Friday, September 7, 2012

Kalau beraya ke rumah orang...

Petang Jumaat yang blues... otak lembab... mata berkedip jarang2... asyik minta dilelap. waduh... wake up Azlina! tak cukupkah malam tadi tidur dari pukul 8.45malam sampai 5.45 pagi??? 9 jam tido oke!!! >> yerla2... (sambil menguap tutup mulut. nanti syaitan masuk bersarang dalam diri)

lepas Jumaat... sabtu... pastu ahad (takyah gitau, orang dah tau!)
sabtu ahad di bulan raya adalah super power. makan2 free rumah org dr tgh hari sampai malam. pagi boleh makan secara berbayar di restoran2 mamak berdekatan. mamak, roti kosong onne!

Dalam seronok/ghairah gi open house situ sana sini tu, jangan lupa jaga adab2 kesopanan dan kesusilaan kita sebagai seorang Islam yer. meh sini saya (bukan ustazah) nak utarakan pendapat peribadi dan share ilmu panjang sejengkal dengan tajuk karangan berbunyi: 

ADAB2 MENGHADIRI OPEN HOUSE:

Mendoakan tuan rumah
adalah menjadi sunnah kita orang Islam untuk mendoakan mereka yang telah memberi kita sesuatu. begitu juga bila kita diberi makan. ia sebagai tanda penghargaan kepada tuan rumah atau orang yang mengendalikan jamuan. 
Nak baca doa aperrrrrrr weiiiiiiii??? kite tak tahu. dun worry my preng, i share with u tanpa sbrg charge tersembunyi dikenakan. ;) 

Antara doa2 nya:

اللّهُـمَّ بارِكْ لَهُمْ فيما رَزَقْـتَهُم، وَاغْفِـرْ لَهُـمْ وَارْحَمْهُمْ
 Allahumma barik lahum feema razaqtahum, waghfir lahum warhamhum
"Ya Allah, berkati mereka, dengan apa telah direzekikan kepada mereka, ampunkan mereka dan rahmati mereka " [Hadith Riwayat Muslim, 3/1626]


اللّهُـمَّ أَطْعِمْ مَن أَطْعَمَني، وَاسْقِ مَن سقاني
Allahumma atAAim man atAAamanee wasqi man saqanee
"Ya Allah, berilah makan kepada mereka yang memberi makan kepadaku, berilah minuman kepada mereka yang memberi minuman kepadaku" [Hadith Riwayat Muslim, 3/1626]

 dan sependek-pendek doa:

بارَكَ اللهُ فيكُمْ
Barakal-lahu feekum
"Moga Allah memberkati kamu ". [Hadith dikeluarkan oleh Al-Nasaa'i #278]


kalau tak ingat jugak, masa tengah ngap2 tu, niatlah dalam hati dgn lirik sendiri dalam apa bahasa asal motifnya sampai.. contoh "ya Allah, berkati dan mughohkanlah rezeki tue ghumoh hok wi make free ko ambo aghi ni..." InsyaAllah, Allah maha faham, maha tahu apa yg kamu zahirkan dan fikirkan. :)


Jaga Pakaian
saya taknak sentuh pakaian lelaki, sebab seperti biasa saya menulis atas pengamatan sendiri dan pengamatan saya lebih menjerumus kepada perempuan. kalo fokus kat lelaki, nanti kena sekeh ngan tok laki. :p
please, please n please, jangan pakai pakaian terlalu seksi. apa guna berbaju kurung if i can see your coli. eh ni bkn cakap reka cerita pakai lidah tak bertulang. ni berlaku btol2 depan mata saya last week di sebuah open house yg saya hadiri. lokasi dirahsiakan. nak nangis saya tgk perempuan muda berbaju kurung moden kain shiffon nipis melayang, pakai sleeveless di dalam dan sleevelees itu melurut dan mmg nampak dia pakai bra kaler light brown kancing double. hahhhh~ detail!!! bkn sorang, tapi dua org!!! terus suruh laki makan tenung jer pinggan berisi daging kambing dan rusa tu sampai tembus. kalo nak dongak, tenung ai jer bang! dilarang melilaukan mata ke sekeliling. kalo gagal patuhi arahan, ai culik bijik mata u. see, kesian suami ai yg tak bersalah atas kelalaian kamu wanita seksi!
so, adik kakak sahabat handai, pakailah pakaian yg sopan... pakai baju kurung kain cotton vescose germany jauh lg cantik dr pakai baju nipis melayang. 
dan lagi satu, saya suka kalau wanita2 gojes (kita semua gojes yer) di luar sana pakai baju bertemakan raya like baju kurung, kebarung, kebaya, jubah, kaftan atau apa sahaja sewatu dengannya dari berseluar jeans atau berblouse dgn skirt ata apaer2 ajerlah yg berunsur santai. dah nama pun bulan raya kan... 

