Friday, September 30, 2011

Mental Raya 2011

Sambung cerita ceriti raya basi lagi...
Ini tentang Mental Raya 2011. Kenapa bagi nama Mental Raya???
Sebab sepanjang majlis berlangsung, otak rasa cam nak mental.
kita mulakan gambar mental pertama sebagai bukti:

memang mental! punca mental? kengkawan mental tak kunjung tiba...

penyakit mental berjangkit kepada binik2 yg gonjeng...

V

OH, cannot like this la jeng... karang ada orang terkezut monkey...
please back to ayu-ayuan...

V

yang ni sedap sikit mata memandang... :p

OK, berbalik kepada situasi kejadian hari tersebut. Ia bermula dengan soalan: "bila kita nak raya sama2?" and after melalui fasa perbualan melalui fesbuk secara ringkas, weols set pot luck jer memandangkan kesuntukan masa. so tak yah la bila ko nak dtg umah aku... bila aku nak gi umah ko... senang cerita, pilih satu rumah then bleh mkn masakan semua. Oh, cadangan yang baik yg menerima sambutan yg baik. tapi rumah sape?

"sape setuju nak raya rumah paling tinggi?"
memang sajer nak tuju kat aku ler tu... umah Si Gonjeng yg tinggi melangit tu x siap lagi!

"tak gayat ker nak beraya rumah tinggi?"
try to excuse...

"rumah tinggi ade lif kitorang suka!"
pulakkkkkk... so, umah INA+ACHIK jadi pilihan. set!!!

Makanya, berlangsunglah MENTAL RAYA dgn konsep POT LUCK di Istana INA+ACHIK (hammmeeek) yang dihadiri oleh manusia2 mental tahap ____ (sila isi tempat kosong dgn berhemah) pada 13 Syawal 2011.

Mari saksikan karangan bergambar yg mana hanya gambar ada unsur2 mental sahaja terpilih. :p

nak masak pun x senang... ade jer paparazi nyer... (tau, ni statement POYO!)

Bila penat tambah mental  #kena ngan konsep raya iaitu Mental Raya ;D
abaikan dapur mak yg berkecah tu. tapi oke la... bukti memasak tu!

 Chef of the day... Baru hidangan Si Gonjeng dan Si Ngok-ngek. Campur yg dua lagi tu, memang tahap tapau wak bekalan seminggu ler... ;p (chef takleh tunjuk mental sangat sebab takut org tak lalu makan. hehehhee...)

Mari kita lihat apa menu yang terhidang...

 MEE KARI REMPIT Si Gonjeng yang super duper delicious (kenapa rempit, nanti aku tunjuk bukti mana usulnya rempit tu datang)

RENDANG AYAM MAK KITE by Si Gonjeng jugak dan NASI IMPIT by me yang mana KUAH KANCANG nyer rentung akibat chef masak sambil berfesbuk! padan muka!!! sila jangan contohi...

 NASI AYAM + KERABU SOTONG oleh puan rumah...

 
FRUIT COCKTAIL as desert oleh puan rumah jugak...

Nampak tak tu, makan mee kari macam nak merempit. Ini asal usul MEE KARI REMPIT.

 internet addicted... :)

 geng mental seterusnya baru sampai... AwienRudy. seb baik datang bawak kek. tak jadi nak halau. :p


 makan-makan time...

 bergambar berlatar belakangkan mereka2 yang dengan hal2 tersendiri...

 Achik skodeng pasangan ber-romen-tik di dapur kami...

 Melepas penat after kerja2 skodeng takut mata naik ketumbit.


 Ni baru cukup korum... ZaaLee paling lambat datang. bawang lemang pak ali yg sedap. Datang2 mana nak bergambar, makan dulu lagi penting. Yang lain2 ni ala2 terencat tu sebab perut dah kenyang...

 Perempuan bila bertemu biasala... macam2 benda nak digosipkan. tapi aku bukan wak MLM erk... hehheheee...

 Ok, tiba masa gambar2 skema hari raya...

 ZaaLee - NeenaNuar - AwienRudy - InaAchik

 the gegelz... gegel?! eeee... cam tak sesuai plak kan... ;p

 the jantanz... ni sesuai... jejantan sengal yang macho. :)

Lastly, mari aku perkenalkan geng2 mental raya secara rasminya...

 Lovely kapel Lee dan Zaa bersama 2 kids, Wiccy dan Airisy. Mak nyer tu kalo anak xder depan mata, cam anak dara u! auuuu~

 Rudy dan Awien yang makan banyak sampai perut memboncit. tapi kenapa u semakin glowing dan glowing lately ni yer? ;)

Pasangan romen-tis sepanjang zaman : Neena dan Encik Temannya...

dan lastly, tutup entry dengan...

