Friday, May 17, 2013

Entry tak Ilmiah versi merapu meraban di pagi Jumaat dengan motif menjaja makanan pakej dengan resipi super duper senang.

nah hamek, tajuk entry pon dah berjela! suka2! :p

opss... lupa nak bagi salam. Assalamualaikum kesayangan...
Salam Sayyidul Ayyam di pagi Jumaat yang indah dan maafkan saya mencemar kesucian pagi hening ini dengan entry merapu meraban tah hape2. angin giler tetiba menggiler. please, layan saya sebelum saya jadi giler. :p


ni saya nak ajak jamu mata.
hidangan pantas dari tuan rumah untuk tetamu.
balik kerja campak beg atas sofa, terus sarung apron dan dengan gagah dan macho terus bersilat bak pendekar kundur di dapur comel milik ku. **suami, nak kitchen cabinet hitam putih berkilat boleh?! :p**
tapi segala penat lelah terubat melihat kerakusan tetamu saya makan. hahahhaa...


gulai lemak cili api sotong + ikan kembung sweet sour + ikan kembung goreng rangup + ulaman segar dari Cameron + budu (mung maghi umoh oghe klate gak budu tu menu wajib lah jawabnyo. mung dok pehe? dok pehe sudoh. ngango muluk luah2 biar lalat masok. pade muko! :p) + nescafe shake

resipi? semua dah ada dalam blog AKU BUKAN CHEF. nak resipi sila gali ler sendiri. hahahahhaaa... sangat mak tiri kan?! taknak ah jadi mak tiri kijam camni. saya nak jadi mak tiri yg comel dan charming. haruslah saya sertakan link nya di sini kan.... ;)


SOTONG MASAK LEMAK CILI API:
resipinya adalah adaptasi sepenuhnya dari resipi KETAM MASAK CILI API cuma tang ketam tu kasik tukar ngan sotong la. memula panik tau sebab sotong tu keluarkan air. masa tu rasa nak nangis takut tak sedap. budget bijak dan kreatif la nak pelbagaikan resipi yg satu jadu pelbagai menu. pastu tak agak2, wak kerja2 try n error ni time nak hidangkan utk tetamu. bijak lah snagat kan. tapi tak sangka tetamu ai cakap sedap. alah, tetamu kalo kutuk masakan tuan rumah mahu la kena mandi ngan kuah lemak kan. hahahahahaa... tak2, betul ni... suami pun cakap sedap. tapi still korang xleh percaya, sebab laki ai memang kaki bodek. suka puji isteri dia. sukaaaaaa! lalalalallalaaa...


IKAN KEMBUNG SWEET SOUR.
ni pon dah bagi resipinya di SINI. ni sumpah gua tak tipu erk.. tetamu ai makan sampai tahap pinggan tu takyah cuci. bersih! letak sudu kat luar, lap pinggan ngan jari then jilat jari tu. betul ni! tengok, ai sedang tautkan kening kiri dan kanan wak muka serius neh! :p
tapi... kalau tgk resipi dia, confirm korang tak caya ni. sebab senang melampau tahap korang boleh masak sambil layan KEEK n WE CHAT! ngehehehe... esoknya suami cakap, "semalam nyer ikan sweet sour tu best giler bie. abg rasa mcm tak cukup. nak lagi." apa saje untukmu sang arjuna! :p

ikan kembung goreng tu takyah lah bagi. kang satu penghinaan besar pulak kannnnnnnn... ;)

kawan saya dah cuba resipi ikan sweet sour tu tapi dia tanya kenapa dia buat tak sesedap macam dia makan kat rumah saya. jawapan saya? saya masak dgn penuh kasih sayang dan diiringi selawat dan zikir. betul ni! chef amar kata, masak suka2 hati, ikhlas dari hati. ;)

port lepak paling best sebab atas meja penuh makanan. :)


 inilah tetamu2 saya. abaikan bapak ketua keluarga kecil saya yang kelihatannya seperti kanak2 istimewa. biar kelihatan terencat, dia tetap istimewa utk saya **kalau rasa loya, sila jgn muntah bersepah**


lepas makan nasik, makan kek pula. ada berani nak jadi geng GEBU (GE=gemuk, BU=bulat) saya?!
nak masuk keahlian tiada borang disediakan. hanya perlu makan secara bundle tanpa fikirkan istilah DIET dalam kamus hidup anda. jika berjaya, anda dgn rasminya GENG gebu saya! ohhhhh suka2!!!


dengan rasminya saya umumkan inilah kek rasmi ulang tahun perkahwinan ke-6 saya dan suami. kek tajaan sepenuhnya dari ANNAbaked@home. terima kasih juta2 kali Kak Anna! terharu sangat2 sampai tahap lap hingus kat kain dalam ni. lagi sekali, thanks a lot for kek gojes vesgedevas delicious mabeles neh! anda kalo jeles, sila buat tempahan dan sila bayar sendiri. jangan budget retis nak mintak sponser pulak. :p


AISYAH & DIK NIM
jangan percaya pada keayuan yang mereka zahirkan. ini dusta!!! hakikatnya keduanya super sengal. tambah2 yang tengah tu. muka jer ayu tapi bila wak lawak boleh buat saya gelak sampai tahap nak selok kero (bahasa kelate lagi). terima kasih sahabat untuk kunjungan ziarah keluarga kecil saya. tapi lepas ni, saya taknak terima lagi kedatangan mereka di hari bekerja. memang takkan ada sebentar nya. menangis esoknya bila nak bangun pergi kerja. rasa nak kluarkan mata kasik lepak dlm esbok jer!
tapi satu saya tak mampu nak nafi; saya gembira. harap mereka juga. :)


sekian entry tak ilmiah saya. maafkan andai ada bahasa yang terover penggunaannya. dalam bertatih, masih banyak sifat, sikap dan kelemahan lama yang ada pada saya yang tak mampu saya nak buangnya. specially tang gelak berdekah-dekahnya. Allahu Rabbi... dah cuba tapi masih seadanya. oke, masih berusaha! :)

yang baik dari Allah... yang buruk itu adalah kelemahan saya secara total.






8 comments:

  1. humangaihhh kek itu mmg menyentap nyentap lazat penampilannyer..nanti aku cek it out..nyumsss

    ReplyDelete
  2. eh....saya suka je kak ina macam ni =) bila cakap/tulis camni nampak lebih mesra. dalam dunia realiti mesti kak ina ni kelakar kan. macam UAI la dalam gelak2 ada perkara yg nak disampaikan. yg nak terima pun takde la stress.

    ReplyDelete
  3. akak rumah akak cantiknya...mailah tunjuk dekorasi rumah akak....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak ina. comelnya semua! best ada kawan macam gini kan. kak ina sudi singgah blog sheila tadi, terharu nak nangis. rasa nak frame komen kak ina tu. huehhuew. kek tu, terliur sheila +____+'

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum, terasa lapar pulak =D

    ReplyDelete
  6. ina; camni lebih real bebeh... wa cakap lu..

    ReplyDelete
  7. Waaaaa..ini bikin gegar jiwa raga napok budu tuhhh

    ReplyDelete