Wednesday, November 26, 2014

Tentang Bulatan Gembira yang osem; Tauhid Rububiyyah & Uluhiyyah



"Suami... Terima kasih sebab hantar isteri usrah. Kesian suami kena tunggu lama."

"Takper... Suami suka! Suami pun dapat pahala sama. Siapa tak suka pahala kan?!"

Semalam ada Usrah dari pukul 9 -11:45 malam. Biasa hari Khamis malam Jumaat tapi sekarang dah tukar hari dah... setiap Selama malam pulak. Keluar pagi gi kerja, balik kerja dgn berlengas tak mandi terus teman isteri ke usrah adalah sangat romentik pada isteri. Oh... terima kasih suami! Kammoo romen-tik sangat! ;)


Yer, romentiknya seorang suami itu luas konteksnya dan terpulang pada si isteri menterjemahkan romentiknya suami pada pandangan kamu...
Tengok laki orang bagi bunga segala terus "eh... bestnya ko laki romentik! laki aku tak romentik, tak pernah pun bagi bunga kat aku". alahaiiiii... takyahlah nak banding2... laki ko laki ko lah... laki orang laki orang lah... cara tak sama hoke! pada mocik, laki tolong kemas rumah, basuh pinggan, vakum karpet, cucci kipas, lipat baju tu romentiknyerrrrrrrrrrrrrrr... rasa nak timang2 lambung jer! :p


Sokongan dari suami adalah sangat penting dalam kelangsungan tarbiah seorang isteri. Apa salahnya, seminggu sekali atau 2 minggu sekali atau paling komang sangat pun sekali sebulan, suami korban sikit jaga anak2 bagi masa untuk isteri ke usrah atau kelas agama. Kena faham yang tarbiah itu bermula dari rumah. Nak anak jadi soleh - solehah, mak pak nya yang kena ubah diri jadi soleh -solehah dulu. Tidaklah pulak mocik nak kata orang gi usrah ni solehah... dah cukup baik... tak! tapi ini antara jalan tarbiah dan proses membentuk diri nak jadi baik... nak jadi solehah. 


Terima kasih ya Allah izinkan saya bersila di bulatan gembira malam ni. Kadang2 rasa lemahnya kudrat. rasa penat sangat bangun subuh hari... gi kerja... tak sempat nak balik rumah terus ke usrah ngan berlengas berkebas (kebas stand for ketiak basah. hahahaa...). Tapi bila berada dalam bulatan tu, ohsemnya rasa... hilang segala penat. 

Semalam tajuk Usrah 'deep' sikit; bab Tauhid (menggunakan Kitab Tauhid, Syeikh Abdul Majid Az-Zindani, Terbitan: Pustaka Salam). Di sini sedikit perkongsian dari Usrah malam tadi;
  • Tauhid ialah mengesakan Allah pada sifat Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya.
  • Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beriktiqad bahawa Allah SWT  bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan bagi sekelian alam.
  • Tauhid al-Uluhiyyah pula bermaksud menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan. Contohnya melalui ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji sebagai tanda pengabdian kita.
  • Sesungguhnya kesanggupan dan kesediaan manusia mentauhidkan Allah dari segi Rububiyah dengan segala pengertiannya, akan menghubung atau menyebabkan manusia mengakui Tauhid al-Uluhiyah iaitu mengesakan Allah dalam pengabdian. Secara spontan pula manusia akan mengakui bahawa Allah sahaja yang layak disembah, makanala selain daripada-Nya tidak layak disembah walau dalam apa bentuk sekalipun.

Ok, sikit jer boleh kongsi. Takut nanti terbagi ajaran sesat kat korang. Bab Tauhid ni bukan boleh ambil mudah, melibatkan akidah kita. 


Oh Usrati Jannati... Bulatan gembira yg osem yang sentiasa menggembirakan. Berukhwah dan berkasih sayang kerana Allah. Moga Allah redha.




Tuesday, November 25, 2014

Susu kambing bancuh sendiri yang tidak hamis.


