Monday, January 16, 2012

Tafsiran mimpi BERBOGEL

MIMPI BERBOGEL?
ohhhh... apakah?!
rasa macam, "apakah perkara yg mengaibkan sdg berlaku?"
mungkin mimpi mainan tidur semata...
tula, doa tidur tak nak hafal!

semalam... bukak facebook terbaca ini:


*************************************************************************
Perkongsian:

Baru pulang dari kuliah TG Haron Din. Beliau membuka kuliah degan satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel? Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat. TG beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari majalah arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais. Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu.

Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.

Sheikh menjawab : Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yg baru dilahirkan tanpa sebarang dosa.

Pemanggil itu bertanya: Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya?

Sheikh menjawab: Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu.

Lantas pemanggil itu berkata: Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri.

Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan..

Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu..

Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima..

Sedang amalan kita..termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..

<Ustaz Wan Mohamad Rashadan (USIM)>


*************************************************************************

Wallahua'llam...
Aku tidak tahu sejauh mana kesahihan cerita ini...
Hanya Allah yang MAHA tahu...
Tapi Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang..
Pasti menerima TAUBAT ummatNYA...
Amin... 


# Jangan lupa baca doa sebelum tidur ;)
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ 
bismikallahumma ahya wa amut

Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati


13 comments:

  1. Assalamualaikum warahmah, wa barokah - ila yaumiddin.
    (Salam sejahtera ke atas kamu semua, semoga dirahmati dan diberkati - sehingga Hari Agama (Hari Kiamat) nanti.)

    Teringat pesan seorang kenalan, sebesar-besar maksiat kita, besar lagi pintu taubat Allah Taala. Terbukanya pintu taubat ini adalah selagi kamu belum mati. Allah lah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

    SitiHawa.

    ReplyDelete
  2. penah baca dlm mastika edisi mekah :)
    terharu sgt baca kan...

    ReplyDelete
  3. Nok, Mekasih for the info ye..Mekasih jugak keatas pesanan..Ok, pasni tido mek baca doa tido..Insyaallah~ Sblm ni baca Al-Fatihah ng Syahadah jeks..

    ReplyDelete
  4. rasanya x penah lg mimipi cenggitu ..

    ReplyDelete
  5. ohh mcm tu ehhhh... tak pernah mimpi gitu lagi.. tp yg ko mimpi tu diri sendiri ke diri aku? hihihi..

    ReplyDelete
  6. owhh tak pernah mimpi cenggitu pulak.. ;)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... =)

    ya.. doa itu selalu juga di baca dari dulu bila nak tidur... =)

    ReplyDelete
  8. aku pernah dengar pasal cerite ni sorang sahabat yg belajar kat mesir cerite kat aku...mase aku dengar..meremang bulu roma aku..dan kali ni pon..aku bace cerite ko tulis ni..bulu roma aku meremang lagi..[aku sangat kagum sebenarnyer]

    ReplyDelete
  9. setakat ni tak penah lagi..kalau penah,dah tau la jwpnnya...

    ReplyDelete
  10. salam...thanks atas info ni kak ina...:)

    ReplyDelete
  11. Banyak kali da mimpi..dlm mimpi terasa malu..tp kdg2 lupa diri bebogel.

    ReplyDelete