Thursday, May 16, 2013

Kembara Umrah March2013 [Part 4] : Cinta bertamu di Kota Madinah



Kami di Madinah selama 3 hari iaitu pada hari ke-2, 3 dan 4 (14-16.May.2013). menginap di Hotel Mubarak Silver. walk distance yang dekat jer jaraknya dengan Masjid Nabawi.

aku jatuh cinta dengan Kota Madinah ini. cuacanya sejuk dan berangin. bila waktu solat, semua kedai di tutup, dengan kain jer pun. tiap kali itulah juga selalu terfikir; bilakah Malaysia akan jadi begini? sedangkan waktu solat Jumaat pun, lelaki2 masih tega berlepak di kedai kopi. abaikan! jangan berangan tinggi untuk tinggikan lagi tempat jatuhnya sebuah hampa... :(

Pada hari kedua lepas ziarah Raudhah dan hari ke-3, kami tidak ada apa2 program. hari ke-3 tu adalah hari Jumaat, tidak ada sebarang trip ke luar untuk hari Jumaat. jadi lebih kepada aktiviti bebas. rutin biasa adalah ulang alik ke masjid dan saya mengambil kesempatan yang ada untuk berjalan dan melihat sekitar bandar Madinah dan shopping souvenir untuk dibawa pulang. saya cadangkan, kalau nak membeli -belah better beli kat Madinah ni sebab bila kat Mekah pada saya masa adalah sangat terhad. masa adalah sangat2 berharga dan seluruh jiwa raga diperuntukkan untuk menunaikan ibadah umrah (pada saya la). pasal harga saya tak boleh nak komen sebab kat Mekah saya langsung tidak berminat untuk bershopping sampai suami sendiri terkejut. dia siap offer 2 3 kali nak belikan jubah kat sana tapi saya tolak. untuk shopaholic macam saya, ia adalah satu pencapaian yg hebat sangat lah kot. tapi saya percaya, semua rasa ini dari Allah sebab memang saya dah niat, bila ke Mekah saya memang nak fokus pada ibadah umrah. mungkin Allah dengar doa saya dan hilangkan nafsu shopping tu dalam diri saya. Allah... KAU maha mendengar apa sahaja doa hambaMu...






Masjid Nabawi di siang hari. 



Masjid Nabawi di malam hari. payung2 tu akan ditutup.
kadang2 saja berdiri nak tengok payung tu dibuka dan ditutup. yer2, saya jakun! :)



 dalam Masjid Nabawi.


Alhamdulillah, amanat yang mengirim telah disampaikan; mewakafkan Quran.



depan masjid  penuh dengan aktiviti jual beli. macam2 ada. murah2.
stongan (stokin tangan) kata sana 5 pasang = 10 riyal. haruslah saya borong pakaian harian tu kan.
shawl chiffon bercorak panjang lebar baru 5 riyal sehelai. :)

kadang2, inilah hasilnya bila pulang dari Masjid. hehehe...
belakang tu la hotel tempat saya menginap; Mubarak Silver


Bandar Madinah. lebih tersusun dan bersih berbanding Mekah.
tapi perbandingan yang tidak sesuai ibarat rambutan dibandingkan dengan durian.
di Mekah kepadatan manusia adalah berganda ganda berbanding Madinah.

 pak2 arab ni sempat lagi ber-peace bagai. :)


ni port saya shopping jubah.

hampir semua kedai berlampu biru. nak kasik up effect cantik ler tuh! ;)
semua penjual boleh cakap melayu. nampak sgt org Malaysia suka shopping kan?1! :p


dan tempat yang paling paling paling (oh, maafkan saya cikgu BM!) saya suka pergi di Madinah adalah ke bahagian Kubah Hijau Masjid Nabawi. tempat paling dekat dengan Rasulullah. kubah hijau ini menaungi makam Rasulullah bersama mertuanya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. 



'kuasa' kubah hijau ni kuat sangat. berdegup jantung macam nak pecah.


berdiri dgn jarak yang hanya beberapa tapak lagi dgn jasad Rasulku disemadikan. saat ini saat paling memberi kesan. paling sentimental pada aku. 


berdiri sendiri... suami dah berjaya memboloskan diri masuk ke dalam sana. beruntungnya dia. belum sempat memula 'bicara' dgn baginda, air mataku dah menitik laju. lagi ku kesat, semakin laju. lalu ku biar air mata itu terjun semahu mahu. tangis ini bukan drama. tangis ini bukan dibuat2. ia datang bersama satu rasa yg menyelinap di seluruh sanubari. rasa kerdil, hina, jauhnya aku dgn sempurna... banyaknya ajaran dan sunnah baginda aku lupa... kadang2 buat2 lupa. rasa hina sebab aku tak mampu berbuat apa untuk tegakkan Islam di akhir zaman. sedang baginda, Rasulku lalui pelbagai dugaan dan cabaran untuk tegakkan syiar Islam. 