 Pasangan yang tak perlu diperkenalkan... Sape tak kenal meh sini aku nak jentik pakai jari tengah! :p 


Jom layan cerita versi My Gonjeng di SINI
#Entry dia lagi best sebab banyak gambar2 super duper gojes sebab dia pakai OP.


_Diari 13 Syawal 2011 @ InaAchik's Baiti Jannati_


Cerita raya banyak lagi... kalau suka cakap
LEMANG SEDAP... MKN NGAN RENDANG LAGIIIIIIIII SEDAP!
Kalo dah serender cakap:
MKN JUADAH RAYA JER CERRY BERRY... X SUKA LA...


Glowing Friday...

Lets try the best we can, from where we are..
May Allah guide us to the right path... 
to the best way that pleases Him... 
Buat jahat ni memang melawan fitrah... 
so why torture yourself..lets just be GOOD...
and Do GOOD... the best we can...
 #Inspired by Wardina Safiyyah...


Lets start our Friday with Thank to ALLAH for all KENIKMATAN that Allah give to all of us...
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Thursday, September 29, 2011

Cik Kaki 1 Step closer to be Malaysia's First Blogger MasterChef :)

Muahahahahhaaa... tajuk tak bleh blah!
Padahal baru dapat call dari Nuffnang bagi tahu terpilih as 40 semifinalist kekdahnya...
Yang 40 ni kena gi main masak-masak  kat Seri Hartamas.
Dibahagi kepada 2 sesi, 1 sesi sabtu ni, 1 lagi sesi sabtu depan.
Aku kena Sabtu esok lusa.
Sekarang dah rasa bahang GEMURUH JIWA tu...
Mula perut memulas cam nak cerry berry... nak tercirit... jantung kecik besar...
Cik Esahhhhhhhh... tlg jampi sket! :p

Dah la tak tahu kena masak aper...
Jangan tetiba suruh aku wak appertizer kek segala. mati kutu mak kat situ!
Pastu cecepat angkat tangan, Cik, saya menyerah kalah! ;)


Email from Nuffnang:

Dear Nuffnanger,

Congratulations! You have been selected to participate in the Astro Blogger Masterchef Contest as a semifinalist. The details of the contest is as follows:

SEMI-FINALS (DAY 1)
Date: 1 October 2011 (Saturday)
Time: 10.00 am – 1.00 pm
Venue: The Cooking House (20-1, Jalan 31/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur)

See you there! Happy cooking!

Note:
-The Top 5 finalists from the semifinals will proceed to the Finals on 15 September 2011.
-You are allowed to bring along a guest.
-Participants do not need to bring any ingredients as all cooking material will be provided

Thank you for your submission and good luck!



Nampak tak tu, boleh bawak guest as kempompong girl. Sape nak join jadi kepompong girl angkat tangan!!! Nanti Cik Kaki blanje teh tarik kat maple. Ulang suara: teh tarik jer yer... ok, upgrade sket, blanje roti kosong sekali supaya x nampak taik idung masin sgt. Kalo nak order roti telur, telurnya bayar sendiri! hehehehhee...

Pastu bawaklah sepanduk "CIK KAKI BOLEH!!!' - tulisan nak kaler oren tau! hahahahaha... giler bapak demand! *agak2 aku wak sepanduk gini, suh achik pegang, mahu ker dia? :p

To all my lovely friends, wish me luck ok... Sumpah, mak gemuruh tahap jantung kat bawah tapak kaki Giant ni!

MODE: tak tahu nak masak ape!!! Ada cadangan?


#Entry penyertaan: http://inaachik.blogspot.com/2011/09/cik-kaki-as-malaysias-first-blogger.html

#Updated: baru confirmkan ngan Nuffnang, diorang cakap boleh bawak sorang guest jer. Tu la... org dah bagi Note:You are allowed to bring along a guest  tapi x faham. sape suh monteng time Grammar Class dulu!

Khamis nak wordless jugak boleh?


GILA KERJA @ KERJA GILA?

Masak ringan2 rai tetamu datang raya

#Entry ini entry versi lemang dan ketupat basi.


Diari 12 Syawal.
Masak light-light sebab ada kengkawan nak datang beraya. Nak jemput jiran jugak... 