Is barang baik... is barang baik!
Well, barang baik harus dicanang seantero ceruk; FB, IG dan Blog tak ketinggalan. ;)




Macam korang tahu lah kan... susu kambing kan minuman sunnah dan banyak khasiatnya. Nak yang segar diperah dari mak kambing memang susah la sikit kan... So cari lah alternatif yang serbuk boleh dibancuh sendiri. Tapi yang bancuh ni masalahnya kembang sikit tekak ni nak telan. Bau hamis! 
Dah macam2 brand cuba tapi sudahnya tersadai dalam gobok sampai tamat tempoh.

Hari tu ada kawan bagi cuba produk dia.
Awal-awal dah cakap ngan member; "aku dah banyak kali cuba susu kambing serbuk ni, tapi tak lalu dek tekak. kuat sangat baunya". bukan apa, takut membazir nanti. kawan dah bagi, kita peram... not good lah kan. baik tolak dari awal2. hehehe... 
Lepas tu beria kawan ni yakinkan suruh cuba dulu... tak hamis katanya. Ok lah, nak jaga hati kawan, ambiklah... ;)

Memula tu lama la jugak terperam sebab dah boleh bayang rasa dia yang tak berapa nak best tu. Sekali bila cuba, Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak susu kambing sendiri bancuh yang lalu di tekak. memang betul tak hamis! eh, ni bukan nak puji sebab ia adalah produk kawan bai... ni ikhlas ni tau! tak main r tipu2... dosa tau! mati kena seksa! berani ko?! :p

Wa malas la der nak wak ayat iklan:
"Susu IQeel susu kambing asli yang terbaik!" lepas tu senaraikan segala mak nenek kelebihan. stereotype der! uhuksss~

Kalau ada yg berminat, sila tinggalkan komen. nanti baru saya bagi info k.
yer, bagi info jer... tp sila beli sendiri. ;)



****************
~Update ~
sebab tak dan nak balas komen / pm yang tanya mana nak beli susu ni, saya bagi terus lah kat sini walaupun ianya kelihatan seperti iklan. hehhee...
tapi barang baik harus dikongsi untuk manfaat bersama kan....

FB Page: Susu Kambing IQeel








Monday, November 24, 2014

No Monday Blues!



Doa elak rasa risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek, beban hutang:


Bismillahirrahmanirrahim.  
Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal.
(3X)


"Aku berlindung kepada-Mu daripada rasa sedih dan dukacita
Dan aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sikap pengecut dan bakhil.
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada cengkaman hutang dan penindasan manusia."

Thursday, November 20, 2014

Setiap rumah tangga ada Syaitan power!

Assalamualaikum wbt...
Segala puji hanya bagiMu ya Allah...
Terima kasih untuk sehari lagi diberi peluang bernafas secara percuma.

Dengan skemanya hari ni saya nak kongsi satu isi kuliah di Masjid berdekatan rumah saya yang disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli. Kalau sesiapa selalu dengar Usrah Nurani di IKIM, mesti kenal Ustaz ni. Suami gelarkan beliau sbg Ustaz isteri sebab isterinya ni minat sungguh dengan Ustaz Zul ni. Bahasanya sentiasa menyapa lembut dan menyantuni jiwa saya... Selalu nangis dalam kereta bila dengar beliau berbicara di IKIM. Yer yer... saya spesis wanita badang keturunan Neng Yatimah! Nampak jer sasa tapi hati tisu... :p

Berbalik pada modus operandi asal iaitu nak share isi ceramah yang dengan rendah hatinya saya nak berkongsi memandangkan banyak sangat kes-kes rumah tangga yang makin mengarut sekarang ni, contohnya cerita Mah dan suaminya dengan si Janda sebagai pelakon pembantunya. Walaupun pada saya ia tak ubah seperti cerpen rekaan semata yang bermisi untuk di-viralkan. Oh maafkan saya! Tapi prop dan jalan cerita sangatlah drama melayu. Tapi tidak dinafikan, mungkin ada berlaku secara realitinya tapi kalau yer, itu jantanz liberal yang tak layak dipanggil lelaki apatah lagi suami. Apapun, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Minta Allah jagakan rumahtangga kita dan of course kita kena usahakan yang terbaik untuk jaga kerukunan rumah tangga kita, baik sebagai isteri atau suami.

