Tetiba teringat satu pengalaman dlm perjalanan dari Madinah ke Mekah. kami bergerak petang lepas asar. perjalanan yg mengambil hampir 6 jam itu tidak berhenti masa Maghrib dan kami disuruh oleh mutawwif utk niat utk menjamakkan Maghrib kpd Isya'.
kemudian sampailah kami ke Wadi Qhudaid utk mkn dan solat. jadi lepas makan, saya dan jemaah wanita yg lain pun ke surau utk JAMAK TAKHIR MAGHRIB dan ISYA'. salah seorang sahabat tanya: "macam mana nak solat jamak yer? saya tak pernah buat..." saya pun terangkanlah apa yg patut. alhamdulillah... dia terima dan harapnya dia faham.
apa yg cuba saya kongsikan drp pengalaman ni adalah: sama2 kita tambahkan ilmu. Ilmu solat kita tak cukup dgn tahu menunaikan solat sempurna mengikut rakaatnya sahaja. kena belajar cara JAMAK dan QASARnya solat, solat SUNATnya, cara solat BERJEMAAH dgn betulnya, solat JENAZAH pun jgn lupa.
pernah juga berbincang dgn seseorang; dia kata rasa tak best bila nak jamak ker qasar ni. bila berjalan jauh... dia akan berhenti bila masuk waktu (tu kalau ada hentian, kalau takde?) dan berhenti lagi bila masuk waktu seterusnya. saya kata kenapa menyusahkan diri sedangkan Allah dah bagi keringanan sbg bonus kpd hambaNYA? ibarat, boss bagi bonus, kita tolak... kan menolak 'rezeki' tu...
di sini saya kongsikan SYARAT, NIAT & CARA SOLAT JAMAK & QASAR:
JAMAK: mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Jamak ni pulak terbahagi kepada 2 iaitu
- Jamak Takdim - melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib.
- Jamak Takhir - melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak
Syarat Jamak Taqdim
- Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.
- Niat jamak pada waktu solat yang pertama.
- Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.
- Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.
- Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
- Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.
- Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
- Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.
- Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.
- Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.
- Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.
Niat Solat Jamak dan Qasar
i) Jamak Taqdim dan Qasar
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.
ii) Jamak Takhir dan Qasar
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.
i) Jamak Taqdim dan Qasar
- Zuhur-Asar
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
- Maghrib-Isyak
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.
ii) Jamak Takhir dan Qasar
- Asar-Zuhur
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.
- Isyak-Maghrib
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.
Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Cara mengerjakan solat jamak dan qasar:
Cara mengerjakan solat jamak dan qasar:
- Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
- Berdiri lurus mengadap kiblat.
- Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
- Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
- Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
- Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
- Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
- Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.
Read more: http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2012/09/niat-syarat-cara-solat-jamak-qasar.html#ixzz2hHu3vKLM
Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu atau 90 kilometer). permusafiran kita juga bergantung kepada tempoh kita menginap di sesuatu tempat tu. saya awal-awal dulu keliru juga. lepas pencerahan Ustaz Azhar Idrus, teori senangnya begini: let say balik kampung, kita boleh jamak dan qasar kalau kita stay kat kampung kurang dari 3 hari. kalau lebih, kita tak boleh jamak & qasar setibanya kita sampai ke destinasi kita tu. contoh: balik hari sabtu, stay kat sana untuk ahad, isnin, selasa dan rabu memang dah berangkat pulang. tapi kalau kata kita nak stay sampai rabu, khamis baru nak berangkat pulang, kita dah tak kira musafir. keringanan hanya diberi ketika perjalanan sahaja.
harap faham lah kan... tak faham pun takpe, at least dapat figure nya macam mana. lepastu, kena gi majlis Ilmu la... setakat baca blog ditulis pulak blogger akak ustajah tak bertauliah ni memang tak cukuplah... setakat dapat fahaman kasar untuk jadikan step untuk move forward untuk dapatkan ilmu mendalam tu boleh la kot kan...
# sama-sama kita perbetulkan yang mana kurang...
komen dari Ustazah Usrah di FB:
Musafir adalah antara aktiviti yang memenatkan dan memerlukan kepada kesabaran yang tinggi. Allah hadiahkan rukhsah solat jamak qasar untuk kita menghargai keprihatinan agama terhadap penganutnya. Islam itu mudah tp bukan bermudah2. Islam itu menyenangkan tapi bukan untuk bersenang-senang. Orang yang melakukan solat jamak qasar bermakna telah mengamalkan sunnah n di situlah bertambahnya keberkatan dan satu daya tarikan kepada mereka yang naru berjinak dengan Islam wp dah lama memeluk Islam/Muslim sejak lahr.
Musafir adalah antara aktiviti yang memenatkan dan memerlukan kepada kesabaran yang tinggi. Allah hadiahkan rukhsah solat jamak qasar untuk kita menghargai keprihatinan agama terhadap penganutnya. Islam itu mudah tp bukan bermudah2. Islam itu menyenangkan tapi bukan untuk bersenang-senang. Orang yang melakukan solat jamak qasar bermakna telah mengamalkan sunnah n di situlah bertambahnya keberkatan dan satu daya tarikan kepada mereka yang naru berjinak dengan Islam wp dah lama memeluk Islam/Muslim sejak lahr.
