Friday, November 6, 2015

Repekan random Hakak.

Assalamualaikum wbt...

Lately, berkobar kobar semangat hakak (dah tua dah skrg, kenala ber akak-akak pulak) nak update blog macam dulu2...nak merapu merepek sambil makan kerepek... sharing is sexy caring tentang macam2 hal. Banyak giler cerita tertangguh... Cerita Fantasi Bulan Madu ke-8 di Pangkor Laut... Day Trip ke Pulau Kapas, 2 kali bercuti riangkan lemak di Kuantan... Oh i love Kuantan so much! eh, banyak sangat lah cerita peram sampai basi ni.

Tapi life hakak dah x macam dulu... Semenjak bekerja di kantor baru, keluar kerja seawal Subuh, balik kerja kala malam bulan mengambang. Kadang2 hari minggu dan public holiday pun kerja. Hanya keluarga dan kawan terdekat tahu betapa busy-nya hakak skrg... Dah berapa ramai yg tegur muka nampak penat. Muka pon dah kusam... balik kerja malam, rasa nk tidur jer... tak sempai nak belai2 gosok2 muka tempek night cream serum bagai.

Fizikal pun dah lebar banyak dari yg sebelumnya. hehehe... Bila otak penat kerja, perut pun sama naik! Lapar sampai menggigil-gigil. Balik kerja malam, baru nak makan.

Tapi dalam busy-busy tu, hakak tetap cari masa untuk ke majlis Ilmu. Sekali seminggu pun jadilah... Sebab hakak takut tak mampu nak istiqamah. HIDAYAH tu Allah bagi... tapi ISTIQAMAH tu kerja kita. kita yang kena usahakan supaya Hidayah yang Allah bagi tu tak tersia macam tu jer... ramai yg kalah di tengah jalan...  Berubah/berhijrah sekerat jalan dan pulang ke daerah asal.Sebab apa? Hijrah tanpa Ilmu...

Untuk istiqamah, kita kena cari ilmu. Nak cari Ilmu tak cukup hadap muka buku dan berguru dengan pakcik gugel... kena ke majlis ilmu. Bukan tentang berapa banyak Ilmu kita dapat semata, tapi tentang keberkatan majlis Ilmu. Setiap Majlis ilmu itu Malaikat datang melebarkan sayap dan mendoakan orang-orang yang berada di dalam Majlis ilmu walaupun yg datang tu tertidur. huhuuuu...

Ok, sekian repeken dari hakak... takleh nak bebel lama2, kerja manyak. 

Sebelum hakak mengundur diri dan entah bila lagi hakak nak update blog, maka nah ambik akak payung beberapa keping gambar secara random.


8th Honeymoon at Pangkor Laut Resort


 Pulau Kapas Day Trip


  Kuantan getaway



Adios amigos.




Thursday, November 5, 2015

Tentang Hati...






H A T I...
Jangan dibawa terbang terlalu tinggi...
Bila jatuh parah nanti.

H A T I...
Bawalah terbang sekadarnya...
Andai jatuh bisa terbang lagi...

#tentanghati



Thursday, October 29, 2015

Tasik Biru @ Pepsi Blue









Bukan di Lombok... bukan di New Zealand... tapi di Rusila.
Indah dan damai mata memandang...
Tapi kisahnya tak seindah saujana terbentang.
Di sini tersimpan seribu satu cerita...
Telah berapa banyak nyawa terkorban
Misteri? Mistik?
Allah jua pentadbir alam...


Pernah viral tentang keindahan tasik biru atau Pepsi Blue ni... Terletak dekat Kampung Kalungan Mas, Rusila, Marang, Terengganu. Kebetulan masa balik Terengganu Raya Haji lepas, adik ipar ajak datang sini. terus zasssss...

Tempat dia macam tersorok sikit. Sekali lalu memang tak cam la... Terletak atas bukit dekat perumahan x siap. Bergegar jugaklah lemak tepu ni naik ke atas tu... Tapi bila sampai atas... tengok tasik membiru... semput penat semua hilang. MasyaAllah cantiknya! Oh, memang cantik! Tapi sebab pergi tu musim jerebu, matahari malu-malu mengintai dari celahan awan, dan hari seakan suram... maka kecantikan dan keindahan sebenar tak dapat di-zahirkan seperti yg terzahir di depan mata.

