Thursday, September 6, 2012

Entry bertaut kening: Kita, Hijrah dan Fasa Hijrah...

Setuju tak kalau saya kata HIJRAH itu berperingkat-peringkat? 

Dari tak bertudung, kepada bertudung... 
tapi jangan berhenti di sini... kita masih belum sempurna... tapi sekurangnya kita mulakan langkah...

Dari bertudung kita perbaiki diri kepada menutup aurat dengan sempurna. Tapi dalam kata dah di fasa menutup aurat dgn sempurna (kita rasa), dengan berstongan, berstokin, tapi ada juga kita terlepas pandang. bermekap secara berlebihan (siap contact lens berwarna, eyeshadow kaler2, pipi masih ber-blusher, masih berbulu mata palsu)... tudung labuh tapi labuh di depan sahaja tapi pandangan sisi kiri dan kanan dada yg bidang masih terabai... tudung labuh tapi jarang. dah elok baju tudung semua, 'lupa' pula nak pakai stokin... Kesimpulannya, apa adanya kita hari ini masih banyak yg perlu diperbaiki (tuju pada diri sendiri jugak ni).

Tapi biar perlahan mahupun berperingkat asal kita tidak menutup hati dan merasa diri 'sudah sempurna'. Teruskan muhasabah diri, mencari hidayah dan ilmu untuk melengkapi kekurangan diri. 

Dan janganlah pula kita 'menjatuh'kan dosa dan menghukum mereka yang pada mereka yang 'belum sempurna' pada pandangan kita... tapi adalah menjadi tanggungjawab kita menyampaikan/menasihati dan mendoakan mereka... Kadang2 apa yang dinasihat hari ni, tak bermakna dapat mengubah seseorang tu on the spot sebab mungkin teguran hari ni akan difikir balik selepas beberapa hari, minggu, purnama, tahun, bla3... Dan janganlah pulak yang ditegur tu melenting dan mencari salah orang lain untuk menutup kesalahan sendiri. 

Teringat pulak pengalaman sendiri zaman feeling hot u! auuuu~
Zaman yg mana kalau tak pakai baju tayang lemak sendiri tak sah... pakai tudung tak tayang dada bidang tak seksi... muka tak calit kaler2 cam opera cina rasa tak gojes. Masa tu mungkin Boss saya ni rasa dia bertanggungjawab untuk menegur tapi tak tahu cara cemana (ingat senang nak tegur orang?!). sekali dia letak nota yang di-print dari buku apa tak pasti; tentang aurat wanita dan tabarruj. memangla dia letak atas meja semua orang tapi biasalah, orang makan cili jer rasa pedas. masa ni, mulalah nak boikot boss sendiri! terus lancar perang dingin ngan boss. taknak kawan boss, tapi duit boss nak! hahahhaaa... rasa down la... xnak gi kerja la... memacamla! Tapi bila sampai masa, saya ingat balik apa yg boss sampaikan dan baru la hati ni kata: "sebenarnya btol ape yg boss aku cuba sampaikan hari tu... setan gondol kepala toncet dlm jiwa ni yg cuba menidakkan!" masa ni baru rasa nak bagi ucapan penghargaan 13 muka surat kat boss. huhuuuuu...

Huraian di atas (alahai mcm ayat karangan BM dpt A+ la pulak) hanya tentang hijrah pada pakaian yg mana itu adalah hijrah kecil jer. HIJRAH itu bukan sekadar pada pakaian luaran kita sahaja tapi merangkumi IBADAT, AMAL dan merangkumi segala ASPEK KEHIDUPAN kita mengikut syariat yang telah dilandaskan. seperti biasa, saya ingin sangat tekankan, mulakan hijrahmu dengan SOLAT! yer SOLAT!!! benteng yg tidak boleh dipandang enteng! itulah tiang/asas/foundation untuk menjadi ummat Nabi Muhammad yang benar2 ingin mencari redha Allah.

