Tuesday, January 10, 2012

Terdengar sayup suara...

Sedang bergolek-golek malas di hujung minggu...
sambil tengok TV layan hindustan...
AZAN Zuhur berkumandang...
masih ralit menonton sambil meniarap dan terlentang...
ohhhhh~~~ sungguh tak menghormati azan!

Seharusnya...
'mute' atau perlahankan TV, radio mp3 segala...
jika sedang bergelak ketawa berborak bergegak gumpita, diamlah seketika...
yang terlentang tergolek, bangunkan diri - duduk dan hayati...
jawablah AZAN...
baca doa selepas azan...
dan bersegeralah tunaikan SOLATmu...

dan ada pesanan semasa AZAN...
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diriketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Jika kita diajar supaya bangun berdiri tegak menghormati lagu Negaraku,
kenapa tidak mampu mendidik agar berdiam diri ketika azan berkumandang...



Cara jawab azan:
- jawapan azan adalah sama seperti yang dilafazkan Muadzzim kecuali pada:



Doa selepas azan:





3 komen.kamoo taknk komen ker?:

mama iris said...

betul..husband kita pon pantang betul org bercakap2 time Azan. ehehheh..

Nini D.. said...

btol...hormatilah seruan itu

MiYOKO SuKi said...

ada org gtau sapa ckp masa azan, nanti muka menyerupai babi...

Wallahualam...