 Nasi ayam untuk tetamu... Ayam percik tu bukan aku masak. kawan datang beraya bawak buah tangan. terharu-terharu... lenkali bawak banyak lagi! :p


Inilah tetamu yang dimaksudkan, Dilla nama skema tapi nama tak skema dia Karak. Panggil Karak lagi best dan lagi selesa untuk gaduh mesra kutuk mengutuk manja. Datang macam ibu tunggal bawak anak dara manja kededek (Mya) sorang sebab laki nya adalah bekerja di... oh, malas nak citer hal rumah tangga orang kat sini. hehhehee...
#to Karak, aku tahu ko sdg baca entry ni sambil senyum2 kambing.

Dan sorang lagi tetamu untuk siang harinya adalah my friend Faiez datang pakej ngan my cutie Irdiena + ayah Irdiena. Dah janji awal2 nak sama2 pakai baju kurung polka dot baru sama2 cute! ;p Sape lagi cute? oh tukar soalan: baju sape lagi cute? :p
#kejap jer lu kat umah wa kan... tak sempat nak gebang sampai lebam pun...


 Kenapa tuan rumah suka pose menyelit nyelit? teeetttt... masa dah tamat. Dah tak boleh jawab! :p


Collection time... :)
Irdiena ni bijak tau, pergi amik Fridge Magnet kat dapur aunty ina dan buh dalam beg mama. to Faiez, baik lu cakap hal sebanar... lu memang dah ajar dia sesiap kan? kekekkeee...


So, habis sesi siangnya... Tuan & puan rumah sempat bantai tidur petangnya tu untuk kumpul tenaga layan tamu shift malam. Menu masih sama, cuma tambah grill sausage jer...

My neighbor...
Budak baju kuning tu memang bijak dan banyak cakap giler tapi dia gelabah bila aku duk sebelah dia. Mummy dia cakap, dia memang gelabah kalau ada perempuan cantik duk dekat dia. hahahhahaaa... kelakar la kau budak. dah la cakap "aunty ni masak makanan cantik la... eh, mana tahu I suka sup..." Sepanjang masa, mulut dia asyiklah duk pok pek pok pek. Memang klakar giler...


Bila suruh buat peace, dia cakap: "mana boleh buat peace, daniel kan pakai baju dinosour. tak cool la wak peace..." adoyai budak... geget kang!


Tetamu terakhir malam tu: Sekut Jagung and da gang. Sape Sekut Jagung? adik achik la... carik muka yang tak hensem sikit dari achik, tu la orangnya.


Oh, ada banyak citer syawal lagi ni... bersiri - siri lagi. Sape nak angkat mouse say "juadah raya memang sedap". Kalo xmo, cakap "saya sudah bosan makan lemang". ;)

Wednesday, September 28, 2011

Perempuan dan cantik - Hukum Cukur Bulu Betis dan Bercelak.

Kan hari tu janji nak share sikit2 intipati dari Buku 'Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa' 

Tiba masa sharing is sexy... opsss... xmo lah... sharing is caring jer la...  ;)

(LINK)

Bab 11: HALAL dan HARAM
nah hamek bab 11 terus nyer ha ko... mana bab 1 2 3? pelan2... aku kuarkan soklan2 yang mana mengganggu pale otak aku dulu. sedikit pentingkan diri sendiri di situ... :p


Soalan 1:
Apa hukumnya jika seorang isteri itu mencukur bulu roma di betisnya bukan kerana mahu cantik tapi perbuatannya itu atas kehendak suaminya kerana bulu roma di betis panjang dan lambat.
#Cik Kaki nasi tambah: ni kes kalo betis laki bini duk sebelah menyebelah, tertukar mana betis laki mana betis bini. hehehhee...

Jawapan:
Harus isteri cukur bulu betisnya supaya kelihatan cantik dilihat suami.

(Rujukan Kitab Fatawa Al-Azhaar)



Soalan 2:
Apa hukum pemakaian celak bagi perempuan?
#Cik Kaki nasi tambah: Oh, ni memang Cik Kaki konfius... ada cakap sunat pakai celak tapi untuk lelaki jer... perempuan tak leh pakai. Pastu jumpa kakak pakai purdah kat masjid molek2 ada jer dia pakai celak. Nak tahu... nak tahu!!! Sebab kalau kata boleh, aku nak pakai! hehehehe...

Jawapan:
Hukum memakai celak adalah harus sama ada bagi lelaki atau perempuan.

Sarjana Islam menetapkan harus memakai celak bagi lelaki atau perempuan dan tiada larangan memakainya melainkan pada ketika mengerjakan haji iaitu makruh hukumnya.

Perlu diingatkan perhiasan yang dilarang ke atas kaum wanita itu bukannya celak, tetapi alat-alat solek seperti gincu, pemerah pipi dan seumpamanya yang banyak terdapat pada hari ini.