Jaga sensitiviti siapa muhrim anda
tak perlu nak hulur tangan utk bersalaman kpd bkn muhrim anda. jika anda mmg 'open', tak kisah mahupun mmg tak mahu ambil kisah, ada yg kisah dan pls hormat kami yg kisah. sedih saya tau bila terpaksa lukakan hati tuan rumah dengan menolak salam anda. sungguh, bkn niat nak lukakan hati tuan rumah, tapi saya memilih jalan itu jika perbuatan itu melukakan 'hati' PENCIPTA saya yg mencintai saya setulus hatiNYA... 

Jaga sensitiviti lain
contoh... biasalah gi raya pakai pinggan mangkuk gelas polisterin tu kan... lepas makan, janganlah biarkan atas meja cenggitu... masuklah ke dalam bakul/plastik sampai yg telah disediakan oleh tuan rumah. kesian tuan rumah tau... dah bagi kita makan, nak bersih lg sampah2 yg kita tinggalkan. bukan dia suruh kita basuh pinggan periuk belanga pun kannnnnnnnnnnn...


dan perkongsian terakhir...  2 3 hari lepas... seperti biasa saya membaca Al-Quran yg menjadi rutin harian dan pada hari berkenaan sampailah saya ke Surah Al-Ahzab ayat 53. bila baca saya macam... hahhhhhh??? macam hairan bin ajaib. macam kena jer ngan bulan raya yg banyak menghadiri majlis makan2 ni. see... inilah mukjizat SURAT CINTA dari ALLAH. Allah tahu apa ilmu yg saya perlukan... supaya saya tak lalai... lalu diberi pencerahan. ALLAHUAKBAR!

Surah Al Ahzab, Ayat 53


Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga dia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.


ok, sekian dulu karangan dgn unsur sedikit serius dari saya. yang baik dari ALLAH, yg buruk dari kelemahan diri saya. 


# kata ilmuan, Jangan rosakkan PAHALA puasa dgn dosa di Hari Raya.

7 comments:

  1. terima kasih atas ilmu ini kakakku

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...terima kasih kak ina atas perkongsian ilmu ni...:)

    ReplyDelete
  3. good info... benda2 mcm ni yg biasanya org pandang ringan kan... kalau izan kan, kdg2 org duk hulur salam ngan kita. kita angguk2 tanda hormat tak faham jugak. kita ckp jer kita ada wuduk...hehe.. pastu psl pakai kain jarang tu kita yg nengok pulak rasa malu. org yg pakai mcm bangga pulak. nak tegur takut org tu malu. jd tegur dlm hati. salah satu sbb juga izan tak jual kain chiffon...takut dapat saham jgk kat akhirat...hehe... kalau org tak salah cara pakai xpelah kan... guna alas tebal2 ker... :)

    ReplyDelete
  4. Salam..
    apa yang awak tulis semuanya realiti yg berlaku di sekeliling saya juga..
    saya nak tanya pendapat awak..bagaimana kita nak mengelak dari bersalam dengan bukan muhrim?biras saya aka adik ipar suami saya masih nak bersalam dengan suami saya walaupun beberapa kali suami saya mengelak.terima kasih.

    ReplyDelete
  5. IMA:
    kalau dah tolak dgn bahasa badan tak fhm jugak, terpaksa ckp la... mcm saya, saya direct ckp: takyah la salam... (dgn nada joke sambil senyum)

    ReplyDelete
  6. tq..boleh praktis lepas ni..harap2 jgn ada yg terasa hati :)oh btw usia perkahwinan kita lebih kurg sama..

    ReplyDelete