Tasik Biru ni sebenarnya bekas lombong emas. Tapi ditutup sebab merbahaya dan ikut cerita, berpuluh nyawa terkorban di sini. Tasik ni tak sesuai untuk sebarang aktiviti riadah and that why tak dibuka kepada orang ramai. Hasil gugelan, airnya berasid, pH 2.4 menyebabkan kulit anda akan menjadi gatal jika terkena airnya. Dan cerun tepi tasik tu pun tidak kukuh. Masa kitorang datang tu, ada jugak 4-5 org berspesis otak di kepala lutut terjun tiruk dari tebing ke dalam tasik tu.
So, kesimpulannya: segala kemungkinan sendiri tanggung.


Peta lokasi ke Tasik Biru.
(Gambar adalah hasil gugelan. thank u Tuan gambar.)


Moh pulang...



Monday, October 19, 2015

Lama tak update blog... Pregnant ker?!

Assalamualaikum wbt...
Lama sungguh tidak merapu meraban di Blog kesayangan ni...
Sekali masuk, hamek ko... propa pulak tajuk entrynya!
Well u know Cik Kaki kan (yg mana masih ingat lagi la)...
Dasar drama Queen sgt! hahahaa...

Dulu, kalau kawan blog tetiba lama tak update blog,
tup2 muncul mesti bagitahu tak lalu update blog sebab pregnant.
Tapi bukan kes saya k... tapi doakan jerlah. hehehe...
Sekarang rutin harian yg sgt2 padat setelah bertukar kerja di tempat baru.
Tapi takmaulah cerita hal kerja... tak best! hahahaha.
Jangan kata blog, mukabuku pon jarang update, kalau update pun tak sempat nak reply komen satu2 macam biasa... Biasa update IG jer... tu pun, versi syok sendiri.

Cakap pasal pregnant...
Ada ramai juga kawan2 yg 'takut' untuk berkongsi tentang kehamilan mereka dgn sebab risau saya kecil hati...

Maka dengan ini saya nak buat pengakuan terbuka ikhlas tulus suci murni;
tak pernah sekelumit timbul rasa kecil hati, jeles atau sebagainya bila dgr berita kawan2 mengandung.
saya bukan insan sempit hati yg cemburukan kebahagiaan orang lain.
Saya bahagia melihat orang lain bahagia...
InsyaAllah, saya benar2 berlapang dada dengan apa jua yg tertulis dalam episod perjalanan hidup saya.
Ber-anak atau tidak, tetap rezeki untuk kita. Rezeki dalam konteks yg luas dan berbeza inteprestasinya.

So, jgn runsing... saya ok jer.
Nak share berita gembira, saya tumpang gembira,
Taknak share pun tak apa, kamu pasti ada alasan tersendiri juga. kan?!
Yang penting, sucikan hati jauhkan dari prasangka2 yg membawa kpd penyakit hati. :)

Buat kawan2 yg pregnant, ada hadiah kecil dari saya...
selain doa mohon Allah permudahkan perjalanan tiny dot sehingga keluar dari rahim ibu jadi pendekar Islam yang badang super saiya dan power serta membanggakan Islam. :)

Nah hadiah kecil dari saya; Bacaan Surah mengikut usia kandungan.

  • Kandungan 1-3 bulan ; banyakkan baca Surah Yasin, Surah An-Nahl untuk elak gangguan syaitan
  • Kandungan Minggu ke-16 ; baca Surah Yusuf
  • Kandungan Minggu ke-24 ; baca Surah Luqman
  • Kandungan Minggu ke-36 ; baca  Surah Maryam
Wallahuallam...
Semoga ALLAH permudahkan segalanya wahai kesayangan...


 Bahagia itu kita yang pilih...
Bahagia dengan cara kita.
Selagi Allah membenarkannya...




Tuesday, September 22, 2015

Puasa Arafah: Fadhilat, Niat Puasa dan Zikir.


"Labbaikallahumma Labbaik... Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata.. Laka Wal Mulk... Laa Syarikalak"


Ya Allah... Sayunya hati mendengar Talbiah... Bahang Haji makin terasa... moga Allah sudi menjemput kita menjadi tetamuNya suatu hari nanti...