(Rujukan Kitab Al-Mufassol Dr Abd Krim Zaidan juzuk 3 muka surat 354)


Mana nak beli celak gini yer???
(gambar ehsan pakcik Google)



Home Deco sambut Raya

Raya tahun ni, takde apa-apa persiapan untuk rumah. Takde langsir baru... takder karpet baru... takder table runner baru... takder balang biskut baru... takde deco stuff baru... 

Dah la takde apa yang baru untuk rumah, balik kampung tinggal rumah cam kapal pecah. Bila balik dari kampung, sedih pulak tengok rumah tak berseri di bulan raya. Tuan rumah punyer beria sampai berpasang-pasang baju laki bini tak nak kalah... tapi rumah??? Oh, kalo aku jadik rumah, mau sentap 3 4 kali ni... (erk?)

So, decide nak beli something untuk rumah supaya rumah sama berseri cam tuan rumah. :)
Takde makna nak tempah langsir segala... beli benda simple dan murah, janji bagi effect besar. kononnnnnnnnnn nyer la... So ke Jusco carik apa patut... sebenarnya dah ada benda yang aku aim pun... Cuma sebelum ni tak terbeli sebab kedekut! Sekarang dah tak kedekut dah... Beli dan bayar sendiri dengan senyum melebar sampai nampak gusi kaler pink :D

Bendalah tu datang dalam bentuk pieces-pieces dan perlu dipasang ngan penuh kreatif dan inovatif :p
After bercekau bergaduh bertumbuk ngan Achik camana nak pasang bendalah tu... (caya ker?)
Dah siap pasang, sambung gusti tarik rambut gigit telinga sebab nak menggantung plak. Aku nak gini... dia nak gitu... aku kata ke kanan sikit, dia tarik ke kiri... aku kata nak renggangkan sikit, dia kata dekat2 baru cantik. adoyaiiiiii... baru 2 kepala ni! Akhirnya capai kata sepakat dan... hasilnya:

tarrrrrrrraaaaaaaaaaaaaaaaa~~~

We like it!!!
sape kata kena beli deco stuff mahal2 baru cantik... memurah Jusco mari pon cantik what...
yer, cantik di mata kami pencinta merah berahi... ;)

Close-up sket...
Oh, suka lagi dan lagi... Give me 5 Chik!!!


Pastu kononnya nak beli table runner baru jugak. Tapi bosan la asyik style sama jer... Hmmmm... nak suh aku wak bijak ler tu! Makanya, aku wak sendiri table runner you! Potong kain lebihan Project Mega pakai gunting cili kering kat dapur, then jahit jelujur kasar. dan hasilnya:

Sekarang table runner hasil jelujur kasar dah sama dengan frame kat dinding tu... :)
(abaikan handphone achik yang tetiba interframe atas meja tu) 


Pastu hangkut meja bulat dari balkoni letak kat kerawang hitam ni...

Sebenarnya nak wak letak balang biskut raya... tapi kejap jer balang biskut duduk sini sebab ade jer tukang hangkut bawak lepak depan TV. hehehee...


Dah meja bulat kat balkoni dah naik taraf masuk dalam rumah, balkoni nyer tinggal aper?

jawapannya TOGEL! takder meja...

 Tapi kami belikan batuan sungai susun wak ala2 taman. Memula nak beli pagar tapi cam tak sesuai memandangkan pokok2 kami semu jenis rendang tak berbuah...



Rumah dah tak sentap lagi... :)
Tuan rumah pun happy berganda nak sambung raya sampai sebulan even puasa tak cukup sebulan... :p
*alamak, kipas tak bercuci la Achik sayang...


#Catatan 11 Syawal 2011 at Our Baiti Jannati...

Cik Kaki as Malaysia's First Blogger MasterChef :)

**STICKY POST** (24 jam jer...)

Sebelum ni punyalah duk meroyan tengok US dan Australia MasterChef  kat Astro... Kira jatuh dalam ketegori rancangan realiti kegemaran la ni... Sekali, sekarang dah ada Masterchef Malaysia , teruja beb! Nak join memang tak tercapai hasrat lah...  Cik Kaki kan spesis manusia berdarah gemuruh even berketurunan pendekar kundur! :p  Arghhhhh... tak sabar nak tunggu tayangan pada 22. Oct. 2011 ni kat Astro Ria!!! 




