Wednesday, February 23, 2011

FAKTA @ AUTA | Kesan LOVE BITE |

tak kenal LOVE BITE?!
meh sini aku PANG sebijik!
berlagak suci kunun! hahahaha... 

LOVE BITE = GIGITAN CINTA 
tau?! 

APA yang nak dibanggakan dengan LOVE BITE ni???
kunun sebagai tanda ANDA HEBAT DI RANJANG?!
ops... cam blog lucah la plak tulis word ranjang bagai neh! xmo2... mak insap neh!

ni mak share tentang KESAN LOVE BITE
sumber: FACEBOOK.


#####################################################################



Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.

Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.

#####################################################################

BESEDERHANALAH ANDA 
DALAM SEGALA SEGI...
even dalam kegiatan HALAL suami isteri... hik3...

Tuesday, February 22, 2011

Jika anda senang dipengaruh, Sila jauhi kawan2 yang boleh mempengaruhi anda!!!

aku tak suka cara hidup aku diporak porandakan oleh manusia lain!
even family atau kawan sendiri!!!
takkan ku biarkan manusia2 ini mempengaruhi jalan hidup aku!!!
tapi akhirnya aku TEWASSSSSSSS!!!
TEWAS tanpa rasa bersalah...
kerana....









PENGARUH yang mereka beri sangat2 menoda jiwa selera!!!


Brownies dari Secret Recipe + Ice-cream
memang SODAPPPPPPPP abes!!!

 ya amponnnnnnnnnnnnnn... 2 kali sehari aku bantai bendalah ni!
tak ker kengkawan aku dah berjaya pengaruhi aku dgn xtvt tak sihat neh?!
tapi mak sokak nyah!!!
lebarkan lagi sayap pengaruh korang yer EZA & FARAH!
jumaat nanti kite jogetkan lemak lagi yer noks...

seperti biasa, semangat nak mendeco makanan ni adalah penangan JUNIOR MASTER CHEF! tapi buruk bebenor plak kekdahnya... cik somi, nanti belikan ice-cream scoop utk isteri yer yang...


saya dah gomok sekarang... 
ngah kuatkan semangat utk kembali bina badan di GYM

Tutorial Camana nak BESARkan GAMBAR kat Blog

aderla sorang budak tu... (sila tag diri sendiri k), duk wak muka 3 sen mintak ajarkan camana nak kasik gambar besor godang dalam blog. even dah ramai yg wak tutorial pasal ni... tapi budak ni malas nk mengodeh mencarik ilmu... nak jugak aku suapkan... jadi aku yang budget bijak genius nak kampos ni layankan jerla... nanti dia, kalo jumpa aku mintak dia belanja NANDOS! ader beran EMME? opsssss... terlepas jugak namanya... hahahhahaa...

ok, entry ilmiah bermula...

1st skali - kammo kena tukar blog setting dulu. 
camane? ikut arahan bergambar seperti di bawah:

klik Design

|
v

 klik Settings

|
v

klik Basic.
then kammo scroll down this page sampai jumpa seperti gambar di bawah:

|
v

follow jer seperti dalam gambar ni yer...
kemudian SAVE SETTINGS


sekarang masuk part create new post. interface dia dah beza sekarang...

 interface baru bila nak upload gambar

after add gambar, kammo klik pada gambar tu > akan keluar la kotak command kaler biru laut cam di atas. kammo klik la yg 'X-Large' tu kalo nak gambar gedabak sampai bulu hidung pon bleh bilang bila upload gambar close-up muka... ;)


selamat mencubaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~


faham tak faham... sila fahamkan jugak!!!
dah abes detail dah tu aku rase! bluek~

Friday, February 18, 2011

Nak salahkan siapa kalau DIET anda ke laut?!

bUBUr NaSi + IkaN KerIng

memula, aku salahkan laki aku...
balik keje tengok dia melepeng cam lempeng. tak bertenaga... hilang macho!
pastu merengek rengek manja cakap dia macam nak demam...
oh, kesian plak di situ...

keduanya, salahkan tanggungjawab as bini mithali ;p
yer, dah tengok laki melepeng, rase cam..."saya patut masakkan sesuatu untuk kembalikan tenaga LELAKInya"

ketiganya, salahkan kerajinan dalam diri
patutnya masak nasi dan goreng ikan kering yg dibeli di Kelantan tempoh hari. pastu makan ngan budu. camane bleh terajin wak bubur nasi versi rajin.

