Monday, May 20, 2013

Kembara Umrah March2013 [Part 5] : Ziarah Luar Madinah

Pada hari ke 4 kami di Madinah, kami dibawa untuk ziarah luar Madinah. Lawatan bermula seawal pagi.


*** MASJID QUBA' ***

Destinasi pertama kami adalah MASJID QUBA'. sebelum memulakan trip ini, Mutawwif kami ingatkan supaya berwudhu' sesiap dari hotel kerana Rasulullah SAW bersabda:


“Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah”(HR Ibnu Majah).

Masjid Quba' telah dibina oleh Rasulullah sewaktu baginda dalam perjalanan hijrah ke Kota Madinah. masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam berasaskan iman dan taqwa. 

“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (Surah At-Taubah : 108)


dari kejauhan kelihatan Masjid Quba' yang tersergam indah. ramainya manusia. semua yang datang mengambil peluang untuk 'mendapatkan pahala umrah' di sini. agak seksa jugak sebenarnya nak membolosi pintu untuk masuk ke masjid ini. dalam hati doa tak putus2: "ya Allah, permudahkan ibadahku ya Allah..." Alhamdulillah, Allah izinkan aku bersujud di Masjid ini. dimulakan dengan solat sunat tahiyatul masjid dan diiringi solat sunat yang lain. dan sebagai perkongsian dengan sahabat2 yg bakal menziarah ke sini, sediakanlah uncang selipar/kasut yg proper dan bawalah masuk bersama kerana keadaan di sini agak padat. sedih bila melihat jemaah yg membawa selipar mereka masuk dan diletak begitu sahaja atas karpet tanpa sebarang alas sedangkan di situlah juga tempat yg kita bersujud. jadi sediakanlah sejadah kecil dalam bag anda. juga dinasihatkan berpakaian 'mesra solat' sesiap sebelum melangkah masuk ke sana. 




tersenyum puas atas keizinan dari Allah untuk bersolat di sini
bersama ahli rombongan. kakak2 yg sgt penyayang. syukur atas ukhwah ini ya Allah...


*** Ladang Kurma ***
Lokasi seterusnya ialah ladang kurma. masa ni excited saya. mood jakun is ON! hehehhee... di ladang kurma ni boleh beli kurma dan kekacang yg lain (bukan petik dari pokok yer). kalau ditanya, mana lagi OK beli kurma kat ladang kurma ni ker kat pasar kurma? pada saya ada pro dan con. sebagai contoh: kurma nabi di sini cecah 100 riyal sekilo dan anda boleh dapat dengan harga 70-80 riyal di pasar. tapi pada saya, kurma di sini lebih fresh dan 'cantik' berbanding dgn di pasar. so, saya beli di kedua-dua tempat. separuh beli kat ladang kurma, separuh lagi beli di pasar. fair & square. heheee...

kat sini juga ada kurma fresh yg masih bertangkai tu. jangan cuba rasa tau. lemak2 manis. sedap... :)


dah gaya macam gi petik kurma di ladang jer. :p



*** Jabal Uhud ***

ketika sampai di Jabal Uhud ni, matahari tgk tegak di atas kepala. panasnya bukan penghalang utk kami menziarah di sekitarnya. panas dunia, panas lagi padang mahsyar. 




Jabal Uhud adalah bukit yang terpanjang dan terbesar di Madinah. di sinilah berlakunya peristiwa perang Uhud yang mana mengorbankan ramai para pejuang islam kita di tangan tentera kafir Quraisy. Mengimbau sejarah Perang Uhud sbg iktibar bersama:

Rasulullah bersama 700 orang muslim Madinah berperang dengan 3000 orang kafir yang datang dari Mekah. Rasulullah pada awalnya menyuruh tenteranya berkubu di Jabal Al Rumah (Bukit Pemanah). Pada peringkat awal, semasa diserang, tentera Islam berjaya mematahkan serangan dari pihak musuh. Ramai tentera musuh yang terkorban. Rasulullah sudah berpesan kepada tentera Islam supaya tidak meninggalkan Jabal Al-Rumah. Tetapi, mereka terpedaya untuk berebut harta rampasan perang peninggalan tentera musuh. Lalu mereka meninggalkan tempat pertahanan mereka. Menyedari apa yang berlaku, Panglima Perang Khalid Al-Walid yang ketika itu mengetuai tentera musuh dan belum memeluk Islam menawan Jabal Uhud. Dan terus menyerang umat Islam. Kesannya, ramai tentera Islam meninggal dunia. Syahid di situ. Antaranya Saidina Hamzah. Peperangan ini mengajarkan umat islam agar selalu patuh kepada pemimpin agar tidak terulang kejadian seperti ini.


