Friday, October 12, 2012

SEDIH, BAHAGIA, TERHARU, GEMBIRA... SEBAK TANGIS semuanya ada dalam Bulatan Gembira tapi hasilnya tetap satu: OSEM! :)


Assalamulaikum buat kesayangan di penghulu segala hari...
semoga kita semua dalam lindungan dan redha Allah sentiasa...


Alhamdulillah, malam tadi masih diberi kesempatan waktu untuk berBULATAN GEMBIRA. malam tadi merupakan sesi yang... arghhh susah nak describe. bermacam rasa... bercampur baur bergaul mesra menghasilkan satu rasa yang AWESOME! :)

SEDIH... sedih untuk berpisah walau seketika dengan Murobbiah kesayangan kami, Ustazah Zaimah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah menyambut panggilan menjadi tetamu di rumah Allah. Alhamdulillah, BAHAGIA untuk Ustazah sebenarnya... terpancar rasa gembira dan teruja dari raut wajah Ustazah...  dalam pada itu, saya TERHARU sangat bila mana di saat akhir keberangkatannya, Ustazah masih fikirkan kami... usaha carikan ustazah baru untuk menggantikan tempatnya untuk memastikan perjuangan usrah ini diteruskan... memastikan hati2 kami sentiasa dibasahi dengan tarbiyah... jika ustazah sebesar itu usahakan utk adakan usrah utk kami sepanjang sepeninggalannya, apa alasan kami utk x menghadirkan diri?! InsyaAllah ustazah... kami tetap akan menghidupkan Usrah ini sepeninggalan Ustazah nanti. kami tahu, doa ustazah sentiasa dengan kami...
ya Allah, besarnya cinta dan kasih sayangmu buat kami ya Murobbiah... 

GEMBIRA dengan sesi taaruf dengan Ustazah baru kami, Ustazah Rozita yang akan memikul amanat Ustazah untuk 'menjaga' kami... juga dengan seorang lagi ahli baru; Akmar. terima kasih Blog Kakikusukaberjalan (eh, ni mcm nama blog sendiri jer :p) membawa ahli ke-2 dlm bulatan gembira kami ni! sayang blog sendiri sebab menjadi medium untuk saya melebarkan sayap silaturrahim untuk sama2 mencari redha Allah...

kalau takde sesi SEBAK TANGIS tu memang tak sah la kan... kata anak beranak Neng Yatimah kekdahnya... hehheee... yer, perkongsian Ustazah Zaimah buat saya sekali lagi dapat derma tisu dari rakan usrah. MasyaAllah, memang terbukti KAU uji orang yang KAU sayang... KAU uji orang2 yang KAU tahu kemampuannya untuk mengharungi ujianMU dengan tabah. KAU uji di dunia untuk kau bagi Syurga yang tinggi maharnya... dan rendahnya diri ini bila punya seseorang yang dekat dengan kita yang memang mengorbankan rasa, perasaan dan terima ketentuan Allah dengan redha hanya kerana... mengejar Syurga! ya Allah... ya Allah.... ya Allah... jika ditakdirkan aku terpilih untuk terima ujianMU sebesar itu, KAU kuatkanlah hatiku... lapangkanlah dadaku... Perkongsian terhebat dan eklusif dari Ustazah kesayangan buat saya lebih mensyukuri apa yang Allah aturkan utk saya... ohhhh~ tamat sudah sesi air mata...

dan... semalam juga makin terserlah bakat lawak rakan2 bulatan gembira saya. ohhhh~ uols makin LUCU dong!!!


sungguh, saya sayangkan BULATAN GEMBIRA saya!!! sangat-sangat!!!


Semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk Ustazah Zaimah dan Ustaz untuk melakukan yang terbaik dan dapat haji mabrur 'di sana'... bila saya minta ustazah doakan saya supaya saya dan suami juga diberi peluang sama untuk menjejakkan kaki 'ke sana', ustazah cakap ustazah juga akan doakan 'keinginan yang terpendam' di hati saya... ustazah saya memang super best! dia tahu apa yg ada dalam fikiran saya sebenarnya! yup, again n again, I LOVE YOU LILLAHI TAALA Ustazah... 'll miss u a lot!!!

#  Jika sudi, doakan kesihatan dan keselamatan Ustazah saya yer kesayangan...



9 comments:

  1. insyaallah..semoga selamat pergi dan pulang ustazah..

    bahagianyer dpt jd tetamu Allh disana..;)

    ReplyDelete
  2. 1st time joined bulatan gumbira, rasa takut n segan kerana ilmu didada amatla tipis,anyway terima kasih kerana jemaah bulatan gumbira kerana sudi menerima jemaah baru.

    ReplyDelete
  3. Nens:
    Terima kasih atas sisipan doamu... :)

    CikLia:
    itu lah yg ina rasa dulu...
    welcome to Usrati Jannati. Alhamdulillah, gembira dapat bertemu kamu dan yg lebih menggembirakan kita bertemu buat pertama kali di majlis ilmu... semoga dipermudahkan urusan next week... big hugs.

    ReplyDelete
  4. bila la dapat bertentang mata dgn ustazah yg tersenyum itu..ku doakan perjalanan ustazah dan jemaah haji semua dipermudahkan...diberikan kesihatan yg baik..

    na, tersentuh baca kata kata ustazah..keinginan yg terpendam..aihh genang pulak..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah... moga dipermudahkan segalanya. amin

    ReplyDelete
  6. semoga ustazah selamat pergi dan pulang dan semoga mendapat haji mabrur...

    ReplyDelete
  7. Salam sis Ina..
    Saya nak tanya usrah ni kat area mana?
    Teringin nak join sekali..

    ReplyDelete
  8. semoga suatu hari nanti kita berjodohan dan dapat bersama dalam bulatan gembira ini

    love u ina

    ReplyDelete
  9. salam ina, mintak izin utk pnjm gmbr bulatan gumbira ni ya.

    ReplyDelete