Tuesday, May 14, 2013

Dialog peribadi: Semakin cuba nak jadi baik, semakin banyak ujiannya. sabar yer kak...



Perbualan di ruangan pesanan peribadi di laman muka buku bersama kakak yang saya kenal dari alam maya. 
**terima kasih Blog Kakikusukaberjalan**



******************

Hamba Allah:
Akak skrg tgh berusaha nk menutup aurat secara sempurna... Malangnya suami akak mcm x berapa suka. Setiap kali akak nk beli baju yg agak2 longgar / labuh dia x setuju... Baju2 akak yg sebelum ni mmg x menepati syariat.. Setiap kali nk keluar...termenung depan almari..




Saya:
akak slow talk la ngan dia. tak pon akak start labuhkan tudung tutup dada. kalau dia tak suka, pada awal ni akak jangan tunjuk sangat perubahan pakaian. kadang2 kita kena bijak. modified baju sedia ada.  beli cardigan ker satu. lepastu pakai skirt. lagi cantik apa dari jeans. 


Hamba Allah:
Dulu akak mmg ada persepsi negatif ngan org yg pakai tudung labuh ni...Coz akak dh terkena ngan diaorg... Tapi bila akak tgk ina...baca cerita ina tentang bulatan gembira ina tu... Akak berubah fikiran... Skrg ni x salah kan kalau akak teruskan berpakaian yg menutup aurat wpun suami akak x berapa suka? Berdosa x akak sbb buat perkara yg suami marah? 


Saya:
kak, selagi benda yg akak buat tu tak langgar hukum Allah, x berdosa rasanya. itulah yg ina difahamkan. akak cubalah menangi hati dia kak. tunjukkan perubahan pakaian sama dgn perubahan sikap kita. teruskan utk menyenangkan hati suami. kwn ina ikut tips ni, dan lama2 suami dia menerima. pakaian yg cantik direfleksikan dgn perbuatan juga


Hamba Allah:
Setakat ni akak dh berusaha.....kalau kt umah akak still pakai sexy mcm dulu gak... InsyaAllah akak teruskan usaha... Doakan akak ye!




Saya:
teruskan dan usahakanlah utk istiqamah. ina sentiasa doakan akak.




esoknya... dia inbox lagi. kali ni simpati saya menggunung. 
tapi bak kata, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. 


Hamba Allah:
Maafkan akak menggangu pagi2 ni.... Byk betul dugaan utk akak..... Baru sikit akak berubah... suami dh mula mengayat pompuan lain... Yg muda dan seksi... Akak di marah bila kejutkan dia utk solat... Akak stress skrg ni.... Terasa nk lari dr rumah...


Saya:

Allahu Allah... sabar byk2 kak... tak tahulah ina nk nasihat mcm mana sebab ina x duduk di situasi akak. tapi mmg gitulah resamnya bila kita nk berubah. cuma yg beza bentuk ujiannya. Allah akan dtgkan pelbagai ujian utk uji sejauh mana kekuatan dan keikhlasan kita. sabarlah byk2 kak. igtlah besarnya kuasa solat dan doa. bykkn solat sunat hajat dan doa Allah permudahkan segalanya.



Hamba Allah:
InsyaAllah ina...doakan akak tabah... Akak takut akak x kuat...takut berubah sekerat jalan je..


Saya:
nak berubah mmg kena kuat. memang keinginan jer x cukup. kita kena kuatkan rasa yg ditiupkan tu dgn byk dekatkan diri dgn Allah. kena byk baca quran, kalo x leh gi majlis ilmu, bacalah buku2 yg menginspirasikan. itu sgt2 perlu bg ina. ina pun melalui fasa yg sama jer kak. kita kena struggle utk kekal istiqamah. insyaAllah ina akan doakan. tapi apa sgtlah doa ina nak banding dgn doa akak sendiri jauh yg jauh lebih baik.



Hamba Allah:
Ya....akak akan cuba sedaya upaya. Kalau akak berusaha bersungguh2 pasti Allah akan bantu kan?...Semoga semuanya dipermudahkan. Thanks ina kerana sentiasa bg kata2 semangat...


Saya:

akak kena letakkan kepercayaan tinggi dgn apa yg Allah aturkan utk kita. ini org panggil the power of no mind @ kuasa bertuhan. seperti bergantungnya anak kecil yg tak tahu apa2 pada si ibu. begitulah kita... patutnya kebergantungan kita pada Allah jauh lebih tinggi drp bergantungnya anak kecil pada si ibu. akak amik masa lps solat, akak nafas perlahan. zikir dan cuba hadirkan Allah di sisi. dan bercakaplah dgn DIA. DIA maha mendengar kak. ya Allah, sebaknya ina masa ni. insyaAllah ina akan sentiasa dan sokong akak dari kejauhan. tapi akak sendiri kena kuat tau. kena kuat sgt2. jgn putus harap dgn ALLAH.



