Wednesday, December 21, 2011

Tentang HALAL HARAM ASB lagi ~ Saya dah masuk pastu camani ni?! Ada Ustaz menjawab permasalahan saya!

Masihkah korang ingat tentang entry ini:
Rentetan daripada entry ini, ramai drop komen dan ada juga PM aku tanyakan hal ini... aku jawab mana aku tahu jerla... sebab aku pon masuk ASB jugak weiiiiiiiiiiiiiiiiii~~~ poning den bila bank gitau kena bayar penalti 3% daripada jumlah sijil yang kita ambil kalo nak close. let say, sijil bernilai rm100k, kena bayar penalti rm3k ko... kalo kaya xder hal boleh korek duit saving... kalo yang kayap camano?! makan loti lorrrrrrrrrrr....

Dalam duk serabut mikiorkan hal2 ASB kunun nak kaya cepat  kat dunia ni, tetiba ada Ustaz bagi ceramah pasal ni masa kuliah maghrib kat masjid. Alhamdulillah... syukur, Allah bagi jalan untuk pencerahan! #masa masuk tu tak fikir tak selidik, dah tahu ni baru gelabah sotong kelam kelibut. (tuju kat diri sendiri ni yer)

Ustaz yang bagi ceramah ni dia memang keje berkaitan bank saham asb segala ni lah. so banyaklah dia terangkan pasal ASB... pasal saham2 yang halal dan haram... *saham MAS yg kepunyaan kerajaan haram... saham AIRASIA milik bang TonyFernandez halal u! (selingan! hehehee...)

tapi bab saham segala tu macam tak lekat sangat kat otak aku ni... tapi bila bab ASB, terbuntang bijik mata... dah kena batang hidung sendiri kekdahnyakan... siap selak telekung tadah telinga luas2 (tipu).

Apa yang dapat aku kongsikan secara ringkas pasal ASB adalah seperti di bawah:

Daripada penerangan ustaz:
- kita boleh ambil balik modal yang kita laburkan. katakan untuk rm100k, bulanan kita kena bayar rm500. jadi setahun kita kena bayar rm6000. jadi yang rm6000 tu, kita boleh ambil balik. skrg pasal dividennya pulak. katakan dividen tahunan adalah 8% daripada nilai sijil. jadi jumlah dividen tahunan kita adalah 8% x rm100k = rm8000. tolak dengan bayaran bulanan kita sebanyak rm6000, untung bersih tahunan adalah rm2000. yang rm2000 inilah isunya!
yang rm2000 ni adalah untung dari dividen yer tuan puan adik kakak. dapatkan penyata dari bank ke mana dia salurkan duit kita tu - akan bagi nama2 syarikat >> syarikat2 ni ada lah yang halal dan yg haram. aku tak pastu mana nak dapatkan list halal haram ni tapi korang boleh refer pada ustaz2 yang arif tentang hal ini. tak silap, daripada keterangan ustaz ni, untuk tahun sebelum ni, 30% HALAL dan 70% HARAM. jadi yang HALAL tu kita boleh ambil untuk kegunaan peribadi dan HARAM tu boleh sedekahkan pada madrasah atau sekolah tapi kena bagitahu lah, "ustaz... ni duit asb tau..." so diorang tahu lah mana nak salurkan duit tu yang mana biasanya digunakan untuk kegunaan ramai like jamban atau jalan. tapi nak selamat, mungkin boleh bagi 50-50 atau tak yah ambil langsung yang dividen bersih after tolak jumlah bayaran kita.

#sorilah kalau bahasa aku ni tak cukup akauntan sebab aku hanyalah engineer cabuk yer rakyat jelata. tak tahu sangat istilah2 accounting ni..