Walaupun kita tidak berada di sana, Ayuh hidupkan 'ROH HAJI'. Allah tidak pernah melupakan kita. Kita tetap diberi keutamaan... Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Ayuh hidupkan hari2 terakhir Zulhijjah... Kita puasa Arafah esok hari;
9 Zulhijjah 1436H | Rabu, 23.Sept.15






FADHILAT:
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).


NIAT:
"Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala"


ZIKIR / DOA Hari Arafah:
"Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa 'alaa kulli syaiin Qodiir"
(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu).
***sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.

Wallahu a’lam...

Tuesday, July 14, 2015

Tanda Lailatul Qadar paling ketara...

Assalamualaikum dan Salam 27 Ramadhan buat semua sahabat kesayangan...
Alhamdulillah... hening pagi ini bumi dihujani hujan renyai...

Kesayangan hamba di sini...
Sudilah lapangkan sedikit masa membaca kalam indah ini. Baca dgn hati yg celik...




Malam AL-QADAR / Lailatul Qadar...

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri. 
Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri. Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar. Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail. Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah. Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu. Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat. Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas. Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.
Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu. Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu. Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat  semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa?
Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, Aku hanya insan lemah, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku… Dlm mencari keampunan dan RedhaMu dan anugerahkan aku Qalbu yg Salim wahai Ar Rahman, wahai Ar Rahim.
اللهم آمين


#wahai pemilik kalam... Kalammu begitu indah... Menyantuni hatiku dgn hibanya...
Moga Allah sudi hidupkan hati-hati kita ini... Terus memburu Al-Qadar sepanjang musim.


Thursday, July 9, 2015

Aurat tanpa batas bila dan di mana...


Bila solat,
baju ketat sendat kita cover dgn telekung, kita tahu mana aurat yg perlu ditutup.
Sebab apa? Sebab takut solat kita tak sah... takut solat kita tak diterima.
Lepas solat, lipat telekung, sangkut sejadah, kembali keluar dgn baju ketat sendat.

Bila umrah,
Gigih berstokin, bersungguh tutup aurat, pakej lengkap berjubah bertudung labuh siap. Balik Malaysia, tudung kembali singkat, baju kembali sendat, stokin tak tahu mana campak.

Apa kita hanya menutup aurat hanya kerana nak Allah terima Solat kita?
Apa pahala menutup aurat hanya dikira bila berada di Kota Mekah dan Madinah sahaja?
 

Janganlah... 

Kita tutup aurat sebab nak Allah terima semua amalan kita...
Sebab kita mengharapkan redha Allah setiap masa walau di mana kita berada...
Jagalah hak Allah... dan rasakan sendiri betapa amazing-nya Allah akan menjagamu...

 

 |Tulisan diinpirasikan oleh Wardah Rashid tapi maaf puan karya, saya olah dgn gaya bahasa saya. mohon halal... |





Terima kasih Al-Hiz'Ain Collection utk set Syari'e Khadijah mesra solat ini... Teruskan jihadmu utk terus menyediakan pakaian muslimah yg benar2 syari'e.

Psstttt... Tgh sale skrg! Get yours kesayangan sebab jubah ni benar2 jubah yg boleh dipakai wak basahan dilenjan dan dibawak berjalan. Saya suka giler!

Tuesday, July 7, 2015

Saat ini aku kenang sampai bila-bila...

10 Ramadhan terakhir...
2/3 bulan telah melabuh tirainya... pantas!!!
10 malam pertama yang dipenuhi rahmat Allah SWT.
10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah),
10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka.


10 Ramadhan terakhir...
Tiap tahun coretanku sama...
Aku akan berkongsi hal yang sama...
Seperti aku kopipes entry2 lama...
Dan aku takkan jemu bercerita hal yang sama...
Walaupun kamu mungkin dah naik loya nak baca.
Tapi aku akan tetap bicara hal yang sama.
Seperti mana setiap tahun kamu kongsikan indahnya saat hijab bersaksi akad berwali di hari ulangtahun perkahwinanmu.
Kerana apa???
Sebabnya saat itu indah... kamu akan bicara hal yang kamu suka tanpa rasa jemu.
Kerana itu 'moment' yang ingin kamu kenang sampai bila2...
Begitu juga aku...
10 Ramadhan terakhir 4 tahun lalu adalah saat yang ingin aku kenang sampai bila2...
'Turning point' di saat aku tidak jangkakannya...