keempatnya, salahkan kesedapan bubur nasi tu.
ya ampon... dah siap, rasa sket bubur nasi tu. sekali??? perghhhhhhhhhhhh sodapnya! terus dari rase transform kepada MELANTAK! 
jgn kata rosak diet, misi nak ke gym pon dibatalkan... sebab? konyang! kang muntah bubur nasi kat gym plak kang... ;)

orang yang nak demam tu pe cer?
meh sini nak cer...
beras secawan yg dah jadi bubur seperiuk tu licinnnnn! makan sepinggan + 2 kali tambah!!! 
terus tak jadi demam!

hidangan makan malam kami. bubur nasi tak dicerna sepenuhnya lagi, laki aku dah request nak suh buat lagi esoknya. esok jgn nak berlakon nak demam lagi k... ;p

nah, amik secawan tongkat ali kopi ginseng utk kembalikan tenaga JANTAN! hahahhahaaaaa~

nak resipi? sila terjah blog AKU BUKAN CHEF...

Thursday, February 17, 2011

Menderhaka Resipi

sesekali menderhaka resipi oke jugak!
apa yg derhakanya???
orang biasa masak spaghetti guna minced meat...
aku plak yg ketandusan minced meat tapi nak gak wak spaghetti...
maka???

terhasillah...
V

V

V

 Chicken Spaghetti pedas berapi


fuhhhhhhhhh... berpeluh makan!
baru kena ngan tekak melayu... hehheheee...

nampak tak cili api terguling tergolek tu?
memang betui2 hoa liou! ;p

nak resipi? cukup 20 komen baru bagi RESIPI nya.... hahahahahhaaaa~

Wednesday, February 16, 2011

Kreatif @ KeraAktif??? [Kotak Serbaguna]

dalam sebok duk ngemas rumah...
sayang plak nak buang kotak menimbun.
nak simpan, cam wak semak umah jer...
tetiba TINGGGGGGGG! 
(sila bayangkan ada mentol menyala di kepala otak k)

buat kotak serbaguna sendiri oke...

sikit punyer gigih!
sampai achik cakap "bie, esok kite gi beli kotak siap kat Giant erk..."

isteri yg JIMAT @ KEDEK : "suami patut bangga oke dapat isteri yang jimat cam bie ni..."

achik: "eleh, jimat tang kotak... boros tak lain yg mahal lagi  xnak kira?"  gulpppp~ ;p

dalam duk pot pet pot pet tu... siap lah jugak kotak azimat wak isi harta karun...

memacam leh sumbat...
pastu letak bawah meja solek.
oke, suka2... leh men campak segala mak nenek barang2 azimat :)


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

cantik di luaran... tapi hakikatnya???


 achik kata lagi: "bie ni sebenarnya memang keraaktif kan???"

WUT EVERRRRRRRRRRR~ lalallalaaaaa...

HomeSweetHome ~ Memanfaatkan Ruang Balkoni sebaiknya... :)

aku memang suka rumah berberanda atau perkataan sinonimnya adalah berbalkoni.
kalau antonimnya: tak berberanda. wah bijak tak mak ni nyah? ;p

k, abaikan pasal tatabahasa...
berbalik kepada usul asal. ok, oleh kerana suka... atau erti kata lain, fanatik dengan rumah berbalkoni, aku rasa sangat membazir @ tak memaksimakan ruang yang ada sebaiknya kalau aku jadikan balkoni tu as tempat menggantung pakaian after mendobi. argh, aku rasa sayangnyaaaaaaaaaaaa... patut, balkoni tu jadi tempat merehat rehatkan fikiran sambil hirup kopi panas. 

macam ni....
v

v

v


masa mula2 pindah, ni port lepak pertama kami...
maklumlah... rumah lama kami dulu kan tingkat bawah. lepak kat balkoni ape jer ko leh tengok... nak plak, org lalu lalang depan rumah. takder privacy langsung!

 makan malam pertama kami di rumah baru...
tlg jangan mintak resipi roti sausage tu sebab tu made in Care4! hahahhahaa...

makan petang pon nak kat balkoni jugak... jakun kekdahnya kan.... ;p

  
 eh, meja bulat & pasu oren tu cam pernah ku lihat tapi di mana ya???
yes, meja bulat n pasu tu cama dengan ruangan peribadi pilihan inaachik kan?!
mmg sama pon sebab meja dan pasu yg sama! bleh plak men usung2 bertukar ganti tempat. sebenarnya, kat ruangan peribadi tu nak tukar meja baru kaler merah yg murah kat IKEA nanti...

 
sekarang inilah rupa terkini balkoni tu...

achik memang suka lepak sini...

