Friday, August 29, 2014

Dekorasi InaAchik Baiti Jannati ; Perubahan kecil di bulan Syawal

Saya sebenarnya serba salah sikit nak sharing2 pasal rumah ni...
Bukan pasal rumah jer... tapi tentang banyak benda.
Ntah... jadi takut. Kadang niat kita lain... orang faham lain...
Yer, memang la boleh cakap; yang penting niat kita.
tapi tipu kalo tak terhiris sikit sebanyak kan?!

Dah alang2 cakap pasal ni... meh la saya jawab byk soalan yg dtg tentang kenapa tak sambung entry Kembara Umrah. inilah antara sebabnya. terhiris/sentap/takde mood nak sambung bila orang specially saudara sepupu sepapat sendiri cakap kita ni macam nak show off sangat gi umrah. pulakkkkkkk... kita nak sharing is caring jer kan kot2 ada pengajaran atau info2 yg berguna dan membantu dari catatan musafir hina ni... kan dah kluar ayat drama tu! tapi gitulah hakikat hidup ni... tak mampu nak santuni hati semua orang. tak gitu?! ;)

Berbalik pada motif utama entry... nak sharing is caring deko2 InaAchik Baiti Jannati...
Terpulang pada korang nak nilai dari sisi mana... positif atau negatif, kita yg pilih. 
Tapi memang dari awal blog kakikusukaberjalan tertubuh pada thn 2009, memang puan blog suka berkongsi dekorasi dgn followers seciputnya. ;)

Raya tahun ni memang takde make-up rumah pun...
hanya sentuhan kecil jer... tu pun, dah separuh Syawal baru tergedik gedik. enjin lambat panas! hehee...
Dan macam previous post, InaAchik Baiti Jannati ni simple present tense jer. 
Saya guna pendekatan minimalist concept
takde perabot2 mewah... hiasan2 mahal... most of perabot hiasa berbentuk ringkas dan garis lurus jer. dan kebanyakannya IKEA mari. saya suka sebab murah dan praktikal. 


SEBELUM:




SELEPAS:










Saya hanya ubah posisi Klappsta Chair IKEA mari tu...
tukar frame gambar ngan frame murah KAISON mari. dah lah main gantung ikut paku sedia ada. nanti nak naikkan kasi tinggi sikit.
dan tambah pokok kenit kecik toet tu 2 ketul.
Yang lain2, menten...

Sekarang dalam perancangan nak upgrade karpet kalerful yg macam red indian tu kpd karpet bulus gebu kaler lembut like kelabu or cream. dah sakit mata tgk kaler terang2 semenjak dah masuk ketegori remaja purba ni. ;)

 Ok di sini saya terus jawab soalan2 lazim ditanya:


  • mana beli kerawang hitam tampal kat dinding tu? >> itu saya beli kat Jusco Wangsa Maju hampir 5 thn lalu (kot). harga lupa. takde niat nak let go lagi setakat ni. ;)
  • rak tv beli mana? >> kedai perabot kokak kat Balakong. pergi beberapa bln lepas tgk kedai tu dah tutup pun skrg. hehehe...
  • jam beli kat mana? >> online jerk kat Nile.com x silap. murah kededek org klate kata. ;)
  • karpet? >> ikea mari. harga jgn tanya... makcik spesis manusia tertelan byk semut.
  • langsir? >> Nilai mari. beli kat kedai MK Curtain Nilai 3. gi r carik kalo nak boria makcik tak kisah. 
rasanya tu jerlah soalan bocor setakat ni...



Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tempat yg menyenangkan - surah an-Nahl; 80

Maka jadikanlah kediaman kita sbg syurga dunia yg paling mendamaikan. tak perlu dekorasi yg bumbumpau... janji kemas dan bersih sebagaimana Islam mengajar kita tentang kebersihan.






Wednesday, August 27, 2014

Hadiah osem untuk dihadiahkan pada orang.

