Thursday, November 20, 2014

Setiap rumah tangga ada Syaitan power!

Assalamualaikum wbt...
Segala puji hanya bagiMu ya Allah...
Terima kasih untuk sehari lagi diberi peluang bernafas secara percuma.

Dengan skemanya hari ni saya nak kongsi satu isi kuliah di Masjid berdekatan rumah saya yang disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli. Kalau sesiapa selalu dengar Usrah Nurani di IKIM, mesti kenal Ustaz ni. Suami gelarkan beliau sbg Ustaz isteri sebab isterinya ni minat sungguh dengan Ustaz Zul ni. Bahasanya sentiasa menyapa lembut dan menyantuni jiwa saya... Selalu nangis dalam kereta bila dengar beliau berbicara di IKIM. Yer yer... saya spesis wanita badang keturunan Neng Yatimah! Nampak jer sasa tapi hati tisu... :p

Berbalik pada modus operandi asal iaitu nak share isi ceramah yang dengan rendah hatinya saya nak berkongsi memandangkan banyak sangat kes-kes rumah tangga yang makin mengarut sekarang ni, contohnya cerita Mah dan suaminya dengan si Janda sebagai pelakon pembantunya. Walaupun pada saya ia tak ubah seperti cerpen rekaan semata yang bermisi untuk di-viralkan. Oh maafkan saya! Tapi prop dan jalan cerita sangatlah drama melayu. Tapi tidak dinafikan, mungkin ada berlaku secara realitinya tapi kalau yer, itu jantanz liberal yang tak layak dipanggil lelaki apatah lagi suami. Apapun, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Minta Allah jagakan rumahtangga kita dan of course kita kena usahakan yang terbaik untuk jaga kerukunan rumah tangga kita, baik sebagai isteri atau suami.

Ah, melalut lagi!
Ok, kembali.

Ok, apa yang saya kongsi ini adalah berdasarkan catatan dan pemahaman saya. Kalau ada salah di pihak saya, maafkan saya dan kalau nak tambah dan kongsi, dialu-alukan ya...


Ustaz Zul Ramli, Kuliah Dhuha, Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak;


Ada satu qabilah syaitan paling handal yang posisinya paling kanan di sebelah Iblis (ketua syaitan) yang bernama DASIM. Tugasnya adalah memporak perondakan / merosakkan rumahtangga anak cucu Adam. 

Sejurus dinikahkan, syaitan Dasim terus bersama pasangan sampai bila-bila. Tugasnya adalah berusaha untuk memutuskan silaturahim, mencerai beraikan ikatan perkahwinan, mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian.

Dasim tetap ada dalam rumahtangga samaada dia besar sebesar rumah, atau ia sekecil kecil lalat. Rumah yang dihiasi dengan zikir, alunan al-quran dan penghuni rumah menjadikan rumah sebagai tempat ibadah menjadikan Dasim akan makin kecil. Tapi jika rumah hanya didendangkan dengan oppa gangnam style, running man, (cerita2 lara) dan penghuninya tidak solat, maka makin besar Dasim. Bila Dsim makin besar, makin power Dasim utk meruntuhkan rumahtangga.


Tambahan daripada saya dari kuliah-kuliah yang lain;
Sebelum masuk rumah, bagi salam walaupun tiada penghuni di dalamnya pada ketika itu. Jika rumah tidak berpenghuni ketika itu, salamnya: "Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin"
Dan bila masuk, amalkanlah membaca ayat Qursi.

Tambahan dari saya lagi...
Apa yang dapat dilihat hari ini, masalah rumah tangga makin meruncing kerana berapa ramai suami isteri yang tidak solat... membaca Al-Quran jauh sekali. Bila jauh dengan agama Allah, macam mana rumah tangga nak bahagia???

Kepada Mah, laki Mah, laki kawan-kawan Mah, jiran-jiran2 Mah, dan semuanya...
kerukunan rumah tangga BUKAN SEKADAR terletak pada cantiknya sang bini menjaga penampilan diri bercelak bergincu berwangi sambut sang laki, tapi tentang kita laki bini menjaga hubungan dengan Allah. Jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jagakan hubungan sesama manusia. Dan orang yang kuat iman, insyaAllah Allah pelihara dari perbuatan mungkar. Tapi rumah tangga mana tidak diuji... normal lah tu kan. Lagikan lidah dan gigi tergigit, inikan kita laki bini. Tapi tanganilah setiap ujian rumahtangga dengan bijak dengan kewarasan minda dan Iman.

Pokok pangkalnya; Carilah bahagia dengan mengenal ALLAH.  



CAK! GRRRRRRRRRRRRR~~~ *ini bukan DASIM! hahahaha...


3 comments:

  1. Alhamdulillah.. zaza mmg amal doa ketika masuk rumah mahupun pejabat..
    mekasih info yg sgt berguna..

    ReplyDelete
  2. oo duduk kat area Taman Sri Gombak ek, umah mak Iza area situ juga nak menghala Kg Nakhoda.
    Salam kenal. Masjid tu dkt dgn Tasik Sri Gombak kan dear? dulu nikah kt situ le..hehe.

    ReplyDelete