10 terakhir Ramadhan 2011,
Allah jentik hidayah utk saya hamba hina dan jahil utk mencari cintaNYA setelah 27thn hidup yg hanya ber-IC kan seorang Islam tapi hidup jauh dgn Islam.
Allahurabbi... sungguh cinta Allah itu tak bersyarat. sudi pandang hambaNYA dgn kasih sayang walaupun perintahNYA sering dimungkiri.
Moga RAMADHAN kali ini jadi titik hijrah utk sahabat2 saya juga...
dgn keberkatan bulan mulia ini, moga Allah sudi memeluk kita dgn penuh kasih sayang...
lembutkan hati kita... tundukkan nafsu kita... kembalikan kita kpd fitrah.
Kita mulakan hijrah dgn perbetulkan/perkukuhkan hubungan kita dgn Allah.

Buat surirumah2 terdiva yg beranak atau tidak, yg tak sempat / tak berpeluang nak berterawih di Masjid, kita usahakan buat sendiri kat rumah.
Kita bangun di sepertiga malam, kita Tahajud...kita solat sunat taubat... Kita pohon diampunkan segala dosa2 lalu.
Tiada hadiah paling hebat utk SI PENDOSA melainkan sebuah PENGAMPUNAN...

Banyakkan berdoa:
"Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).

10 Ramadhan terakhir...
Semoga hari-hari akhir ini kita tidak lagi jahil mengukur kehebatan Ramadhan...
setiap amalan berganda ganjarannya...
ia bkn hanya tentang berpuasa dari minum dan makan...
ia tentang pemantapan iman sbg bekalan bertemu Tuhan.
rebutlah peluang yang terbentang!
Di mana kita sekarang?
sudah berjaya capai titik tumpu utk dapat momentum tertinggi sebagai bekalan sehingga bertemu Ramadhan akan datang?
Gambateh!


 susun jadual sehebat-hebatnya. Moga kita ditemukan dgn Lailatul Qadr.





Thursday, July 2, 2015

Seqy Beauty Skin Care & Sakura Mask





Assalamualaikum...
Ok, ini bukan hantu kum kum muka sebelah. Terpaksa letak muka sebelah, kalo penuh takut tak muat screen. Lagi pun, kalo angle depan, takut tak jumpa hidung coz skrg hidung ngan pipi sama tinggi. Huhuuu... 
Ni mokcik nak sharing is caring satu hal... Walopon tak cantik ttp nak sharing hal kecantikan. Keyakinan harus ado walopon hakikatnya nan hado!

Ingat tak entry sebelum ni; BB Cream Seqybeauty‬
Lepas terjebak dengan BB Cream Seqybeauty, mokcik memang tak pandang dah foundation lain. Duk usung BB Cream tu ke hulu ke hilir... ke timur ke barat. ;)


Lepas tu rasa macam nak try skin care diorang pulak tapi masih duk berkira-kira duk berbelah bagi sebab muka mokcik very da senkutip takleh pakai skin care sembarangan. Mokcik stick ngan 1 jenama dr dulu tp agak pricey. Lps tu kawan kite Liza duk wak bisikan beracun suruh cuba skin care ni. Kite ni mana boleh dengar ayat2 promot sangat... mulalah cair. Hehehehee... So dengan semangat kamikaze, mokcik mencuba dgn harapan kalo jadi mmg jimat poket mokcik. 

Lepas seminggu++ pakai, yuhhuuu, muka mokcik menunjukkan keserasian. Jeragat yg muncul lepas berjemur di pangkor laut n pulau kapas hari tu makin pudar. Nak canang kelebihan lain tak berani sebab selama ni pun skin care mokcik yg sedia ada tu dah ok, cuma kalo jumpa yg murah tapi serasi kira bonus sangatlah. Biasa kalau cuba skin care lain, kalo x serasi mmg terus muka ni naik jerawat dan muka akan nampak kusam. Tapi kali ni memang takde naik jerawat dan muka pun glowing jer. Suka2!!!
 
 Gambar ini di-snap menggunakan front HP camera kokak bukan brand epal digigit yg di-zerokan beauty level-nya tanpa editing di subuh hari dgn hanya memakai toner, serum, day/night cream, bb cream dan last sekali disapu nipis compact powder bukan berjenama ternama pun.