Masa raya hari tu, ada kakak neber jemput saya berya ke rumahnya dan masa nak balik dia hadiahkan saya telekung solat yg cantek... tacing sgt! mint colour utk solat sendirian di kamar mmg osem n feeling gojes utk 'ngedate' ngan Allah. Utk dibawa ke masjid kena hati2 sikit ngan telekung lycra ni. tak sesuai if berkaler kaler n meriah sangat... dan ada certain kain lycra x sesuai sebab boleh menampakkan susuk badan dan garisan lintang di tengah belakang (tak faham?! malu la nak taip tali bra. eh, kan dah tertaip! ayarkkkkk).


lebih kurang cenggini telekung pemberian kakak neber tu.
telekung lycra berenda. tapi saya punya cantik lagi! ;)
*gambar belas ehsan pakcik gugel. tuan gambar, pinjam yer! 

Ok berbalik pada telekung cantik pemberian kakak neber tadi...

apa yg saya rasa... setiap kali pakai telekung tu, saya teringatkan kakak neber tu. tiap kali guna, terselit ucapan terima kasih utknya...
begitu juga dgn sepasang sejadah cantik pemberian sahabat blog @Nailah Jeddah nama timangannya (hehee...). coklat macho utk suami... pink geli2 utk saya. comel sangat! tambah2 bila berpeluang berjemaah dgn suami (jarang dpr peluang ni sebab tuntutan solat lelaki adalah berjemaah di masjid)... cantiknya dihampar sepasang... sama corak lain kaler. begitu juga... tiap kali saya guna, saya pasti teringatkan neklah, suami dan budak dobok anak terunanya tu. ;)


Dan saya fikir... bagi telekung solat or sejadah as present bagus nih! mungkin kita tak mampu nk solat banyak (5 yg wajib pun ada yg terlewat janjitemunya), tapi ini cara kata kita utk dapat 'pahala sampingan'. sebelum ni saya suka bagi hadiah Tafsir Al-Quran. so, telekung solat pun boleh dijadikan one of list hadiah. moga tiap kali org yg kita hadiahkan tu guna pemberian kita di jalan Allah, insyaAllah kita dapat tempias pahalanya.  wallahua'lam... 


Ambillah peluang meng-ekspresikan kasih sayang sesama insan sbg jalan mencari redha dan kasih sayang Tuhan.

Sekian. :)


Friday, August 22, 2014

Mee Bandung sempoi tapi sedap hingga menjilat sudu. ;)

Assalamualaikum...

intisari entry tak penting...


Beberapa hari lepas kawan upload gambar mee bandung kat IG...
dgn tak malu gua tanya dia: "ada lagi tak? kalo ada nk terjah ni!"
hahahhaaa... padan muka terpaksa terima tetamu terkejut. sape suruh upload gambar sedap2 sgt2... lenkali nk upload, biar tragedi beberapa hari lps. agak2 org tanya boleh jawab:
"oooo tu semalam punya... dah selamat jadi suspended solid dah pon!"


 Dua tetamu tak tahu malu. tapi orang tak malu ni untung! :p


oh terima kasih Siti Aisya sebab selalu layan nafsu make saing awok nih.
dia selalu masak bagi saya makan. saya gemok ni pon sebab dia ah! hahahaa...
*tak kisah gambar candid. biar nampak buruk asal jgn nampak gemuk! ;)


Punya lah sedap mee bandung dia tu... sampai terngiang2 kat kepala otak gua neh. nyesal pulak makan sikit! bkn apa... takut tuan rumah tak cukup! :p

sebab sedap n tak puas, gua mintak resepi nk cuba buat sendiri walopon seumur hidup gua x pernah masak mee bandung. lagi pulak gua mmg x serasi nk masak mee bihun segala ni... tapi tak ape... x cuba tak tahu yer dok. kalo sedap makan menambah. kalo tak sedap masuk tong sampah. ;)

so gua mintaklah resepi dari kwn gua tu... maka dgn gigihnya gua masak beb...
taklah sesusah mana dan hasilnya taklah sesedap air tangan sifu kan... tapi bolehlah setakat nk jamu suami mkn smp 2 kali tambah tu...
ah laki gua jamu apa pon sedap aje kalo biniknya yg masak. ciri2 lelaki romen-tik mmg gitu! :p