Dan akhir ceramah, aku berpeluang pas soalan panjang lebar cam karangan kat Ustaz tu. dan aku rasa aku perlu kongsi ngan korang sebab aku tahu ramai yang sedang hadapi benda sama... Soalannya:

Contoh situasi:
Katakan saya telah membeli sijil ASB bernilai RM100k dan ada perjanjian kata saya tak boleh jual balik sijil tu sebelum 3 tahun. jika saya jual sijil ASB dalam masa 3 tahun tu, saya dikenakan penalti sebanyak 3% daripada nilai sijil. Katakan tahun ni baru tahun pertama dan bila saya nak tutup, saya dikenakan penalti sebanyak rm3000 sedangkan dividen yg ada tak mampu nak cover penalti yang dikenakan pada saya.
Bolehkah saya teruskan ASB saya hingga tahun kedua di mana dividen yang saya dapat boleh menampung penalti yang dikenakan? dan
pada tahun kedua itu, ada sedikit lebihan daripada dividen selepas ditolak dgn penalti. jadi duit lebihan penalti tu saya bagi ikut peratusan mcm ustaz cakap. betul ustaz?

Jawapan ustaz:
ni soalan beserta jawapan dah ni... hehehheee...
ha, betul dah tu... dibolehkan kita hold sehingga kita dapat balik modal kita...


Semoga perkongsian ini dapat membantu kawan2 kesayangan hati yang sekapal ngan aku di mana dah terjebak ngan ASB, pastu nak close dikenakan penalti la pulak... adoyaiiiiiiiiiiiiiiii~~~

sesungguhnya yang baik dari Allah, yang mana salah silap tu dtg dari kelemahan aku sendiri. tapi referlah pada yang lebih pakar... Semoga Allah bantu kita dengan mempermudahkan segala urusan... Allahualam...


*************************************************
Update:
*************************************************
di sini juga saya kongsikan no account khas untuk 
WANG HARAM RIBA, INTEREST, SYUBHAT yg dimiliki oleh

AKADEMI NUN BERHAD yg dipengerusikan oleh 
HJ. NIK RAZI B. NIK MAT yg beralamat di 
NO.2 DARUSSALAM PULAU MELAKA,
16150 KOTA BHARU, KELANTAN.
019-9103049, 013-9497542

ACC NO: 03018020377202 (BANK ISLAM)
*baru hubungi Hj. Nik Razi sebentar tadi (7/jan/14) utk pastikan akaun ini masik aktif.



15 comments:

  1. susah kalau tak tau ke mana duit tu dilaburkan.huhu~ maera takde ASB.ntahle tak terpk nak buat.kalau terbagi anak2 mkn duit haram, aduh...

    ReplyDelete
  2. Penerangan yang jelas... Terima kasih atas info ni..

    ReplyDelete
  3. thanks so much sis sbb sudi berkongsi ilmu yg amat2 berguna utk sy ;)

    ReplyDelete
  4. takpe rezeki Allah dtg dlm pelbagai cara..yang penting berkat..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih.. sedikit sebanyak memang membantu! =)

    ReplyDelete
  6. anon:
    ngehehhee...

    khumaera:
    mintak dijauhkan la...

    syani:
    sama2 kasih...
    kite share yg mana kite tahu...

    SSfatihah:
    most welcome dear...
    semoga kita dijauhkan dari sumber rezeki yg syubhah...

    ReplyDelete
  7. nashays:
    betul...
    insyaallah, Allah akan bantu kita...

    kella:
    sama sama kasih...
    boleh rujuk yg lebih pakar utk lebih detail...

    hyz:
    selamat kamu... ;)

    ReplyDelete
  8. cm ne plak kalo simpan dlm ASB tiap-tiap bulan pastu hujung thn dpt dividen?

    ReplyDelete
  9. jamie:
    tu tidaklah pulak dapat saya pastikan... sila rujuk pada yang pakar...

    ReplyDelete
  10. jamie..
    saya baru nak tanya soklan tu..lau awak anda info jawapan tuk soalan tu hope dapat share ya..thanks.

    ReplyDelete
  11. saya pon ada gak akaun ASB.. tp dah lama x masukkan duit dlm tu sejak terbaca pasal issue ni kat blog kak suziey.com... tapi saya tak pergi deactive pon lg ;( entah berapa baki pon x pasti.. dah lama.. dekat 2 tahun kot x amek kisah pasal buku dan baki dlm tu..

    ReplyDelete
  12. ina..smelah..azam 2014 nak stop ASB..sya pun terlajak jugak..disebabkanmenyesal..buku ASB tak pernah update langsung..!jadi tak tahu dah brp jumlahnya hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulilah ina..disebakan artikel ina..sy dah stop asb..tenang sgt rasa hati ni..
      thank a lot ina..:-)

      Delete