Lepas cuba skin care, tanduk si Liza makin bergulung gulung. Dihasutnya mokcik try Sakura Mask Seqy Beauty pulak. ok, ni memang sumpah mokcik suka banyak2! Apply jer dalam 15-20 minit, basuh... macam pakai mask la ni. Tapi 2 kali pakai pun dah nampak kesan dia. Kulit muka makin tulus mulus, berseri seri dan muka nampak lembap jer. ok, ini memang akan jadi kesukaan mokcik sepanjang zaman! 


 Abaikanlah muka sangap mokcik tu. Muka letih tak bermaya dgn rutin hidup yg sgt padat tapi alhamdulillah, semakin menserasikan diri dgn life yg baru.



Korang kalo nak raya ngan muka berseri-seri semulajadi tanpa mekap segala, bolehlah cuba. Sama2 berseri di hari raya. Sekarang tengah ada Promo Combo sepanjang Ramadhan.



Kalau uols nak cuba, boleh contact kawan kite ni (haruslah promote kawan kan...)

WhatsApp : +60 17-394 5948:
IG : estrella_onlineshop
FB : Estrella Muslimah 
Blog : shopperslandz.blogspot


Vendor butik :

  1. Thepopulous Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 Bangi (sebaris Sendayu Tinggi atas Tateh)
  2. Popdonna Bangi, Seksyen 9 Bangi (sebelah Manjaku atas Zoukspa) 
  3. Sistersvendeur, PD Waterfront Port Dickson (sebelah Pizza Hut)


Ade COD area Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Port Dickson, Nilai
Juga open for dropship.


Monday, May 18, 2015

OOTD Katanyer; Jubah simple buat basahan



Alahai gedix nyer ber-OOTD bagai kekdahnya kan...
Takderlah... just nak share ngan kesayangan jubah yang simple dan selesa. 
Untuk buat basahan belasah hari2 untuk ke kantor... ke pasar... jenjalan ternak lemak... 
memang sesuai sangatlah!
Sebab selesa sangat... haruslah dikongsi kan...
Dan yang penting; murah

Paling suka dengan material jubah ni; sakura silk.
Macam cotton tapi lembut. Bagi effect lebih casual gitu.
Lepas tu suka sangat sebab jenis tak melekat pada badan.

Dan yang best jugak nya, ukuran boleh request.
Katalah measurement korang saiz M ikut chart size, tapi tang pinggul tu macam besar sangat,
korang boleh la inform mintak kecikkan dan bagi ukuran yg korang rasa selesa.
Boleh juga request labuh ker ape...
Pastu, kalau nak tambah zip nursing pun boleh request...
Dan boleh pilih lengan nak jenis mana; macam2 pilihan ada.
Nak getah di pergelangan tangan ker... nak ada pasang kaf ker... nak kaf mcm oki pun ada.
Tapi sure ada kos tambahan lah kan...


Plain Abaya.
RM 89 exclude postage.
ada poket... senang sumbat duit sebab malas bawak purse bila keluar lunch.

Berminat kalu... boleh contact kawan kite, ada macam2 design lagi...
AINI.
IG: abaya_sifu_by_naanii
Whatsapp: 0182312612
Email: oursharingmoments@gmail.com

kalau yang area gombak, study area UIA, UM, UTM Semarak...
boleh whatsapp ajak jumpa kalau nak test dulu...



Ingat lagi awal2 hijrah dulu...
alahai susahnya nak dapatkan outfit yang best...
kalau jumpa pun rege tu tahap telan air liur 7 8 belas kali.
Alhamdulillah... sekarang dah banyak jubah2 yang patuh syariah di pasaran
walaupun banyak jugak yg kata pakaian muslimah tapi langsung tak patuhi piawaian.
berjubah belum tentu lagi 'menutup aurat'.
so pepandai la yer pilih material, cutting, design yg sesuai dengan bentuk badan kita.
yg penting, usaha sehabis baik untuk menutup aurat dgn sempurna.


"Let us veil our aurah for a bright akhirah"



Thursday, May 14, 2015

Kecewa...





Usah terlalu kecewa dengan kehidupan di dunia...
Kerana kita singgah sebentar saja...
Akhir waktu... kita 'pulang' jua



Monday, May 11, 2015

Sapaan rindu...