maka dgn bangganya... astaghfirullahaladzim azlina... jgn riak! eh tak... dgn rendah dirinya gua nak tayang mee bandung hasil air tangan gua kat sini setelah sekian lama gua x mencari publisiti murahan di blog sendiri. ;)


ini bukan mee bandung muar...
ini mee bandung gombak sebab orang duk gombak yg masak katernyer...
eh eleh, pastu ade ler tu ckp... bandung kat indon!
yerlah2... mee gombak jer nama dia. ;)


lepas makan, suami tanya... mana dapat perencah mee bandung ni?
ehhhhhh... no perencah2 ok suami! isteri masak sendiri tau!!!
tak percaya lah tuh?! sebab biasa bini dia fobia masak mee bihun segala ni... gua ni kampung dot com sikit... masak lauk sempoi2 bolehlah... dgr masak mee bandung, mahu laki tak terkojut kannn...


resepi mee bandung sempoi ni gua tempek kat blog ABC. terjah sana erk... 
nampak tak skill nyer tuh?! nk kasik up traffic blog ABC ler tuh! hehehee...


Aku. Hitam. Berkabung. MH17




Aku pakai hitam bukan sebab aku berkabung...
Hampir setiap hari aku pakai jubah hitam ke kantor...
Aku tak berkabung bukan sebab aku hati kering tak sedih dan sayu dgn apa yg berlaku...
Tapi ada cara lain utk lahirkan simpati dan empatiku.
Allahummaghfirlahum warhamhum buat semua yg beragama Islam...
Semoga keluarga mereka diberi kekuatan dan ketabahan merelakan perginya org2 yg disayang.
Untungnya... satu dunia doakan mereka.
kita???
#prayforMH17 #MH17 

-------------------

Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w para sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Yg sabit dpd Nas berkabung Isteri yg kematian suami... iaitu 4 bulan 10 hari..




Tuesday, August 12, 2014

Cerita Eidulfitri 2014 Ina+Achik #Part1: Raya di Qlate

Assalamualaikum kesayangan hati hamba... 
lupa dah ada blog! :p

Di tengah hari 16 Syawal baru berkesempatan dan terhegeh-hegeh nak ucap 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat pengikut (followers), pembaca senyap dan stalker Blog Kakikusukaberjalan... tapi mak saya cakap 'better late than never'   **terer lah sgt mak aku ckp omputih! :p**
Di kesempatan yang terlewat ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah silap yg sengaja atau tidak tersengaja.


Nah sekeping gambar raya dari puan blog dan suami... 
baju biru umno yg mengundang kontroversi di kampung terpencil di Kelantan sana.
terpaksa explain: biru di luar, hijau di dalam. ops~ hahahhaaa...


Tahun ini turn raya pertama dan kedua di negeri kelahiran saya; Kelantan tercinta.
Tahun ni boss bagi cuti raya percuma bermula hari Jumaat sebelum raya (25/7/14) sampai Isnin seminggu lepas raya (11/7/14). diulang suara... CUTI PERCUMA tanpa tolak annual leave walau sehari ya! cuti raya percuma pakej dgn duit raya! boss saya memang osem dan bergaya! :)
Tapi apalah ertinya cuti awal pun kalau laki Jumaat tu masih bekerja. huhuuuuu...
Puas fikir jadual/route perjalanan supaya tak terperangkap dlm jem di lebuhraya ketika pulang beraya sebab takut kena gantung kaki krem di pagi raya hingga merosakkan mood bergembira di hari raya.
Seram sejuk bila dgr anak perantauan Kelantan blk raya sampai 12 jam di lebuhraya. Arghhhh... Ina+Achik memang tak suka bercinta di lebuhraya! :p

Mengimbas perjalanan pulang beraya keluarga kecil saya...
Perjalanan dari KL ke Bachok, Kelantan mengambil masa 8 jam setengah siap berhenti berbuka, berhenti solat maghrib+isyak+terawih dan berhenti supper.

