Friday, November 14, 2014

110 atau 10 campur 10???




Alhamdulillah bertemu lagi dengan Jumaat.

Sudah baca Surah AL-KAHFI?
Tak mampu baca 110 ayat,
bacalah 10 ayat pertama + 10 ayat terakhir. 
Moga Allah selamatkan kita dari fitnah dajal akhir zaman.

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum'at." (HR. Al-Hakim) 

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.” [HR Muslim]



Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.” [HR Muslim]

Dalam membaca laju-laju...
tanpa sengaja, terpandang terjemahan ayat 46. 
Dan saya tahu Allah sedang berbicara dengan saya... 
Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. - Al-Kahf:46 - 

 #S.E.N.Y.U.M


4 comments:

  1. terima kasih kak..kagum dgn semangat n ketabahan,teruskan memberi semangat pd kami ye :)

    ReplyDelete
  2. TQ atas peringatan.. semoga kita istiqomah...

    singgah blog saya :)
    http://www.sitinaimah.com

    ReplyDelete