Assalamualaikum kesayangan...
Moga harimu indah dari semalam...
Moga kita yang hari ini juga lebih baik dari yang semalam.

Ada masa kita leka.
Iman lemah dari biasa...
Seperti pantai yang ada pasang surutnya.

Lalu KAU lalukan sapaan sebagai peringatan halus dengan ujian...
Tiupannya lembut... tapi insan lemah bisa goyang!
Itulah tiupan rindu...
Rindu Tuhan pada si pendosa.
Agar hambaNYA tidak leka dengan indahnya dunia.

Buat jiwa-jiwa yang teruji... Bangkit!
Allah uji tanda cinta... tanda sayang dan rindu...
Tanda DIA sayang tak mahu melepaskan kita pergi jauh...
Bila kita selesa... kita rasa sombong... 
lalu semakin jauh kita pergi dariNYA.
DIA rindu nak melihat kita berteleku di sejadah menangis mengadu domba hanya padaNYA.
Rindu pada hambaNYA yang selalu meletak pergantungan hidup hanya padaNYA...

Allah jua yang Maha Pengasih...
yang Maha Berhak diletak segala pengharapan.

Ya Allah...
Ampuni dosa-dosa kami...
Tunjukkan kami jalan yang benar.





Tuesday, May 5, 2015

InaAchik 8th Wedding Anniversary - Teaser







1. May. 2015...

We turns to 8th years marriage anniversary...

Our anniversary is not just a celebration of our wedding day. 
It is the celebration of every day of being married to an awesome guy like you...



No photo frame in this world is big enough to fit the beautiful memories of our marriage. 


Happy anniversary suami...

May Allah bless our marriage... Insyaallah till Jannah.




Friday, April 24, 2015

‎BB Cream Seqybeauty‬

Assalamualaikum kesayangan...


Kite kannnnn... sebenarnya kannnnn... malu giler nak wak entry ni...
rasa macam poyo jer... rasa macam gedix jer... rasa macam budget jer...

tapiiiiiiiiiiii... dlm poyo, dalam gedix, dlm budget... wak jugak! 
sebab i can't stop myself dari kongsi benda2 best ngan kesayangan iols. ;)
kata sharing is caring kekdahnya kannnnnnnnnnnnn... gimme 5 lah!

Actually nak sharing is caring dengan kesayangan satu produk best ni; 
BB Cream‬ keluaran Seqybeauty‬
Sebab besttttt sgt, haruslah disebar-sebarkan. 

Kite sebenarnya dah lama giler tinggalkan dunia mekap2 ni. 
Tapi kadang2 pakailah jugak foundation sebab sedar diri yg hakikatnya xder natural beauty. 
Tapi biasalah foundation kan mcm heavy n berminyak sikit. 
Confirm tinggalkan kesan minyak dan warna kat tudung.
Tapi lps try BB Cream ni, mmg suka giler. 
Lebih ringan, nampak macam tak mekap tapi nampak glowing
Dengan SPF 30, boleh sekali harungkan penggunaannya sbg foundation dan UV protection.
Sesuai sangat untuk kita-kita yang jenis tak ber-make up ni. At least taklah tampil kusam sangat kan...

Masa mula2 pakai, haruslah laki kite yg tegur dulu. Dia kata isteri nampak berseri!
Ok, pemberitahuan; laki mocik memang jenis teliti bab skin care, pakaian dan penampilan mocik. jerawat sebijik pun perasan... kalau naik blackhead kat hidung, dia pulak yg risau lebih dari kite. dia naik jerawat besar penumbuk kat hidung kita relax jer! Tapi baguslah jugak kan... nak bini cantik haruslah tidak kedek taik idung masin membeli utk isteri. ;)
Lepas tu mak, sisters n my darling friend pun tegur tanya pakai produk apa. 



 Maafkanlah mocik yg bergambar ala model produk x berbayar versi keras ketung kaku sejuk beku. Dengan tangan sado mcm bang bonzer tu sgtlah semacam. Dan abaikan juga muka pinggan nasi tambah tu. Tapi yg pasti gambar ni tanpa bantuan camera 360 ok. And application 360 tu takde pun dlm Hp kokak cap ayam mocik sebab mocik rasa fake giler!



 Suka botolnya yg kurus langsing tu. Senang nak selit dlm handbag.


Kite pakai Code 2 - Neutral.