Bertolak jumaat, 6 pm dari Gombak, sampai pukul 2:30 am. Kami lalu LPT kluar exit Jabor, pastu msk LPT baru exit cheneh, lps tu msk tah mana2 jalan papago bawak, lps tu sambung msk LPT 2, exit Batu Enam. Lps tu lalu kut Penarik. Jln mmg lega sgt... Jarak jer jauh sikit beserta tol tp mmg puas hati sebab separuh jalan highway, sambung jln biasa tapi lengang. Alhamdulillah... Allah permudahkan.


 Bawa bekal dan berbuka versi picnic di tepi lebuh raya adalah best rupanya dan boleh dijadikan sbg tradisi bila pulang beraya... :)

Teratak usang di daerah kecil tanah serendah yg mendamaikan.


Di Subuh pagi raya...
bangun awal seperti bulan puasa... masih usaha kekalkan momentum Ramadhan yg masih ada. Tahajud dan Membaca Al-Quran bukan tradisi Ramadhan lalu bila raya kita lepas pergi begitu sahaja.
Berpagian di Pagi Syawal buat hati terasa sayu melepaskan Ramadhan pergi yg entah kan bertemu lagi atau tidak di tahun mendatang...

Setelah makan dan minum kenyang2... bersiap dan ke masjid utk Solat Sunat Aidilfitri. Apa erti hari raya kalau tidak bersujud bersolat Aidilfitri di pagi raya. Solat sunat yg dtg sekali setahun takkan nak lepas macam tu saja yer dok... hingga wanita yg dalam haid pun disunatkan ke masjid untuk sama-sama bertakbir, mendengar khutbah dan berdoa.

Ummu ‘Athiyyah r.a. menceritakan;  “Kami (para wanita di zaman Nabi s.a.w.) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya” (Riwayat Imam Bukhari).

Seperti biasa, teratak buruk tinggal bonda sentiasa menjadi kunjungan ramai di pagi raya walaupun thn ni bonda tak buat signature dish beliau: ketupat palas duet kari daging sebab bonda kurang sihat sikit. So ganti ngan nasi dagang. Pilihan terbaik sebab super sedap! Air tangan bonda tak pernah mengecewakan! 

Dengan ini izinkan saya meng-spam-kan blog sendiri dengan beberapa gambar raya yang tidak semenggah mana kerana tidak ada lagi usaha gigih mengusung dslr seperti tahun sudah2... cukup dgn kamera henpon cap ayam jer. gambar pun seciput jer...

 ghama bghehi nasik dage ghuponyo... ;)

thn ni takde gambar meriah raya macam tahun sebelumnya... ini aje yg sempatnya...
lepastu hp simpan kita kosentret beraya dan mkn juadah raya. :)

 Dengan bonda tercinta...

Adik - sepupu - sepupu - saya (kena perkenalkan ker?!) 

Satu-satunya adik kandung se-mak se-bapa dari 7 kesemuanya.
ok, baguslah adik lagi tinggi dari kakaknya... nampaklah si kakak macam ke-adikan dan awet muda. ;)

 oh ini arjuna hati beta yg orang kampung panggil Hafiz Hamidon. hahaha...


Hari kedua, saya layankan jer mana bonda nak pergi. kira jadi driver dan co-pilot terhormat la ya...
kalau dah ke rumah sedara yg lebih veteran, takde lah gambar gedik raya. :p

 selphui dalam jem seketul!

 Perkerhal nyer yop smp ke kebun getah hah? 
Eh rumah pakcik kite dlm kebun getah. Ada sepupu yg dgn sukarelanya menjadi cameraman tak bertauliah layan fotogedik kezen2 dia ni ha...

ok, sekian cerita raya di Qlate saya...
kalau rajin atau ada kesemptan masa, insyaAllah saya dgn poyonya akan menyambung cerita2 raya di Terengganu dan KL seterusnya...