Ah, melalut lagi!
Ok, kembali.

Ok, apa yang saya kongsi ini adalah berdasarkan catatan dan pemahaman saya. Kalau ada salah di pihak saya, maafkan saya dan kalau nak tambah dan kongsi, dialu-alukan ya...


Ustaz Zul Ramli, Kuliah Dhuha, Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak;


Ada satu qabilah syaitan paling handal yang posisinya paling kanan di sebelah Iblis (ketua syaitan) yang bernama DASIM. Tugasnya adalah memporak perondakan / merosakkan rumahtangga anak cucu Adam. 

Sejurus dinikahkan, syaitan Dasim terus bersama pasangan sampai bila-bila. Tugasnya adalah berusaha untuk memutuskan silaturahim, mencerai beraikan ikatan perkahwinan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian.

Dasim tetap ada dalam rumahtangga samaada dia besar sebesar rumah, atau ia sekecil kecil lalat. Rumah yang dihiasi dengan zikir, alunan al-quran dan penghuni rumah menjadikan rumah sebagai tempat ibadah menjadikan Dasim akan makin kecil. Tapi jika rumah hanya didendangkan dengan oppa gangnam style, running man, (cerita2 lara) dan penghuninya tidak solat, maka makin besar Dasim. Bila Dsim makin besar, makin power Dasim utk meruntuhkan rumahtangga.


Tambahan daripada saya dari kuliah-kuliah yang lain;
Sebelum masuk rumah, bagi salam walaupun tiada penghuni di dalamnya pada ketika itu. Jika rumah tidak berpenghuni ketika itu, salamnya: "Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin"
Dan bila masuk, amalkanlah membaca ayat Qursi.

Tambahan dari saya lagi...
Apa yang dapat dilihat hari ini, masalah rumah tangga makin meruncing kerana berapa ramai suami isteri yang tidak solat... membaca Al-Quran jauh sekali. Bila jauh dengan agama Allah, macam mana rumah tangga nak bahagia???

Kepada Mah, laki Mah, laki kawan-kawan Mah, jiran-jiran2 Mah, dan semuanya...
kerukunan rumah tangga BUKAN SEKADAR terletak pada cantiknya sang bini menjaga penampilan diri bercelak bergincu berwangi sambut sang laki, tapi tentang kita laki bini menjaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jagakan hubungan sesama manusia. Dan orang yang kuat iman, insyaAllah Allah pelihara dari perbuatan mungkar. Tapi rumah tangga mana tidak diuji... normal lah tu kan. Lagikan lidah dan gigi tergigit, inikan kita laki bini. Tapi tanganilah setiap ujian rumahtangga dengan bijak dengan kewarasan minda dan Iman.

Pokok pangkalnya; Carilah bahagia dengan mengenal ALLAH.  



CAK! GRRRRRRRRRRRRR~~~ *ini bukan DASIM! hahahaha...


Monday, November 17, 2014

Jika terpaksa Membenci...



Jika terpaksa membenci, jangan ketara.
Sembunyikan bersama sabarmu.
Pendam rasamu, rendam katamu.

Jika terpaksa membenci, benci seadanya.
Jangan dirinya, tapi kelakuannya.
Jangan keterlaluan, jangan berlebihan.

Jika terpaksa membenci, 
jangan sampai dapat dibaca.
Sembunyikan segala di sudut hati.
Namun ingat, jangan beri hatimu padanya.

Jika terpaksa membenci...
Ahhh... alangkah indah jika kalimah itu tiada!

#diinpirasikan dari buku Di Mana DIA di Hatiku


Friday, November 14, 2014

110 atau 10 campur 10???




Alhamdulillah bertemu lagi dengan Jumaat.

Sudah baca Surah AL-KAHFI?
Tak mampu baca 110 ayat,
bacalah 10 ayat pertama + 10 ayat terakhir. 
Moga Allah selamatkan kita dari fitnah dajal akhir zaman.