Ya Rasulku... aku mohon syafaat mu... sudilah pandang aku sbg ummat mu di Padang Mahsyar kelak. lalu bawak aku ke Syurga walau tidak sedarjat dengan mu... Allahu Alah... tiada Tuhan ku sembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. air mata menitik lagi dan lagi...






datang berulang kali... tanpa jemu!
paling tragis, di hari terakhir di bumi Madinah.
ya Allah... izinkan kami sampai ke sini lagi...


#sorry, kualiti gambar kurang memberangsangkan. pakai compact camera n tab jer. dan mood nak snap picture pon tak meriah mana. ;)


Entry sebelum:






12 comments:

  1. ALLAHUAKBAR, membuak2 rasa nak pegi ke sana

    moga dipermudahkan urusan
    terima kasih kak ina di atas perkongsian yang sangat bermakna

    teruskan menaip, berkongsi dengan kami..:)

    ReplyDelete
  2. subhanallah... bestnya... ;D

    ReplyDelete
  3. sentiasa ramai..itu jer yg boleh cakap..ramai org kata kalau bawa dslr pun tak boleh nk mengamik gbr nnt kena sound huhu..

    ini pun sudah alhamdulillah..boleh nampak gambaran serba sikit keadaan di sana.. :)

    ReplyDelete
  4. saya sangat suka dgn perkongsian ina nie..sgt bermakna, terasa ingin ke sana sekali lagi..alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. tgk gambar2 kt entry ina ni..rasa membuak2 rindu..semoga ada rezeki lagi utk sampai menjadi tetamu allah..

    ReplyDelete
  6. Syahdu.. nk komen pun tak terluah.. semoga apa yg Ina alami di sana juga akan saya rasai malah turut menyentuh kalbu saya apabila saya ke sana nanti..-challe-

    ReplyDelete
  7. Subhanallah dear...bestnyaaaa.....ana yg tgh baca nie pun rsa nk menitik air mata...huhuuhuh...
    Thanks Ina coz sudi berkongsi....

    ReplyDelete
  8. allahuakbar..seronok baca cerita ina..nanti doakan sy pulak sampai ke sana yek..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak, subhanallah. indahnya melihat gambar2 disana. Ya Allah, ku mohon dipermurahkan rezeki untuk pergi menziarahi dan menjadi tetamu Allah. Keluarga mertua sheila pergi minggu depan. sedih kak baca..

    ReplyDelete
  10. Baca sambil lap air mata dan air hidung...sayu giler...rasa mcm hr ni gak nk book tiket g sana...betullah kan...blog kalau digunakan dgn betul mmg satu medium dakwah yg sgt berkesan...thanks ina...

    ReplyDelete
  11. semalam saya bermimpi sampai ke sini sudah =) mimpi je lakan.
    mudahan ada rezki...
    ada tiket free ke jeddah..tapi belum berkesempatan nak guna,anak masih kecil tak siapa jaga.hubby je tau selok belok di sana and bagaimana and kerjakan umrah sbb pernah keje sana sebulan setengah.
    mudahan satu hari nanti,dapat saya guna tiket ni tuk keluarga kecil saya bawak anak2 sekali.

    tapi rasanya lagi baik pergi dengan pakej umrahkan dari uruskan sendiri.pakej umrah berserta kelengkapan ilmu kan...lagi2 orang yang lemah macam saya ni,yang masih perlu bimbingan.

    seronok sangat bila tgk ina dan rakan2 bolg lain yang da pergi...
    dalam hati,dapat bayangkan betapa kerdilnya diri bila smpai ke sana nanti.tak sabar nak tunggu masa2 yang masih belum pasti buat saya. =( takan putus berdoa.

    ReplyDelete
  12. Subhanallah...Semoga Allah mengizinkan saya utk jejak kaki ke sana..
    Setiap kali baca entry psl haji/umrah, hati rasa bergetar semacam je...
    Ya Allah...nak sangat ke sana...

    Bila baca part payung tu, sy scroll blk atas & bawah utk tengok payung yg mane ye...hehe...tak tau pun yg itu payung rupanya...

    ReplyDelete