Tuesday, January 10, 2012

Aku dan Hijab

Aku akui...
aku lalui fasa yang banyak dalam berhijab...
dari bertudung kerana menjaga kredibiliti di mata2 'mereka'...
kemudian punya kebebasan lalu tudung pun terbang ntah ke mana...
kemudian bertudung lagi sebab boyfriend paksa :p
terbang lagi sebab jiwa rasa terseksa
dan hati kata aku taknak bertudung hanya paksaan semata!
timbul pula konsep bertudung secara 'on - off' pula...

tapi sampai satu masa...
aku bertudung sepenuhnya kerana hatiku ikhlas bkn kerana siapa2...
mula 'faham' akan tuntutan aku sbg khalifah DIA...
aku sangka aku sudah 'baik' dengan bertudung...
sedangkan bajuku jarang, tudungku singkat, kainku ketat...
mula keluar tanduk macam hellboy dan berkata:
"bertudung bukan penghalang untuk aku terus tampil berfesyen dan bergaya..."
yer, aku hanyut dengan perasaan perasan 'baik' kerana hanya bertudung sahaja...


bisikan tanduk2 kecil yang pernah kuasai diri yang pada hakikatnya nonsense semuanya!

# aku tidak mahu bertudung jika hati tak benar2 ikhlas... aku tidak mahu hipokrit!
>>> makanya ko tak ikhlas jadi ISLAM sepenuhnya! sebab dalam ISLAM dah kata: muslimah WAJIB tutup aurat.

# aku belum sampai seru nak berhijab sepenuhnya...
>>> habis... sampai bila nak tunggu SERU datang bergolek? ntah2 malaikat maut datang jemput dulu tapi SERU tak jugak kunjung tiba...


dah bila bertudung lain pula ceritanya... tanduk masih bergulung gulung juga:

#pakai baju ketat lengan sekerat... tudung singkat seluar pun ketat... paling naif, berani pakai legging! dgn ajaran sesat: ehhhhhh... aku pakai ngan baju labuh tutup punggung aper! ni lah org kata: budget berilmu hakikatnya jahil!


yer... aku NAIF... aku JAHIL...
lalu ku buang ego... ku kikis nafsu...
aku mula mencari... yer ILMU!
fahamkan mana AURATku...
siapa MAHRAMku... siapa AJNABIku...

tak guna menangisi kejahilan diri tanpa usaha mencari ilmu...
tak perlu menunggu hidayah kerana itu MILIK ALLAH...
sekurang kurangnya kita berusaha mencari redha Allah...

dalam pencarianku...
ku temu sesuatu...
sesuatu yang tak pernah aku rasa...
tak terungkap dengan kata...
saudaraku... sahabatku... carilah rahsia itu...
kau pasti rasa apa yang aku rasa...
dan pasti kau gembira dgn apa yang kau rasa..

Ya Allah...
kau istiqamahkan aku dalam perjalananku...
juga untuk saudaraku... serta sahabat-sahabatku...


~Cik Kaki~


21 comments:

  1. semoga 1 hari nnt sy pon akan berubah mcm cik kaki, sbb cik kaki nampak lebih cantik bile pakai jubah n tudung labuh :)

    ReplyDelete
  2. Amin....moga aku pun macam kamu ;)

    ReplyDelete
  3. memang merasakannya kini aku perlu berubah...moga cepatlah aku berubah... terima kasih...

    ReplyDelete
  4. amin..:)
    hope i'll be like it too akak..

    ReplyDelete
  5. amin.. nak berubah itu susah.. tapi nak istiqamah lagi susah! semoga yg susah itu menjadi senang di akhirat..

    ReplyDelete
  6. Setuju. Perjalanan hampir sama, dan resolusi 2012 untuk terus berhijab mengikut syariat. Insya'Allah.

    ReplyDelete
  7. semoga Allah permudahkan niat & urusan kita ke arah yg lebih baik & semestinya di redhai Allah..

    ReplyDelete
  8. cik ina;
    tersentuhnya kita baca entry nie.
    terkena sipi2 kt diri sendri jek.

    ReplyDelete
  9. cik kaki@ ina: akak insap baca tp lom kuat nk ubah semuanye...

    ReplyDelete
  10. rara rasa semua tu.rasa mcm nk mula pakai baju besar.mula nk menutup segala nya dr pandangan org yg bukan halal utk rara,dan nk mengubah ke arah yg baik.Alhamdulillah.terus lah kite berusaha.

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.....syukur atas segala hidayah....

    ReplyDelete
  12. Sis,

    saya pada mulanya ada juga on-off itu ..eh cama bas kat KL tu kan :hope on hope off:

    alhmdlh skang dah ON bertudung..masih tgh perbaiki diri tuk pakai yg longgar2

    insyaallah

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah.. ingin ku cungkil juga rahsia tu.. rasa kebahagian itu milik bersama.

    ReplyDelete
  14. KHUSYUK TAWADHUK dalam meneruskan perjuangan pelihara aurat....

    I love U sahabat (:

    ReplyDelete
  15. sedang berusaha utk menjejak langkah cik kaki dan muslimah2 lain. sedikit mutiara kata untuk dikongsi bersama.

    "aurat tidak akan tertutup dengan:-

    1) sifat lemah-lembut
    2) berperangai baik
    3) kata-kata yang baik
    4) dengan solat

    tetapi akan tertutup dengan PAKAIAN YANG SEMPURNA :)

    ReplyDelete
  16. insyaAllah...

    terima kasih sahabat atas nukilan ini :)

    ReplyDelete
  17. subahanallah.. such a nice word. love it. cik kaki sgt cantik berjubah.. ana suke tengok koleksi jubah2 cik kaki..

    ReplyDelete
  18. muhasabah diri..kurang2 terpikir untuk kearah yang lebih baik harapnya diri ini. AMIN n Insyallah..

    ReplyDelete