Tuesday, February 15, 2011

Penangan Junior Master Chef

kagum giler aku tengok bebudak kecik dalam Junior Master Chef tu...
kecik2 lagi dah pandai masak...
food presentation pon perghhhhhhhhh... cantik menarik tertarik!
bertambah tambah tahap kagum dia tu...

setiap kali tgk show tu mesti  akak senior bukan chef  ni rasa tercabar!
sudahnya... ahkak wak sandwich telur pon nak hias bagai jugak! hehhehee...



Friday, February 11, 2011

MALI'S CORNER Char Koay Teow.

esok lusa cuti...
eleh, kenal sgt ngan korang ni... asal cuti sah carik port melantak kan?
eh, kasar erk bahasa???
ala... standard bahasa pasar jerla tu... kalo sentimental sgt, gi duk hutan gih... ;p
wut everrrrrrrrrrrrrrr~

dalam kasar2 bahasa berbahasa, aku tetap nak share ngan korang port meriangkan lemak.
puas mencekik nasi... apa kata pekena char koay teow plak.
sedap wooooooooooooooo~
tak nyesal aku menerjah MALI'S CORNER Char Koay Teow.


kami pergi MALI'S CORNER dekat dengan Uptown Danau Kota.

Koay Teow Special. banyak binatang dalam tu! sukaaaaaaaaaa~

pemakan tegar pertama...

pemakan tegar kedua... ;)

pemakan tegar pertama adalah pemakan yang rakus! 

makan sampai licin sebab SANGAT SEDAP!
ker sebab kebulur??? ;p 
tak tak... mmg sedap!!!

tapi satu jer yang tak best, 100% self service.
kena beratur oke... air pon kena hangkut sendiri... tu jer yg tak bestnya...

homedeco ~ My new NEST secara keseluruhan...

sekarang masa untuk meng'reveal' my new HomeSweetHome secara keseluruhannya...

anda sudah bersedia???

sedia atau tidak, pedulik haper hakue!!!
hahahahhhaha~~~~

chop!!!
ditekankan sekali lagi... ini bukan Deco Bersama Eric...
so ko jangan aspect nak yang perfect!
ni hasil cetus rasa main belasah ikut kata hati yang keras hati dari 2 ekor anjingnyer (engineer) dan bukannya arkitek mahupon berkarier sebagai pereka hiasan dalaman.


so, representing my new home







khidmat lampu pocong masih diperlukan... budget dah overbudget nak beli floor lamp yang baru dah lebih updated. belasah la labu....
gantungan hitam tu pilihan achik. dan aku sangat2 bersetuju & sgt2 suka dengan pilihan cik somi. *laki ku bukan auuuu walopon dia suka deco2...* aku rasa gantungan berkerawang hitam tu menaikkan seri dinding putih pucat lesi itu...

sebab rak magazine takder lagi, aku buh dalam dulang jer...
ader ke achik nak beli rak magazine berharga RM150+++?! NO NO... i as menteri kewangan keluarga tak meluluskan kerana rasa agak membazir di situ! teruskan pencarian under RM100 dan kal0 tak jumpa, pakai jer dulang tu sampai reput oke! *KEDEK tak mak ni nyah??? hahahhahaa...

ruangan menonton sambil meow.

aku jatuh cinta dengan bunga bulat2 itu... memula achik tak suka, dia cakap cam taik kambing. ko x suka, lantak ko situ. aku nak jugak! sekali bila aku balik n masuk dalam pasu, baru dia memuji muji ke'cute'tan bunga bulat itu... baru ko tau chik... 


zoom in langsir yang masa pencariannya mengambil masa sehari dan disiapkan dalam masa sehari tapi jarak pencariannya agak jauh untuk masa sehari... k, takper, ni nanti aku cerita kalo nak tau. kalo tak nak tau pon takper, aku citer gak! ngeh3~
karpet pilihan achik jugak. memula aku punyer muncung tak berapa nak setuju ngan pilihan dia... tp sebab dah lesu, kaki dah gegel, perut dah lapor, yerkan jerk... balik umah, wahhhh... cam ok gak pilihan kammo tu... see, kami selalu tak sependapat tp end up, suka jer ngan pilihan pasangan... saje nk jd kes wak bertekak manja jer kejap... ;p

kite sudahi dengan sofa putih yang dah jadi kelabu tahik hanjeng akibat kerja2 perpindahan hari tu... nak tukar sofa baru??? sila pang muka sendiri 76 kali!!!

