dalam redha ALLAH...

Assalamualaikum w.b.t...



Thursday, April 12, 2012

Karamah (Hidayah) itu Anugerah, Istiqamah itu Mujahadah

Jaga solatmu... Labuhkan tudungmu... Longgarkan bajumu... 
Dan ingat... 
Kita belum sempurna dalam menutup aurat hanya kerana kita bertudung... 
Juga... Kita bukanlah alim bila bertudung labuh tapi tidak solat!


Menutup aurat dan solat itu seiringan...dan seiringkan juga dgn perintah2 Allah yg lain...

Ada orang tanya... kenapa balik2 timbulkan isu aurat. takder isu atau ilmu lain dah ker nak share? ada... dah share dah pun. tapi isu aurat ini diulang tayang sampai bosan sebab inilah cabaran terbesar seorang wanita. kita tahu kita dalam keadaan tidak menutup aurat dgn sempurna tapi kita kata kita tak mampu nak mengubahnya (tak kata orang, aku pernah di situasi itu). Aku juga pernah sentap sebab sering diingatkan oleh seseorang tentang aurat secara berulang. sampai satu masa, nasihat itu dan mungkin kerana doanya dan doa2 org2 yg turut mengasihiku, Allah bukakan hati aku untuk menerima nasihatnya... segala nota2 tentang aurat dan tabaruj yg dia tinggalkan di atas meja berlegar2 dlm fikiran selepas sekian lama berlakunya peristiwa itu. so di sini, aku mengharapkan benda yg sama berlaku pada kawan2... mungkin hari ni kamu menyampah dgn apa yg aku share ni, tapi siapa tahu... nasihat ini berguna di hari2 mendatang...

Orang kata lagi...
"kamu bertuah diberi hidayah dan dibukakan pintu hati oleh Allah... doakanlah semoga aku diberi hidayah seperti kamu..."

Yer, rasa syukur tak terucap bila Allah bukakan hati untuk terima hidayah-NYA.
Tapi hidayah itu tak diibaratkan seperti yang bulat datang bergolek, yang pipih tak datang melayang... hidayah itu datang kerana kita mencari... bukan berdiam diri. 
dan soal lagi, kenapa ku tak temui hidayah dalam pencarianku?
mungkin kita tak ikhlas dalam mencari...

Dan ada juga yang Allah telah berikannya hidayah, 
tapi kenapa masih berpaling dari KARAMAH itu? 
jawapannya: tiada MUJAHADAH!

Benarlah...
ISTIQAMAH itu lebih tinggi daripada KARAMAH... 
kerana ISTIQAMAH itu sesungguhnya lebih sukar. ia memerlukan MUJAHADAH
sedangkan KARAMAH itu itu adalah ANUGERAH. 
MUJAHADAH itu kerja kita. ANUGERAH itu kerja Allah...



Teringat bait-bait ayat dalam buku kesayangan hati minda dan jiwa hamba 
(BEDUK DIKETUK):~

Jangan ditunggu sinar cahaya dari langit yang dilihat di bumi Makkah, 
tapi cukup sekadar cahaya pelita yang berkedip di surau sepi di desa sendiri...

Dan jangan dicari-cari sayup suara azan di angkasa lepas, 
tetapi sahutlah seruan azan yang begitu jelas menusuk di jendela rumah kita.

Jika tak dapat merasai kedinginan air zamzam... 
cukuplah sekadar berasa kedinginan air wuduk di subuh hari.


Ya Allah, bantulah kami para hamba-MU mencari jalan kembali kepada-MU...








Wednesday, April 11, 2012

TSUNAMI 2012 ~ Bumi Allah ini sudah terlalu uzur...



Petang tadi, tetiba rasa cam rumah (tingkat 5 dari 16) terasa cam bergegar... memula ingat pening ker aper... tapi tgk tv bergoyang goyang. jenguk kat luar tapi tengok cam takde aper. sekali bukak fesbuk, berduyun status kata ada gegaran dan dah keluar tsunami alert. tak lama lepas tu, rasa lagi gegaran kedua.

dari news yang dibaca:
Agensi Survei Geologi Amerika (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer ke barat daya Acheh, sedalam 33 kilometer.

Amaran Tsunami yang dikeluarkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik menyenaraikan 2 lokasi berpotensi menerima kesan Tsunami di Malaysia ialah Port Dickson & Georgetown di antara jam 9 malam ini hingga jam 3 pagi nanti. 


Langit di bumi Acheh selepas gegaran.

Air di pantai Phuket sedang ditarik manandakan ketibaan Tsunami tdk lama lagi.... 
Airport pun dah ditutup. Prepare for Tsunami people of Phuket!



Bumi ini sudah terlalu uzur... kerakusan dan kejahilan manusia menambah keuzuran bumi Allah ini.