BB Cream didatangkan dalam 3 code warna;
Code 1 - Fair
Code 2 - Natural
Code 3 - Brown

Harga mampu milik, RM 55 (exclude postage).

Wahhhh bagi detail macam agent jual SeqyBeauty dah kekdahnya.

Thanks kat kawan kite Liza sebab kenalkan kite dengan produk ni.
Kalau uols nak cuba, boleh contact kawan kite ni;

WhatsApp : +60 17-394 5948:
IG : estrella_onlineshop
FB : Estrella Muslimah 
Blog : shopperslandz.blogspot


Vendor butik :

  1. Thepopulous Bandar Baru Bangi, Seksyen 8 Bangi (sebaris Sendayu Tinggi atas Tateh)
  2. Popdonna Bangi, Seksyen 9 Bangi (sebelah Manjaku atas Zoukspa) 
  3. Sistersvendeur, PD Waterfront Port Dickson (sebelah Pizza Hut)


Ade COD area Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Port Dickson, Nilai
Juga open for dropship.



Thursday, April 23, 2015

Cek... Impian tak seindah hakikat.



Dulu waktu kecil-kecil aku fikir jurutera itu gajinya lumayan...
Mampu beli mobil besar rumah mewah...
Boleh bercuti ke luar negara merasa main salji...
Petang-petang bila arwah Atuk bawak pusing-pusing tawaf kampung dengan motor cabuk,
aku selalu bilang sama atuk:
"nanti bilo Na besar Na bowok Cek jale2 naik kreto besar..."



Cek... 
Sesungguhnya hakikat hidup hari ini tak serupa dibayangkan...
Sekarang jangan kata rumah besar, rumah kecil pun lap air mata.
Nasib baik Cek pergi dulu sebelum melihat kegagalan sebuah impian cucu bergelar Jurutera hingusan di kota lumpur yg penuh lumpur dgn kos hidup yg semakin di luar jangkaan.


Cek...

kalau nanti cicit Cek tanya;
"mummy... apa kerja nak jadi kaya?"
akan orang bilang sama cicit Cek;
"anak, kalau benar kamu nak kaya dunia, kamu jadi menteri.
tapi kalau kamu mahu kaya dunia akhirat, kamu jadilah apa pun asal kamu tetap di jalan Allah".


Al-Fatihah buat arwah Cek...
(rindu)




Wednesday, April 22, 2015

JJCM: Restoran Golek-Golek Suasana Kampung


Dah lama sangat tak wak review jalan-jalan cari makan ternak lemak kan...
Well... kalau takleh kurus, jadikanlah org sekelilingku turut gemuk. ;)

Kali ni nak sharing is caring tempat makan yg special;

RESTORAN GOLEK-GOLEK SUASANA KAMPUNG.
Alamat: Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak , 68100 Selangor
No. Tel: 017-407 0007
Waktu operasi: 6 pm - 12 am
(Isnin tutup rasanya).
Landmark: exit dari Karak nak masuk Ampang, betul2 bersetentang dengan Restoran Skhumvit (dulu Kunang-Kunang)

IG: golekgoleksuasanakampung
FB: Restoran Golek-Golek Suasana Kampung

Menurut info, katanya ni restoran Ahadiat Akasyah. oooo ni penulis novel kegemaran di zaman muda remaja ni. paling suka novel Lagenda Budak Setan ah!


Gambar2 yg dicilok dari FB Page dorang.



Actually, hari2 lalu lalang dpn simpang nak masuk restoran tu tiap kali gi kerja tapi tak terfikir nak singgah sebab mcm tak terfikir ada restoran best kat situ sebab jln tu lori kluar masuk (brape kali sebab daaa). Satu mlm mcm takder idea nk mkn mana, so memberanikan diri masuk. Skali bila masuk, terpana macam tersesat ke satu perkampungan bunian. Tetiba tengah2 hutan ada rumah kampung, pondok2 atas pokok... gazebo... cahaya lampu bergemerlapan... dengan cahaya lilin pelita segala. Ehhhh... cantik! tenang sangat! Memang rasalah suasana kampung tu. Nasib baik ramai orang. Kalau tak, mocik cabut dah!


Jalan masuk agak scary mencerun la. Kalo kereta pasang skirting bagai tak lepas kot.  


