YEAAAAAAAA... Jumaat sudah!
suka... suka... suka!!! kenapa???
sebab after jumaat is sabtu day...
sabtu day is lalalallaa day... :)
gembira sungguh kan?!
gembira kerana Jumaat hari terakhir jumpa boss yg menyinga.. (utk minggu tu la)
gembira tinggal kerja berlonggok atas meja...
gembira esok sabtu boleh bermalasan dan berlingkar cam ular sawa... :)
tapi jangan lupa tentang ZAT2 hari JUMAAT...
lupa tentang KEBESARAN hari JUMAAT...
lupa perkara2 sunat yang boleh kita lakukan di hari JUMAAT...
jiwa bercalit noda kata:
alahhhhhhhhh... SUNAT jer... bukan WAJIB pon!
tapi SUNAT tu kan BONUS untuk kita...
peluang untuk tambahkan SAHAM di bahu kanan kita...
cer bayang yer...
perbuatan simple untuk diri sendiri pon boleh di'reward'kan dengan PAHALA...
- MANDI dapat pahala...
- MENGHIAS dan PAKAI WANGIAN dapat pahala... (utk lekaki jer ni yer)
- POTONG KUKU dapat pahala...
kalo yang mungkin tak berapa ringan sikit untuk kita:
- MEMBACA SURAH AL-KAHFI
- MEMPERBANYAKKAN DOA.
1. MANDI.
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
2. Menghias dan Pakai Wangi²an.
Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”
3. Memotong Kuku.
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.
4. Membaca Surah al-Kahfi.
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.”
(Riwayat Al-Baihaqi)
5. Memperbanyak Doa.
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.
~ ~GLOWING FRIDAY~~
Subhanallah... sesungguhnya KAU maha PENGASIH ya ALLAH...
tq 4 remembering...yup2 nak ambik ketip kuku nihh...kuku pon dan panjang :)
ReplyDeletesunat di malam jumaat beb????hahahahhahaha
ReplyDeleteye betui tu .. so banyakk2n berdoa
ReplyDeletekite pun suke hari jumaat!sebab esoknya dah sabtu..cuti..hehehe..hari jumaat Penghulu segala hari..mungkin sebab tu ramai org rasa gembira di hari jumaat..selamat hari jumaat n thanks for sharing! :)
ReplyDeletesuker potong kuku
ReplyDeleteralit
baru aje ketip kuku pagi tadik :)
ReplyDeleteperkongsian yg baik :)
ReplyDeletelg maklumat utk tambah ilmu:
http://zharifalimin.blogspot.com/2010/09/potong-kuku-ikut-sunnah-nabi.html
slmt beramal!
tq kerana tolong ingatkan kita2 ni, ada org mmg tau tapi nak lakukan mmg payah. semoga Allah tunjukkan jln. :)
ReplyDeleteTQ for sharing.. aku ade baca gak kat FB Sham Kamikaze.. :)
ReplyDeleteari jummat...jom potong kuku...
ReplyDelete