Bila Nuffnang melancarkan pencarian Malaysia's First Blogger MasterChef, hati berbelah bagi beb. Tak join, rasa rugi bila tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan. Dalam teruja, sedar diri skill tahap boleh la boleh. Masak pun hegeh-hegeh tengok resipi, ada hati gak tu... Tapi tak kira, belum cuba belum tahu. Untung batu tenggelam, untung sabut timbul, untung Cik Kaki dapat Cash RM 3000 (dah dapat beli 3 bijik Coach ni!) + Panasonic IH Cooker sebijik + Ipad 1 (with WIFI) + Masterchef Pendrive (4GB) + Mitten + Nestle Hamper worth RM 200. Perghhhhh... tapak kaki Cik Kaki tak pijak tanah jap!



Boleh bayang tak tetiba Aku yang Bukan Chef ni berangan jadi Malaysia's First Blogger MasterChef?! Masa tu Blog Aku Bukan Chef kena tukar nama jadi Aku Dah Jadi Chef! Wahhhhhhh~~~ kelas kau Maria!!!

Oke... oke... sambung berangan lagi... Kenapa Cik Kaki layak dimahkotakan dengan title Malaysia's First Blogger MasterChef?
-> Sebab resipi-resipi masakan Cik Kaki semua versi senang dimasak, sedap dimakan! Baru kena dengan life Blogger yang most of the time duduk melangut depan komputer kan... Masak cepat-cepat, makan dengan nikmatnya, then sambung blogging dan blog-walking. Tanggungjawab as isteri gojes mithali tak terabai, minat tak terkubur. Wahhhhh... gitu kan.... hehheeee...

Cakap jer nak makan apa, Cik Kaki bagi resipi sempoi baik punyer... Takyah garu-garu kepala dan tak perlulah kening kanan bertemu kening kiri... resipi gerenti senangnya. Masak sambil blog-walking pun takde hal. Tak caya?


Nak makan western, kita buat Simple Beef Steak 


Tak puas makan western, nak western lagi... takpe-takpe, kita masak Ayam ala Nandos! hehehee...


Pekena Chicken Spaghetti Pedas Berapi pon oke jugak!

Dah bosan makan western, jom layan masakan kegemaran seluruh musim, tak lain tak bukan menu kegemaran Cik Kaki ala minah Siam Thailand mari... :)


Kerabu Sotong specialty Cik Kaki




Sudah-sudah... jaja gambar-gambar makanan ni memang tak habis. Nak resipi dengan moto 'Masak biar sempoi, makan biar sedap', gi terjah Blog masakan Cik Kaki: Aku Bukan Chef.

Choppppp~~~ sebelum tu Cik Kaki nak share 1 resipi original rekaan sendiri. Giler senang nyer resipi yang korang pasti takkan percaya betapa sedap hasilnya... :)

Presenting my Bendi with Oyster Sauce's Secret Recipe:



  • Celur bendi dengan sedikit garam. Jangan sampai terlalu lembik, nanti tak sedap. Dah masak, toskan.
  • Cincang atau potong dadu 3-5 ulas bawang putih dan sebiji bawang merah saiz besar atau bawang besar (suka hati).
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dicincang tadi. Masukkan 2-3 sudu sos tiram, tumis seketika.
  • Siramkan soso tiram yang siap ditumis ini atas bendi yang dicelur tadi dan sedia untuk dimakan!!! :)
Oh resipi yang sungguh lalalaaaa.... :))

So, apa macam? Siapa sokong Cik Kaki dimahkotakan Blogger MasterChef pertama say yeaaahhhh!!! hahhahaaaaa...

Jangan lupa berkampung depan TV saksikan MasterChef Malaysia pada 22. October. 2011 nanti kat Astro Ria (104) #sajer merah kan tulisan suruh korang ingat info-info penting ni...

- MasterChef Malaysia launch date – 22nd October 2011
- Show title – MasterChef Malaysia
- Program Details: – MasterChef TX will be starting from 22nd October 2011, every Saturday – Wednesday, 9.00pm. Master Class will be on every Friday, 9.00pm.
- Program channel – Astro Ria (Channel 104)
- Official Site URL – http://www.astro.com.my/MasterChef/
- Facebook Page Link- http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia
- Twitter Link– www.twitter.com/MasterChefMY
- Background Information on MasterChef  – MasterChef is a worldwide phenomenon. A cooking reality show, that although doesn’t allow viewers to vote, has still broken viewership records in US and Australia. MasterChef is a success because not only is Food something we are all very passionate about but the show only allows amateur cooks to compete. Malaysians who love cooking but never had a chance to really showcase their skills and be appreciated, now get the opportunity! 

Get ready for the MasterChef phenomenon to take over Malaysia on 22nd October 2011!


#Wish me luck kammooo kammmoooo kesayangan hati hamba... ;)