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum'at." (HR. Al-Hakim) 

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.” [HR Muslim]



Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.” [HR Muslim]

Dalam membaca laju-laju...
tanpa sengaja, terpandang terjemahan ayat 46. 
Dan saya tahu Allah sedang berbicara dengan saya... 
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. - Al-Kahf:46 - 

 #S.E.N.Y.U.M


Wednesday, November 12, 2014

Rumah kecil di pinggir kota metropolitan.


Rumah kecil di pinggir kota metropolitan.
Rumah kecil berbumbungkan lantai rumah orang.
Rumah kecil yang ringkas yang menjadi syurga dunia utk penghuninya mencari tenang melepas lelah sebelum 'pulang'.

Surah An-Nahl; ayat 80:
"Allah menjadikan utk kamu rumah-rumah kamu sbg tempat yg menyenangkan"

Maka jadikanlah kediaman kita sbg syurga dunia yg paling mendamaikan.
sebagai tempat yang paling menenangkan.
tempat kita bina dan utuhkan cinta dan kasih sayang.
tak perlu dekorasi yang sarat dan melampau...
rumah kita bukan muzium untuk tayang segala mak nenek perhiasan.
cukuplah sekadar sedap dipandang, kemas dan bersih sebagaimana Islam mengajar kita tentang kebersihan.

Di sini saya kongsi tatarias (fuyyooo ayat skema der) rumah kecil saya dengan konsep ringkas dengan pendekatan moden minimalis. takde perabot mewah... tiada hiasan mahal... biasa2 saje.
Semoga ada manfaat dan bagi idea untuk kesayangan2 gojes saya di sini.








tengah menabung nak buat kitchen cabinet baru.
yang sedia ada dah nak tercabut pintu. hehee... ;)


Ada rumah yg besar tapi terasa sempit.
Ada rumah kecil tapi terasa luas dan lapang.
Bersyukurlah jika rumah itu 'diluaskan' dan 'dilapangkan' dgn AL-QURAN.

Bento ke kantor; Left over perlu hangat ker tidak?

Assalamualaikum kesayangan...
Mulakan hari indah dgn Dhuha;
bukan sekadar utk menjemput rezeki...
tapi tanda syukur pada Allah yg Maha Memberi Rezeki.


Kisah hari Rabu...

#BentokeKantor #dinnerleftover;

malam tadi sengaja masak dinner lebih untuk bekal hari ni.
Sardin n sayur goreng tu just masuk peti ais,
pagi ni terus masuk bento tanpa dihangatkan, biasa hangatkan dulu.
by lunch, rasanya lauk pauk ni dah dlm keadaan suhu bilik.
Percubaan pertama wak keje cenggini. kalo menjadi, sonang kerja den! :p

Biasa left over korang hangatkan dulu tak?

Nway, extra butter toast sesame bread n kuah bolognese utk isteri. ;)




malam tadi punya dinner.
sesekali dapat cenggini, memang makan nasik tak toleh kiri kanan.


Monday, November 10, 2014

Skim Cepat Kaya yang sangat menguntungkan! Jom join!!!



Sebenarnya ntuk kaya kita tak perlukan SKIM CEPAT KAYA 
sebab skim paling cepat kaya adalah dgn SOLAT SUNAT SEBELUM SUBUH.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Solat sunat dua rakaat sebelum Solat Subuh itu lebih baik drp dunia dan segala isi buminya." (Sahih Muslim)


Dikerjakan 2 rakaat sesudah azan Subuh sebelum menunaikan solat Subuh.

"Sahaja aku solat sunat Subuh, 2 rakaat sebelumnya krn Allah".

(dikerjakan seperti solat subuh tanpa Qunut).


jadi, MODAL KAYA;  tak perlukan DUIT, just DO IT!






Wednesday, November 5, 2014

Bahagia



Bahagia bermula di hati.
Ditakdirkan kahwin bahagia. Ditakdirkan tidak kahwin juga bahagia.
Ditakdirkan ada anak bahagia. Tiada anak juga bahagia.
Semasa duit banyak bahagia. Kurang duit juga bahagia.
Dapat kemuliaan bahagia. Hilang kemuliaan dunia juga bahagia.
Bahagia dari Allah.