Photo credited to puan empunya gambar. minta halal yer...
nampak tak lorong kecik mencuram tu... itulah lorong yg harus didaki.




Food?! Tasty macam home made mak2 kita yg masak. Menu pun unik. Tomyam sup bagai ni takde. Lauk masakan panasnya ala kampung like gulai telur itik, seafood bakar2, sayur dorang pun mmg style mak2 lah. Specialty bakar petai. Western pun ada. Harga sedang2 saje, tak mencekik sgt. Mcm kitorang mkn malam tu, rm47. Tp yg kami order ni portion nya agak besar utk mkn berdua. Tak habis siap tapau.

makan bawah rumah.

 kerang masak harlock ke apa ntah... sedap!

bendi + kacang botor + petai sambal. punnn sedap!

 Semua ni RM 47. Pari bakar tu memang cukup rasa... sedap! portion sgt besar utk mkn berdua.


 kalo rasa gigih nak panjat tangga, boleh makan kat pondok atas pokok.

 Lenkali pergi nak makan atas rumah pulak. 



Highly recommended!

Yang pasti, kami pasti repeat meriangkan lemak di sini lagi.


Sekian entry tak berbayar apatah lagi makan percuma.
Kata sharing is sexy caring kan... :)



Friday, April 17, 2015

7th Wedding Anniversary; Avani Sepang Goldcoast Part 2



Tak sampai 2 minggu lagi nak hornymoon honeymoon meraikan tahun ke-8 Ina+Achik jadi rumet, maka dgn ini mocik berbesar hati nak sambung cerita ceriti honeymoon hampir setahun lalu di Avani Sepang Goldcoast. Buat kenangan rujukan anak cucu. ngeheee...

*** link entry sebelumnya; Avani Sepang Goldcoast Part 1.


Hari kedua...

Eh macam tak ingat sangat dah cerita ceritinya... tempek gambar jerlah eh... ;)


 Pagi2 air masih tinggi...
cuaca pun sporting jer masa ni... tenang sangat!


tengah tunggu buggy nak gi breakfast.
jalan boleh tapi mcm jauh jer nak menapak. lagipun mocik bangsa syg lemak. :p

 saya suka breakfastnya... beraneka pilihan.
dim sum ada... onde2 ada... pizza ada... kalo nak senarai semua, memang confirm lupa ah. :p

 makan sambil hadap pool.


dengan kopi o panas pulak... mmg gabungan yg syerasyi bersyama sgt!

 perut kenyang kita bersidai cam kokedai tepi kolam.
kalo zaman dolu2, confirm dah terjun tirus jadi badak berendam dah.

 Kemudian tawaf Avani lihat pemandangan... pemandangan laut jer pun kan...

 ni mintak abang cleaner tolong snapkan. hehehee...






Lepas tu, kami decide untuk berbasikal. boleh feeling ala2 zaman kegemilangan cerita sembilu.
basikal memang free untuk kegunaan semua. 




 Tragedi baju tersangkut dalam rantai basikal. rabak sikit dress mocik.
lepas tu tanpa segan hamek ko aku selak dress tu sampai lutut.
tapi dalam tu pakai seluar lah... :p

tengok, lupa diri ada bini gamaknya... laju jer memecut.
dia tak ingat ker ni honeymoon ni bang!
honeymoon haruslah romentik2 ngan isteri... layan isteri mcm princess... gituuu~ ;)


Then kami decide utk lepak kat beach.
Actually Avani ada dua beach, satu beach yg ada mcm2 sport activities ni...
Dan lagi satu beach garden yg terletaknya beberapa restoran.








Kami mengahabiskan masa agak lama di sini sebab best naik buai together-gether...
borak2... dah 7 thn pun, masih gembira mengimbau zaman2 study kat u dulu...



tengah hari balik lepak bilik dan makan megi dan roti jer utk lunch.
simpan perut nak membedal seafood petang nya tu...


Eh ingat nak siapkan cerita 2nd day dlm satu hari...
nampak gayanya, faktor usia membataskan keupayaan diri menaip entry sekencang dulu2...
harapnya berjaya mengkhatamkan entry sebelum 8th honeymoon yg x smp 2 minggu jer lagi. :)

***gambar semua dari hp cap ayam***


“A wedding anniversary is the celebration of love, trust, partnership, tolerance and tenacity. 
The order varies for any given year.”