Friday, December 23, 2011

KENTUT bersepah... NGUAP tak tutup mulut... macam tak senonoh kan?! tapi tahukah kamu...

Dulu, aku perasan benar...
asal nak solat jer, nak terkentut! asal solat jer, nak nguap!
masa lain tidak lah pulak nak kentut... *tipu! :p
eh, ker aku jer ni???
diam jerlakan... tanya orang kang kata aku ni kaki kentut pulak... ngehehee...

sampaila aku beli buku hadis dari Sheikh Nuruddin Al-Banjari masa dia datang ceramah kat Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak. dalam helaian terawal dalam buku tersebut, ada menyatakan:



WAS-WAS SYAITAN
Dari Abu Said Al-Khudri berkata:
"Sesungguhnya syaitan mendatangi salah seorang kamu ketika sedang solat, maka syaitan memegang bulu dubur (seseorang tadi) dan menariknya. Maka dia merasa seakan akan berhadas, maka janganlah berpaling dari solatnya sehingga ia mendengar suara atau mencium bau"
(Hadits riwayat: Ahmad dan Ibnu Majah)

MENGUAP ITU DARI SYAITAN
Dari Abu Said Al-Khudri berkata:
"Apabila salah seorang kamu menguap ketika sedang solat, maka tahanlah semampunya, karena sesungguhnya syaitan masuk (kemulut yang terbuka)".
(Hadits riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Khuzaimah, ad-Darimi, Ahmad dan Abdu bin Humaid


OOOOooooooooooooo... kerja setan gondol rupanya!
pastu aku mula berani buat survey... eh, ramai jugak geng seangkatan! ngeheeeeee...

jadi, kalo rasa terKENT tu... tu mainan syaitan sebenarnya yer. tapi janganlah sampai terkumit kumit tahan kentut sampai mengganggu solat pulak... gi amik wudhu' lagi sekali...
then, bila nak nguap masa solat tu, cuba tahan. kalo tak tahan... TUTUP MULUT! nanti setan masuk dan terus menghasut kita dan mengganggu solat kita...


SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI
Ulama yang berasal dari Kalimantan yang menetap di Makkah dan mendapat gelaran Azhar Tsani (Azhar ke 2) semasa mengajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau cukup lantang tapi santai dan kelakar dalam menyampaikan ceramahnya. 2 kali dapat bersama2 beliau dalam Majlis Zikir cukup menginsafkan... ceramahnya bisa buat bulu roma tegak berdiri... rasa diri sangat kerdil di sisi Allah... dan masih terngiang-ngiang butir cermahnya tentang IMAN DIWARISI dan IMAN DIIMANI...



5 comments:

  1. aa'aaa... betul ina,
    asal solat je mesti nk kentot.
    pastu kan berkerut2 dahi tahan kentot.
    rupanya setan gondol tu dok kacau kt tutt....

    ReplyDelete
  2. ha betul lah...memang setiap kali solat macam tu..setan ni meamng setan tol ar..huhu..hurrmmm..neway...kalau dah tau n paham macam ni kite tak de ar was2 lagi kan..thanks..:)

    ReplyDelete
  3. Syeikh Nuruddin ! subhanallah ceramah beliau mmg best. Alhamdulillah hampir 5 tahun berturut2 xmiss malam nisfu syaaban bersama beliau dan jemaah lain di masjid al-buqhory aloq staq. pengasas pondok derang di kedah

    lawak jenakanya.. mmg lawak.. haha.. dah miliki beberapa buku ilmiah penulisan beliau.. ina msti dapatkan..

    ^____^

    ReplyDelete
  4. ustaz sheikh nuruddin pernah datang ceramah kat opis saya. mmg terbaik ceramah beliau. seboleh2 dia nak cakap slang kl bg kita faham kan.

    ReplyDelete