Friday, October 18, 2013

Menu Diet Atkins: Variasikan telur untuk sarapan pagi


Saya sebenarnya tak suka sgt makan telur. specially telur rebus. mmg cannot go. kalau telur mata, boleh la telan... tapi kena cicah cili sos. bila dah terjebak dgn ATKINS diet, telur tu dah macam makanan asasi kot.

tak pernah lg dlm umur hidup beli telur sepapan. kali ni barulah pecah rekod kehidupan 30 thn. 
lps tu ada tanya, tak bahaya ker mkn telur hari2? saya engineer... bukan doktor. so, bg doktor punya jawapan la yer...

Dr fb DR HAMID ARHSAT: 
Ada orang yang takut makan telor , kononya ia meningkatkan cholesterol dan menambah risiko sakit jantong. Ada pula pantang makan telor lepas pembedahan dan lepas bersalin kerana ditakuti luka bernanah. Kesemua itu tidak betul kerana banyak kajian yang menunjukkan tiada kaitan makan telor dengan cholesterol malah ada kajian yang 1-2 biji setiap hari melindungi kesihatan mata,jantung dan otak sebab kandungan amino acid - choline. Kandungan nitrogen dalam telor membantu pemulihan/healing lepas bedah dan trauma. Kandungan vitamin D3 dan sulphur juga jadi pelindung penyakit kanser. Satu kajian keatas wanita2 yang makan 1-2 biji telor setiap hari bolih menurunkan risiko kanser payudara dengan kadar 44%.

lepas tu ramai atkiners merungut bosan makan telur rebus dan telur mata hari2... yg pergi rebus hari2 tu knape? ;) variasikanlah telur tu. jadikan spinach omelette ker... egg-chicken foldover ker... egg-sardine roll ker... egg bla2 ker... egg bla3 ker... :p

ok, sini saya share pelbagai telur yg telah divariasikan utk breakfast dan kadang2 kalo malas nak masak beria utk dinner, boleh jugak ngap telur lagi. tapi setakat ni, paling banyak saya mkn telur dalam sehari adalah 4 biji. tu sekali sekala sgt la... biasa 2-3 biji. bukan hari2... bak kata, takut muntah telur. hazab lagi, kentut bau telur. hazab ooooo... sekampung bau! hahahaaa...

 telur mata dgn oregano + black pepper crush dan seasoning.
masa ni tak tahu cili sos takleh makan masa induction.
dingap bersama fresh salad with olive oil + oregano + black pepper


egg-sardine roll. ni sedap!
masak sardin > dadarkan telur, letak moyanis dan sardin + salad + zucchini + tomato + cili merah dan roll kan. 

 ulang tayang menu sama utk 2 -3 kali sebab sedap. time ni sayuran habis stock.


yang ni pagi tadi punya sarapan. istimewa sikit,
biasa 2 bijik telur... ni 3 biji telur, ada cheese dan extra mayonis. 
well, dah habis induction bleh mkn mayonis lebih sikit. :p


egg chicken foldover. 
lebih kurang egg-sardine roll tu jugak, cuma ganti dgn grill chicken. yang ni letak mayonis + nandos sos.


spinach + broccoli omelette.
saya suka letak cili kasik pedas2 sikit.


 egg-pizza.
dadarkan telur, letak spaghetti sos, dan utk topping letakla sausage + capsicum + tomato + bla3 (suka2 hati, masak dari iman), kemudian letak mayonis n mozzarella cheese. lepas tu kasik lepak dlm oven kejap. siap! ni hidangan breakfast di hujung minggu. dgn laki cekeding gua sekali gua jamu atkins menu.


 cheesy sausage omelette.


spinach ommelette lagi. duet dgn cheesy broccoli. yummmehhh...


telur lagi...
dah tak tahu nak letak nama ape dah. :p


yo yo o jerkan... nama menu berbagai... bagi nama tak bleh blah...
padahal... tetaplah telur! 
takper... nama kasik up! presentation kasik umph!
biar selera sikit walopon hari2 hadap telur. :p


sekarang, i am enjoying my diet journey.
lebih semangat utk berketung ketang di dapur.
excited mencuba menu2 baru... dan perah otak bagi nama kat masakan sendiri. :p
sampai laki cakap: abang makin tak reti nak sebut menu2 makanan isteri skrg ni. 
hahahahahaa...


EH CHOP!!!
perasan tak, ada tab baru di bahagian atas sinun: ATKINS DIET MENU/RECIPE
klik situ untuk resipi pantas, tuntas dan malas versi AKU BUKAN CHEF.





23 comments:

  1. Salam.. walaupun hanya telur, tapi nampak sangat menyelerakan... hmmm sedapnyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam admin. Betul tu, walaupun telur mmg nampak sedap. huhu. Anyway, free2 jemput dtg ke blog i utk info2 kekal fit dan slim.

      >>>Info Fit & Slim Semula Jadi! <<<

      Delete
  2. Kak ina tgh berdiet ke ni? Menu ni dapat kat mane? Ade mkn ape2 supplement ke di samping diet makanan ni? Hummm, semua nmpak sedap tau... :)

    ReplyDelete
  3. Food photography yang menarik...banyaknya resepi telur, boleh try ni..tq for sharing..

    ReplyDelete
  4. seriussss,,,su su follower tegar blog ina bab2 menu ni

    ReplyDelete
  5. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

    ReplyDelete
  6. sangat menarik! tp maera xleh la ikut camnie..nanti makin kerempeng la jwb nye.huhuhuu

    ReplyDelete
  7. alamak menarik la pulak resepi telur nie......thanks for sharing!

    ReplyDelete
  8. wahhhh..best..besttt..dah lame cari menu atkins..asik2 telo dadar kosong...sbb tu diet saye tak penah nk mnjadi...bosan..hahaha...bole start diet balik ni..chaiyokkk..chaiyokkkk...

    ReplyDelete
  9. Lps bce blog ni, nk try lk diet Atkins ngan telor...huhuhu...sedap2 sume tu....

    ReplyDelete
  10. tq for sharing. i pun baru mula diet atkins nie. baru masuk hari ke-3.

    ReplyDelete
  11. NICE! :) tak pernah lagi jumpa orang yg begitu creative dgn telur..
    bravo.... !

    ReplyDelete
  12. pizza telur tuh nampak best ler... teringin nak try lah pasni

    ReplyDelete
  13. pic pun dah sangat2 menyelerakan.... tq share sbb mencambahkan idea memperbagaikan menu berasaskan egg! arigato' =)

    ReplyDelete
  14. wowww...teliur mcm ni.. wlaupun telur je pun..

    ReplyDelete
  15. kak.. kenapa nampak sedap sangat ni.. padahal telur jer pun.. gambar tu menyelerakan.. yummmeeehhhh

    ReplyDelete
  16. Sedapnyaaa...rasa lapar la pulak

    ReplyDelete
  17. jom tukar blog link.. simplymoilife.blogspot.com! thanks

    ReplyDelete