Wednesday, October 2, 2013

Bisnes kecilan kat Facebook jer pon... tu pun ada ZAKAT PERNIAGAAN???


Assalamualaikum wahai kesayangan hati hamba...
Maaf, makin hari makin jarang jemari montok menari di sini.
terkadang masa ada, idea menulis tak ada...
bila idea melambak dan mencurah, punya kekangan masa pula.

hari ini...
saya lapangkan sedikit masa dan ingin saya kongsikan sesuatu.
tentang ingatan dari suami untuk isterinya yg perasan nak jadi tauke butik.
jual pakaian muslimah secara kecilan di laman sesawang.
"bie, modal, untung semua kira ya... dan akhir nanti jgn lupa zakat perniagaan"
Allahu... terima kasih suami!
kadang isteri terlupa, ingat cukup dengan zakat pendapatan hasil mkn gaji bulan2.

sebab gembira atas ingatan dari sang suami,
si isteri rasa bertanggungjawab dan excited nak kongsi dengan kesayangan...
mungkin ada yang dah tahu...
mungkin ada yang sudah terlupa...
tapi tak apa, memang tanggungjawab bersama saling mengingatkan. kan?!

jadinya...
buat sahabat yang berniaga sampingan, online, offline...
di facebook, blog mahupun instagram.
jual selendang atau ubatan kesihatan,
atau jual kuali ajaib mahupun tupperware...
atau apa sahaja walau sekecil kecil perniagaan,
jangan lupa tentang ZAKAT PERNIAGAAN.
kalau cukup nisbah, cukup haul maka wajib zakat ke atasnya.

kerana...
kudrat kita dari Allah...
yang menggerakkan hati-hati untuk membeli juga Allah...
ya, rezeki walau sekecil kecil rezeki segalanya dari Allah.

dan...
segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat.


Firman Allah s.w.t yang bermasud:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.” [ Surah al-Baqarah ; ayat 267]


mungkin ada rezeki  si miskin dalam rezekimu...







9 comments:

  1. tq share kak Ina..sedang terfikir memulakan sesuatu..

    ReplyDelete
  2. Macam mana eh kak caranya? Sebab saya student ada kereta. tapi saya buat bisnes sewa kereta. Kalau takda kelas, saya bagilah orang menyewa kereta tu. Macam mana saya nak kira ya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry dik... akak ilmu sgt ciput nak jawab soalan tough ni. better rujuk pada lembaga zakat k. call jer...

      Delete
    2. Okayy.. InshaAllah akan call nanti. Thank you :)

      Delete
  3. Tq ina untuk ingatan yg sangat baik...mmg sifat manusia selalu lupa...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Ina...apa maksud nisbah & haul? Boleh terangkan sebab saya masih tak paham. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...
      Nisbah adalah amount yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak.

      haul bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.

      Delete
  5. Itulah kadang2 nampak kecik dan sangat remeh tapi sebenarnya perkara penting. Keberkatan...

    ReplyDelete