Kita lalui hidup ini, pelbagai keadaan kita lalui.
Dalam melaluinya seseorang itu Taat Allah dan bawa sunnah Nabi saw pasti dia benar-benar bahagia.

Tiada siapa boleh beri bahagia melainkan Allah.
Seorang paling kaya dan berkuasa pun tidak akan bahagia melainkan Allah berikannya bahagia.

Hanya Allah boleh beri bahagia. 
Bahagia dalam mengenal Allah.

Ramai orang tunggu dapat apa yang dia nak semuanya baru bahagia katanya.
Akhirnya masa berlalu,
Allah tunjukkan orang yang memiliki semuanya tapi mereka tidak rasa bahagia walaupun sedikit. 
Kerana Allah simpan bahagia bila kembali padanya dengan sebenarnya.


#dari pena Ustaz Ebit Liew



Hanya Allah boleh beri bahagia...
Bahagia bila kembali padanya dengan sebenarnya...

Monday, November 3, 2014

TTC ~ Tak mintak simpati atau difahami tapi jangan sakiti


Assalamualaikum wbt...
entry berjela ini bukan merempan, tapi sekadar luahan hati yg hakikatnya tak semua memahami.


Adik kakak abang makcik pakcik...
Bila bab anak ni hati2 lah dlm bercakap. Tambah2 melibatkan pasangan yg telah lama berkahwin tapi rezekinya Allah tangguhkan. Jgn sampai ketidakpekaan dan kelancangan mulut kita buat hati org pecah berkeping-keping.

Jujur... 7 thn setengah saya jadi isteri yg belum diberi peluang jadi ibu, tak pernah saya hati saya pecah berkeping keping seteruk ini. Lebih teruk dari saya kehilangan anak yg hanya sempat hidup dlm rahim saya selama 11 minggu.

Saya terima dgn lapang dada apa yg Allah aturkan utk saya sebab saya tahu DIA sebaik baik perancang dan maha tahu apa yg terbaik utk setiap hambaNya. Dan kalian jugak harus melihat di sisi yg sama. Jangan menghukum seseorang like; ooo si polan ni takde anak sebab perangai dia cenggitu cenggini, sebab dia ni begitu begini, patutlah takde anak sebab bla3...
Bertambah pedih bila ayat pedas sebegini keluar dari orang2 terdekat, kaum kerabat yang kita harap mereka ni bagi sokongan.
Allahuakbar, kamu takde hak menghukum orang lain. Habis, Saidatina Aisyah takde anak sebab Allah tak sayang beliau kah?!!! Sebab beliau tidak sempurnakah?!!!

Pada saya...
Biarlah Allah tak beri anak jika itu yg buat saya makin dekat denganNya...
biarlah saya takde anak dari jadi orang kufur nikmat...
biarlah saya takde anak dari punya anak berderet tapi saya tak mampu menjaga amanah sebagaimana yg Allah perintahkan.

Bukan simpati yang dipinta... 
cuma mengharap orang2 yang terdekat dan kaum kerabat menyokong kami.
jaga tutur walaupun tak nak memahami... 
jangan musnahkan kekuatan yg kalian sendiri tak tahu betapa lelah kami bina kekuatan itu.
please, jangan musnahkan kekuatan yg kami bina.

Redha mmg redha tapi kadangkala saya wanita lemah yg tak mampu nak takung air mata. menangis bkn sebab tak redha... tapi terhiris dan terluka dengan kata yang tajam dan bisa.

Pada yang Allah beri rezeki anak,
Saya doakan kalian jadi ibu bapa yg baik dan menjaga amanahNya dgn baik...



**********************************************

Rentetan daripada luahan ini, membawa kepada perkongsian-perkongsian sahabat2 senasib meluah perasaan dan saya kongsi di sini dengan harapan dapat menyantuni jiwa2 yang teruji... sedar bukan kita jer diuji begini, tapi orang lain ramai lagi. kita curilah kekuatan mereka buat topup kekuatan yg kadang kala menipis di kala minda dikendali oleh emosi...


