Wednesday, November 12, 2014

Rumah kecil di pinggir kota metropolitan.


Rumah kecil di pinggir kota metropolitan.
Rumah kecil berbumbungkan lantai rumah orang.
Rumah kecil yang ringkas yang menjadi syurga dunia utk penghuninya mencari tenang melepas lelah sebelum 'pulang'.

Surah An-Nahl; ayat 80:
"Allah menjadikan utk kamu rumah-rumah kamu sbg tempat yg menyenangkan"

Maka jadikanlah kediaman kita sbg syurga dunia yg paling mendamaikan.
sebagai tempat yang paling menenangkan.
tempat kita bina dan utuhkan cinta dan kasih sayang.
tak perlu dekorasi yang sarat dan melampau...
rumah kita bukan muzium untuk tayang segala mak nenek perhiasan.
cukuplah sekadar sedap dipandang, kemas dan bersih sebagaimana Islam mengajar kita tentang kebersihan.

Di sini saya kongsi tatarias (fuyyooo ayat skema der) rumah kecil saya dengan konsep ringkas dengan pendekatan moden minimalis. takde perabot mewah... tiada hiasan mahal... biasa2 saje.
Semoga ada manfaat dan bagi idea untuk kesayangan2 gojes saya di sini.








tengah menabung nak buat kitchen cabinet baru.
yang sedia ada dah nak tercabut pintu. hehee... ;)


Ada rumah yg besar tapi terasa sempit.
Ada rumah kecil tapi terasa luas dan lapang.
Bersyukurlah jika rumah itu 'diluaskan' dan 'dilapangkan' dgn AL-QURAN.

23 comments:

  1. cantik deco rumah..tenang jer.. suka karpet rumput kat balcony tu..hehehe

    ReplyDelete
  2. cantik rumah sisss..bersih tenang

    ReplyDelete
  3. tertarik dengan dekorasi. cantik sgt. putih. bersih.
    erm..suka!

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk entry ini..sebagai persediaan buat saya juga yg bakal berumah kecil tapi saya mengharap rumah itu menjadi besar dgn sendiri nyer ;)

    ReplyDelete
  5. waaa cantik nya rumah awak.. simple & elegant :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..cantik sgt rumah sis..tenang ja rasanya... :)

    ReplyDelete
  7. pendapat kita rumah kecik ke rumah berbumbungkan rumah orang lain ke tak pe asalkan hati tenang

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak ina. lawa sangat rumah akak. simple tapi menawan kalbuku... alhamdullilah, ada rumah sendiri best kan. tak sabar nak bikin rumah sendiri

    ReplyDelete
  9. Canteknya.. dulu pernah nak yg minimalis macam ni. Tapi x dapek. Tgu nanti bila ada rumah sendiri insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. cantiknya!!! saya suka saya suka..serious..

    ReplyDelete
  11. mila suka tengok rumah akak putih suci hihi...

    ReplyDelete
  12. your hse is my inspiration.. yep mari kita hiaskan rumah dengan alunan quran

    follow akk balik ye
    www.momsmilkywya.com

    ReplyDelete
  13. suka sangat konsep mcm nie..simple tapi menarik
    rasa tenang...

    ReplyDelete
  14. cantik..sy suka wpun simple...sgt stylish

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..

    kemas dan tenang rumah awak.
    rumah kemas dapat tenangkan si penghuni nya..
    paling suka tatahias kat beranda tu. hijau mendamaikan..

    salam ukhuwah ye..

    ReplyDelete
  16. cantiknya rumah sis :D

    http://edrina-dafinites94.blogspot.com/2014/11/jom-shopping-goddess-bawal-saree-custom.html

    ReplyDelete
  17. kak shima suka,simple dan kemas

    ReplyDelete
  18. ni apartment mana sis? bentuk rumah mcm rumah kwn sy di apartment saujana taman pinggiran batu caves. Btw sgt kemas. :) like

    ReplyDelete
  19. Cantik sangat...suka tengok..yg pasti ni bkn apartment saujana..Sy tinggal di apartment tu..

    ReplyDelete
  20. Suka tengok konsep rumah macam ni. Saya suka. Sebab saya suka akan putih, perabot yang minimum. Hihi. Cantik sis! Love it! =D

    ReplyDelete
  21. Sukanyaaaa!!!
    Cuma nak tanya, design kt dinding sebelah kabinet tv ( sblh jam ) tu beli kat mana eh?

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum sis ina, saya pun nak tanya soalan yg sama mcm sis nana di atas. Design hiasan dinding tue beli kt mana? puas saya google x jumpa2.. hihii..

    ReplyDelete