Ya, Kiamat itu rahsia Allah tapi kenapa kita nak menafikan petanda-petanda yang telah Allah turunkan sebagai peringatan untuk kita? Mungkin jika Allah tidak hantar peringatan ini, mungkin kita akan terus sombong dan tidak berdoa. 

Dan di kala diberi peringatan ini, mengapa kita harus terus leka? 
tidak takutkah kita akan balasan di hari Kiamat?
Ayuh, kita mohon keampunan dan berubah untuk jadi ummat yang baik dan dalam keadaan sedia untuk kembali kepada pencipta kita...

Semoga Allah SWT melindungi saudara2 Islamku dari musibah ini...
Hanya padaMU tempat kami mohon perlindungan...

Ya Allah...
KAU maha tahu di atas apa yang KAU aturkan...
KAU maha bijaksana menentukan apa yang KAU rencanakan...



Doa elak ditimpa musibah:




Sama-sama kita berdoa dan solat sunat hajat mohon kita dan saudara2 yang lain dilindungi...
Allahuakbar!





Tuesday, April 10, 2012

FAUZAN AHMAD, awak dah buat saya menangis...

Saya dapat komen dari seorang pembaca blog, Fauzan Ahmad namanya...

his text:
Maaf yer puan kaki,
3 years ago, my mom diagnosed with breast ca. stage 4. She has been coping very well with the treatments since then. Now, it metastasized to the lung and bones. This is completely insane and none of the recuperative measures suggested in healing cancer. Please text your supportive words to show support to my mom. She is a strong woman, and your wishes and prayers will make her stronger. (Text to Rosidah Harun at 019XXXXXXX preferably in Malay).

tetiba saya beremosi... saya menangis... saya tak tahu nak tulis ape... yang saya mampu, doakan semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Puan Rosidah Harun. 

Fauzan...
komen anda betul meruntunkan jiwa saya...
Mungkin di kala ini kamu merasa, ujian apakah ini?
Allah sedang memberi peluang untuk kamu mengumpul pahala dengan berbakti pada ibu yg sedang sakit...
itu tanda Allah sayang kamu...

Buat Ibu Fauzan (Puan Rosidah)...
xxxxxxx... xxxx... ditaip dipadam balik... taip lagi... padam lagi...
sungguh... saya tak tahu dan tak pandai nak menyusun kata...
saya tidak berada di situasi di mana puan berada... 
tapi saya dapat rasakan kesakitan yg puan tanggung...
sehebat mana pena menulis, tidak mungkin meredakan kesakitan yg puan tanggung...
puan... ujian Allah itu berbeza beza...
di kala saya menulis ini, saya juga sedang teruji... cuma bezanya mungkin tak sehebat puan...
tapi mari kita rehatkan hati... terap rasa kehambaan...
lalu bisikkan pada hati: "bukankah aku seorang hamba? aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini..."
Mungkin kesakitan ini tanda sayang Allah pada kita...
DIA ingin kita selalu dekat dengaNYA... 
dan DIA ingin menghapuskan dosa2 lalu kita...
Allah maha tahu segalanya....
jangan putus harap... terus berdoa padaNYA...
DOAlah semujarab ubat... 
sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha pemberi...

Puan, tiada apa yang dapat saya berikan kepada puan...
hanya sujud dan doa padaNYA supaya diberi kesembuhan pada puan...
semoga diberi rasa sabar untuk mengharungi ujian ini...
semoga diberi kekuatan untuk terus berjuang melawan kesakitan ini...

Kawan-kawan... 
sudilah kiranya kalian mendoakan untuk puan Rosidah ini... 
bila kita doakan orang lain, para malaikat akan turut mendoakan kita...

Kawan2 dan diri sendiri jugak...
Bila kita rasa kita teruji... pandang sekeliling...
dan kita akan sedar betapa kita masih bertuah. 
ujian kita tak sehebat mereka yg lebih besar ujiannya... 
ya Allah, KAU maha tahu atas segala aturan... 
jadikan kami orang2 yang sabar dan tabah atas segala ujianMU...


 #Fauzan, sila tinggalkan no telefon anda pada ruangan komen. saya perlukan nombor anda... 







Friday, April 6, 2012

Pesanan JUMAAT

Rasulullah bersabda: 
Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Maka Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jumaat yang dia baca kepada jumaat yang brikutnya. 
( H.R Baihaqi)



Jadikanlah membaca al-Quran itu satu amalan. bangun pagi lepas solat subuh, baca Quran dulu... tak boleh banyak, sepipi pun jadilah... ibarat tak baca Quran itu ibarat hari tanpa breakfast! kamu sanggup nak tunggu lunch ngan perut grup grap-grup grap?! takkan?! ;)




salam Jumaat buat kesayangan...
hullahuppppp... esok sabtu! minda minta rehat!