bangun pagi...
ingin sekali ku harap apa berlaku itu mimpi.
tapi hakikatnya ini realiti yang harus kuhadapi.
tiada apa utk ditangisi. apatah lagi utk disesali.
perut tetap mintak diisi.
alhamdulillah, rezeki dari Ilahi.
senyum seindah suria pagi.
udang kecil mangkat dijulang + bendi berseri + budu rupa tak semenggah menang di carta hati.
Alhamdulillah, apa yg terhidang utk dimakan ini rezeki dari Ilahi lagi.
dengan sedikit usaha lawan kemalasan dlm diri.
sesungguhnya kitalah raja dan pemerintah dlm kerajaan diri.
kita takkan mampu tawan Malaysia, dunia apatah lagi jika tak mampu tawan diri sendiri.
maka ini hidangan di malam hari
tetiba berselera penjajah lagi.
tapi biar selera dijajah asal bukan jati diri!
aku?!
selagi BULAN menyinari malam
selagi matahari tak jemu terangkan siang
aku tetap tegak berdiri... tok goyah walau seinci
kerana aku ada DIA yang tak pernah biarkan aku sendiri...
aku tetap tegak berdiri... tok goyah walau seinci
kerana aku ada DIA yang tak pernah biarkan aku sendiri...
Maha Melihat apa yang mereka dan mereka sembunyi
takkan lepas di akhirat nanti!
burrppppppppp...
selera sungguh aku meluahkan perasaan di sini.
alhamdulillah... terima kasih ya Allah bagi saya nikmat ini.
**senyum**
BLACKOUTfit.
heeeeeeeeee~~~
#nanti saya bagi resipi pizza malas selera penjajah di blog AKU BUKAN CHEF yer.
sudah serupa srikandi..
ReplyDeleteahh tak mengapa bulan akan tetap terus menyinari..
tidak goyah dek blackout ciptaan manusiawi.
semoga Allah memberkati..
usaha kecil kita yg malu tapi mahu menjadi daie.
p.s eheh..pantang nmpk ala2 pantun nak join juge...=)
wahai sahabatku fizah yg disayangi...
Deletepantunmu buat ku tersenyum tayang gigi dan gusi.
semoga hari2mu berseri...
seindah BULAN di malam hari.
tidak ini kali, mungkin lain kali.
berserah tak mungkin sekali! :)
Allah Maha Melihat :)
ReplyDeletePujuk hati sendiri :)
Allah ada yang sentiasa memujuk hati.
DeleteAssalamualaikum ina yg di rindui
ReplyDeleteMenu mu sangat menambat hati
Jika tidak esk mungkin kemudian hari
PASti resipi mu melekat di gigi
BULAN menyinar di malam hari
Memberi sinaran umat di bumi
Mungkin rezeki belum menyebelahi
InsyaAllah berpeluang 5 tahun lagi
hehehehe..
walau sahabat ku azalea yg hanya nama kukenali
Deletepantunmu ku baca berulang kali
aku senyum aku riang hati
memberi semangat utk aku terus berdiri
yang perjuangan ini tidak sendiri
lawan tetap lawan, menyerah tidak sekali!
BIG HUGS
Ya...Dia sentiasa ada...
ReplyDeleteBLACKOUTfit...nice ^_^
keyakinan yang buat rasa yakin.
Deletengeheee... BLACKOUTfit yg x mampu saya nak pakai kat sini atas kelemahan iman sendiri.
nampak yummy!
ReplyDeletemkn lg yummy. ;)
DeleteAssalamualaikum kak ina, sudah berpurdah ya? subhanallah, cantik sekali. tak jemu memandang. berbakat dalam bidang masakan pulak tu. sila share resipi, sheila nak try juga :)
ReplyDelete