# Allahuakbar... terima kasih sgt Ustazah atas perkongsian ni. seperti biasa, murobbiah hadir memberi komen balas yg mengujakan mutarobbiahnya. jawapan ilmiah ini yg ina tak ada/tak tahu... terima kasih lagi sekali ustazah
Salam... terima kasih di atas ilmu yang dikongsikan.. saya ada jugak mempraktikan solat jamak dan qasar ni. Tapi ada masanya saya kurang yakin. saya nak tanya, kalau kita buat zuhur - asar jamak taqdim dan qasar, masa solat pertama tu, iaitu zuhur, ada yang kata duduk tahiyat akhir masa rakaat kedua, ada yang kata duduk tahiyat awal tapi baca tahiyat akhir. lagi satu, tentang 3 hari di kg tu, maknanya selama 3 hari tu, kita boleh lakukan solat jamak di kg ye? (kalau tinggal 3 hari) walaupun dah smpi ke destinasi yang ditujui? maafla ye sbb bnyak bertanya. harap dapat membantu
ReplyDeletesalam wak... sama2 kasih. :)
Delete- kalau Qasar, macam kita solat subuh tanpa qunut. maksudnya duduk tahiyat akhir dgn bacaan tahiyat akhir. lps salam terus bgn utk tunaikan solat asar pulak.
- ha ah, boleh jamak dan qasar sepanjang 3 hari di kg.
semoga penerangan ringkas saya ni membantu...
Owhhh.. tq tq... selamat berkenalan :)
DeleteInformasiI yg terbaik. sama2 kita perbaiki diri. Allahuakbar.
ReplyDeletesalam ukhuwah dr nanie
salam ukhwah nani...
Deletesama2 kita tingkatkan ilmu, mantapkan ibadah! :)
alhamdullilah.baru aku paham Ina oi..Tq byk2
ReplyDeletewani-305
waniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... kammo suka tup2 muncul kan! rindu!!!
Deletealhamdulillah... sgt membahagiakan bila perkongsianku ini berguna utk sahabat yg kusayangi...
tq kak..:)
ReplyDeleteSalam ina...nk tanya...katalah kita musafir dr kl ke alor star..alor star tpt tinggal kita...bertolak lps asar...so smpi rumah lps isyak..dlm pukul 12...kita x solat jamak qasar on e way...blh x kita jamak kat rumah je...sbb yg akak pernah dgr...blh jamak tp x blh qasar...maksudnya kena solat 7 rakaat lah..sori soalan pnjg..tq ina
ReplyDeletesalam kak...
Deletesefaham ina, TAK BOLEH JAMAK & QASAR lagi once kita dah sampai ke destinasi sebabnya syarat sah jamak dan qasar ni mesti berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua. biasa, mcm kami dr terenggan ke kl, sblom smp rumah, solat kat mana2 masjid atau surau dulu.
salam .TQ sharing.baru paham :) hehehh
ReplyDeleteassalamualaikum,solat jamak dan qasar ni hadiah dari Allah..sapa tak suka hadiah kan...so bila kita cukup syarat,ambil la hadiah tu,tak nak tak apa....tp rugilah kan sis?
ReplyDeleteSalam ina, nak tanya..
ReplyDeleteJamak dan Qasar, zuhur dgn asar, dua rakaat setiap waktu kan?
tapi kalau kita nak jamak 2 watu tanpa qasarkan boleh ker...
salam suraya...
Deleteha ah, kalau qasar tu maksudnya dipendekkan. zuhur, asar, isyak jadi dua.
kalau taknak qasar pun boleh. tapi kalau bermusafir, kenapa taknak buat dua2 kan... sunnah tu.
melainkan ada keadaan tertentu yg membolehkan jamak sahaja dan tidak boleh diqasarkan.
salam ina...
ReplyDeletetq perkongsian ni.... :)
salam tya skit, camne niat kalu kita solat maghrib berjemaah sempurna dgan org yang bermukim di sesuatu tmpat, adakah perlu niat solat mcam biasa atau kena tmbah prktaan 'JAMAK' dalam niat tu. Yg ni saya msih keliru, tkut tersalah niat jadi x sah solat kita.
ReplyDeletesalam...
Deletesefaham saya, ada 2 cara:
1- niat solat maghrib jemaah sempurna kemudian ketika solat hadirkan niat (dlm hati) utk jamakkan takdimkan solat isyak dlm maghrib.
2- niat solat maghrib jemaah sempurna kemudian niat jamak hanya utk solat isyak ketika hendak solat isyak.
wallahuallam... boleh rujuk pada yg lebih arif utk kefahaman yg lebih terjamin kesahihannya. setakat ni saya amal yg no 1.
salam kenal.. tq for the info
ReplyDeleteSalam saya nak tanya . Contohnya saya gerak dr kl nak ke jb. Saya nak buat jamak taqdim(zohor&asar) siap2 kat rumah. Boleh ke ?
ReplyDeletesalam...
Deletetak boleh/ tidak sah. kalau kite kluar rumah masa tu dah masuk waktu zuhur, zuhur sudah tidak boleh di-jamakkan dgn asar. yg dibolehkan; kita keluar rumah sebelum masuk waktu zuhur... dan kita jamakkan zuhur-asar di tempat di lain.
Saya ingin bertanya bagaimana cara yg patut utk saya mlaku solat subuh?...jika saya memula kan perjalanan pukul 3pagi.....subuh pukul 5.30pagi....saya hendak pulang ke kpg utk mhadiri majlis kawen saudara saya....masalah nya kpg itu mgambil masa yg lama skurang2 nya 4 jam baru sampai...saya kuatir tiada tmp utk singgah solat kerna berjalanan ia boleh di kata kn kawasan perdalaman.....
ReplyDeleteBagaimana kh cara saya utk solat subuh...jika saya mmula kan perjalanan 3pagi...subuh pukul 5.30 pg....saya hendak pulang ke kpg utk mhadiri majlis kawin saudara saya....kpg nya gak jauh 4jam skurang2 nya baru sampai...dan juga saya risau jika tiada tempat bersinggahan utk solat...kerna kpg nya kawasan berdalam...
ReplyDelete