Friday, December 2, 2011

Kisah pencuri kain kapan yang berzina dengan mayat.

Hari tu masa kuliah Maghrib kat masjid...
ada sorang Ustaz ni bercerita tentang PENGAMPUNAN ALLAH...

Alkisah, zaman Rasulullah, ada seorang pemuda. kita bagi nama dia Mr. X la yer...
Mr. X ni ko tahu ape keje dia?
MENCURI KAIN KAFAN! 
bukan curik di kedai kain Samad atau Said... tapi curik kain kafan orang yang dah mati. maksudnya kejenya gali kubur dan curik kain kafan org yang baru meninggal... gilo ah!!!

Satu hari... jeng jeng jenggggggggg...
Si Mr. X ni menjalankan rutin biasa lah... Gali kubur seseorang yang baru meninggal untuk dapatkan kain kafan. Tapi alangkah terpana si X ni bila melihat mayat itu adalah seorang wanita dari kaum Ansar yang tersangatlah cantik. setelah dia berlalu beberapa langkah, SYAITAN mula berbisik dan menyucuk nafsunya... dan di kala syaitan merasuk, Si X telah menyetubuhi mayat itu tuan2 dan puan2 (oh, cik2 tidak dilupakan)!!! Masyaallah!!! tak dapat diterima akal manusia!!! lagi kejam dari kes liwat kambing!!!

sebelum dia meninggalkan mayat itu, mayat itu bangkit dan menjerit padanya:
"Celakalah kamu wahai pemuda!!! membiarkan aku bertelanjang di hadapan ahli kubur dan biarkan aku dalam keadaan berjunub untuk menghadap Tuhanku!!!"
mahu tak terkejut beruk bila tetiba mayat bersuara ko! lari tak cukup tanah la weiiiiii...

Si X amatlah terkejut dan menangis menyesali dosa2nya...

pastu dia si X ni bertemu dengan Rasulullah dan menceritakan kisahnya... mengaku kesilapannya... bertaubat di atas dosa2nya... Terkejut Rasulullah mendengar ceritanya dan tidak dapat menahan kemarahannya kepada si X  itu lalu berkata: 
"Pergilah kamu! sesungguhnya neraka jahanam lebih layak untukmu!!!"

Maka berlalulah si X itu dan lalu berdoa pada Allah... memohon ampun kepada Allah selama 40 hari 40 malam dan sehingga akhirnya dia meminta kepada Allah:
"Ya Allah... andainya Engkau telah mengampunkan aku, khabarkanlah kepada Muhammad dan sahabat2nya..."

Dan lalu Jibril diutuskan menemui Rasulullah dan berkata:
"Aku menyampaikan pesan dari Tuhanmu, adakah engkau yang menciptakan makhluk ? " "Bahkan Allah yang menciptakan semua makhlukNya.." Kata Jibril "Tuhanmu berpesan bahawa Dia telah mengampunkan dosa pemuda tersebut.."

Lalu Rasulullah mengkhabarkan khabar gembira pada pemuda itu yang taubatnya telah diterima Allah S.W.T...

Dapatkah kamu simpulkan apakah yang ingin disampaikan di sini wahai kamu2 kesayangan hati hamba???
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun... Ya Allah, betapa sayangnya Allah pada kita...
"Tiada dosa yang lebih besar dari pengampunan dariKU..."

Makanya... bertaubatlah kamu... sesungguhnya Allah itu maha mengampuni...
selagi ajal belum menjemputmu...


#Maaf jika cerita aku ni tak memenuhi piawaian dan standard asal... ni apa yang aku dengar kat masjid... dan sempat salin dgn tulisan yg sangat lah mencakar langit ayam dan cuba diingat sebaik mungkin untuk perkongsian bersama... jika ade sesape yang ada kisah edisi asal, boleh tinggalkan LINK di sini... kita kongsi sama2...






7 comments:

  1. pernah membaca kisah ini....tp terlupa di mana....pengajaran yg amat berguna..but it doesn't mean kerana Dia Maha Pengampun..makanya kita boleh berbuat dosa sesuka hati & kemudiaannya meminta keampunan kan....

    ReplyDelete
  2. hmmm seramnya.boleh lak berzina ngan mayat.ich.

    ReplyDelete
  3. walaupon kesimpulannnyer aku paham..tapi tetap rase macam...eerrr...hurrrmmm....berzina ngan mayat..?? aaaaaa....speechless..

    ReplyDelete
  4. sy faham..dan hampir menitik airmata ini....sebesar mana pon dosa kita kalau kita bertaubat dgn hati yg ikhlas in sha ALLAH akn diampunkan...astagfirullah al azim.....thanks akak syg....

    ReplyDelete
  5. perkongsian yg sgt berguna..thnks kakak..:)

    ReplyDelete
  6. Salam, kalo boleh tau dari manakah sumber cerita ini berasal? dari hadist kah? kalo hadist siapakah yang meriwayatinya? apa status hadist ini sahih,hasan, dhoif atau palsukah? siapa yang mentahkiknya? saya mencari di beberapa kitab hadist belum bertemu lg, sudi kiranya berbagi ilmu Jazakallahu khoir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. seperti yg dinyatakan di awal entry, saya kongsikan cerita ini drp kuliah Maghrib dari Masjid berdekatan rumah saya (Masjid Al-Khairiyah, Gombak) oleh seorang Ustaz (lupa nama). dan tidaklah saya tahu sumber asal nya.

      Delete