k, sekian sajer...
komen2 membina dialu alukan... ;)

Wednesday, February 9, 2011

Home Deco of my new NEST ~ Kitchen, Dining Hall & Ruangan peribadi pilihan Ina&Achik

k, alhamdulillah... 'sarang baru' dah hampir 98.7589% siap kemas weekend hari tu. giler nak terputus urat kentut wak struggle ngemas ko! tido malam, cam ader orang gigit2 tapak kaki nya ha... tangan plak rasa cam baru lepas berkayak keliling laut china selatan nyer ha... *sampai tak penyampaian utk gitau betapa penatnya ni nok??? ;p

1st of all, nak cakap 'sarang baru' ni biasa2 jer... tapi bagi tak menghampakan permintaan rakan2 seperjuangan & sejawatan yang merengek rengek tak sabar nak tengok sarang baru aku ni, terpaksa gaklah upload. share ape patut. ilmu di dada bab mendeco tak leh challenge bang botak si eric leong lagi... so, ni sesi mendeco bersama InaAchik jerla yer...
wah, cam bertomakdinah giler plak entry aku kan... wah, vangga ngan diri sendiri!;)

k, konsep kali ini adalah:~ 
dinding & ceiling semua PUTIH suci murni... (ceiling mmg wajib putih! takyah nak wak creative nak kaler2 bagai. kena kutuk ngan eric leong free2 jer karang kan!)
tapi putih itu aku nodakan dengan warna MERAH & HITAM.

ok, kite mulakan dengan pintu depan rumah. 
memula masuk, tak yah tekan loceng sebab aku tak pasang loceng pon .
bagi salam cukup... 3 kali salam tak jawab, sila blah! hahahhaaa...

bukak2 pintu, akan jumpalah rak kasut murah dari Care4 ni...
memang tak muatla nak isik kasut aku semua... 

kemudian anda akan melalui satu lorong. bukan lorong haji taib tapi lorong menuju ke 'syurgaku'

yang bercahaya terang itu adalah ruang paling menyinari kehidupan harian...
apa lagi kalau bukan dapur tempat asalnya makanan untuk melantak... hehhehee...

simple jerk... takder apa nak dibanggakan... tapi percayalah, ia amat bermakna!
actually dapur ni ada 2 bahagian. ruangan memasak yang disekalikan dengan ruangan mendobi dan merangkap tempat longgok periuk belanga kat belakang.

2 lukisan di dinding sebelum ke dapur...
lukisan murah dari Ho Chi Minh City dalam bingkai murah dari IKEA... 

langkah 2 3 tapak, jumpa ruangan melantak....

deco hampir sama dengan rumah lama sebab memang guna perabot dan hiasan2 yang sama pon... cuma bunga berganti lokasi, tambah karpet lama yg dicuci dgn penyapu lidi. kapal achik tetap tak berganjak... nak jugak dia letak situ! ranting2 tu plak, pasunya pecah masa pindah hr tu... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
tak terbeli lagi pasu gantinya sebab tak jumpa yg sesuai lagi untuk sbg ganti... ada lobang ala2 pintu gua connect dgn dapur. senang sket, men hulur2 jer...

 di sebelah kiri port melantak plak ader ruangan peribadi.
ini port kegemaran achik. kegemaran aku jugak. sebab? rasa bahagia di situ... :)
*cik somi, pasu oren tu kite kena ganti ngan kaler merah la yang... lari topik di situ. next week gi IKEA nak???

inilah yang menambah kan sentimental value dalam 'sarang' baru kami...
inilah ruangan peribadi pilihan ina&achik... sblom mandi, diri sama2 depan pintu bilik sendiri sambil tenung gambar2 gedix berdua agak2 sampai retak cermin frame tu... hehhehee...

stop sini dulu... entry susulan untuk HALL akan bersambung di lain episod sebab bateri cik kaki dah kong wak tawaf site hari ni. mata dah cam pompuan kena dera - kena tumbuk 18 kali secara bertalu talu. esok mak charge bateri ngan melantak secara pukal k. harap2 mata dah x lebam *apa kaitan makan dengan mata lebam?! hahahhaa... pk lu olang sampai lebam! ;p