Akhir kata untuk entry ini dari saya yang masih terlalu jauh dengan sempurna... bukakan hati untuk terus mencari HIDAYAH dan jangan takut untuk memulakan HIJRAH walau dari sekecil-kecil hijrah kerana bila kita ikhlas ingin berubah hanya kerana ALLAH, DIA akan bantu kita... hadirkan insan2 yang akan membantu hijrah kita... kuatkan rasa mujahadah dalam diri kita untuk berperang nafsu sendiri. percayalah... dengan sedikit pengorbanan dan perubahan, kita akan merasa 'sesuatu' yg sangat berbaloi baloi iaitu kebahagiaan dunia akhirat.

Ya Allah tetapkan hati2 kami hanya untukMU... 
AMIN...



# Dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi;
Nasihat hanya berkesan apabila pemberi nasihat tidak merasa lebih baik daripada yang dinasihati.
Tidak mungkin kesombongan dapat dicegah oleh satu kesombongan... sepertimana air najis tidak akan dapat menyucikan najis.

dan...
 
Apabila manusia sering mengecewakan kita untuk sama-sama melalui jalan Allah itu isyarat untuk kita perlu lebih serius memperbaiki diri dan hati dengan Allah...Insya-Allah, nanti manusia itu akan kembali semula bersama kita melalui jalanNYA... 

Biar bertatih mahupun berlari... asal kita terus berjalan mencari redha Allah. 
jangan pernah berhenti!


 

11 comments:

  1. saya tak tahu nak komen apa.
    tapi seperti biasa, entry awak selalu terkesan di hati saya.
    mohon saya share di blog saya ya..

    ReplyDelete
  2. Assalam...

    Just nak share.. kot2 ada yg nak cari stokin, tp kebanyakan stokin susah bila nak pakai ngan selipar jepun tu kan.. akak ada jumpa stokin ibu jari kaki.. jadi kalau nak pakai slipar jepun pon dah senang sikit..

    kalau ada yang nak.. leh add akak kat fb Azlida Rahim ya

    Ina, teruskan dgn dakwahmu ya.. tqvm

    ReplyDelete
  3. apa2 pun muhasabah diri selalu..:D

    ReplyDelete
  4. kak ina,
    tidak mudah tambahan insan terdekat dan sekeliling menyoal itu dan ini..eh..napa pakai stokin ni..eh..nape tudung labuh mcm ustazah ni..semuanya sy senyumkan saja sbb hati dan jiwa ini hanya kuat utk mengingatkan dr sendiri shj..
    semoga 1 hari sy akan kuat utk mengajak mereka di sekeliling sy melalui keindahan yang sy lalui ini..
    dan kesan pergerakan senyap ini..2 3 org sahabat sudah mula berstokin dan berstogan..Senyum smpi telinga sambil dlm hati ucap syukur
    semoga mereka terus menerima hidayahNya dan semoga sy juga terus mengecap indahnya hidup bersyariat..
    Insya Allah, solat terjaga..adab dan hati terpelihara

    ReplyDelete
  5. Ahamdulillah...baru bertemu dgn blog anda....semoga diberi kekuatan olehNYA utk terus berpesan2 ke jalan kebaikkan, blog yang bagus...InsyaAllah...akan selalu berkunjung ke sini...

    ReplyDelete
  6. terbenam kt ati kita.kena sebijik kt idung. mcm kisah saya jek.

    ReplyDelete
  7. Mya:
    silakan2... ilmu itu mmg sifatnya utk dikongsi...

    cik puan iza:
    sila2... wak mcm rumah sendiri ;)

    lida rahim:
    kak, saya dah add kamu kak! :)
    nway, thanks for support kak. love u!

    kak izan:
    itu yg penting...

    ReplyDelete
  8. ryyn kiss12:
    terima kasih rynn.
    insyaAllah saya akan terus di jln mujahadah ini selagi mana Allah mengizinkan.

    houseoftheuglymother:
    terima kasih...

    ameris:
    ini pengalaman yg saya lalu...

    delimasari:
    dan istiqamah.

    ReplyDelete