******************


perbualan diteruskan... 
dan Alhamdulillah, hari ni saya menerima feedback yg lebih positif dari kakak Hamba Allah ini. yang menyentuh hati saya:  akak dah faham...kalau nak orang berubah, kita kena berubah dulu.
ya benar...
kita kena jadi baik untuk wujudkan persekitaran yang baik.



di sini saya kongsikan satu hadis:
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"  (Hadis Riwayat Tabrani dari Abu Umamah)






bersyukur kerana kita di antara hambaNya yang terpilih untuk diberi ujian. Dari ujian ini lah kita mencuba untuk memperbaiki diri. Kerana Allah tahu kita hanya mencariNya di kala kita dalam kesusahan. dan ujian tanda kita sedang dinaikkan martabatnya. 

Allahu Allah... KAU sebaik-baik perencana. hanya kepadaMU kami hamba hina bersujud dan berserah. tiadalah lagi daya kami dan tempat untuk kami bergantung selainMU...

sama2 kita doakan yg terbaik untuk hamba Allah ini. semoga 'kakak' dipermudahkan jalan mujahadah ini.




#sebenarnya ramai inbox berkongsi dan minta semangat begini. tapi saya bukanlah Ustazah mahupun pakar motivasi. saya hanya hamba Allah yang masih jauh dgn sempurna. tapi saya sedar, setiap dari kita adalah Daie. InsyaAllah, saya mahu jadi sahabat yg bkn bersahabat di dunia, tapi mahu kita bersahabat di Syurga juga.



8 comments:

  1. Ya Allah situasi yg lebih krg la..Tq Ina sbb share hal camni

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing ina.....rasa sayu membacanya...

    ReplyDelete
  3. sedih pulak baca entry nie..ada jugak lelaki yg tak suka pada kebaikan. Ya Allah..berikan kekuatan pada wanita ini. =")

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing ina...sgt berharga perkongsian ini...

    Alhamdulillah...suami akk jenis supportive...w/pun mulanya dia mcm endah tak endah...dan pernah dia buat muka bila secara separuh rela di ajak ke majlis ilmu....tpi Alhamdulillah...dgn doa & tawakal kepada Allah...akhirnya dia yg semangat lebih bila ada majlis ilmu...

    Sedikit perkongsian...pada mulanya pun kami hanya melayan ceramah agama melalui you tube shj...dan memilih ustaz yang agak seronok utk didengar...dgn niat..moga Allah buka pintu hati suami dan akk untuk melangkah kaki ke majlis ilmu...dan bila mula melangkah juga...pun memilih ustaz yang terkini...dgn niat agar minat ke majlis ilmu subur di hati...dan kini syukur ke hadrat Allah...bila dpt tahu berkenaan majlis ilmu...lebih kepada perkongsian ilmu itu...tidak lagi fokus tertumpu kepada siapa penceramahnya...

    Dan perubahan ini bukan memakan masa yg sedikit...akk akui...on off selama 4 TAHUN....akhirnya bertemu ina di laman blog ini...memberi satu inspirasi...apatah lagi ina selalu kata...perubahan mestilah diikuti dgn istiqamah...itu yg penting...bagaimana nak istiqamah....selalulah ke majlis ilmu....dan ustaz berpesan....jgn tinggal membaca Al-Quran...

    Kepada 'kakak' dlm entry ini....saya doakan...In shaa Allah...Allah akan buka hati suami 'kakak' di suatu hari nanti...bersabarlah wahai 'kakak'...kerana kesabaran itu amat tinggi nilainya...dugaan & cabaran yg mengiringi kesabaran itu adalah tanda Allah sayangkan kita...

    Kepada PUAN AZLINA HASSAN...terima kasih kerana menjadi pendengar dan secara tak langsung membimbing kami utk ke arah yg lebih baik....Alhamdulillah... :)

    ReplyDelete
  5. Teringat nasyid In-Team "Semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula Kau mendugai aku..." Benar, jalan menuju Allah bukan lah hamparan permaidani merah...sebaliknya penuh duri dan kesusahan. Semoga kita semua istiqamah dgn perubahan yg kita inginkan...Amin...

    ReplyDelete
  6. dugaannya lah kan.nk buat baik pon dugaan.suami rara kalo lagi longgar lg dye suka.

    kak,lama rara xdtg sini.sorry.bz sket.smpt update je.xsempat nk BW.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak ina, alhamdullilah. walaupun perit untuk kita cuba berubah insyallah Allah akan membantu kita. sabarlah wahai hamba Allah dengan dugaan dan cabaranmu. sheila doakan rumahtangga hamba Allah itu kekal bahagia. insyallah :)

    ReplyDelete