Perkongsian 1
*************
Akak saya pernah keluar cakap 'padanlah xde anak' kat saya, raya dua tahun lepas.. sebelum tu saya rasa family adik beradik paling faham saya, rupanya saya salah. Allah je tau camner saya nk kutip kekuatan sebelum ni, tp sesenang tu adik beradik sendiri leburkan k.ina.

Tp saya tau, cm k.ina slalu ckp, perancangan Allah sebaik baik perancangan. Bila saya tgk camner k.ina berubah, saya turut cuba berubah kak. saya cari usrah, saya pergi kelas mgaji sebab saya nmpk manisnya seronoknya bila dekat dgn Allah. saya nmpk dr kehidupan k.ina... kehidupan yg org kata kosong, lompong sbb xde anak..
tq tuk akk jugak sbb byk share yg baik2 smpi saya terpengaruh!




Perkongsian 2:

*************

Assalam cik kaki..jgn sedih2..kita punya nasib serupa. prkhwinan kita pun sm usianya..na wanita badang..jgn mudah menangis dgn kata2 sinis tu..Allah tahu apa yg trbaik utk kita..dia prncg trhebat..cekalkan hati..na beruntung sbb ada ank syurga menanti disana..Allah bg jgk nikmat peluang mnjd ibu..sy xde lg smua tu..sy nie siap dikata lg..xde anak sbb x tahu nak buat..kalau suami sy kawen dgn pompuan polan nie..dh ada 2 anak dh..depan ramai org ms tu..oleh org yg spttnya bg sokongan pd menantu sndiri..tp sy dh xpedulikan dh smua tu..katalah apa nak kata..sy tahu sy ada suami..dan sy ada Allah..jgn nangis lg..



Btl na..hati mn x sedih bila org yg plg rapat yg sepatutnya bg sokongan dan smgt..tub2 lain plak kata2nya..in shaa Allah..sama2 kita doakan..moga andai ini yg Allah aturkan utk kita..alhamdulillah..semoga kita trs kuat dan lbh dkt padaNya mcm na ckp..
Saya dpt byk kata2 smgt dr tulisan na n few others yg lain..terima kasih jgk utk itu..alhmdulillah Allah hadirkan kita suami yg x prnh kondem isteri sbb xdpt bg zuriat..suami yg sntiasa ada..sntiasa jd bahu utk kita menangis..suami yg sntiasa ssh sng bersama..ckp hebat kurniaan itu pd kita..


Perkongsian 3:
*************
Bismillahirrahmaan nirraheem
Saya jarang sekali luahkan.. kadang2 saya berkongsi rasa dengan sahabat yang seangkatan dengan saya.. :') 
dalam menanti cahaya mata. Mustahil untuk tidak rasa sedih .. Tapi bukan bermakna kita tidak redha dan putus asa..Jauh sekali cemburu atau hasad dengan khabar berita dari sahabat yang lain yang mana, lama menanti 'miracle' itu. Sungguh yang melalui itu pasti faham .titik rasa itu..

Buat insan, keluarga dan sahabat yang di uji Allah dengan ujian begini. Nukilan saya ini sekadar berkongsi rasa buat mereka yang seangkatan dengan saya. Mohon doa kalian-kalian yang membaca, Doakan saya dan mereka yang ada.

“Hati…Tabahlah.. Mata..Tangislah se esaknya Jari jemari... Jangan penah jemu mengesat derai airmata Allah… PadaMu aku bermohon Redhakan hatiku.. Kentalkan jiwa dan rasa hatiku Saat KAU belum memberi aku ‘Peluang’ itu , maka Aku mohon Ya Allah Tabahkan aku Sabarkan aku Redhakan hatiku.."





Perkongsian-perkongsian ini bagi getaran positif untuk saya...
Terima kasih juga untuk sahabat2 yang memberi kata semangat dan doa.
Moga ada doa2 yang terangkat.
Allahumma ameen...


OK, Kesat air mata...
Kita punya banyak sebab untuk senyum dan gembira.
Walaupun aku dan kamu2 mungkin senyum atas sebab yang berbeza.
Kita gembira dan berbahagia dgn cara kita... Bersyukur dengan apa yang kita ada.

‪#‎terimakasihobjekbernyawakesayanganhambayangsentiasausahabuatsayaketawa‬