di sinilah terletaknya perkuburan para Syuhada'. terdapat satu kepingan plastik di sekeliling perkuburan ini bagi mengelakkan berlakunya perkara2 bidaah yang sering berlaku di sini. ada yang campak syiling la... baling kertas2 yg menulis doa lah... waduh~~~ macam2! 

berdiri di sini buat aku sebak... 
"Assalamualaikum ya Syuhada'... ya Allah, berikanlah aku kekuatan iman seperti para Syuhada' ini dalam memperjuangkan agamaMU..." tak mampu untuk aku mendoakan utk para syuhada' ini yang mana mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. yang aku gusar, aku ini! hamba hina yang ntah mana akan dicampakkan bila di hari perhitungan kelak. 

berlatar belakangkan Jabal Uhud

di kaki Jabal Rumah (Bukit Pemanah)
cukuplah sekadar di kaki bukit kita ni yer bang. 'bateri' tak cukup power nak mendaki. ;)

di sini saya kongsikan HADITH2 yang berkaitan dengan Jabal Uhud ini:

Bukit Uhud adalah bukit yang mencintai orang mukmin dan orang mukmin  mencintai bukit Uhud sebagaimana sabda junjungan s.a.w. Nabi juga membuat perbandingan tamaknya manusia dengan harta dengan sabdanya yang bermaksud: “ Sekiranya anak Adam memiliki dua bukit Uhud emas, nescaya manusia ingin memiliki yang ketiga sehinggalah tanah masuk ke mulutnya (mati).” 

sabda baginda s.a.w: "Barang siapa yang mengerjakan solat jenazah akan mendapat pahala sebesar bukit Uhud dan sesiapa yang mengiringi jenazah akan mendapat pahala sebesar dua bukit Uhud."  >> jadi janganlah lepaskan peluang untuk solat jenazah di mana sahaja anda berada. dan berada di Madinah dan Mekah adalah peluang terhebat kerana hampir setiap waktu solat ada solat jenazah. kat sana, kalau jemaah Malaysia atau Indonesia yg tak bangun bila solat jenazah, saya akan sampaikan hadith ini. bukan apa, sayang... mungkin mereka tak tahu. Alhamdulillah, setakat ini perkongsian saya diterima baik oleh mereka malahan mengucap terima kasih atas perkongsia yang mereka tak tahu ini. 


*** Pasar Kurma ***

ada ker masa trip kami hari tu, kami diberi masa selama 15 minit untuk membeli belah. berlari-lari gaya explorace la kami. tak sempat pilih2, main sambar jer. sebenarnya, dari Masjid Nabawi nak ke Pasar Kurma ni tak jauh pun. kalau tak ikut trip pun, boleh jer jalan. tapi biasalah... kami adalah tak kuasa. hehehehe....


hasil shopping dlm masa 15 minit. tetap berlaku dgn jayanya! :)




Entry sebelum:




8 comments:

  1. Assalamualaikum kak ina. subhanallah. bestnya baca entri akak ni. kak, thanks for sharing semuanya :)

    *muka abg tu ceria betul ye, hihii

    ReplyDelete
  2. 15 minit memang tak cukup hehehe..tapi macam tak cayer jer kamu pun beramazing race..cer tengok muka achik..tu penat ke suka tu..suka mencomelkan diri tak kira waktu ;p

    ReplyDelete
  3. moga doakan ingin ke sini akan terjawab...

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/tips-tambah-susu-ibu-10-rahsia-dibongkar.html

    ReplyDelete
  4. Salam, tumpang tanya..kalo ambil umrah dgn andalusia ni..kalau suami isteri dpt tggal sebilik atau kena separate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...
      ikut ambik pakej aperla... kalau berdua, dapatlah bersama suami. mcm saya pun, saya ambik pakej berdua dgn husband. tapi bila berdua, pakej nya mahal la sikit dr bilik ber3 atau ber4.

      Delete
    2. time kasih :)

      Delete
  5. Assalamualaikum..saya minta izin save page akak utk rujukn umrah saya..sgt berguna..thx..nk nangis sbb x sabar nk menikmatiap yg akak dh rasa kt sana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...
      silakan jika ia bermanfaat. saya halalkan...
      saya doakan semoga dipermudahkan perjalanan/kembara mencari cinta Allah awk nanti. semoga mendapat umrah yg maqbullah...

      Delete